Thursday, January 25, 2007

Wajib Kita Bersolat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Jika mereka bertaubat,dan mereka mendirikan sembahyang dan mereka menunaikan zakat.Maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama dan kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui."(Surah At-Taubah:11)

Ibadah solat atau sembahyang di dalam islam merupakan suatu tuntutan yang wajib ditunaikan oleh seseorang individu yang mengakui dirinya sebagai seorang yang islam.Bagi mereka-mereka yang ingin memeluk islam diWajibkan ke atas mereka untuk melaksanakan rukun yang pertama di dalam rukun islam iaitu, dengan melafazkan penyaksian bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala (S.W.T) dan mengakui dengan sebenar-benarnya Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah.

Apabila seseorang itu telah melafazkan penyaksian tersebut maka tersedialah baginya tuntutan untuk melaksanakan rukun-rukun islam yang seterusnya iaitu perintah melaksanakan sembahyang,berpuasa pada bulan ramadhan,menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang mampu melaksanakannya.Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Baginda Muhammad S.A.W dalam hadithnya.

Daripada Abu 'Abdur Rahman 'Abdillah ibni 'Umar ibni Al-khattab radhiallahu 'anhuma telah berkata,bahawasanya aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Terbinanya islam itu atas lima perkara;Penyaksian bahawasanya tiada tuhan malainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,menunaikan sembahyang,mengeluarkan zakat,menunaikan haji dan berpuasa dibulan ramadhan."Riwayat Bukhari dan Muslim.(Hadith yang ketiga dalam himpunan 42 hadith Imam Nawawi).

Berdasarkan kepada hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa, sembahyang merupakan rukun kedua terpenting di dalam islam.Oleh itu tidak boleh tidak mereka yang beragama islam Wajib menunaikan sembahyang kerana dengan sembahyang inilah merupakan antara perbuatan zahir menjadi dalil kepada islamnya seseorang itu dari sudut pandangan mata kasar.
Maka tidak hairanlah jika perkara utama yang menjadi perbezaan anatara orang islam dan orang kafir adalah dengan sembahyang.Berdasarkan daripada kenyataan ini banyak hadith-hadith yang boleh dijadikan bukti antaranya;

Sabda Rasulullah S.A.W:"Perjanjian yang ada antara kami dan mereka ialah sembahyang.Maka barangsiapa yang meninggalkanya maka Kafirlah ia."Riwayat Tirmizi.

Ibnu Ma'ud berkata:"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang maka tidak ada agama baginya."

Ketika mana Rasulullah hendak mengutuskan Mu'az ke Negeri Yaman,Baginda telah berwasiat kepadanya dengan sabdanya;"Wahai Mu'az sepenting-penting urusan di sisi aku ialah sembahyang."

Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya antara lelaki dan syirik dan kufur ialah meninggalkan sembahyang."Riwayat Muslim,Ibnu Majah,Tirmizi.

Abu Dhardha' berkata:"Tiada iman bagi mereka yang tidak ada sembahyang baginya."

Apabila dikaji hikmah terhadap pensyari'atan sembahyang terlalu banyak.Sebagaimana yang kita maklumi Allah S.W.T memerintahkan kepada hambanya supaya menunaikan sembahyang sebagai satu wasilah kepada hambanya bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Zat yang Maha Agung itu.Jika kita melihat kepada penganut-penganut yang bukan islam yang mereka ini sangat taat kepada ajaran mereka,maka dapat dilihat dari sudut tersebut keperibadian akhlak
mereka yang baik.Namun kelemahan yang terdapat bagi agama mereka yang bukan islam dalam melaksanakan tuntutan-tuntutan agama mereka terkadang mereka terpaksa melakukan perkara-perkara yang mengongkong fitrah semulajadi mereka sebagai seorang manusia.Antaranya ada sebahagian mereka yang sanggup menahan diri daripada berkahwin semata-mata untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka.

Berbeza dengan islam,yang mana jika dilihat dari espek keseluruhan ibadah-ibadah yang dipertanggungjawab Allah kepada umatnya jelas tidak bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia.Walaupun jika dilihat tidak logik pada zahirnya namun ia memberi keuntungan terhadap kerohanian jiwa seseorang.Buktinya telah di serlahkan melalui kajian-kajian sains dan teknologi modern.Contoh dalam ibadah puasa didalam islam jika dilihat dari sudut zahir ia seolah-olah menzalimi umatnya.Boleh dikatakan mereka tidak makan dan minum seharian namun kajian mendapati mereka yang berpuasa memudahkan proses peneutralan darah dalam badan daripada kandungan gula dan garam yang berlebihan.Dengan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit kencing manis dan darah tinggi khususnya.

Cuba kita renungkan bersama dengan mengaitkan hikmah yang saya sebutkan tadi mengapa Allah membenarkan umatnya makan dan minum disiang hari selama 11 bulan dan Allah mengambil tempoh sebulan daripada setahun untuk umatnya diwajibkan berpuasa?..............

Begitulah juga halnya yang berlaku ke atas mereka yang sentiasa istiqamah menunaikan solat.Al-quran telah menegaskan bahawa implikasi daripada kesan mereka yang sentiasa menunaikan solat dengan diiringi tatatertib yang sempurna yang telah di gariskan berdasarkan kepada sabda Rasulullah:"Laksanakanlah sembahyangmu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".Maka hasil daripada itu secara tidak langsung akan mendidik fikiran dan jiwa ke arah kemuliaan dan kesucian.Juga berupaya membimbing diri ke arah akhlak yang mulia terhindar dari segala anasir-anasir yang boleh mencacatkan nilai keperibadian individu islam tersebut.

Firman Allah S.W.T:"Dirikanlah sembahyang,sesunguhnya dengan sembahyang itu dapat menghindarkan daripada perbuatan keji dan mungkar".Surah Al-Ankabut:45

Oleh itu,Jom kita solat....................Al-zinki.

Sunday, January 21, 2007

salam kenalan.............

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Wahai manusia! Sembahlah kepada Tuhan yang menciptakan kamu dan umat sebelum kamu moga-moga kamu dikalangan orang-orang yang bertakwa".


Assalamualaikum w.b.t buat sahabat seperjuangan ku sekalian.Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kehadirat Zat yang Maha Suci sehingga saat dan ketika ini ku diredhai olehNya mengecapi kurnian iman dan islam serta buat selama-lamanya ku harapkan agar Allah S.W.T sentiasa menganugerahkanku keihsanan dalam melaksanakan segala tuntutanNya terhadapku.Selawat dan salam jua ku tuturkan ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W sebagai tanda ingatanku yang kekal abadi hingga ke penghujung usiaku.Dialah Muhammad contoh terbaik buat umatnya serta memberi rahmat keseluruh alam.

Sekali lagi ku panjatkan kesyukuran,dengan keizinan Allah S.W.T untuk aku bersama-sama sahabat-sahabatku yang mulia di medan penulisan ini secara tidak langsung dapat mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dengan sebaik mungkin sebagai jaringan ilmu dan pengetahuan yang dapat dikongsi bersama-sama dengan sahabat-sahabatku sekalian .

Menyedari hakikat bahawa golongan azhari dan azhariah diabad ini bukan sahaja perlu menguasai dalam bidang ilmu agama sahaja malahan perlu bersaing dalam memastikan mereka ini mampu menguasai beberapa ilmu lain sebagai nilai tambah terhadap keperluan masyarakat kini.Di atas kesedaran itulah saya juga mengambil inisiatif sebagi anjakan paradigma buat diri saya dengan menceburkan diri dalam bidang penulisan dan tenologi maklumat ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kutujukan kepada Ustaz Zaki B. M. Noor yang banyak membantu saya dalam membina blog ini.Tidak dilupakan juga kepada ahlul baiti "Tanjung Puteri" yang turut memberikan pandangan dan kata-kata semangat kepada saya,moga-moga saya senantiasa istiqamah dalam memastikan adanya mutu peningkatan pada blog saya dari masa ke semasa.Memandangkan Saya merupakan orang yang baru muncul di medan penulisan IT ini tentulah di sana terdapat berbagai macam kelemahan yang wujud secara tidak sengaja, disedari oleh sahabat-sahabat sekalain.Oleh itu tiada masalah bagi saya untuk menerima segala teguran dan pandangan yang membina daripada sahabat-sahabatku sekalian demi memastikan di sana wujudnya peningkatan dari pelbagai sudut khususnya dalam teknik penulisan yang terbaik.

Ku akhiri mukadimah di medan ini dengan salam kenalan buat semua................al-zinki.