Penyataan tentang perkara ini turut disebut oleh para khatib di negeri ini dalam khutbah Jumaat pada minggu lalu.
"Kita bukannya nak pertikai fahaman pihak-phak tertentu dalam masalah sebegini. Memanglah perkara sebegini tak dibuat oleh Nabi s.a.w. dulu, tapi salahkah kita memulakan tahun baru Islam dengan berdoa?
"Allah Taala pun berfirman dalam al-Quran yang bermaksud berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku pekenankannya," kata Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz.
Menurutnya, perkara-perkara sebegini yang tidak melibatkan ibadat khusus seperti solat tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Katanya lagi, lebih banyak perkara besar yang perlu diberikan penumpuan seperti krisis keruntuhan akhlak dan gejala kegoncangan aqidah yang sedang melanda umat Islam khususnya di negara ini.
"Kalau nak sebut tentang perkara bidaah, tahun hijrah pun tak ada zaman Nabi dulu. Ianya mula dikira pada zaman Saiyidina Umar memerintah.
"Sepatutnya khutbah Jumaat lah tempat paling sesuai digunakan bagi menerangkan ancaman-ancaman yang melanda umat Islam hari ini kerana pada hari itu ramai orang berhimpun," ujarnya selepas menyampaikan kuliah maghrib mingguannya di sebuah surau dekat sini malam semalam