Wednesday, May 28, 2008

Berjuang atas dasar kefahaman bukan kerana semangat semata-Ustz. Idris Ahmad

Dengan rasmi Ezam memohon masuk Umno pada 28/5/08. Borang diserah sendiri pada Dato' Seri Abdullah Badwi di Bangunan Parlimen. Pelik, tapi itu yang berlaku pada saudara Ezam yang saya kenali rapat dan saya kagum dengan stail kepimpinan beliau.

Beliau sanggup di ISA, dipenjara kerana OSA. Satu ketika dulu menurut Tun Musa Hitam beliau matang waktu muda kerana kehebatan beliau waktu memimpin gerakan PKR.

Namun beliau telah membuat keputusan sendiri untuk menyertai Umno dalam keadaan Umno sudah tidak laku, terutama di kalangan generasi siber.

Tidakkah beliau terfikir kawan-kawan beliau yang balik menyertai Umno seperti Roslan Kassim, Zaid Mat Arif, Hamdan Taha, Hanafiah Man dan lain-lain lagi. Di manakah mereka sekarang ini dalam persada politik Umno.

Saya cuba merayu beliau melalui SMS supaya jangan masuk Umno. Beliau membalas kepada saya jam 2.10 pagi 26/5/05 ketika saya dalam perjalanan pulang berceramah di Selinsing Perak. SMS beliau menyatakan sudah final untuk ke UMNO dan ada agenda tersendiri.

Apabila mengingatkan kehebatan beliau tiba-tiba beliau masuk Umno. Maka di sini kita perlu mengambil pengajaran bersama;

1.Doalah selalu supaya kita mati dalam perjuangan Islam seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w "Wahai hati yang berbolak balik, tetapkanlah hati dalam agamamu".

2. Perjuangan biarlah jelas, bukan untuk agenda peribadi mana-mana pihak.

3.Sering muhasabah diri kalau kita meninggalkan perjuangan satu pengkhianatan kepada perjuangan dan sahabat-sahabat yang lain.

4. Mendatangkan fitnah kepada perjuangan parti, kerana orang menganggap bahawa semua orang yang berjuang tidak boleh dipercayai.

5. Masalah peribadi jangan menjadi alasan untuk kita keluar parti. Kerana perjuangan kita, mesti nawaitu kerana Allah.

Akhirnya kita perlu berdoa "Ya Allah kalau hidup ini baik untuk agamamu dan hidupku maka panjanglah umurku, Ya Allah kalau hidup ini tidak baik untuk agamamu dan hidupku matikanlah aku".

Biarlah kita mati atas prinsip yang benar dan hidup mulia. Jangan mati dalam keadaan kita dianggap tidak mempunyai pendirian yang kukuh. Apa yang kita hendak cari dalam dunia ini melainkan keredaan Allah, bukan keredaan manusia.

Ahli Parlimen Johor membisu terhadap isu Pulau Batu Puteh di Parlimen

Sikap berdiam diri Ahli Parlimen BN yang enggan bangun ketika usul mengenai Isu Pulau Batu Puteh dibentangkan.Ini mencerminkan sikap hipokrit mereka terhadap isu ini.Usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub di bawah perkara 18:1 itu ditolak Speaker Dewan Rakyat Dato' Seri Pandikar Amin Mulia meskipun beberapa kali ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian supaya isu ini dibahaskan.

Apa yang lebih dikesal dan sangat mengecewakan Ahli Parlimen dari Negeri Johor sendiri juga mengambil sikap berdiam diri daripada menyokong usul itu untuk dibahaskan.Ini respon YB Salahuddin Ayub ketika ditanya oleh wartawan Harakah;

"Sekali lagi saya telah bangun dengan menggunakan peraturan mesyuarat 18:1:3B iaitu meminta supaya jika ada seramai 15 orang yang berdiri menyokong usul saya.Maka perkara itu mengikut peraturan mesyuarat akan dipertimbangkan untuk diperbahaskan.Alhamdulillah usul itu saya baca dan hampir semua ahli-ahli parimen daripada Pakatan Pembangkang seramai lebih kurang 60 orang bangun untuk menyokong usul tersebut.Lebih malang lagi ialah apabila tiada seorang pun dikalangan Ahli Parlimen BN khususnya dari Negeri Johor yang bangun untuk menyokong usul tersebut".

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat berpendapat bahawa perkara tersebut perlu diperbahaskan kerana melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara.Seterusnya YB Salahuddin menyatakan;

"Saya merasakan bahawa saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ahli parlimen bagi mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya dengan membawa usul ini ke dalam parlimen dan saya merasakan perlu diambil banyak pengajaran dan pengiktibaran daripada kekalahan kes ini,supaya kerana kita sedia maklum banyak lagi kawasan-kawasan dan wilayah-wilayah yang sedang dalam pertikaian seperti isu kepulauan Spratley,isu pentadbiran rumah api di Pulau Pisang yang masih belum jelas tentang kedudukannya".

Dalam pada itu beliau berkata tidak timbul soal we win situation antara Malaysia dan Singapura berhubung tuntutan Pulau Batu Puteh seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar Negara Dato' Seri Rais Yatim.

"Saya tidak nampak sama sekali isu we win ini,yang kita perjuangkan dalam Pulau Batu Puteh bukannya terumbu tengah.Isunya ialah bagaimana kita kita kalah ke atas Pulau Batu Puteh?Bagaimana kedaulatan kita ke atas pulau ini hilang.Isunya juga adalah isu kelemahan hujah-hujah dan fakta-fakta yang kita bawa ke ICJ.Kerajaan Malaysia,Peguam Negara dan Pak Lah mesi bertanggungjawab ke atas isu ini dan bukannya cuba untuk divert atau mengalih isu kita,kononnya menang di terumbu tengah yang mana batu itu pun hanya timbul ketika air laut surut dan tenggelam ketka air pasang.Ini bukan isunya".

Nak undi lagi ahli parlimen(Johor) macam ni yang kononnya nak memperjuangkan hak orang melayu dan kedaulatan negara.Hipokrit semata-mata.Per la yang susah sangat orang melayu kat Johor ni nak menerima hakikat perjuangan Umno yang dah tak relevan lagi kat Tanah Melayu ni.Janganlah terlalu ego wahai orang melayu Johor yang masih berkarat biru ni,kelak akan memakan diri,lepas tu mana nak letak muka......Aku malu jadi anak Johor yang ada ahli-ahli parlimen pengecut seperti ini.Sanggup membisu seribu bahasa kerana takutkan pemimpin demi membiarkan isu Pulau Batu Puteh ini diambil peduli oleh orang yang bukan dari Negeri Johor seterusnya redha menerima keputusan ICJ bahawa pulau tersebut jatuh ke tangan Singapura.



Saturday, May 17, 2008


SeOrAnG GaDiS.....

Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terpinar
Kerana dosa-dosa silamnya


Ibunya telah tiada begitu jua ayahnya
Mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya antara syurga dan neraka

Pada siapa harus dipinta
secebis rasa seulit masa
Di akhir noktah usia dirinya
yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya

Rebah dia mengharap keampunan Tuhannya
Serta ketenangan mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana nafsu mengaburinya
Namun Tuhan masih cintakan dirinya
Walaupun dosanya selautan dunia

Mengapa perlu merasa berjauhan dari yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa leka dan alfa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan jalan kebahagiaan
Mengukir ceria membenam segala kecewa.....