Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan satu berita yang agak menggusarkan hati kita khususnya di kalangan pendakwah-pendakwah Islam. Berita yang mungkin agak menggemparkan seluruh Malaysia berkaitan isu rumah tangga kepada saudara Akil Hay Rawa. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada keluarga saudara Akil Hay dan isteri, Puan Maizawati Zainal kerana cuba membawa isu ini masuk ke dalam blog saya. Bukanlah dengan niat untuk merancakkan lagi suasana tegang ini dan bukanlah dengan niat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Hakikatnya tulisan ini bertujuan untuk meredakan dan cuba membantu mencari jalan penyelesaian.
Diri ini tidaklah sehebat mana, bahkan masih cetek ilmunya. Namun atas dasar saudara Akil sekeluarga adalah saudara saya seakidah, maka wajib saya membantu pada lapangan ini. Mungkin tulisan ini juga boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang lain. Melihat kepada kekalutan ini seharusnya saudara Akil sebagai ketua keluarga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin untuk memulihkan kembali hubungan saudara Akil bersama isteri dan anak-anak. Ini kerana saudara Akil tidak ada masalah untuk medampingi mereka dengan lebih dekat sepenuh masa bagi meleraikan kekusutan dan kerumitan yag berlaku dalam rumah tangga saudara Akil. Saya percaya dan yakin, saudara Akil tentu masih lagi menyayangi isteri saudara apatah lagi anak-anak saudara yang merupakan darah daging saudara Akil sendiri.
Kembalilah kepada manhaj yang Islam telah gariskan kepada kita khususnya bagi golongan suami yang menjadi nakhoda kepada bahtera rumahtangga. Syariat Islam yang mulia memerintahkan suami berbuat baik kepada isteri serta menggaulinya dengan baik. Syariat mengharamkan perbuatan-perbuatan untuk menyakiti, menganiaya dan memudarati si isteri dalam segala cara dan bentuk. Allah Subahanahu Wa Taala (S.W.T) telah berfirman dalam surah an-Nisaa pada ayat yang ke 19 :

و عاشروهنّ بالمعروف فإن كرهتموهنّ فعسى أن تكرهوا شيئا ويجعل الله فيه خيرا كثيرا
Maksudnya: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu".

Ya, semua orang mengakui dan saya juga turut mengakui, dalam melayari bahtera rumah tangga ini demi mencapai redho ilahi pasti tak lekang daripada musibah mahupun bencana. Ketika bahtera di tengah lautan kadang-kadang ditimpa hujan, kadang-kadang riuh ribut kedengaran, kadang-kadang ombak lautan yang memukul bahtera. Kesemua situasi ini amat menakutkan pengemudi dan anak-anak kapalnya. Namun nakhoda yang bijak pasti mampu menenangkan anak-anak kapalnya dengan tindakan-tindakan yang bijak. Begitu juga halnya dalam rumahtangga, perlu si suami berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada terhadap apa jua kebarangkalian bencana atau fitnah yang boleh mengganggu gugat kestabilan rumahtangganya. Peritnya kehidupan kita apabila terpaksa menghadapi fitnah-fitnah dunia, kerana keperitan akibat daripada fitnah itu lebih pedih dan menderita untuk kita hadapi. Sebab itulah dosa bagi orang yang memfitnah itu sangat besar di sisi Allah. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 217:
والفتنة أكبر من القتل
Maksudnya: "Dan (ingatlah!) angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan".

Bagi saya masih belum terlambat untuk memulihkan keadaan rumahtangga saudara Akil. Isteri dan anak-anak masih memerlukan saudara untuk membimbing kehidupan mereka. Jangan biarkan diri saudara untuk lari daripada masalah ini. Melarikan diri daripada masalah tidak memberi kesan positif ke arah penyelesaiannya bahkan makin membarah. Jikapun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saudara itu adalah benar, maka masih belum terlambat untuk kembali ke landasan yang kukuh dan landasan yang menuju keredhoan Ilahi. Kita ini manusia pasti tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan itu jangan terus dibiarkan. Perlu diperbetulkan. Kasihanilah isteri dan anak-anak kerana mereka itu adalah cahaya ketenangan dan penyejuk mata bagi diri saudara. Firman Allah S.W.T dalam surah ar-Rom ayat ke 21:
ومن ءاياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودّة ورحمة إن في ذلك لأ يات لقوم يتفكّرون
Maksudnya:" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu(suami dan isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Imam al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirannya menerusi kitab Sohih Mukhtasor Tafsir Ibni Kathir ( صحيح مختصر تفسير ابن كثير ) cetakan Darul as-Salam helaian 1381 menjelaskan kepada kita berdasarkan ayat ke 189 dalam surah al-A'raf bergandingan dengan ayat di atas dengan merujuk kepada kejadian Hawa.
Imam Ibnu Kathir Rahimallahu Ta'ala 'Anhu menafsirkan Allah S.W.T telah menciptakan Hawa daripada rusuknya adam yang sangat mudah(tanpa perlu mengambil sumber atau ikon lain). Sekiranya Allah menjadikan Bani Adam itu kesemua mereka adalah lelaki, dan jika sekiranya Allah menjadikan perempuan-perempuan mereka daripada jenis yang lain, selain daripada mereka(bukan dari kalangan manusia). Samada kejadian Hawa itu daripada golongan jin atau haiwan, tatkala ketika berlakunya percampuran antara mereka dan isteri-isteri mereka nescaya dengan sebab berlainan jenis akan mencetuskan perselisihan ataupun permusuhan. Oleh yang demikian itulah daripada kesempurnaan rahmat Allah terhadap Bani Adam bahawasanya Allah menjadikan isteri-isteri mereka daripada jenis yang sama.
Manakala al-Imam al-Jalil Abdullah bin Ahmad bin Mahmud an-Nasafi dalam kitabnya Tafsir an-Nasafi ( تفسير النّسفي ) juga menafsirkan ayat yang sama pada helaian 905 cetakan Darul Ma'rifah. Beliau menyatakan Allah S.W.T menganugerahkan rasa kasih mengasihani dan berbelas-kasihan antara lelaki dan perempuan itu dengan sebab perkahwinan. Ada juga pendapat lain mengatakan bahawasanya dalam perkahwinan itu Allah kurniakan al-Mawaddah iaitu kasih sayang terhadap wanita muda dan ar-rahmat iaitu belas kasihan terhadap wanita yang sudah tua.
Merujuk daripada tafsiran kedua-dua imam ini jelas kepada kita mana mungkin berlakunya permusuhan,dendam,irihati,kekhuatiran, dan kecelaruan dalam rumah tangga sedangkan Allah telah memaklumkan kepada kita bahawasanya perkahwinan itu menjanjikan kebahagian dengan kurniaan kasih dan sayang ke atas si suami dan isteri. Jika permusuhan dan segala perkara-perkara yang buruk itu berlaku juga dalam rumahtangga, ini bermakna perkahwinan yang telah disyariatkan oleh Allah itu tidak diletakkan pada kehendak Allah yang sebetulnya. Mungkin di sana hak-hak Allah tidak ditunaikan contohnya bila berkahwin solat waktu tidak dijaga. Mungkin juga di sana hak-hak antara suami juga isteri tidak dijaga, menyebabkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam rumahtangga.
Berbalik kepada kes yang berlaku ke atas keluarga saudara Akil Hay, bagi siisteri juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi maslah yang berlaku ini. Jangan terus membiarkan sisuami tertekan dengan masalah yang terpaksa dihadapi kalaupun memang benar maslah itu berpunca daripadanya. Sebagai seorang isteri yang solehah, sentiasa bersangka baik terhadap suami dan memberi keprcayaan kepadanya. Jika sisuami tidak diberi kepercayaan, bagaimana dia mahu memimpin keluarganya dengan penuh keyakinan.
Jika memang benar ia melakukan kesalahan bersangka baiklah dahulu,mungkin dia tersilap dengan hambatan nafsu dan belaian dunia. Berikan dia harapan dan kata-kata semangat untuk dia kembali kepangkal jalan dan terus yakin untuk memacu arah tuju rumahtangga dengan berlandaskan manhaj Rabbani. Jika sisuami tidak mampu pulang untuk bertemu dengan siisteri bagi menyelesaikan maslah ini, siisteri yang mampu seharusnya segera menemuinya dimana sisuami berada. Mungkin sisuami malu untuk kembali ke kediamannya kerana tohmahan dan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya. Dimanakah lagi tempat suami bergantung harapan dan kekuatan selepas Allah yang menjadi tunggak utama melainkan siisteri di dalam sesebuah rumahtangga. Bertemulah dengan sisuami itu lebih baik didahulukan daripada bertemu dengan mereka-mereka yang fasik (yang tak sepatutnya dia bertemu) yang suka mengapi-apikan dan melaga-lagakan antara pasangan tersebut, sedang keadaan mereka sendiri dalam hal keagamaan masih belum sempurna. Nasihat saya agar sisuami mahupun siisteri bertemulah dengan orang-orang yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya dalam hal-hal kekeluargaan untuk mendapatkan teguran dan nasihat. Contohnya seperti Tuan Guru Haji Hadi yang sedia kita maklumi bahawa beliau mampu memimpin keluarga walaupun beristeri lebih daripada seorang atau mana yang lebih baik sebagai rujukan dan tempat nasihat. Teringat saya satu syair arab yang mungkin bertepatan dengan pesanan saya tadi :

فكل خير فى اتباع من سلف وكلّ شرّ فابتداع من خلف
"Segala kebaikan diperolehi dengan mengikuti kaum salaf (orang-orang soleh), dan segala keburukan diperoleh dari ikut-ikut aliran yang jelik"

Kepada Puan Maizawati Zainal jika masih lagi menaruh harapan serta kasih sayang daripada suami sudilah kiranya memaafkan sisuami di atas kesilapan yang telah beliau lakukan. Sedangkan Allah memaafkan dosa-dosa dan menerima taubat hambanya apatah lagi kita sesama manusia yang sangat lemah di sisi penciptanya. Jadilah isteri yang mampu menyenangkan hati sisuami, jadilah isteri yang mampu membahgiakan suami. jadilah isteri yang mampu meringankan beban sisuami. Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) pernah bersabda:
"الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة"
أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم
Maksudnya: Dunia ini adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia ialah wanita (isteri) yang baik.

Bahkan Baginda S.A.W memandang isteri yang solehah itu sebagai suatu pusaka yang bernilai yang perlu dijaga dengan sebaikmungkin bagi diri seorang suami. Sebagaimana sabda Baginda S.A.W lagi:
ألا أخبركم بخير ما ينكز المرء؟ المرأة الصالحة إن نظر إليها سرّته وإن أمرها أطاعته وإن غاب عنها حفظته فى نفسها وماله أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم
Maksusnya:"Sukakah kalian jika ku khabarkan tentang sebaik-baik pusaka yang dapat disimpan oleh seseorang? ialah isteri yang baik, yang jika suaminya memandang kepadanya, maka ia menyenangkan suaminya, dan apabila ia disuruh suaminya maka ia patuh kepada suaminya, dan ketika keberadaan suaminya jauh darinya, maka ia dapat memelihara suaminya dengan memelihara maruahnya dan harta suaminya"

Ingatlah bagi kaum adam mahupun hawa terhadap firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat yang ke 26:
الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيّبات للطيّبين والطيّبون للطيّبات
Maksudnya: " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan adalah wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik".

Jika mampu kedua-dua pasangan ini bertemu, ambillah kesempatan yang diizinkan Allah itu untuk menyelesaikan kerumitan yang ada. Natijahnya terserahlah kepada diri masing-masing demi segala-galanya adalah yang terbaik demi kebaikan rumahtangga khususnya terhadap anak-anak mereka. Seandainya natijah itu berakhir dengan penceraian, diharap itulah yang dianggap jalan yang terbaik bagi kedua-dua mereka. Islam membenarkan penceraian namun, dalam masa yang sama ia adalah suatu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Penceraian sebagai satu keharusan yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan situasi yang darurat. Jika sesuatu kerumitan di dalam rumahtangga itu berterusan dan semakin membarah dan ia hanya akan pulih dengan mengambil langkah untuk ke arah penceraian. Maka haruslah sisuami untuk mengambil langkah tersebut. Sebagaimana sisuami mengambil siwanita itu dengan cara yang baik maka ceraikanlah ia dengan cara yang baik.
Sebagai tambahan sebelum mengakhiri tulisan saya yang serba dhoif ini, sedikit cadangan daripada saya jika natijah kedua-dua pasangan itu berakhir dengan penceraian, maka saya sarankan Muslimat PAS Ipoh supaya mendampingi Puan Maizawati Zainal untuk memberikan kekuatan dan sokongan moral terhadap beliau. Perwatakan zahirnya menampakkan beliau seorang muslimah yang baik namun mungkin pengetahuan agama yang sedikit menyebabkan beliau agak kecelaruan dan kekeruan dalam mencari penyelesaian ini. Dengan cara ini bolehjadi Muslimat Pas Ipoh mampu memberi kekuatan dan dorongan yang positif terhadap beliau untuk tabah dan terus kuat untuk membimbing anak-anak beliau dengan berlandaskan ajaran Islam. Jangan terus biarkan ia terdedah dengan golongan-golongan fasik mahupun golongan-golongan yang cuba mencerminkan Islam itu tidak mampu mengatur kehidupan umatnya serta golongan yang suka melihat ke arah permusuhan dan saling domba-mendomba antara satu sama lain.