Firman Allah S.W.T yang bermaksud:"Wahai manusia! Sembahlah kepada Tuhan yang menciptakan kamu dan umat sebelum kamu moga-moga kamu dikalangan orang-orang yang bertakwa".
Sekali lagi ku panjatkan kesyukuran,dengan keizinan Allah S.W.T untuk aku bersama-sama sahabat-sahabatku yang mulia di medan penulisan ini secara tidak langsung dapat mengaplikasikan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) dengan sebaik mungkin sebagai jaringan ilmu dan pengetahuan yang dapat dikongsi bersama-sama dengan sahabat-sahabatku sekalian .
Menyedari hakikat bahawa golongan azhari dan azhariah diabad ini bukan sahaja perlu menguasai dalam bidang ilmu agama sahaja malahan perlu bersaing dalam memastikan mereka ini mampu menguasai beberapa ilmu lain sebagai nilai tambah terhadap keperluan masyarakat kini.Di atas kesedaran itulah saya juga mengambil inisiatif sebagi anjakan paradigma buat diri saya dengan menceburkan diri dalam bidang penulisan dan tenologi maklumat ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kutujukan kepada Ustaz Zaki B. M. Noor yang banyak membantu saya dalam membina blog ini.Tidak dilupakan juga kepada ahlul baiti "Tanjung Puteri" yang turut memberikan pandangan dan kata-kata semangat kepada saya,moga-moga saya senantiasa istiqamah dalam memastikan adanya mutu peningkatan pada blog saya dari masa ke semasa.Memandangkan Saya merupakan orang yang baru muncul di medan penulisan IT ini tentulah di sana terdapat berbagai macam kelemahan yang wujud secara tidak sengaja, disedari oleh sahabat-sahabat sekalain.Oleh itu tiada masalah bagi saya untuk menerima segala teguran dan pandangan yang membina daripada sahabat-sahabatku sekalian demi memastikan di sana wujudnya peningkatan dari pelbagai sudut khususnya dalam teknik penulisan yang terbaik.
Ku akhiri mukadimah di medan ini dengan salam kenalan buat semua................al-zinki.
No comments:
Post a Comment