Tuesday, March 9, 2010

Bulan Februari di tanah air.

Assalamualaikum...

8 Februari 2010-15:30PM- saya selamat tiba di Tanah Air. Pulang bercuti ke Malaysia dengan beberapa tujuan yang sangat penting. Percutian kali ini terlalu singkat sekitar 2 bulan sahaja. Namun begitu mendirikan rumah tangga belum lagi menjadi agenda rasmi percutian saya buat masa ini.

Selama 3 hari selepas ketibaan, saya masih berada di Kuala Lumpur kerana tuntutan emak dan abah supaya menziarahi terlebih dahulu pak sdare dan mak sdare yang berada di sana. Takut-takut kalau mereka tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung bercuti. Tidak sepertimana percutian saya pada 2007 yang mengambil masa hampir 4 bulan disamping sempat melalui bulan puasa dan berhari raya di tanah air. Percutian saya kali ini tidak berada pada bulan yang agak sesuai untuk saudara mara dari ibu kota untuk pulang ke kampung halaman. Sempat juga pada hari ketiga saya ke Nilai bertemu adik perempuan saya yang belajar di sana sebelum berangkat pulang ke kampung halaman pada malamnya.

11 Februari 2010: Mengahdiri bacaan tahlil dan doa selamat untuk arwah sahabat saya Mohd Hidayatussaufi bin Khalid di rumah keluarga beliau di Kampung Air Merah, Mersing.

14 Februari 2010: Saya diminta oleh Ketua PAS cawangan Felda Endau untuk menyampaikan ceramah bagi membakar kembali semangat pekerja-pekerja Pas di cawangan tersebut disamping memberi sedikit kefahaman dalam memahami isu-isu di dalam parti. Walaupun tidak sehebat dan berpengalaman jauh berpolitik di Malaysia, namun dengan beberapa info melalui laman-laman akhbar dan blog serta difahami,dikaji dan diamati pula dengan kitab-kitab haraki yang muktabar menjadikan satu kefahaman yang jelas bagi menghadapi dan melalui kehidupan berharaki di dalam gerakan Islam. Namun kehadiran pendengar pada itu tidaklah memberangsangkan,mungkin disebabkan saya orang baru.

16 Februari 2010: Pada awalnya sekadar ingin menemani adik perempuan yang pulang bercuti bagi memenuhi jemputan sebagai fasilitator di Program Nadwah Remaja anjuran Lajnah Tarbiyah PAS kawasan. Tapi apa yang berlaku sebaliknya, disebabkan tiada langsung fasilitator daripada pihak lelaki, maka saya diminta oleh pengarah program untuk menjadi ketua fasilitator secara tak langsung menjadi pengerusi umum pada program tersebut. Alhamdulillah dengan segala pengalaman yang diambil dari bumi anbia saya mampu mengendalikan majlis dan program tersebut walaupun dalam keadaan yang mengejut.

19 Februari 2010: Dijemput untuk menjadi khatib dan imam solat jumaat. Ini juga dalam keaadan yang tak dijangka. Tanpa dimaklumkan awal, selesai sahaja dari solat sunat tahiyyatul masjid saya terus diminta untuk memberikan khutbah. Tajuk yang saya bawa pada khutbah tersebut ialah ”Sunnah Rasulullah Yang Semakin Dilupakan”.

20 Februari 2010: Mengikuti Usrah PAS Kawasan Zon Endau. Usrah tersebut antaranya dihadiri oleh YDP dan TYDP PAS kawasan Mersing. Memang best pengisian diorang. Napa? tak caye, jom kite gi usrah diorang.

21-26 Februari 2010: Ketua PAS cawangan minta saya membantu Setiausaha PAS cawangan untuk menyiapkan minit mesyuarat agung mereka sebelum menghadapi mesyuarat agung PAS cawangan pada 28 Februari.

27-28 Februari 2010: Kem Pemuda PAS Johor di Tanjung Resang, Mersing. Malangnya saya gagal untuk menghadiri ke kem tersebut kerana masalah kesihatan.