Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Dengan kesibukan menelaah kitab-kitab kuliah untuk berhadapan dengan imtihan ni teringin plak saya nak menulis di dalam blog ni. Sudah agak lama saya tidak memperbaharui penulisan saya di dalam blog ni. Tak seronok plak bila dibiarkan ia terlalu lama tanpa diisi dengan tajuk yang baru. Teringat pesanan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, para blogger perlu mengambil manfaat daripada blog yang mereka ada dengan menyampaikan maklumat yang berguna kepada pembaca. Jangan dibiarkan terlalu lama tidak di "update".
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Rumah orang islam itu ia bersifat dengan sifat-sifat yang cukup berbeza. Sifat-sifat tersebut lahir daripada pembentukan peribadi penghuninya yang cukup berpegang kepada ajaran Islam yang mengajarnya erti kemurahan sesama manusia serta berakhlak dengan akhlak yang mulia. Oleh itu di antara sifat-sifat rumah orang islam itu, penghuninya sangat memuliakan tetamu.
Memuliakan tetamu merupakan sifat bagi orang islam, ini kerana mereka menganggap tetamu itu adalah kurniaan rezeki daripada Allah. Seorang muslim itu dia mempercayai bahawa Allah telah mencurahkan sebanyak kebaikan kepadanya yang perlu direbut dengan memuliakan tetamunya. Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam berfirman dalam sabda baginda:

(( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرمه ضبفه ))
أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka muliakanlah tetamunya"
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari, Fasal : Adab, Bab : Memuliakan tetamu dan perkhidmatan terhadapnya.

Al-quran telah menceritakan kepada kita tentang satu kisah yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim 'Alaihis Salam (AS) bersama tetamunya. Allah Subhana Wa Ta'ala telah berfirman dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat ke 24 hinga 26:
هل أتاك حديث ضيف إبراهيم المكرمين ( ) إذ دخلوا عليه فقالوا سلاما قال سلام قوم منكرون ( )
فراغ إلى أهله فجآ ء بعجل سمين ( ) صدق الله العظيم

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? * Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" lalu Ibrahim menjawab :"Salam sejahtera kepadamu!" sambil berkata di dalam hati: Mereka ini orang-orang yang tidak dikenali.* Kemudian ia(para tetamu) masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar (hidangan) seekor anak lembu gemuk( yang dipanggang).*
Sahabat-sahabat yang dimuliakan.
Maka tatkala Allah S.W.T telah mengutuskan malaikat ke atas kaum Lut untuk mengazab mereka, malaikat tersebut telah menemui Nabi Ibrahim dalam keadaan mereka berupa seorang lelaki. Dengan hati yang dirundung persoalan daripada mana lelaki yang tidak dikenali ini hadir, Nabi Ibrahim tanpa berlengah mengalu-alukan kehadiran tetamu tersebut dengan layanan yang baik. Sebagaimana yang telah tercatat di dalam al-Quran ayat yang ke 26 di atas, nabi Ibrahim telah menyembelih seekor anak lembu yang gemuk untuk dihidangkan kepada tetamunya yang istimewa itu.
Ketika mana Nabi Ibrahim menghidangkan lembu panggang itu kepada mereka lantas mereka tidak mendekati hidangan tersebut. Nabi Ibrahim mula merasakan mereka ini berniat jahat ke atasnya. Ini kerana persepsi orang arab sesiapa yang tidak memakan makanan yang telah dihidangkan kepadanya bahawasanya dia telah berniat jahat terhadap orang telah menghidangkan makanan tersebut.
Dengan perasaan yang takut, Nabi Ibrahim menyuruh tetamunya makan hidangan tersebut sebagaimana dalam ayat ke 27 ( ألا تأكلون ) dalam surah yang sama. Setelah itu Nabi Ibrahim ditenangkan oleh tetamunya dengan memaklumkan kepadanya bahawa mereka itu adalah malikat. Manakala pada ayat yang ke 28 ( وبشّروه بغلآم عليم ) malaikat tersebut juga memaklumkan berita gembira kepada kepada Nabi Ibrahim dan isteri bahawa mereka akan dikurniakan seorang anak yang sangat alim iaitu Nabi Ishak AS.
Alangkah terkejutnya isteri Ibrahim AS saat mendengar beriita yang pelik itu sedangkan beliau adalah perempuan tua yang telah mandul.
Sahabat-sahabat yang dimuliakan.
Dengan sebab kebaikan dan kemuliaan yang diberikan Nabi Ibrahim kepada tetamunya walaupun baginda tidak mengenali mereka, Allah SWT telah membalas kebaikan dan kemuliaan itu dengan kurniaan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Oleh kerana itulah Islam meletakkan beberapa hak kewajipan yang mesti kita penuhi terhadap mereka yang bergelar tetamu. Maka antara hak-hak kewajipan itu adalah:
1. Hak-hak yang perlu dipenuhi selama 3 hari dari tempoh ketibaannya.
2. Menjamu mereka dengan makanan dan minuman yang
sebaiknya,mengikut kemampuan yang ada.
3.Menyediakan tempat tidur bagi memudahkan mereka untuk
berehat mengikut kemampuan yang ada.
Selepas daripada 3 hari yang ditetapkan, maka tidaklah berdosa jika tetamu tersebut dijamu dengan makanan yang sama dimakan oleh tuan rumah dan keluarga seperti hari-hari biasa.

5 comments:
salam ziarah kembali.
oh mcm pnah nmpk la muka ustaz ni.
sumwhere kt carta orgs pmram kot.
btol ke?
Salam..ermm doktor silap tu. gambar ana takder kat carta organisasi PMRAM sbb ana bukan BP. Hanya pendokong agenda perjuangan PMRAM je.
Salam ziarah..
Nice entry..
Tetamu itu adalah amanah dan perutusan daripada Allah.. Stiap tetamu yang bertandang ke rumah di bahunya sudah tergalas rezeki daripada Allah untuk tuan rumah.. Jd, muliakan tetamu itu amat dituntut..-sekadar berkongsi ilmu- Barakallah..
Salam kembali (suhaila). Yer tepat sekali. Pintu-pintu rezeki hamba-Nya sangat luas melalui banyak wasilah.
@ Dr Iman, sekarang ni memang takde gambar dia kat organisasi PMRAM. Tengoklah muktamar PMRAM akan datang.. mesti ada. Tak caye? Tunggu... hehe
p/s: Gambar dia ada kat Organisasi BKPJM. ustaz zinki segan nak habaq.. saya tolong habaqkan..k ek ustz jangan mare..
Post a Comment