Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Ungkapan salam ana lafazkan kepada sahabat-sahabat yang bertandang ke blog ana samada yang berada di Mesir mahupun di mana sahaja.Ana juga mengharapkan moga-moga sahabat-sahabat senantiasa bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan tuntutan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Sebagaimana yang telah dijanjikan ana akan menyambung kembali penerangan ana berkenaan dengan Pengenalan ilmu tauhid di bawah tajuk “Dasar-Dasar Puak Murjiah”
Di antara dasar-dasar yang di bawa oleh Puak Murjiah juga dianggap sebagai kekuatan oleh puak tersebut ialah;
a)Iman ertinya mengenal(makrifat),merendahkan diri dan tidak takbur kepada Allah serta bersungguh menyintainya.Mereka juga menganggap bahawa orang mukmin yang sebenar ialah orang yang memiliki ke empat-empat ciri tersebut (mengenal,merendahkan diri,tidak takbur kepada Allah,dan menyintainya).Mereka berpendapat bahawa segala amalan ketaatan selain daripada mengenal Allah tidak akan membayakan diri sekiranya ditinggalkan oleh seseorang.
b)Terdapat juga sebahagian daripada puak ini yang melampau sehingga berpendapat bahawa Allah Subhanahu Wata’ala itu menyerupai bentuk manusia.
c)Konteks mengenal Allah yang dimaksudkan ialah perbahasan yang ringkas mengenainya bukan secara satu persatu.
d)Iman manusia boleh bertambah tetapi tidak mungkin akan berkurang
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa segala amalan ketaatan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak akan menimpa bahaya atau bala jika meninggalkannnya.
Bagi mengukuhkan pendapat ini mereka hanya beralasankan bahawa jika Allah berkehendak mengampunkan dosa-dosa orang yang melakukan kemaksiatan. Maka tentulah Allah juga berkehendak mengampunkan dosa-dosa orang-orang yang melakukan maksiat seperti itu.(cukup hanya perlu mengenal Allah tanpa perlu melakukan amalan ketaatan).
Begitu juga jika Allah berkehendak mengeluarkan seseorang yang telah masuk ke dalam neraka ,sudah tentulah Dia akan mengeluarkan semua orang yang sama keadaannya.
Kesemua pendapat ini amat bersalahan sekali dan bertentangan dengan kehendak (masyiah) Allah yang sebenarnya.Sebagaimana yang telah di firmankan Allah seperti berikut;
لله ما فى السماوات والأرض وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء والله على كل شيء قدير (سورة البقرة:284
Maksudnya:”Bagi Allah semua yang terkandung di langit dan di bumi sekalipun kamu menzahirkan atau kamu menyembunyikan apa yang ada pada diri kamu.Allah akan menghitungkan kesemuanya.Maka dia akan mengampuni sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan akan mengazabkan juga bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Allah amat berkuasa di atas setiap sesuatu”
Pendapat-pendapat ini juga dinafikan kerana mereka mengharuskan manusia melakukan segala perbuatan yang haram di dalam agama termasuk menceroboh kehormatan orang lain.Keadaan ini sama sekali akan merosakkan peraturan masyarakat dan segala hukum dan pembalasan yang telah ditetapkan oleh syara’.
Jika mereka berpendapat bahawa sudah cukup hanya dengan mengenal Allah semata-semata tidak perlu melakukan amalan ketaatan dengan beralasankan sebagaimana yang di atas maka sia-sia sahaja Al-quran diturunkan dengan menerangkan berbagai macam ketentuan dan cara hidup yang sempurna sebagai seorang yang beriman juga terkandung di dalamnya berbagai ketentuan dan hukum syara’.Sedangkan Allah Subhanahu Wata’ala tidak menciptakan dan berkehendak terhadap sesuatu yang sia-sia.
Sekadar itu sahaja yang dapat ana terangkan kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan Puak Murjiah.Insyaallah pada minggu yang akan datang ana akan menerangkan pula berkenan dengan puak yang seterusnya iaitu Puak Jabariah.
Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….