Salam kembali moga-moga sahabat-sahabat yang dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala sentiasa berada di bawah naungan Nya dan diredhai Nya selalu.Pada minggu ini ana akan menyambung kembali penerangan kita berkenaan dengan kemunculan ilmu Tauhid.
Pada beberapa minggu yang lepas ana telah menerangkan serba sedikit berkenaan dengan Puak Khawarij dan beberapa pecahan daripada puak tersebut.Kemunculan Puak Khawarij ini berpaksikan kepada beberapa pendapat mereka di antaranya;
a)Puak-puak Khawarij ini walaupun banyak pecahannya tetapi mereka bersependapat tentang melepaskan diri dari Ali dan Uthman dan mereka mengutamakan soal melepaskan diri ini lebih dari yang lain.
b)Segala nikah kahwin mereka tidak boleh disahkan selagi kedua pihak yang berakad itu tidak berikrar melapaskan diri dari Saidina Uthman dan Saidina Ali terlebih dahulu.
c)Menghukumkan kafir kepada mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
d)Wajib menderhaka kepada Imam atau pemerintah jika ia menyalahi sunnah Rasulullah
Manakala ditambah pula oleh Abdullah Al-Kaukab yang mengetuai di dalam Mahkamah Pertama:
a)Imam atau khalifah boleh dilantik walaupun bukan daripada suku Quraisy.
b)Proses perlantikan imam atau khalifah hanya dihukum harus sahaja dan sah bagi masyarakat islam tanpa wujudnya imam atau khalifah.Namun jika sekiranya imam atau khalifah diperlukan maka bolehlah dilantik sesiapa sahaja baik dikalangan hamba mahupun orang yang merdeka ataupun mereka dari keturunan Quraisy.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Namun begitu kewujudan Puak Mahkamah Pertama telah dibasmi oleh Saiyidina Ali Radhiallahu ‘anhu sehingga tidak ada lagi yang tinggal melainkan dari sembilan orang yang sempat melarikan diri,dua orang daripadanya lari ke Oman,dua orang lagi melarikan diri ke Karian,dua orang lagi ke Sajistan,dua orang lagi ke Jazirah dan seorang lagi ke Yaman.
Tidak cukup dengan hanya melarikan diri semata-mata.kesembilan mereka ini telah terus menerus menyebarkan perkara-perkara baru dalam agama di tempat-tempat pelarian mereka.
Puak Azarikah sebagaimana yang telah ana sebutkan beberapa minggu yang lepas adalah pecahan daripada enam puak kecil dalam Puak Khawrij hasil perhimpunan mereka di Nahrawan.Puak Azarikah iaitu pengikut Abu Rasyid Nafi’ Bin Al-Azrak pula telah menambah beberapa perkara yang berikut dalam dasar Khawarij;
a)Menghukumkan keharusan membunuh anak-anak dan isteri dikalangan mereka yang menyalahi dasar-dasar aliran Khawarij.
b)Memansukhkan hukum rejam ke atas orang-orang yang berzina kerana tidak terdapat di dalam nas Al-Quran.
c)Memansukhkan hukum tuduhan berzina ke atas orang lelaki yang baik dan diwajibkan hukuman rejam ke atas orang yang menuduh kaum wanita yang baik sahaja.
d)Menghukumkan ke atas anak-anak kecil orang musyrikin kekal bersama-sama ibu bapa mereka di dalam neraka.
e)Nabi-nabi tidak semestinya maksum(terpelihara daripada dosa-dosa)Mereka harus berkedaan kafir sebelum mereka diangkat menjadi Nabi dan seterusnya.Serta harus juga mereka melakukan dosa-dosa kecil dan besar sebelum mereka dilan menjadi nabi dan selepasnya.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Sebagaimana yang telah ana janjikan pada beberapa minggu yang lepas ana
Ketika dalam masa pertelingkahan mengenai beberapa I’tikad yang muncul dalam suasana kacau bilau itu timbullah banyak pendapat yang bertentangan dan tidak ada langsung hubungan I’tikad mereka dengan yang hak.Malahan fahaman-fahaman I’tiokad mereka lebih banyak didorong oleh hawa nafsu dan dendam semata-mata.
Umpanya kita dapati bahawa Puak Khawarij mengkafirkan mereka-mereka yang mengerjakan dosa-dosa besar,sedangkan Puak Murjiah menentang fahaman mereka dengan berkata:”Maksiat tidak merosakkan seseorang selagi mereka mengakui terhadap keimanan mereka;begitu juga tiada erti dan berfaedahnya terhadap sesuatu ketaatan itu jika wujudnya kekufuran”.
Perkataan Murjiah ini di dalam bahasa arab bererti orang-orang yang menangguhkan atau seseorang yang memberi harapan.Diantar sebab mengapa puak ini dinamakan Murjiah;
a)Puak ini sengaja melewatkan kerja dari niat dan qasad
b)Puak ini sengaja menangguhkan hukuman ke atas orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar hingga ke hari Qiamat
c)Puak ini memberi harapan syurga kepada orang-orang yang beriman walau bagaimana banyaknya maksiat yang telah dilakukannya.
Sahabat-sahabata yang dirahmati Allah
Puak Murjiah ini juga terdiri daripada beberapa kumpulan.Ini disebabkan apabila timbul dikalangan mereka yang membawa satu-satu panda[at maka dijadikan pula satu mazhab yang dinamakan mengikut nama pimpinannya.Diantaranya ialah Puak Yunusiah bagi pengikut Yunus Al-Samri,Al-Gahssaniah bagi pengikut Ghassan Al-Kufi,Saubaniah bagi pengikut Sauban Murji’,Al-Abidiah bagi pengikut Abidul Makbat dan sebagainya.
Alhamdulillah sekadar itu sahaja dahulu penerangan ana pada kali ini.jika diizinkan Allah ana akan menerangkan denga lebih lanjut kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan dasar-dasar Puak Murjiah pada waktu yang lain pula.
Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….
No comments:
Post a Comment