Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Hmmmm sekarang ni tengah rancak pilihanraya kampus berlangsung.Maklumat yang diperolehi Pro Mahasiswa di UIAM bakal menerajui kepimpimpinan Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini.Jika ini benar-benar berlaku Pro Mahasiswa bakal mengulangi kejayaan cemerlang mereka pada sesi sebelum ini 2006/07.
Seramai 15 orang calon dipertandingkan selepas sesi penamaan calon kali kedua dibuka pada 30 September atas desakan daripada Presiden GPMS Reezal Merican ke atas Pihak Pengurusan Tertinggi UIAM .
Jika sesi penamaan calon tidak dibuka sekali lagi pada 30 September yang lalu,sudah pasti Pro Mahasiswa akan memenangi PRK kali ini dengan mejoriti mudah termasuk beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi.11 kerusi sudah berada di genggaman pihak Pro mahasiswa,kini hanya menunggu beberapa kerusi sahaja lagi bagi memastikan kemenangan mudah bagi calon Pro Mahasiwa.
Namun begitu calon-calon Pro serta penyokong agak gusar dan curiga terhadap perjalanan PRK kali ini.Sesi penamaan calon yang dibuka sebanyak 2 kali menampakkan beberapa perancangan kotor dan jahat dari pihak Aspirasi dengan kerjasama kuat daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UIAM yang menjadi Anjing bayangan kepada UMNO.
Jika dalam PRU,PAS serta Barisan Alternatif yang lain terpaksa bekerja keras bagi memastikan mereka mampu memenangi seberapa banyak kerusi yang telah dipertandingkan.Namun cabaran dan gerak kerja mereka lebih sukar apabila berhadapan dengan taktik kotor UMNO mempengaruhi SPR bagi memuaskan nafsu kebinatangan mereka untuk memenangi sesuatu PRU.Hal ini amat serius sejak kebelangan ini,paling ketara berlaku banyak penyelewengan dan penipuan dilakukan pada PRU 2004 yang lepas.
SPR!!!! Ingatlah!! Jangan kamu bermain api dengan rakyat bahang kemarahan rakyat belum reda dengan permainan kotor kamu bersama UMNO.Ingatlah kamu pada 3 tuntutan yang perlu dilaksanakan sebelum menjelang PRU yang akan datang.Cap jari menggunakan dakwat,bersihkan daftar pemilih,dan hapuskan Undi Pos.
Jika tidak kamu nantikan himpunan Raksasa 100 000 ribu orang di hadapan Putrajaya tidak lama lagi bagi memastikan kamu memenuhi tuntutan itu.Kalau dengan Pro Mahasiswa dan PMI yang bukan pro kerajaan kamu boleh nak permainkan tetapi ingat bukan dengan BA.
Tuesday, October 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
AlhamduliLlah..
Petang 2 Oct 2007, di suatu petang Ramadhan dipayungi awan redup, bergemalah takbir dalam hati semua pejuang Islam di UIAM. ALLAHUAKBAR!
Satu keajaiban yang hanya Allah SWT sahaja yang mampu melakukannya. Setelah pelbagai rintangan dan halangan yang dilalui, akhirnya kemenangan itu tetap menjadi milik mereka yang mempunyai hati-hati yang ikhlas dalam berjuang. Hati-hati yang penuh tulus dengan niat yang murni ditimpa keharuan yang tidak terhingga atas kemenangan tersebut.
Pro Mahasiswa UIAM menang majoriti setelah berhempas pulas berdepan dengan serangan-serangan pihak sana. Tak terucap pelbagai bentuk serangan itu.
Yang tinggal sekarang ialah bagaimana untuk mengisi kemenangan tersebut. Semoga semangat dan air mata yang tertumpah semasa berjuang sebelum diberi kemenangan itu, berterusan sehingga ke akhirnya.
Insya-Allah. Ameen ya Rabb.
Kami di sini mohon dengan sangat doa-doa daripada sahabat sahabiah mujahid mudahidah di seluruh dunia.
JazakumuLlahul khair.
Post a Comment