Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. Alhamdulillah selesai sudah imtihan saya. So Sekarang ni saya akan teruskan dengan penerangan yang berikutnya sebagai menyambung kembali apa yang telah saya kupaskan pada tajuk tajuk-tajuk sebelum ini.Ermm tapi sebelum tu kepada saudari Faezah,tentang pertanyaan saudari berkenaan dengan perkahwinan Mut'ah tu akan dijawab selepas daripada tajuk ini.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang Muslim itu tidak boleh memelihara anjing di rumahnya. Ini kerana bagi mana-mana rumah Muslim yang terdapat anjing di dalamnya tidak akan dimasuki oleh Malaikat. Lebih menarik perhatian saya ada sebahagian kecil di kalangan orang Islam kita pada hari ini berbelas kasihan, terlalu teliti dalam hal yang berkaitan dengan anjing peliharaannya. Kadang-kadang perhatiannya terhadap anjing peliharaannya itu lebih difokuskan berbanding anak-anaknya sendiri. Fokus yang dimaksudkan termasuklah penjagaan pemakanan, kesihatan,kekemasan dan boleh dikatakan segala kebajikan yang diperlukan bagi memastikan anjing peliharaannya sentiasa dalam keadaan terbaik.
Sahabat-sahabat yang amat ku kasihi,
Situasi yang saya sebutkan ini memang tidak banyak berlaku di Malaysia ,tetapi berlaku di tempat saya belajar. Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku ke atas orang Islam. Perlu difahami bahawa Islam telah menggariskan ketetapan-ketetapan yang perlu kita patuhi dalam masalah ini.Adakah boleh seorang muslim itu bebas untuk memlihara anjing di dalam rumahnya? Jika tidak boleh,adakah boleh jika seorang muslim itu memlihara anjing di luar kawasan rumahnya?
Kadang-kadang ada sebahagian kecil umat Islam kita pada hari ini terlupa terhadap apa yang telah wartakan oleh syara' terhadap maslah ini. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) telah memaklumkan kepada kita melalui sabdanya:

لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة
Maksudnya: "Tidak akan masuk Malaikat ke dalam rumah yang didalamnya terdapat anjing dan patung-patung. Atau sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda S.A.W.(Di riwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

Sahabat-sahabat boleh menyemak hadith di atas melalui riwayat-riwayat yang berbagai. Terdapat lebih daripada 2 hadith yang menyerupai lafaz dan makna tersebut. Hadith-hadith yang maksudkan bolehlah sahabat-sahabat lihat dalam kitab Fathul Bari Bi Syarhi Sohihil Bukhari ( فتح الباري بشرح صحيح البخاري ) pada Fasa Permulaan Kejadian bab tentang Malaikat. Bayangkan sahabat-sahabat, pada hadith yang ke 3227 dalam kitab yang sama juga pada fasa yang sama, Jibril sendiri telah mewartakan kepada Rasulullah S.A.W bahawa dia berjanji tidak akan masuk ke dalam rumah seseorang yang terdapat di dalamnya patung (termasuk gambar-gambar tercela)dan anjing.
عن سالم عن أبيه قال : وعد النّبيّ صلى الله عليه وسلّم جبريل فقال : إنّا لا ندخل بيتا فيه صورة ولا كلب
أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلّم
Maksudnya: Daripada Salim daripada bapanya telah berkata: Jibril telah berjanji kepada Rasullullahi S.A.W bahawasanya Jibril telah berkata: ( Sesungguhnya Kami tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada padanya patung & anjing)

Sahabat-sahabat yang amat ku segani,
Ketahuilah bahawa Rasulullah telah mengharamkan aktiviti penjualan anjing dan memliharanya kecuali jika dijadikan sebagai haiwan perburuan. Rasulullah telah menjelaskan dalam sabdanya :

يقول صلى الله عليه وسلّم : من اقتنى كلبا إلا كلبا ضاريا لصيد أو كلب ماشية فإنّه ينقص من أجره كلّ يوم قيراطان
أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم

Bersabda Rasullullah S.A.W :Sesiapa yang memelihara anjing selain anjing yang terlatih untuk tujuan perburuan atau untuk tujuan menjaga tanaman & ternakan.Maka sesungguhnya akan dikurangkan pahala amalannya setiap hari dengan dua kali ganda nilaiannya. ( القيراط : dengan makna satu per enam dirham atau empat per enam dinar )
Hadith di atas diriwayatkan oleh Abdullah Bin Umar merupakan hadith yang ke 5481 yang telah disusun oleh Imam al-Bukhari.Terdapat dua lagi hadith yang juga menyebutkan tentang masalah yang sama. Oleh itu berdasarkan daripada hadith di atas jelaslah kepada kita faktor keharusan yang diberikan kepada kita dalam hal yang berkaitan dengan pemeliharaan haiwan mughallazoh (najis berat yang perlu disama'). Juga di haruskan untuk kegunaan polis atau tentera dalam hal-hal keselamatan mahupun sebagai memudahkan urusan mereka.Contohnya mengesan pergerakan musuh atau penjenayah yang lari ,juga ingin mengesan kenderaan-kenderaan yang membawa muatan-muatan yang tidak dibenarkan seperti dadah. Maka hal yang demikian di haruskan oleh syara'.
Maka haramlah hukumya jika ada dikalangan kita yang memelihara anjing di rumahnya. Ulama' bersepakat dalam hal ini.Soal perbalahan mereka hanya berkaitan dengan masalah untuk menghilangkan najis tersebut jika tersentuh haiwan mughallazoh atau pun najisnya. Bagi Imam Malik memang tidak mewajibkan kita menyama' (iaitu basuhan dengan air tanah) jika tersentuh anjing. "Kalau kita ni di Malaysia dah bersepakat nak bermazhab Syafi'e kenapa sibuk-sibuk nak ikut mazhab lain dalam hal ni,kan boleh menimbulkan perpecahan dan kesangsian dalam masyarakat islam kita di Malaysia". Teguran ni khas untuk http://kittun.blogspot.com/ . Saya tahu bloggers ni hebat ilmunya dalam perbandingan mazhab. Tapi tak relevan kalau nak diaplikasikan ke semua mazhab tu dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kita bukan macam Indonesia,Mesir dan beberapa negara timur tengah yang lain yang bebas mengaplikasikan mana-mana mazhab dalam kehidupan mereka.
Sahabat-sahabat yang amat ku hormati,
Dalam surah al-Kahfi Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman:

وتحسبهم أيقاظا وهم رقود ونقلّبهم ذات اليمين وذات الشمال وكلبهم باسط ذراعيه بالوصيد
Maksudnya : " Dan kamu menyangka mereka itu bangun, padahal mereka tidur, dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua-dua lengannya di muka pintu gua"

Dalam surah al-Kahfi ayat ke 18 Ibnu Kathir dalam kitabnya Mukhtasor Tafsir Ibnu Kathir ( صختصر تفسير ابن كثير ) menyatakan bahawa Ibnu 'Abbas memaknakan al-Wasid ( الوصيد ) itu sebagai al-Finaa ( الفناء ) iaitu halaman, dia juga memaknakan ia sebagai pintu. Dia bersandarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah al-Humazah ayat ke 8:
إنّها عليهم مؤصدة
Maksudnya: "Sesungguhnya api tu ditutup rapat ke atas mereka"

Ibnu Jarih memaknakan ayat di atas sebagai : Mengawal ketat ke atas ahli neraka itu oleh pintu neraka. Seolah-olah pintu itu dijaga dan kedudukan penjaga pintu itu berada diluar pintu tersebut.
Berbalik kepada penafsiran surah al-Kahfi di atas, ketika pemuda-pemuda al-Kahfi itu ditidurkan oleh Allah bersama anjing yang menuruti mereka sehinggalah ke tempat itu.Kedudukan anjing itu secara tidak langsung diceritakan oleh al-Quran. Ketahuilah bahawa anjing tersebut tidak masuk bersama-sama dengan pemuda-pemuda al-kahfi itu ke dalam gua, bahkan ia duduk di halaman pintu gua tersebut dalam keadaan kedua-dua kaki depannya mengunjur ke arah pintu gua al-Kahfi itu. Bagaimana para malaikat hendak masuk ke dalam gua tersebut untuk menjalankan perintah Allah supaya membalik-balikan jasad pemuda-pemuda al-Kahfi itu jika anjing itu berda di dalam gua.
Sahabat-sahabat ku sekalian,
Kisah ini menunjukkan satu petanda yang menarik daripada al-Quran al-Karim terhadap masalah yang berkaitan dengan anjing. Alhamdulillah, sekadar ini sahaja penerangan saya berkaitan dengan tajuk kita pada kali ini, secara tidak langsung menjawab sedikit beberapa masalah yang timbul. Kesimpulannya HARAM bagi umat Islam memelihara anjing di dalam rumah.
Sekali lagi saya mengalu-alukan respon yang terbaik daripada sahabat-sahbat yang lebih arif daripada ana terhadap isu ini. Mungkin sepanjang penerangan saya ini ada beberapa kesalahan mahupun kekurangan yang perlu dikongsi dengan sahabat-sahabat sekalian. Insyaallah saya akan sambung pula dengan tajuk yang seterusnya "Sifat seorang muslim itu dia memuliakan tetamu" dikesempatan masa yang diberikan nanti.

2 comments:
Assalamualaikum wbt..
Sikit jer persoalan saya..
Bagaimana kiranya pemilik blog yg dimaksudkan itu memang dr keturunan nenek moyang lagi mengamalkan & berpegang kepada mazhab maliki? Setahu saya bagi mazhab maliki anjing bukan najis.
Negara Malaysia umumnya berbilang bangsa dah sekarang ni.. pakistan, arab , negro yg beragama islam pun dah byk kat malaysia. Mereka semua membawa & mengamalkan fahaman-fahaman mazhab mengikut negara masing-masing. Perkahwinan campur dr benua-benua Asia memang sejak dulu kala lagi berlaku. Bila berlaku perkahwinan campuran antara benua maka byk perkara bercampur aduk. Ermmm saudara yakin ke pemilik blog tu bermazhab shafie.. Setahu saya dia tidak. Sebaiknya penerangan hujah disusuli dgn hadis dr pelbagai mazhab juga. Saudara seolah menjatuhkan hukuman kepada pemilik blog tanpa usul periksa. Jangan hanya berpandukan kepada blog saudara bisa menjatuhkan hukuman. Semoga lebih peka. Jangan ingat setiap karya berbahasa melayu itu ditulis oleh seorg yg berpegang kepada shafie.
Assalamualaikum.
Di nasihatkan,awak belajar dulu sampai tamat..jangan "mafsul" (kena buang U sebab tak lulus)..Lepas tamat belajar,kalau ada ruang,balik lah ke Malaysia...jelajah dulu segenap pelusuk negeri..baru awak tahu kedudukan awak di mana..awak tak usah marah dengan apa yang saya cakapkan...balik dulu dan awak tahu kedudukan awak di mana...
Post a Comment