Saturday, June 6, 2009

'Altantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah


Sajak ini hasil ciptaan :

YBhg Saudara Mohamad Sabu

( Mantan Naib Presiden PAS)

Monday, June 1, 2009

TENTATIF PENUH MUKTAMAR PAS KALI KE 55

* Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan



* Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50

Tarikh : 9 Jumada Al-Akhir 1430 / 3 Jun 2009 (Rabu)

Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan



* Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan



* Muktamar Penuh PAS Kali ke-55

Tarih : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2009

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan


TENTATIF TAMBAHAN

* Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam

Ahli Panel : 1) YB Dato' Dr Hassan Bin Mohd Ali
-Pesuruhjaya PAS Selangor-

2) YBhg Dato' Dr Haron Din
-Timb. Mursyidul Am PAS-

3) YBhg Ustaz Dato' Ismail Kamus

Moderator : YBhg Ustaz Kamal Ashaari.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman rasmi Muktamar PAS kali ke-55

http://muktamar55.pas.org.my/


"SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN
DARI BUMI MUSA ALAIHI AS-SALAM"


سيروا على بركة الله

Wednesday, May 27, 2009

Muslimat PAS Ipoh mesti bertindak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sahabat-sahabat yang dimuliakan.

Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan satu berita yang agak menggusarkan hati kita khususnya di kalangan pendakwah-pendakwah Islam. Berita yang mungkin agak menggemparkan seluruh Malaysia berkaitan isu rumah tangga kepada saudara Akil Hay Rawa. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada keluarga saudara Akil Hay dan isteri, Puan Maizawati Zainal kerana cuba membawa isu ini masuk ke dalam blog saya. Bukanlah dengan niat untuk merancakkan lagi suasana tegang ini dan bukanlah dengan niat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Hakikatnya tulisan ini bertujuan untuk meredakan dan cuba membantu mencari jalan penyelesaian.

Diri ini tidaklah sehebat mana, bahkan masih cetek ilmunya. Namun atas dasar saudara Akil sekeluarga adalah saudara saya seakidah, maka wajib saya membantu pada lapangan ini. Mungkin tulisan ini juga boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang lain. Melihat kepada kekalutan ini seharusnya saudara Akil sebagai ketua keluarga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin untuk memulihkan kembali hubungan saudara Akil bersama isteri dan anak-anak. Ini kerana saudara Akil tidak ada masalah untuk medampingi mereka dengan lebih dekat sepenuh masa bagi meleraikan kekusutan dan kerumitan yag berlaku dalam rumah tangga saudara Akil. Saya percaya dan yakin, saudara Akil tentu masih lagi menyayangi isteri saudara apatah lagi anak-anak saudara yang merupakan darah daging saudara Akil sendiri.

Kembalilah kepada manhaj yang Islam telah gariskan kepada kita khususnya bagi golongan suami yang menjadi nakhoda kepada bahtera rumahtangga.
Syariat Islam yang mulia memerintahkan suami berbuat baik kepada isteri serta menggaulinya dengan baik. Syariat mengharamkan perbuatan-perbuatan untuk menyakiti, menganiaya dan memudarati si isteri dalam segala cara dan bentuk. Allah Subahanahu Wa Taala (S.W.T) telah berfirman dalam surah an-Nisaa pada ayat yang ke 19 :

و عاشروهنّ بالمعروف فإن كرهتموهنّ فعسى أن تكرهوا شيئا ويجعل الله فيه خيرا كثيرا

Maksudnya: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu".

Ya, semua orang mengakui dan saya juga turut mengakui, dalam melayari bahtera rumah tangga ini demi mencapai redho ilahi pasti tak lekang daripada musibah mahupun bencana. Ketika bahtera di tengah lautan kadang-kadang ditimpa hujan, kadang-kadang riuh ribut kedengaran, kadang-kadang ombak lautan yang memukul bahtera. Kesemua situasi ini amat menakutkan pengemudi dan anak-anak kapalnya. Namun nakhoda yang bijak pasti mampu menenangkan anak-anak kapalnya dengan tindakan-tindakan yang bijak. Begitu juga halnya dalam rumahtangga, perlu si suami berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada terhadap apa jua kebarangkalian bencana atau fitnah yang boleh mengganggu gugat kestabilan rumahtangganya. Peritnya kehidupan kita apabila terpaksa menghadapi fitnah-fitnah dunia, kerana keperitan akibat daripada fitnah itu lebih pedih dan menderita untuk kita hadapi. Sebab itulah dosa bagi orang yang memfitnah itu sangat besar di sisi Allah. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 217:

والفتنة أكبر من القتل

Maksudnya: "Dan (ingatlah!) angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan".

Bagi saya masih belum terlambat untuk memulihkan keadaan rumahtangga saudara Akil. Isteri dan anak-anak masih memerlukan saudara untuk membimbing kehidupan mereka. Jangan biarkan diri saudara untuk lari daripada masalah ini. Melarikan diri daripada masalah tidak memberi kesan positif ke arah penyelesaiannya bahkan makin membarah. Jikapun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saudara itu adalah benar, maka masih belum terlambat untuk kembali ke landasan yang kukuh dan landasan yang menuju keredhoan Ilahi. Kita ini manusia pasti tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan itu jangan terus dibiarkan. Perlu diperbetulkan. Kasihanilah isteri dan anak-anak kerana mereka itu adalah cahaya ketenangan dan penyejuk mata bagi diri saudara. Firman Allah S.W.T dalam surah ar-Rom ayat ke 21:

ومن ءاياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودّة ورحمة إن في ذلك لأ يات لقوم يتفكّرون

Maksudnya:" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu(suami dan isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Imam al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirannya menerusi kitab Sohih Mukhtasor Tafsir Ibni Kathir ( صحيح مختصر تفسير ابن كثير ) cetakan Darul as-Salam helaian 1381 menjelaskan kepada kita berdasarkan ayat ke 189 dalam surah al-A'raf bergandingan dengan ayat di atas dengan merujuk kepada kejadian Hawa.

Imam Ibnu Kathir Rahimallahu Ta'ala 'Anhu menafsirkan Allah S.W.T telah menciptakan Hawa daripada rusuknya adam yang sangat mudah(tanpa perlu mengambil sumber atau ikon lain). Sekiranya Allah menjadikan Bani Adam itu kesemua mereka adalah lelaki, dan jika sekiranya Allah menjadikan perempuan-perempuan mereka daripada jenis yang lain, selain daripada mereka(bukan dari kalangan manusia). Samada kejadian Hawa itu daripada golongan jin atau haiwan, tatkala ketika berlakunya percampuran antara mereka dan isteri-isteri mereka nescaya dengan sebab berlainan jenis akan mencetuskan perselisihan ataupun permusuhan. Oleh yang demikian itulah daripada kesempurnaan rahmat Allah terhadap Bani Adam bahawasanya Allah menjadikan isteri-isteri mereka daripada jenis yang sama.

Manakala al-Imam al-Jalil Abdullah bin Ahmad bin Mahmud an-Nasafi dalam kitabnya Tafsir an-Nasafi ( تفسير النّسفي ) juga menafsirkan ayat yang sama pada helaian 905 cetakan Darul Ma'rifah. Beliau menyatakan Allah S.W.T menganugerahkan rasa kasih mengasihani dan berbelas-kasihan antara lelaki dan perempuan itu dengan sebab perkahwinan. Ada juga pendapat lain mengatakan bahawasanya dalam perkahwinan itu Allah kurniakan al-Mawaddah iaitu kasih sayang terhadap wanita muda dan ar-rahmat iaitu belas kasihan terhadap wanita yang sudah tua.

Merujuk daripada tafsiran kedua-dua imam ini jelas kepada kita mana mungkin berlakunya permusuhan,dendam,irihati,kekhuatiran, dan kecelaruan dalam rumah tangga sedangkan Allah telah memaklumkan kepada kita bahawasanya perkahwinan itu menjanjikan kebahagian dengan kurniaan kasih dan sayang ke atas si suami dan isteri. Jika permusuhan dan segala perkara-perkara yang buruk itu berlaku juga dalam rumahtangga, ini bermakna perkahwinan yang telah disyariatkan oleh Allah itu tidak diletakkan pada kehendak Allah yang sebetulnya. Mungkin di sana hak-hak Allah tidak ditunaikan contohnya bila berkahwin solat waktu tidak dijaga. Mungkin juga di sana hak-hak antara suami juga isteri tidak dijaga, menyebabkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam rumahtangga.

Berbalik kepada kes yang berlaku ke atas keluarga saudara Akil Hay, bagi siisteri juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi maslah yang berlaku ini. Jangan terus membiarkan sisuami tertekan dengan masalah yang terpaksa dihadapi kalaupun memang benar maslah itu berpunca daripadanya. Sebagai seorang isteri yang solehah, sentiasa bersangka baik terhadap suami dan memberi keprcayaan kepadanya. Jika sisuami tidak diberi kepercayaan, bagaimana dia mahu memimpin keluarganya dengan penuh keyakinan.

Jika memang benar ia melakukan kesalahan bersangka baiklah dahulu,mungkin dia tersilap dengan hambatan nafsu dan belaian dunia. Berikan dia harapan dan kata-kata semangat untuk dia kembali kepangkal jalan dan terus yakin untuk memacu arah tuju rumahtangga dengan berlandaskan manhaj Rabbani. Jika sisuami tidak mampu pulang untuk bertemu dengan siisteri bagi menyelesaikan maslah ini, siisteri yang mampu seharusnya segera menemuinya dimana sisuami berada. Mungkin sisuami malu untuk kembali ke kediamannya kerana tohmahan dan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Dimanakah lagi tempat suami bergantung harapan dan kekuatan selepas Allah yang menjadi tunggak utama melainkan siisteri di dalam sesebuah rumahtangga. Bertemulah dengan sisuami itu lebih baik didahulukan daripada bertemu dengan mereka-mereka yang fasik (yang tak sepatutnya dia bertemu) yang suka mengapi-apikan dan melaga-lagakan antara pasangan tersebut, sedang keadaan mereka sendiri dalam hal keagamaan masih belum sempurna. Nasihat saya agar sisuami mahupun siisteri bertemulah dengan orang-orang yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya dalam hal-hal kekeluargaan untuk mendapatkan teguran dan nasihat. Contohnya seperti Tuan Guru Haji Hadi yang sedia kita maklumi bahawa beliau mampu memimpin keluarga walaupun beristeri lebih daripada seorang atau mana yang lebih baik sebagai rujukan dan tempat nasihat. Teringat saya satu syair arab yang mungkin bertepatan dengan pesanan saya tadi :

فكل خير فى اتباع من سلف وكلّ شرّ فابتداع من خلف

"Segala kebaikan diperolehi dengan mengikuti kaum salaf (orang-orang soleh), dan segala keburukan diperoleh dari ikut-ikut aliran yang jelik"

Kepada Puan Maizawati Zainal jika masih lagi menaruh harapan serta kasih sayang daripada suami sudilah kiranya memaafkan sisuami di atas kesilapan yang telah beliau lakukan. Sedangkan Allah memaafkan dosa-dosa dan menerima taubat hambanya apatah lagi kita sesama manusia yang sangat lemah di sisi penciptanya. Jadilah isteri yang mampu menyenangkan hati sisuami, jadilah isteri yang mampu membahgiakan suami. jadilah isteri yang mampu meringankan beban sisuami. Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) pernah bersabda:

"الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة"
أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksudnya: Dunia ini adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia ialah wanita (isteri) yang baik.

Bahkan Baginda S.A.W memandang isteri yang solehah itu sebagai suatu pusaka yang bernilai yang perlu dijaga dengan sebaikmungkin bagi diri seorang suami. Sebagaimana sabda Baginda S.A.W lagi:

ألا أخبركم بخير ما ينكز المرء؟ المرأة الصالحة إن نظر إليها سرّته وإن أمرها أطاعته وإن غاب عنها حفظته فى نفسها وماله أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksusnya:"Sukakah kalian jika ku khabarkan tentang sebaik-baik pusaka yang dapat disimpan oleh seseorang? ialah isteri yang baik, yang jika suaminya memandang kepadanya, maka ia menyenangkan suaminya, dan apabila ia disuruh suaminya maka ia patuh kepada suaminya, dan ketika keberadaan suaminya jauh darinya, maka ia dapat memelihara suaminya dengan memelihara maruahnya dan harta suaminya"

Ingatlah bagi kaum adam mahupun hawa terhadap firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat yang ke 26:

الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيّبات للطيّبين والطيّبون للطيّبات

Maksudnya: " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan adalah wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik".

Jika mampu kedua-dua pasangan ini bertemu, ambillah kesempatan yang diizinkan Allah itu untuk menyelesaikan kerumitan yang ada. Natijahnya terserahlah kepada diri masing-masing demi segala-galanya adalah yang terbaik demi kebaikan rumahtangga khususnya terhadap anak-anak mereka. Seandainya natijah itu berakhir dengan penceraian, diharap itulah yang dianggap jalan yang terbaik bagi kedua-dua mereka. Islam membenarkan penceraian namun, dalam masa yang sama ia adalah suatu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Penceraian sebagai satu keharusan yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan situasi yang darurat. Jika sesuatu kerumitan di dalam rumahtangga itu berterusan dan semakin membarah dan ia hanya akan pulih dengan mengambil langkah untuk ke arah penceraian. Maka haruslah sisuami untuk mengambil langkah tersebut. Sebagaimana sisuami mengambil siwanita itu dengan cara yang baik maka ceraikanlah ia dengan cara yang baik.

Sebagai tambahan sebelum mengakhiri tulisan saya yang serba dhoif ini, sedikit cadangan daripada saya jika natijah kedua-dua pasangan itu berakhir dengan penceraian, maka saya sarankan Muslimat PAS Ipoh supaya mendampingi Puan Maizawati Zainal untuk memberikan kekuatan dan sokongan moral terhadap beliau. Perwatakan zahirnya menampakkan beliau seorang muslimah yang baik namun mungkin pengetahuan agama yang sedikit menyebabkan beliau agak kecelaruan dan kekeruan dalam mencari penyelesaian ini. Dengan cara ini bolehjadi Muslimat Pas Ipoh mampu memberi kekuatan dan dorongan yang positif terhadap beliau untuk tabah dan terus kuat untuk membimbing anak-anak beliau dengan berlandaskan ajaran Islam. Jangan terus biarkan ia terdedah dengan golongan-golongan fasik mahupun golongan-golongan yang cuba mencerminkan Islam itu tidak mampu mengatur kehidupan umatnya serta golongan yang suka melihat ke arah permusuhan dan saling domba-mendomba antara satu sama lain.






Saturday, May 23, 2009

Di antara sifat-sifat muslim itu memuliakan tetamu.

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Dengan kesibukan menelaah kitab-kitab kuliah untuk berhadapan dengan imtihan ni teringin plak saya nak menulis di dalam blog ni. Sudah agak lama saya tidak memperbaharui penulisan saya di dalam blog ni. Tak seronok plak bila dibiarkan ia terlalu lama tanpa diisi dengan tajuk yang baru. Teringat pesanan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, para blogger perlu mengambil manfaat daripada blog yang mereka ada dengan menyampaikan maklumat yang berguna kepada pembaca. Jangan dibiarkan terlalu lama tidak di "update".

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Rumah orang islam itu ia bersifat dengan sifat-sifat yang cukup berbeza. Sifat-sifat tersebut lahir daripada pembentukan peribadi penghuninya yang cukup berpegang kepada ajaran Islam yang mengajarnya erti kemurahan sesama manusia serta berakhlak dengan akhlak yang mulia. Oleh itu di antara sifat-sifat rumah orang islam itu, penghuninya sangat memuliakan tetamu.

Memuliakan tetamu merupakan sifat bagi orang islam, ini kerana mereka menganggap tetamu itu adalah kurniaan rezeki daripada Allah. Seorang muslim itu dia mempercayai bahawa Allah telah mencurahkan sebanyak kebaikan kepadanya yang perlu direbut dengan memuliakan tetamunya. Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam berfirman dalam sabda baginda:

(( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرمه ضبفه ))
أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka muliakanlah tetamunya"
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Fasal : Adab, Bab : Memuliakan tetamu dan perkhidmatan terhadapnya.

Al-quran telah menceritakan kepada kita tentang satu kisah yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim 'Alaihis Salam (AS) bersama tetamunya. Allah Subhana Wa Ta'ala telah berfirman dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat ke 24 hinga 26:

هل أتاك حديث ضيف إبراهيم المكرمين ( ) إذ دخلوا عليه فقالوا سلاما قال سلام قوم منكرون ( )
فراغ إلى أهله فجآ ء بعجل سمين ( ) صدق الله العظيم


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? * Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" lalu Ibrahim menjawab :"Salam sejahtera kepadamu!" sambil berkata di dalam hati: Mereka ini orang-orang yang tidak dikenali.* Kemudian ia(para tetamu) masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar (hidangan) seekor anak lembu gemuk( yang dipanggang).*

Sahabat-sahabat yang dimuliakan.

Maka tatkala Allah S.W.T telah mengutuskan malaikat ke atas kaum Lut untuk mengazab mereka, malaikat tersebut telah menemui Nabi Ibrahim dalam keadaan mereka berupa seorang lelaki. Dengan hati yang dirundung persoalan daripada mana lelaki yang tidak dikenali ini hadir, Nabi Ibrahim tanpa berlengah mengalu-alukan kehadiran tetamu tersebut dengan layanan yang baik. Sebagaimana yang telah tercatat di dalam al-Quran ayat yang ke 26 di atas, nabi Ibrahim telah menyembelih seekor anak lembu yang gemuk untuk dihidangkan kepada tetamunya yang istimewa itu.

Ketika mana Nabi Ibrahim menghidangkan lembu panggang itu kepada mereka lantas mereka tidak mendekati hidangan tersebut. Nabi Ibrahim mula merasakan mereka ini berniat jahat ke atasnya. Ini kerana persepsi orang arab sesiapa yang tidak memakan makanan yang telah dihidangkan kepadanya bahawasanya dia telah berniat jahat terhadap orang telah menghidangkan makanan tersebut.

Dengan perasaan yang takut, Nabi Ibrahim menyuruh tetamunya makan hidangan tersebut sebagaimana dalam ayat ke 27 ( ألا تأكلون ) dalam surah yang sama. Setelah itu Nabi Ibrahim ditenangkan oleh tetamunya dengan memaklumkan kepadanya bahawa mereka itu adalah malikat. Manakala pada ayat yang ke 28 ( وبشّروه بغلآم عليم ) malaikat tersebut juga memaklumkan berita gembira kepada kepada Nabi Ibrahim dan isteri bahawa mereka akan dikurniakan seorang anak yang sangat alim iaitu Nabi Ishak AS.

Alangkah terkejutnya isteri Ibrahim AS saat mendengar beriita yang pelik itu sedangkan beliau adalah perempuan tua yang telah mandul.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan.

Dengan sebab kebaikan dan kemuliaan yang diberikan Nabi Ibrahim kepada tetamunya walaupun baginda tidak mengenali mereka, Allah SWT telah membalas kebaikan dan kemuliaan itu dengan kurniaan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Oleh kerana itulah Islam meletakkan beberapa hak kewajipan yang mesti kita penuhi terhadap mereka yang bergelar tetamu. Maka antara hak-hak kewajipan itu adalah:

1. Hak-hak yang perlu dipenuhi selama 3 hari dari tempoh ketibaannya.
2. Menjamu mereka dengan makanan dan minuman yang
sebaiknya,mengikut
kemampuan yang ada.
3.Menyediakan tempat tidur bagi memudahkan mereka untuk
berehat mengikut
kemampuan yang ada.

Selepas daripada 3 hari yang ditetapkan, maka tidaklah berdosa jika tetamu tersebut dijamu dengan makanan yang sama dimakan oleh tuan rumah dan keluarga seperti hari-hari biasa.





Friday, January 30, 2009

Ceramah Perdana di dataran Hayyu "Asyir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Insyaallah pada malam ni 31 Januari 2009 akan diadakan Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden Parti Islam Se Malaysia PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat YB Salahuddin Ayub di dataran Hayyu 'Asyir.

Saya mengharapkan kepada semua sahabat-sahabat agar dapatlah kiranya hadir ke ceramah tersebut.Tak kiralah sahabat-sahabta ni orang PAS ke (lagilah wajib pergi sebab pimpinan datang tu) atau orang UMNO ke ABIM ke Nadi UMNO ke datanglah beramai-ramai.

Jangan lupa solat Isyak dulu sebelum Hadir......


Thursday, January 29, 2009

Rumah Orang Islam Ada Anjing?

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Alhamdulillah selesai sudah imtihan saya. So Sekarang ni saya akan teruskan dengan penerangan yang berikutnya sebagai menyambung kembali apa yang telah saya kupaskan pada tajuk tajuk-tajuk sebelum ini.Ermm tapi sebelum tu kepada saudari Faezah,tentang pertanyaan saudari berkenaan dengan perkahwinan Mut'ah tu akan dijawab selepas daripada tajuk ini.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Seorang Muslim itu tidak boleh memelihara anjing di rumahnya. Ini kerana bagi mana-mana rumah Muslim yang terdapat anjing di dalamnya tidak akan dimasuki oleh Malaikat. Lebih menarik perhatian saya ada sebahagian kecil di kalangan orang Islam kita pada hari ini berbelas kasihan, terlalu teliti dalam hal yang berkaitan dengan anjing peliharaannya. Kadang-kadang perhatiannya terhadap anjing peliharaannya itu lebih difokuskan berbanding anak-anaknya sendiri. Fokus yang dimaksudkan termasuklah penjagaan pemakanan, kesihatan,kekemasan dan boleh dikatakan segala kebajikan yang diperlukan bagi memastikan anjing peliharaannya sentiasa dalam keadaan terbaik.

Sahabat-sahabat yang amat ku kasihi,

Situasi yang saya sebutkan ini memang tidak banyak berlaku di Malaysia ,tetapi berlaku di tempat saya belajar. Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku ke atas orang Islam. Perlu difahami bahawa Islam telah menggariskan ketetapan-ketetapan yang perlu kita patuhi dalam masalah ini.Adakah boleh seorang muslim itu bebas untuk memlihara anjing di dalam rumahnya? Jika tidak boleh,adakah boleh jika seorang muslim itu memlihara anjing di luar kawasan rumahnya?

Kadang-kadang ada sebahagian kecil umat Islam kita pada hari ini terlupa terhadap apa yang telah wartakan oleh syara' terhadap maslah ini. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) telah memaklumkan kepada kita melalui sabdanya:


لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة

Maksudnya: "Tidak akan masuk Malaikat ke dalam rumah yang didalamnya terdapat anjing dan patung-patung. Atau sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda S.A.W.(Di riwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

Sahabat-sahabat boleh menyemak hadith di atas melalui riwayat-riwayat yang berbagai. Terdapat lebih daripada 2 hadith yang menyerupai lafaz dan makna tersebut. Hadith-hadith yang maksudkan bolehlah sahabat-sahabat lihat dalam kitab Fathul Bari Bi Syarhi Sohihil Bukhari ( فتح الباري بشرح صحيح البخاري ) pada Fasa Permulaan Kejadian bab tentang Malaikat. Bayangkan sahabat-sahabat, pada hadith yang ke 3227 dalam kitab yang sama juga pada fasa yang sama, Jibril sendiri telah mewartakan kepada Rasulullah S.A.W bahawa dia berjanji tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang terdapat di dalamnya patung (termasuk gambar-gambar tercela)dan anjing.

عن سالم عن أبيه قال : وعد النّبيّ صلى الله عليه وسلّم جبريل فقال : إنّا لا ندخل بيتا فيه صورة ولا كلب

أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلّم

Maksudnya: Daripada Salim daripada bapanya telah berkata: Jibril telah berjanji kepada Rasullullahi S.A.W bahawasanya Jibril telah berkata: ( Sesungguhnya Kami tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada padanya patung & anjing)


Sahabat-sahabat yang amat ku segani,

Ketahuilah bahawa Rasulullah telah mengharamkan aktiviti penjualan anjing dan memliharanya kecuali jika dijadikan sebagai haiwan perburuan. Rasulullah telah menjelaskan dalam sabdanya :

يقول صلى الله عليه وسلّم : من اقتنى كلبا إلا كلبا ضاريا لصيد أو كلب ماشية فإنّه ينقص من أجره كلّ يوم قيراطان

أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم



Bersabda Rasullullah S.A.W :Sesiapa yang memelihara anjing selain anjing yang terlatih untuk tujuan perburuan atau untuk tujuan menjaga tanaman & ternakan.Maka sesungguhnya akan dikurangkan pahala amalannya setiap hari dengan dua kali ganda nilaiannya. ( القيراط : dengan makna satu per enam dirham atau empat per enam dinar )

Hadith di atas diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar merupakan hadith yang ke 5481 yang telah disusun oleh Imam al-Bukhari.Terdapat dua lagi hadith yang juga menyebutkan tentang masalah yang sama. Oleh itu berdasarkan daripada hadith di atas jelaslah kepada kita faktor keharusan yang diberikan kepada kita dalam hal yang berkaitan dengan pemeliharaan haiwan mughallazoh (najis berat yang perlu disama'). Juga di haruskan untuk kegunaan polis atau tentera dalam hal-hal keselamatan mahupun sebagai memudahkan urusan mereka.Contohnya mengesan pergerakan musuh atau penjenayah yang lari ,juga ingin mengesan kenderaan-kenderaan yang membawa muatan-muatan yang tidak dibenarkan seperti dadah. Maka hal yang demikian di haruskan oleh syara'.

Maka haramlah hukumya jika ada dikalangan kita yang memelihara anjing di rumahnya. Ulama' bersepakat dalam hal ini.Soal perbalahan mereka hanya berkaitan dengan masalah untuk menghilangkan najis tersebut jika tersentuh haiwan mughallazoh atau pun najisnya. Bagi Imam Malik memang tidak mewajibkan kita menyama' (iaitu basuhan dengan air tanah) jika tersentuh anjing. "Kalau kita ni di Malaysia dah bersepakat nak bermazhab Syafi'e kenapa sibuk-sibuk nak ikut mazhab lain dalam hal ni,kan boleh menimbulkan perpecahan dan kesangsian dalam masyarakat islam kita di Malaysia". Teguran ni khas untuk http://kittun.blogspot.com/ . Saya tahu bloggers ni hebat ilmunya dalam perbandingan mazhab. Tapi tak relevan kalau nak diaplikasikan ke semua mazhab tu dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kita bukan macam Indonesia,Mesir dan beberapa negara timur tengah yang lain yang bebas mengaplikasikan mana-mana mazhab dalam kehidupan mereka.


Sahabat-sahabat yang amat ku hormati,

Dalam surah al-Kahfi Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman:

وتحسبهم أيقاظا وهم رقود ونقلّبهم ذات اليمين وذات الشمال وكلبهم باسط ذراعيه بالوصيد

Maksudnya : " Dan kamu menyangka mereka itu bangun, padahal mereka tidur, dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua-dua lengannya di muka pintu gua"

Dalam surah al-Kahfi ayat ke 18 Ibnu Kathir dalam kitabnya Mukhtasor Tafsir Ibnu Kathir ( صختصر تفسير ابن كثير ) menyatakan bahawa Ibnu 'Abbas memaknakan al-Wasid ( الوصيد ) itu sebagai al-Finaa ( الفناء ) iaitu halaman, dia juga memaknakan ia sebagai pintu. Dia bersandarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah al-Humazah ayat ke 8:



إنّها عليهم مؤصدة

Maksudnya: "Sesungguhnya api tu ditutup rapat ke atas mereka"

Ibnu Jarih memaknakan ayat di atas sebagai : Mengawal ketat ke atas ahli neraka itu oleh pintu neraka. Seolah-olah pintu itu dijaga dan kedudukan penjaga pintu itu berada diluar pintu tersebut.

Berbalik kepada penafsiran surah al-Kahfi di atas, ketika pemuda-pemuda al-Kahfi itu ditidurkan oleh Allah bersama anjing yang menuruti mereka sehinggalah ke tempat itu.Kedudukan anjing itu secara tidak langsung diceritakan oleh al-Quran. Ketahuilah bahawa anjing tersebut tidak masuk bersama-sama dengan pemuda-pemuda al-kahfi itu ke dalam gua, bahkan ia duduk di halaman pintu gua tersebut dalam keadaan kedua-dua kaki depannya mengunjur ke arah pintu gua al-Kahfi itu. Bagaimana para malaikat hendak masuk ke dalam gua tersebut untuk menjalankan perintah Allah supaya membalik-balikan jasad pemuda-pemuda al-Kahfi itu jika anjing itu berda di dalam gua.

Sahabat-sahabat ku sekalian,

Kisah ini menunjukkan satu petanda yang menarik daripada al-Quran al-Karim terhadap masalah yang berkaitan dengan anjing. Alhamdulillah, sekadar ini sahaja penerangan saya berkaitan dengan tajuk kita pada kali ini, secara tidak langsung menjawab sedikit beberapa masalah yang timbul. Kesimpulannya HARAM bagi umat Islam memelihara anjing di dalam rumah.

Sekali lagi saya mengalu-alukan respon yang terbaik daripada sahabat-sahbat yang lebih arif daripada ana terhadap isu ini. Mungkin sepanjang penerangan saya ini ada beberapa kesalahan mahupun kekurangan yang perlu dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Insyaallah saya akan sambung pula dengan tajuk yang seterusnya "Sifat seorang muslim itu dia memuliakan tetamu" dikesempatan masa yang diberikan nanti.







Thursday, January 1, 2009

الإعلان الهامة

تدعو جماعة الإخوان المسلمين جماهير المسلمين في كافة أنحاء مصر لأداء صلاة الغائب على أرواح شهداء غزة الأبرار؛ وذلك يوم الجمعة 2/1/2009م، والدعاء للشعب الفلسطيني بالصمود والثبات في مواجهة المجازر الوحشية التي يرتكبها العدو الصهيوني في حق أهل القطاع، على أن يعقب ذلك مباشرة وقفات أمام المساجد لإظهار غضبتنا تجاه العدوان الذي يهدد أمننا القومي العربي والمصري، ولإعلان تضامننا مع أهل غزة الأبطال