Thursday, March 20, 2008

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Perhatian kepada semua ahli Johor!!!!

Anda dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini,bagi memperingati Kekasih Allah junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Anda juga disarankan agar berpuasa untuk kita sama-sama berbuka puasa di Rumah Johor.

Tentatif progrtam pada hari ini adalah seperti berikut;

4.00-4.15p.m:

-Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
-Bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai pembuka majlis

4.15-5.45p.m:

-Bacaan berzanji yang akan diperdengarkan oleh;
1)Ustaz Mohd Faiz Abidin
2)Ustaz Mohd Hirzi Bin Bisman
3)Ustaz Shazrin Zikri Bin Ab Razak

-Marhaban yang akan diketuai oleh Ustaz Mior Muhammad Hazwan Bin Abdul Rani.
-Bacaan Qasidah yang akan diketuai oleh Ustaz Faizul Hadi B. Montalib

6.10-7.45p.m:

-Majlis berbuka puasa AJKT & HEWI BKPJM bersama ahli.
-Solat Maghrib berjemaah.

7.45-9.15p.m:

-Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Hafiz Bin Mahmod (Ali Lembaga Penasihat Keluarga Pelajar Kelantan Mesir KPKM)

Semua ahli dijemput hadir.


Saturday, January 12, 2008

Bidaahkah membaca doa awal/akhir tahun?

Sesetengah pihak di negeri ini menganggap amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijriah sebagai suatu amalan bidaah kerana tidak pernah dibuat oleh Rasulllah s.a.w.

Penyataan tentang perkara ini turut disebut oleh para khatib di negeri ini dalam khutbah Jumaat pada minggu lalu.

"Kita bukannya nak pertikai fahaman pihak-phak tertentu dalam masalah sebegini. Memanglah perkara sebegini tak dibuat oleh Nabi s.a.w. dulu, tapi salahkah kita memulakan tahun baru Islam dengan berdoa?

"Allah Taala pun berfirman dalam al-Quran yang bermaksud berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku pekenankannya," kata Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz.

Menurutnya, perkara-perkara sebegini yang tidak melibatkan ibadat khusus seperti solat tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Katanya lagi, lebih banyak perkara besar yang perlu diberikan penumpuan seperti krisis keruntuhan akhlak dan gejala kegoncangan aqidah yang sedang melanda umat Islam khususnya di negara ini.

"Kalau nak sebut tentang perkara bidaah, tahun hijrah pun tak ada zaman Nabi dulu. Ianya mula dikira pada zaman Saiyidina Umar memerintah.

"Sepatutnya khutbah Jumaat lah tempat paling sesuai digunakan bagi menerangkan ancaman-ancaman yang melanda umat Islam hari ini kerana pada hari itu ramai orang berhimpun," ujarnya selepas menyampaikan kuliah maghrib mingguannya di sebuah surau dekat sini malam semalam

Tuesday, January 8, 2008

Bila yang memimpin itu sudah tua dan nyanyuk

Kelihatan berbagai isu panas yang boleh membangkitkan perasaan tidak selesa di kalangan rakyat semakin menjadi-jadi ketika ini.Tidak cukup dengan masalah kenaikan harga barang keperluan,kenaikan yuran sekolah,yuran tambang bas sekolah,kenaikan harga tol,kenaikan harga bahan api,bebanan mahasiswa-mahasiswi menanggung beban hutang PTPTN dalam keadaan mereka menganggur apatah lagi kerjaya tidak setaraf dengan kelulusan mereka.

Kesemua bebanan ini akan terus dipikul oleh rakyat Malaysia sehingga ketahun baru.Tahun baru tidak menjanjikan apa-apa yang berfaedah bagi rakyat yang diberikan kerajaan kepada mereka. Pembentangan belanjawan negara di dewan rakyat yang disempurnakan oleh Pak Lah selaku Menteri Kewangan Negara pada 7 hb 9 2007 hakikatnya tiada apa pun yang menyenangkan hati rakyat apatah lagi mengurangkan bebanan mereka.Hanya bertemakan "Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran".Inilah telatah BN yang selalu syok sendiri dengan apa jua tindakan mereka.

Lima Misi Nasional yang ditampilkan dalam pembentangan tersebut kini hampir menemui natijah awalnya pada 4 bulan pertama selepas pembentangan belanjawan tersebut.Apakah Misi Nasional yang di tampilkan Pak Lah?

  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama;
  3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi secara membina dan produktif;
  4. Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup; dan
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
Jika ini dilihat memberi kesan positif pada pertumbuhan nilai ekonomi negara,maka mengapa situasi-situasi yang telah saya sebutkan tadi berlaku dalam negara kita.Saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara soal ini jika dilihat dari sudut posisi akademik.Namun sebagai anak watan yang mahu masyarakatnya diberikan keadilan yang sewajarnya dari segi peningkatan taraf hidup mereka.Nak tak nak seharusnya saya mesti mengetahui dan memahami serta menilai dengan positif terhadap sesuatu tindakan kerajaan.Tindakan saya ini sebagai menyahut seruan Pak Lah memupuk minda kelas pertama.Tapi tak tahulah kalau minda kelas pertama yang Pak Lah maksudkan tu adalah golongan mereka yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Menerjah ke arah perlaksanaan Rancangan Malaysia ke Sembilan seolah-olah kita digambarkan dengan keadaan masyarakat yang sudah melalui anjakan paradigma yang ketara dari segi taraf sosioekonomi mereka.Seolah-olah masalah kemiskinan tegar yang dialami oleh rakyat sudah berjaya di atasi oleh kerajaan sekurang-kurangnya pada peratus suku yang ketiga.Namun pada zahirnya bukanlah seperti yang saya ingin gambarkan.

Tak cukup dengan masalah yang ditanggung rakyat dengan bebanan kos sara hidup,kali ini mereka ditambah pula dengan masalah dalaman yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin mereka.walaupun masalah-masalah ini merupakan masalah tradisi dalam kepimpinan mereka.Apakah rakyat tidak mengeluh atau menyesal dengan keadaan ini.Kerajaan yang mereka harapkan selama ini dapat membantu rakyat dalam menangani apa jua masalah yang berkaitan dengan kebajikan dan sosial rakyat kini hanya tinggal harapan.Apakah sekarang ini rakyat pula sibuk memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah pemimpin-pemimpin mereka.Masalah-masalah pemimpin mereka bukan sekadar masalah rasuah,penyelewengan wang rakyat dan penyalahgunaan kuasa malahan terlibat jua dengan skandal seks yang bertentangan nilai murni dan kesopanan masyarakat kita,apatah lagi yang melakukannya adalah pemimpin mereka sendiri.

Jika kita melihat keadaan orang yang sudah tua lagi nyanyuk terkadang tindakan golongan ini agak melucukan tak kurang juga membimbangkan kita.Jika golongan yang agak uzur dan nyanyuk ini menjadi ketua keluarga,apakah di sana tidak wujud masalah-masalah yang berkaitan dengan pengurusan keluarga.Semestinya ia berlaku.Jadi ahli keluarga itu mestilah membuat keputusan untuk melantik orang yang berkemampuan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan keluarga mereka.Jika yang berkemampuan itu siisterinya ataupun sianaknya yang sudah berkemampuan menjamin keluarga mereka,maka tindakan ke arah itu perlu disegerakan.

Begitulah perumpamaan yang ingin saya ajukan kepada rakyat Malaysia terhadap pemimpin-pemimpin mereka.Jika tidak disegerakan tindakan ke arah itu,pastinya ia akan menimbulkan lebih banyak musibah yang bakal melanda rakyat bukan sekadar banjir sahaja.

Tuesday, October 2, 2007

UMNO = ASPIRASI,SPR = REKTOR & Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Hmmmm sekarang ni tengah rancak pilihanraya kampus berlangsung.Maklumat yang diperolehi Pro Mahasiswa di UIAM bakal menerajui kepimpimpinan Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini.Jika ini benar-benar berlaku Pro Mahasiswa bakal mengulangi kejayaan cemerlang mereka pada sesi sebelum ini 2006/07.

Seramai 15 orang calon dipertandingkan selepas sesi penamaan calon kali kedua dibuka pada 30 September atas desakan daripada Presiden GPMS Reezal Merican ke atas Pihak Pengurusan Tertinggi UIAM .

Jika sesi penamaan calon tidak dibuka sekali lagi pada 30 September yang lalu,sudah pasti Pro Mahasiswa akan memenangi PRK kali ini dengan mejoriti mudah termasuk beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi.11 kerusi sudah berada di genggaman pihak Pro mahasiswa,kini hanya menunggu beberapa kerusi sahaja lagi bagi memastikan kemenangan mudah bagi calon Pro Mahasiwa.

Namun begitu calon-calon Pro serta penyokong agak gusar dan curiga terhadap perjalanan PRK kali ini.Sesi penamaan calon yang dibuka sebanyak 2 kali menampakkan beberapa perancangan kotor dan jahat dari pihak Aspirasi dengan kerjasama kuat daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UIAM yang menjadi Anjing bayangan kepada UMNO.

Jika dalam PRU,PAS serta Barisan Alternatif yang lain terpaksa bekerja keras bagi memastikan mereka mampu memenangi seberapa banyak kerusi yang telah dipertandingkan.Namun cabaran dan gerak kerja mereka lebih sukar apabila berhadapan dengan taktik kotor UMNO mempengaruhi SPR bagi memuaskan nafsu kebinatangan mereka untuk memenangi sesuatu PRU.Hal ini amat serius sejak kebelangan ini,paling ketara berlaku banyak penyelewengan dan penipuan dilakukan pada PRU 2004 yang lepas.

SPR!!!! Ingatlah!! Jangan kamu bermain api dengan rakyat bahang kemarahan rakyat belum reda dengan permainan kotor kamu bersama UMNO.Ingatlah kamu pada 3 tuntutan yang perlu dilaksanakan sebelum menjelang PRU yang akan datang.Cap jari menggunakan dakwat,bersihkan daftar pemilih,dan hapuskan Undi Pos.

Jika tidak kamu nantikan himpunan Raksasa 100 000 ribu orang di hadapan Putrajaya tidak lama lagi bagi memastikan kamu memenuhi tuntutan itu.Kalau dengan Pro Mahasiswa dan PMI yang bukan pro kerajaan kamu boleh nak permainkan tetapi ingat bukan dengan BA.

Thursday, September 20, 2007

Dirimu yang ternoda.....

Jika dirinya diciptakan untuk mu,
Kau pasti redha akan ketentuan itu,
Namun ia bukan satu kepastian untuk di ketahui,
Kebanyakan mereka membatasi hukum,
Sedang mereka tak ketahuan ke mana cinta itu akhirnya,

Hanyut dibuaian kasih yang dimurkai,
Kelekaan mu memecah sempadan batas dan syara',
Hatimu yang sentiasa dirasuki iblis,
Memaksa dirimu berlaku curang kepada ilahi,

Kemana letaknya harga dirimu,
Haruskah maruah itu dicemari,
Berdalilkan bukti kesetiaan kasih buat si dia,
Yang belum tentu dirimu dijaminnya dikemudian hari,
Lantaran dirimu belum bergelar isteri,

Di mana pertimbangan akalmu,
Ketika dirimu diulit noda si dia,
Kemana hilangnya imanmu,
Memerangai nafsu serakah itu,
Apakah dirimu dipinggir Tuhan,
Atau sengaja dirimu meminggirkan Nya,

Benarlah cinta buta melalaikan,
Tanpa memikirkan batas syariat Nya,
Semuanya itu sebagai ujian duniawi,
Menjadi mahar yang bernilai buatmu,
Untuk ke syurga Ilahi

Ketahuilah fitrah jiwa yang soleh,
Menginginkan sesuatu yang indah dipandangan Allah,
Maka lahirlah natijah yang suci dan diredhai


Suami yang soleh mengimpikan si isteri yang solehah,
rintihan kudus terhadap Nya penentu segala impian yang murni.............



nukilan:sendiri

Wednesday, September 19, 2007

Tarbiyah Diri Untuk Beramal Soleh

Firman Allah yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman telah Aku perintahkan kepada kamu ibadah puasa sebagaimana telah aku perintahkan kepada umat-umat sebelum ini moga-moga kamu menjadi golongan orang-orang yang bertakwa"(al-Baqarah)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,tidak terlewat rasanya untuk ana mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada sahabat-sahabat sekalian.Hmm kalau kat Mesir mungkin agak kerap ana akan update blog sebab komputer ada di bilik ana,tapi bila pulang ke Malaysia agak jarang la sikit sebab komputer takde kat rumah.jadi terpaksalah pegi ke pekan atau bandar untuk cari cc.

Tanpa kite sedari sudah hari kelapan kite berpuasa.Pantas sungguh masa berlalu.Lebih kurang tiga minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Macam mana dengan baju raya sahabat-sahabat dah siap ker belum?
Walaupun sudah masuk hari kelapan kite berpuasa namun jangan kite lupe bahawa berpuasa ini bukan sekadar mengajar kite menahan diri dari kelaparan dan dahaga semata-mata.Tapi juga mengajar kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mahupun mengurangkannya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum,apabila tiba jer bulan puasa maka syaitan dan iblis akan dibelenggu daripada bebas menghasut dan mengajak anak-anak adam melakukan dosa.Oleh itu sahabat-sahabat sekalian ana mengingatkan diri ana juga kepada diri sahabat-sahabat sekalian supaya ambillah kesempatan yang ada dibulan Ramadhan yang mulia ini untuk kita meningkatkan ketakwaan dan amal soleh kita terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sia-sialah kite jika hanya sekadar berlapar dahaga semata-mata tetapi tiada sesuatu pun perkara-perkara yang boleh menjadi value added buat diri kita dalam menjalani ibadah puasa ini.Allah Subhanahu Wa Ta'ala mewajibkan ibadah puasa dibulan Ramadhan kepada Umat Islam adalah ingin menguji sejauh mana kepatuhan kita kepada perintahnya dan ia sebagai pengukur kepada nilai ketakwaan kita kepada Nya.Hikmah terhadap perintah puasa ini adalah untuk menjadikan kita ini sebagai hamba Allah yang benar-benar bertakwa kepada Nya.
Iman bagaikan tubuh badan,takwa pula sebagai pakaian manakala ibadah pula sebagai makanan dan minuman kepada tubuh itu.Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada kita kepentingan iman itu meliputi sejauh mana ketakwaan kita kepadanya.Peningkatan nilai takwa terhadap diri seseorang bergantung kepada nilai amalan seseorang itu.
Untuk menempuh alam dunia yang semakin penuh dengan kemungkaran pada hari ini seseorang itu memerlukan kekuatan iman yang mantap.Orang yang iman dan takwanya kukuh secara tidak langsung menunjukkan hubungannya dengan Allah yang begitu kukuh.Allah akan membimbing hamba-hamba Nya yang amat taat kepadanya.Ini disandarkan kepada firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat ke 128;
"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan bersama orang-orang yang bertakwa dan melakukan kebaikan (amal soleh)"
Sabda Rasulullah pula daripada hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi;
"Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan gantikanlah keburukan itu dengan kebaikan,tentu kebaikan itu akanmenghapuskan Nya dan bergaulah sesama manusia dengan akhlak yang baik"
Sheikh Bisyri Al-Hafi menyatakan bahawa "Jika Malaikat naik ke langit dengan membawa nyawa orang yang mati dalam memeluk islam maka mereka merasa kagum terhadap nyawa tersebut seraya berkata,bagaimana manusia ini mampu menjaga dirinya di dalam dunia,sedangkan kebanyakan menjadi pilihan kami semunya adalah binasa.
Oleh itu sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Sekali lagi ana menyeru agar sama-samalah kita meningkat nilai keimanan kita kepada Allah di bulan Ramadhan ini moga-moga ia menjadi satu slot tarbiyah buat diri kita bagi menempuhi bulan-bulan yang lain yang penuh dengan hasutan syaitan dan iblis.

Tuesday, September 18, 2007

Baju Kurung yang semakin dilupakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hmmm bile kite bercakap pasal baju kurung dan baju melayu kita akan terfikir bahawa inilah antara keistimewaan yang ada pada orang melayu.Selalunya mak ayah kite bila hari raya hampir menjelang tiba maka mereka akan sibuk membeli kain untuk dijadikan baju kurung mahupun baju melayu.

Bila ia dipakai ketika hari raya.dipakainya pula bagi yang lelaki ke masjid menjadikan suasana hari raya bertambah meriah.Kalau melihat sekumpulan kanak-kanak yang berbaju kurung dan melayu sibuk berhari raya ke rumah kawan-kawan mereka,ini menambahkan lagi seri pada hari raya tersebut.

Yang ana nak cerita ni bukan pasal hari raya tapi nak cerita pasal baju kurung yang semakin dilupakan.Kalau dulu zaman saya kanak-kanak,saya lihat gadis-gadis melayu kita sangat suka memakai baju kurung.Tapi sekarang ni suasana tu dah berubah kebanyakan gadis-gadis melayu sekarang ni lebih gemar untuk memakai baju ketat kemudian dipadankan dengan seluar jeans atau seluar track.

Bagi saya adat melayu terkadang-kadang ada yang tidak menyalahi hukum syara' bahkan menjaga pula kesopanan org melayu.Cuba kawan-kawan tengok alangkah sopannya gadis-gadis melayu jikamereka berbaju kurung apatah lagi dipadankan dengan warna tudung yang sesuai.
Secara tidak langsung ia mampu menutup aurat seseorang gadis tu.

Ada juga yang masih lagi gemar memakai baju kurung.Tapi jumlah tu semakin berkurangan.
Kalau di Universiti plak sudah semakin ramai yang suka berpakaian barat hadir ke kuliah.Lebih dahsyat lagi mereka lebih berani berpakaian seksi hadir ke kuliah apetah lagi di khalayak umum.Kita sibuk nak pertahankan hak-hak orang melayu dan adat-adat orang melayu tapi aper dah jadi sekarang ni.Entahlah agama dah la tak terjaga sekarang ni.Bencana-bencana dah menjadi-jadi.Entahlaaaaaaa fikir sendiri la.