Monday, June 15, 2009

Unity Government : Mehnah perjuangan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.


Hampir seminggu Muktamar PAS kali ke55 telah berlalu. Namun bergitu kehangatannya masih terasa sehingga ke hari ini khususnya respon pimpinan tertinggi parti mahupun para perwakilan terhadap satu gagasan yang dibawa oleh Dato Seri Presiden kita berkenaan dengan Unity Government.


Semakin deras pukulan angin kecaman daripada pihak tertentu terhadap gagasan yang dibawa oleh Dato’ Seri Presiden kita. Samada kecaman itu daripada pimpinan tertinggi parti, ahli, mahupun pimpinan tertentu dalam pakatan rakyat. Masing-masing dilihat kebingungan dalam memahami kehendak sebenar Presiden melalui gagasan tersebut. Seolah-olah ia difahami bahawasanya PAS akan bersama-sama UMNO dalam masa yang sama mengabaikan prinsip-prinsip dan dasar parti.


Sungguhpun Presiden telah memohon maaf dengan cara menarik balik daripada terus mengutarakan gagasan tersebut walaupun, beliau tidak diberi peluang untuk menjelaskannya. Namun ia masih dijadikan alasan pihak tertentu untuk mengecam presiden kita. Masalah Unity Government ini juga telah beberapa kali diberi penjelasan dan penegasan oleh Timbalan Presiden kita Ustaz Nasharudin Mat Isa. Saya menyimpulkan daripada apa yang disebutkan oleh beliau, bahawa dalam sesebuah parti khususnya PAS, bukan hanya seorang sahaja dalam nak menentukan sesuatu keputusan yang tegas “being able to decide clearly and quickly” apatah lagi sesuatu keputusan itu melibatkan dasar atau polisi parti kita, ia perlu di ketengah dan dikembalikan kepada muktamar.


Saya juga bersetuju dengan pandangan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani ketika menjawab pertanyaan wartawan harakahdaily berkenaan dengan "Unity Government" itu. Beliau sebagai menjawab: " Pemuda kena serah dahulu kepada Presiden dan kepimpinan PAS yang baru untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dalam parti tentang apa yang dikatakan Kerajaan Perpaduan. Saya rasa Insyaallah apabila konsep kerajaan perpaduan ini difahami baik oleh kepimpinan dan juga ahli-ahli PAS". Kenyataan penuh beliau bolehlah didapati melalui link ini ;


http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21264&Itemid=1


Secara peribadi saya merasakan segala masalah atau usul mahupun gagasan khususnya yang akan melibatkan dasar dan polisi parti tidak perlulah dipolemikkan selagi ia tidak dibawa dan disahkan melalui muktamar yang berlangsung. Berlangsungnya muktamar nanti , di situlah medan untuk kita berbahas, mengutarakan pandangan, serta turut sama berfikir ke arah sesuatu natijah yang amat baik demi kepentingan parti kita. Tapi ingat! Biarlah dengan cara dan adab sebagai orang yang berada dalam jemaah Islam.


Kadang-Kadang saya melihat ada di kalangan pimpinan bawahan parti seolah-olah sudah hilang adab dalam berjemaah, sehingga seolah-olah ingin menyamakan presiden dengan apa yang dilakukan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan dan pengikutnya terhadap Saidina Ali. Adakah kita sudah cukup hebat dan terlalu yakin dalam memanipulasikan sesuatu isu itu dengan mengaitkan sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat tanpa kita merujuk kepada banyak kitab-kitab sejarah yang muktabar. Adakah Muawiyah itu bukan di kalangan para sahabat Rasulullah? Apakah kita tidak mengethui kedudukan manusia yang bergelar “ashabul ar-Rasul” para sahabat Nabi Muhammad? Apakah kita berhak untuk menghukum siapakah yang bersalah dalam krisis yang berlaku antara Saidina Ali Karamallahu Wajhah dengan Muawiyyah bin Abu Sufyan?


Pernahkah kita terfikir kenapa tiba-tiba Dato’ Seri Presiden mengutarakan gagasan ini? Adakah beliau tidak pernah mengkaji atau meneliti gagasan ini sebelum ia dilafazkan dikhalayak umum. Apakah kita merasakan beliau begitu bodoh dan telah kehabisan modal untuk mencari alternatif dalam memperkasakan PAS dan perjuangannya? Kenapa kita tidak melenting dan memberi kecaman terhadap janji pihak tertentu yang beria-ia untuk merampas kuasa kerajaan pusat melalui jalan melompat parti?


Jika kita meneliti episode sebelum ini, kelihatan Dato’ Seri Presiden kurang bersetuju dengan penubuhan kerajaan melalui jalan melompat parti ini. Ini kerana ia dilihat mampu memberi implikasi buruk kepada perlaksanaan agenda PAS sepenuhnya kepada negara jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Kita takuti bahawa ahli parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti itu lebih ramai dikalangan orang bukan Islam. Apabila ahli parlimen PR terdiri di kalangan ramai yang bukan Islam, maka kita khuatiri sesuatu dasar atau polisi atau ketetapan demi kepentingan Islam tidak dapat dilaksanakan kerana kurang mejoriti yang menyokong.


Berikutan penelitian daripada masalah itu Dato’ Seri selaku presiden tidak pernah sedikitpun membuat kecaman terbuka terhadap idea penubuhan kerajaan melalui cara tersebut, bahkan beliau mengajak dan bersedia berbincang dengan pimpinan PR bagi meneliti kembali kewarasan cadangan penubuhan kerajaan melalui jalan tersebut. Hasilnya kita lihat PAS mampu menerima cadangan tersebut dengan meletakkan beberapa syarat yang tegas demi kepentingan Islam dan kesinambungan agenda perjuangan PAS itu sendiri.


Sedikit terkilan juga saya terhadap beberapa pimpinan tertinggi PKR dan DAP yang turut sama melatah bila mendengar gagasan tersebut, seolah-olah gagasan itu mampu memporak-perandakan agenda bersama PR walaupun hakikatnya mereka maklumi gagasan itu belum diterima sebulat suara. PKR dan DAP kene ingat! krisis di Perak berpunca daripada anak buah mereka sendiri yang tiada tarbiyah dan tiada pendirian kukuh terhadap matlamat perjuangan,berbanding anak buah Dato' Seri Presiden yang telah ditarbiyah dan ditapis dengan sebaiknya sebelum menggalas beban amanah yang cukup besar. Hasil daripada pimpinan Dato' Seri Presiden dengan tarbiyah yang dipasakkan ke dalam jiwa ahlinya menatijahkan kepimpinan PAS yang berintegriti tinggi. Ini bukan nak bongkak tapi inilah janji yang Alah beri pada mereka yang ikhlas dalam melaksanakan kerja Islam. Bukan mudah nak dapat sifat ikhlas ini tanpa di sana proses tarbiyah yang sangat ketat.


Kita juga menyedari bahawa ketokohan Presiden PAS dalam memacu arah perjuangan Islam diakui bukan sahaja di Malaysia bahkan meliputi negara-negara Islam yang lain khususnya daripada pemimpin-pemimpin gerakan Islam sedunia. Beliau juga sering diberi penghormatan untuk berucap dipersidangan-persidangan tertentu bagi mengutarakan pandangan dan cadangan beliau kepada semua pemimpin-pemimpin negara Islam dalam menangani krisis umat Islam pada hari ini. Ia termasuklah dalam hal-hal yang melibatkan hak asasi manusia terutamanya terhadap umat Islam di seluruh dunia, masalah pendidikan, ekonomi, masalah kebuluran,kemiskinan dan sebagainya.


Baru-baru ini, Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi (Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) di Istanbul pada28 – 30 Mei 2009. Beliau juga diberi kesempatan sebagai penyampai ucapan dalam Sesi Protokol, selepas dari ucapan Prof Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party) dan Prof Dr Burhanuddin Rabbani (Mantan Presiden Afghanistan). Dalam ucapan beliau, Tuan Guru telah menjelaskan mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.


Jikalau pun benarlah Dato’ Seri Presiden bersalah dalam hal ini, saya merayu agar beliau tidak dihukum dengan sebegitu rupa. Semakin ramai yang mengecam beliau semakin pedih hati ini untuk menerimanya. Rapatilah beliau, bertemulah beliau di meja rundingan, untuk mendapatkan penjelasan serta membuat perbincangan. Usahlah memberi peluang kepada musuh untuk menghuru-harakan jemaah kita hanya dengan pandangan peribadi yang jauh daripada kehendak parti itu sendiri. Tolonglah, demi kepentingan jemaah Islam ini, hentikanlah suasana suram ini. Kita berteguh dan bersatu kembali membawa tema yang baru ini “Islam Memimpin Perubahan” dan sam-sama kita memperkukuhkan sof perjuangan kita dalam berhadapan dengan tsunami politik yang lebih mencabar lagi.


Sebelum saya mengakhiri tulisan ini saya ingin menyatakan kebersamaan saya dalam menerima isi kandungan ucapan pergulungan daripada Timbalan Mursyidul Am kita iaitu YBhg Dato’ Dr Haron Din khususnya dalam mencadangkan supaya mana-mana ahli yang ingin bertanding dalam mengisi jawatan tertinggi pimpinan pusat perlu dibuat tapisan oleh pihak-pihak yang berwajib contohnya serperti majlis syura atau ahli lembaga disiplin parti. Beliau juga ada menekankan tentang kewajipan mentaati pemimpin, serta mengingatkan kepada semua ahli berhati-hati supaya penyakit-penyakit dalam berjemaah ini tidak berlaku dan perlu dibendung segera jika ada.


Ucapan Timbalan Mursyidul Am PAS itu boleh sahabat-sahabat ikuti melalui link ini;


Part 1 :

http://www.youtube.com/watch?v=wxLvCkv1pic&feature=related


Part 2 :

http://www.youtube.com/watch?v=VbvDxVWkbbQ&feature=related


Saya mengingatkan kepada pembaca tulisan ini, bahawa ini adalah pandangan peribadi saya. Tulisan ini bukanlah untuk mengapi-apikan, tetapi dengan tujuan yang satu iaitu untuk melihat suasana yang harmoni antara pimpinan-pimpinan tertinggi parti walaupun di sana wujudnya perbezaan pendapat.

10 comments:

qurtubyy said...

jahat sungguh tulisan ini di dalam melakukan pembelaan kepada kerajaan perpaduan.

jika dah nak sgt kerajaan perpaduan, keluar dari bulatan pas, masuk ke barisan!

BG said...

haha..politik ttp politik..dasar,polisi cannot simply being change...takes time(after renew contract,wakkaka)...

memcm kita tahu??tp ketamakan 'mereka' meyelubungi jiwa..umno cannot be trusted..(not all but now it reflect to ALL of THEM)just like in theory...auditor in org. should be change in 3year (at least) but it just STICK in the theory..ambik yg baik buang yg buruk..tp yg menyedihkan bangsa melayu makin pupus "colonial competition'..we are far behind..masih megah dengan pelbagai kejayaan???look back whose behind the scene...hMMMM

our word reflect to our knowledge, qurtubby..that HIS opinion..ni plak pandangan aku..^_^ hehe aku budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukan..jgn EMo bc dengan NADA yg betul ^_^ think wisely..

alzinki said...

Salam alaik ya akhi qurtubby.Jika akhi meneliti dengan cermat dalam membaca tulisan saya, akhi akan mendapati bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Bahkan apa yang ingin saya fokuskan adalah penekanan terhadap konteks kehidupan berjemaah spesifikasinya merujuk kepada tatasusila dalam berjemaah.

Kita kene ingat, bahawa Dato' Seri bukanlah lelaki yang ma'sum. Jikapun benar beliau melakukan kesalahan, beliau bukanlah seperti Nabi junjungan kita yang ditegur secara spontan oleh Allah melalui perantaraan Jibril jika tersilap dalam tindakan Baginda. Contohnya seperti peristiwa yang berlaku terhadap Habibah Binti Zaid rentetan daripada perbuatan suaminya Sa'ad bin Rabi' yang menampar beliau.

Jangan hanya kerana satu gagasan dan bukan satu ketetapan pun kita sudah hilang adab dalam berjemaah. Dato' Seri adalah pemimpian kita, jika benar ia melakukan kesalahan, ada cara yang sepatutnya digunakan untuk menegur bukan dengan cara yang mengaibkan beliau.

Tidak sekali-kali saya akan berpaling dengan jemaah suci ini kerana inilah medannya untuk saya mencurah baktikan gerak kerja Islam. Biarpun berbeza pendapat mahupun pemimpin terang-terang melakukan kesalahan ada kaedah yang berhikmah ke arah penyelesaiannya.

BG said...

^_^

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

disebabkan tulisan ini mmg tulisan bercorak politik, izinkan saya memberikan komen menurut perspektif politik di malaysia...

terbukti bahawa YB dato' yang menyuarakan pandangan adalah seorang pemimpin Islam yang baik...bila ada penentangan terhadap pendapat beliau, tanpa menunggu lama terus memohon maaf...

ada terbaca tentang permohonan maaf seorang ahli politik di pihak UMNO baru2 ini kepada YB Dato'Husam? kenapa setelah sekian lama baru berbuat demikian? em...baik sangatkah side UMNO?

dalam memahami isu ini, pemahaman dan asas haroki sangat penting.dalam memberikan pandangan terhadap isu politik, pemahaman haroki juga penting, agar tiada bias dan sokongan melulu...

mr.qurtubyy, amat rugi bagi sesiapa yang dibutakan hatinya oleh syaitan untuk memahami gerakan Islam..
'tak kenal maka tak cinta'

cinta PAS kerana Allah!

alzinki said...

Salam alaik ya ukhti Atulasca. Yer amat benar pe yang disebut ukhti. Sebab itulah dalam asas rukun bai'ah meletakkan kefahaman itu sebagai tunjang utama dalam menceburi gerakan Islam.

Kita memberi intima' atau dukungan terhadap sesebuah gerakan Islam bukan kerana emosi,populariti dan semangat semata-mata, tetapi atas dasar kefahaman.

BG said...

a.t.u.l.a.s.c.a.

hahah itu mungkin dia baca dlm nada yg lain..itu pandangan awalan dia ja..maybe t dia akan post komen susulan..^_^

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

al-zinkie
-waalaikumsalam al zinkie..mg2 kefahaman yang ada ni tak tercalar dek provokasi sepanjang masa mereka...

black gagak
-komen susulan? siapakah 'dia' yang dimaksudkan itu? inshaAllah, komen membina mungkin.

alzinki said...

Insyaallah,kene melazimi doa spy diistiqamahkan dalam perjuangan Islam dan tidak goyah dengan provokasi murahan musuh.

BG said...

a.t.u.l.a.s.c.a.

PING !! komen susulan dari qurtubyy la...kalau dia membaca dlm nada lain plak ^_^ kalau dia xmembaca..perhaps he/she might change his thinking style..PEACE !!

alzinki

indeed...ilmu membedakan semua itu ^_^