Monday, May 17, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Fasa II



Ucapan selamat menghadapi peperiksaan Fasa ke dua buat semua rakan seperjuangan penuntut ilmu di Bumi Musa 'Alaihis Salam. Semoga kalian semua beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan kali ini.

Ambillah kesempatan di bulan peperiksaan ini untuk kita lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Ingatlah bahawasanya kalian membawa amanah yang cukup besar demi kepentingan agama dan ummah. Semoga kita menjadi orang yang beramanah terhadap ilmu. janganlah kita mengatakan sesuatu yang tidak kita lakukan, nescaya kemurkaan Allah yang cukup besar bagi mereka yang berbuat demikian.

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan”. (as-Soff : 2 -3)

Pohonlah restu dari mereka-mereka yang pernah berjasa kepada kita sehingga menjadikan kita sebagai orang yang mulia di sisi agama. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian.

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru buat semua pendidikku yang telah mengajarkanku erti sebuah kehidupan. Kalianlah pendorong, pengingat serta pengasuhku selepas kedua ibubapaku. Tanpa kehadiran kalian dalam hidupku sudah tentu aku menjadi manusia yang hina di atas muka bumi ini. Kerana jasa kalian, aku kini sudah menjejakkan kakiku ke Bumi Musa ini untuk terus aku mengenali erti kepada sebuah kehidupan...

Jasa kalian akan dikenang:

1. Guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tun Abd Razak, Keratong Dua, Pahang Darul Makmur (1993).

2. Guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Melati, Pahang Darul Makmur (1994-1998).

3. Guru-guru di Sekolah Menengah Agama Arab al-Khairiah al-Islamiah Segamat, Kampung Gubah, Johor Darul Takzim (1999).

4. Guru-guru di Sekolah Menengah Agama Arab al-Khairiah al-Islamiah Mersing, Johor Darul Takzim (2000-2003).

5. Guru-guru di Maahad Johor, Johor Bahru (2004).

Penghargaan Khusus buat kedua-dua murabbiku yang telah menitipkan roh Jihad ke dalam jiwaku :

1. Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Arif Bin Abd Kadir.

(Mudir Sekolah Menengah Agama Arab Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing)
(Naib Yang Dipertua PAS Kaw. Mersing merangkap Lajnah Tarbiyah PAS Kaw.)

2. Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Azam Bin Abdul Razak.

(Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor)
(Timb. Yang Dipertua PAS Kaw. Mersing)

Friday, May 14, 2010

Ayuh kita jayakan Tabung Dana Ehsan BKPJM!!!

Firman Allah Subhanau Wa Taala (S.W.T):

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah maha luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya”.
(Surah al-Baqarah : 261)

Baru-baru ini BKPJM telah mengadakan majlis pelancaran Tabung Dana Ehsan BKPJM yang dikenali dengan nama singkatannya TDEB. Majlis pelancaran ini telah diadakan pada 6 Mei 2010 bertempat di Dewan Kutub Sittah Asrama Rumah Pelajar Johor Rabaah.

Bagi saya secara peribadi BKPJM sebenarnya telah melaksanakan satu idea yang cukup bijak bagi memperkukuhkan lagi dasar penubuhannya sebagai sebuah persatuan yang benar-benar ingin menjaga kebajikan ahli-ahlinya. “Kebajikan Terlaksana Ukhuwah Terbina” itulah tema yang diangkat bagi mengangkat semangat ahli-ahli BKPJM dalam merealisasikan kejayaan pembangunan Tabung Dana Ehsan BKPJM ini.

Saya merayu kepada sahabat-sahabat yang berkemampuan untuk bermurah hati membuat sumbangan ke dalam tabung TDEB ini. Terutamanya bagi mereka yang telah pun menerima wang zakat serta wang pinjaman daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Bagi pelajar-pelajar agama yang telah menerima sebanyak USD 1234, kami BKPJM hanya memohon sebanyak LE50.00 setiap seorang untuk dimasukkan ke dalam dana ini. Kesemua sumbangan tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memiliki kreteria yang telah disepakati oleh mesyuarat exco.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian khusus kepada ahli BKPJM sekalian?. Ada dikalangan ahli BKPJM yang hanya menerima wang perbelanjaan bulanan di Mesir ini hanya sebanyak RM250 sebulan. Ada juga dikalangan ahli kita yang ayahnya hanya menerima wang pencen bulanan sebanyak RM625 sebulan dengan tanggungan adik beradiknya yang masih bersekolah seramai 6 orang. Apakah kita sudah cukup merasa senang dengan hanya melihat sahaja sahabat sesaudara kita yang sama-sama ingin menuntut ilmu namun terpaksa menerima tekanan untuk berbelanja keperluan di sini. Ada dikalangan ahli kita yang terpaksa menunda kuliahnya kerana duit bulanan yang diberikan kepadanya telah habis digunakan untuk membeli kitab-kitab kuliah.

Dalam keadaan kita terlalu ghairah berbelanja bagi memanfaatkan wang zakat yang diperolehinya dengan membeli berbagai keprluan yang diidamkan selama ini. Namun kita terlupa bahawa ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang terpaksa berputih mata serta terlalu sedih kerana tidak diberi kesempatan untuk memiliki wang zakatdalam keadaan dia sangat memerlukan sumbangan itu.

Ayuhlah sahabat-sahabat ku sekalian marilah kita merebut peluang pahala yang besar ini untuk turut sama menderma bagi membantu kawan-kawan kita yang dalam kesusahan ini. Sahabat-sahabat ingin menghadapi peperiksaan, mereka juga ingin menghadapi peperiksaan. Jika kawan-kawan ingin memberi tumpuan terhadap peperiksaan ini dengan tenang, mereka juga ingin memberi tumpuan terhadap peperiksaan dengan tenang. Namun bagaimanakah mereka ingin menghadapi peperiksaan ini dengan tenang sedangkan mereka asyik memikirkan bagaimana untuk mengikat perut supaya belanja bulanan pada bulan akan datang perlu diberi peluang kepada adik-adiknya di kampong halaman untuk berbelanja.

Tahukah sahabat-sahabat sekalian taraf pahala orang yang menuntut ilmu Allah ini juga sama dengan taraf orang yang pergi berjihad di jalan Allah. Tidak ingatkah kita pada firman Allah S.W.T:

“Dan tidaklah (patut dan betul) jika orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang; oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila mereka pulang dari menuntut ilmu; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah”.
(Surah at-Taubah : 122)

Kalaulah pahala orang-orang yang menuntut ilmu itu tidak sama tarafnya dengan orang yang berjihad sudah tentu ramai dikalangan para sahabat Rasulullah meronta-ronta merayu-rayu untuk memilih pergi berjuang di medan peperangan kerana menginginkan pahala yang berlipat ganda. Namun daripada firman Allah S.W.T di atas jelas member isyarat kepada kita taraf orang yang bermusafir demi mendalami ilmu agama serta kembali dengan member peringatan kepada kaumnya adalah sama di sisi Allah.

Ini kerana tugas yang diambil oleh penuntut ilmu dan penyebar ilmu ini cukup besar manfaatnya terhadap Islam. Kehadiran mereka ke dalam masyarakat dapat memperkukuhkan lagi keimanan kaumnya terhadap kebesaran Allah S.W.T. Mereka juga sebenarnya telah mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan agama Allah ini daripada musuh-musuh Islam dengan Ilmu yang mereka ada.

Oleh itu sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menyumbang kepada Tabung Dana Ehsan ini bagi membantu sahabat-sahabat kita yang tidak berkemampuan. Supaya mereka juga dapat bersama-sama dengan kita untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah ini dengan menuntut ilmu di bumi anbia ini.

Saya tinggalkan tulisan saya kali ini dengan kisah yang melibatkan 2 orang sahabat Rasulullah yang menyumbangkan sebahagian besar hartanya demi Islam yang tercinta. Kisah 2 orang para sahabat ini menjadi sebab kepada turunya ayat ke 261 Surah al-Baqarah. Sahabat-sahabat boleh rujuk riwayat ini di dalam Tafsir al-Munir karangan Ustaz Doktor Wahbah az-Zuhaili jilid ke dua muka surat 47 cetakan Darul Fikr.

قال الكلبي : نزلت في عثمان بن عفان وعبد الرحمن بن عوف . أما عبد الرحمن بن عوف فإنه جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم بأرعة آلاف درهم صدقة. فقال : كان عندي ثمانية آلاف درهم. فأمسكت منها لنفسي ولعيالي أربعة آلاف درهم وأدبعة آلاف أقرضتها ربي. فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بارك الله لك فيما أمسكت وفيما أعطيت"

وأما عثمان دضي الله عنه فقال : علي جهاز من لا جهاز له في غزوة تبوك .فجهز المسلمين بألف بعير بأقتابها وأحلاسها. وتصدق برومة ركية. كانت له على المسلمين, فنزلت فيهما هذه الآية.

وقال أبو سعيد الخدري : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم رافعا يده يدعو لعثمان,ويقول : (يا رب , إن عثمان بن عفان رضيت عنه , فارض عنه ) فما زال رافعا يده حتى طلع الفجر, فأنزل الله تعالى فيه : ( مثل الذين ينفقون أموالهم فى سبيل الله) الآية


Telah berkata al-Kilabi : Telah turun ayat ini terhadap ‘Uthman Bin ‘Affan dan ‘Abdur Rahman Bin ‘Auf. Adapun bagi Abdur Rahman Bin ‘Auf maka sesungguhnya dia telah datang kepada Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W) dengan membawa sebanyak empat ribu Dirham sebagai sedekah. Maka Abdur Rahman telah berkata:”Bersamaku sebanyak lapan ribu Dirham, aku telah mengambil empat ribu daripadanya untuk kegunaanku dan keluargaku, dan empat ribu dirham dirham lagi bakinya aku telah cagarkan kepada Tuhanku”. Maka telah bersabda Rasulullah S.A.W : “Semoga Allah memberkatimu terhadap apa yang engkau telah pegang dan apa yang telah engkau berikan”.

Dan Adapun ‘Uthman Bin ‘Affan Radhiallahu ‘Anhu, maka dia telah berkata :”Padaku ada sejumlah kelengkapan bagi sesiapa yang tiada kelengkapan untuk ke peperangan Tabuk. Maka beliau telah member kelengkapan yang dimiliki itu kepada orang-orang Islam dengan seribu ekor unta beserta kelengkapan pelananya. Dan beliau telah mensedekahkan sebidang tanah yang berhampiran dengan Kota Madinah untuk orang-orang Islam. Maka telah turunlah ayat (al-Baqarah:261) terhadap ke dua-dua orang sahabat Nabi ini.

Dan telah berkata Abu Sa’id al-khudri : “Aku telah melihat Rasulullah S.A.W sedang mengangkat tangannya mendoakan terhadap ‘Uthman”. Dan Baginda bersabda :” Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah meredhai ke atas ‘Uthman Bin ‘Affan, maka Engkau redhakanlah terhadapnya”. Maka tidak berhenti Nabi mengangkat tanganNya mendoakan ‘Uthman sehingga masuknya waktu subuh. Maka rentetan dari itu Allah telah menurunkan kepada Nabi ayat tersebut.

Tabung Dana Ehsan BKPJM (TDEB)

PENGENALAN :

Menelusuri keindahan prsaudaraan Muhajirin dan Ansar, tersa kerdilnya diri kita sebagai umat akhir zaman. Kemurnian akhlak dan ketulusan meraka berukhwah terpancar melalui sikap iesar mereka yang melebihkan saudaranya berbanding diri sendiri sekalipun diri mereka memerlukan. Bagaimana pula keadaan kita pada hari ini?. Adakah wujud serendah-rendah martabat ukhwah, iaitu berlapang dada, mahupun setinggi-tingginya seperti yang dimaksudkan sebagai iesar itu?.

Justeru BKPJM sebagai satu-satunya persatuan yang manaungi anak-anak Johor di Mesir bertanggungjawab menghidup suburkan semula budaya al-iesar ini ke dalam semua hati ahlinya. Usaha ini bagi melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami konsep al-iesar dan sifat tadhiyyah iaitu berkorban sebagaimana yang di tuntut oleh Islam terhadap umatnya
Maka dengan itu, BKPJM melalui mesyuarat exconya telah bersetuju untuk mewujudkan satu dana yang dinamakan Tabung Dana Ehsan BKPJM (TDEB). Tabung ini akan di kelolai sepenuhnya oleh Unit Kebajikan Dan Tabung Derma BKPJM. Secara rasminya tabung ini telah dilancarkan pada 6 Mei 2010 oleh yang diPertua Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM 2009/10) iaitu Saudara Basir Bin Mohamed.

OBJEKTIF PENUBUHAN:

1. Mendekatkan diri kepada Allah melalui konsep saling bantu membantu sesame saudara
muslim.
2. Menggalakkan ahli utuk melaksana dan memahami konsep al-Iesar.
3. Menyemai sifat kebersamaan dan mempraktikkan konsep salaing bantu membantu di
kalangan ahli.
4. Membantu ahli yang tidak mendapat sebarang bantuan kewangan,zakat,pinjaman,mereka
yang ditimpa mlapetaka dan mereka yang ditimpa kesusahan.
5. Menyemai sikap ahli BKPJM yang prihatin terhadap hal ehwal kenajikan rakan seperjuangan.
6. Mengeratkan hubungan persaudaraan sesama ahli.

SASARAN KUTIPAN :

1. Semua ahli BKPJM yang mendapat bantuan zakat dan pinjaman perubatan Majlis Aggama
Islam Negeri Johor dengan kadar sumbangan hanya sebanyak LE 50.00 seorang.
2. Semua ahli BKPJM yang turut serta ingin menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan
masing-masing.
3. Terbuka kepada sesiapa yang ikhlas ingin menyumbang.

KRITERIA PENERIMA SUMBANGAN:

1. Ahli yang tidak mendapat sebarang bantuan zakat dan pinjaman.
2. Ahli yang kurang berkemampuan dari sudut perbelanjaan bulanan.
3. Pendapatan ibu bapa penjaga yang kurang daripada RM1000 serta mempunyai tanggungan
yang ramai.
4. Kepada sesiapa sahaja ahli BKPJM yang difikirkan perlu.

STRUKTUR ORGANISASI TABUNG DANA EHSAN BKPJM 2009/10

PENAUNG

BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR

PENASIHAT

YANG DIPERTUA BKPJM

KETUA HAL EHAWAL WANITA ISLAM BKPJM

PENGARAH

SYED MIFTAHUL ULUM BIN SYED MUSTAFA KAMAL

TIM. PENGARAH

NUR ATIQAH BINTI ROSLIN

SETIAUSAHA

MUHAMMAD FIRDAOUS BIN ABDULLAH

BENDAHARI

MOHD FAIZ BIN MOHD HARUN

UNIT OPERASI

YAHYA BIN SAMSUL

SYAHRUL NIZAM BIN MOHD DAUD

WIDAD FITRIAH BINTI ARIS

NOR AQILAH BINTI SAZALI

ZURAIDAH BINTI ZULKIFLI

UNIT R & D

NURUDDIN ZANKI BIN HAMZAH

MUHAMMAD SYUAIB BIN SANGKRAH

SHABALQIS BINTI NORDIN

ADIBAH BINTI JAMAL