Tuesday, October 2, 2007

UMNO = ASPIRASI,SPR = REKTOR & Pihak Pengurusan Tertinggi Universiti

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Hmmmm sekarang ni tengah rancak pilihanraya kampus berlangsung.Maklumat yang diperolehi Pro Mahasiswa di UIAM bakal menerajui kepimpimpinan Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini.Jika ini benar-benar berlaku Pro Mahasiswa bakal mengulangi kejayaan cemerlang mereka pada sesi sebelum ini 2006/07.

Seramai 15 orang calon dipertandingkan selepas sesi penamaan calon kali kedua dibuka pada 30 September atas desakan daripada Presiden GPMS Reezal Merican ke atas Pihak Pengurusan Tertinggi UIAM .

Jika sesi penamaan calon tidak dibuka sekali lagi pada 30 September yang lalu,sudah pasti Pro Mahasiswa akan memenangi PRK kali ini dengan mejoriti mudah termasuk beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi.11 kerusi sudah berada di genggaman pihak Pro mahasiswa,kini hanya menunggu beberapa kerusi sahaja lagi bagi memastikan kemenangan mudah bagi calon Pro Mahasiwa.

Namun begitu calon-calon Pro serta penyokong agak gusar dan curiga terhadap perjalanan PRK kali ini.Sesi penamaan calon yang dibuka sebanyak 2 kali menampakkan beberapa perancangan kotor dan jahat dari pihak Aspirasi dengan kerjasama kuat daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UIAM yang menjadi Anjing bayangan kepada UMNO.

Jika dalam PRU,PAS serta Barisan Alternatif yang lain terpaksa bekerja keras bagi memastikan mereka mampu memenangi seberapa banyak kerusi yang telah dipertandingkan.Namun cabaran dan gerak kerja mereka lebih sukar apabila berhadapan dengan taktik kotor UMNO mempengaruhi SPR bagi memuaskan nafsu kebinatangan mereka untuk memenangi sesuatu PRU.Hal ini amat serius sejak kebelangan ini,paling ketara berlaku banyak penyelewengan dan penipuan dilakukan pada PRU 2004 yang lepas.

SPR!!!! Ingatlah!! Jangan kamu bermain api dengan rakyat bahang kemarahan rakyat belum reda dengan permainan kotor kamu bersama UMNO.Ingatlah kamu pada 3 tuntutan yang perlu dilaksanakan sebelum menjelang PRU yang akan datang.Cap jari menggunakan dakwat,bersihkan daftar pemilih,dan hapuskan Undi Pos.

Jika tidak kamu nantikan himpunan Raksasa 100 000 ribu orang di hadapan Putrajaya tidak lama lagi bagi memastikan kamu memenuhi tuntutan itu.Kalau dengan Pro Mahasiswa dan PMI yang bukan pro kerajaan kamu boleh nak permainkan tetapi ingat bukan dengan BA.

Thursday, September 20, 2007

Dirimu yang ternoda.....

Jika dirinya diciptakan untuk mu,
Kau pasti redha akan ketentuan itu,
Namun ia bukan satu kepastian untuk di ketahui,
Kebanyakan mereka membatasi hukum,
Sedang mereka tak ketahuan ke mana cinta itu akhirnya,

Hanyut dibuaian kasih yang dimurkai,
Kelekaan mu memecah sempadan batas dan syara',
Hatimu yang sentiasa dirasuki iblis,
Memaksa dirimu berlaku curang kepada ilahi,

Kemana letaknya harga dirimu,
Haruskah maruah itu dicemari,
Berdalilkan bukti kesetiaan kasih buat si dia,
Yang belum tentu dirimu dijaminnya dikemudian hari,
Lantaran dirimu belum bergelar isteri,

Di mana pertimbangan akalmu,
Ketika dirimu diulit noda si dia,
Kemana hilangnya imanmu,
Memerangai nafsu serakah itu,
Apakah dirimu dipinggir Tuhan,
Atau sengaja dirimu meminggirkan Nya,

Benarlah cinta buta melalaikan,
Tanpa memikirkan batas syariat Nya,
Semuanya itu sebagai ujian duniawi,
Menjadi mahar yang bernilai buatmu,
Untuk ke syurga Ilahi

Ketahuilah fitrah jiwa yang soleh,
Menginginkan sesuatu yang indah dipandangan Allah,
Maka lahirlah natijah yang suci dan diredhai


Suami yang soleh mengimpikan si isteri yang solehah,
rintihan kudus terhadap Nya penentu segala impian yang murni.............



nukilan:sendiri

Wednesday, September 19, 2007

Tarbiyah Diri Untuk Beramal Soleh

Firman Allah yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman telah Aku perintahkan kepada kamu ibadah puasa sebagaimana telah aku perintahkan kepada umat-umat sebelum ini moga-moga kamu menjadi golongan orang-orang yang bertakwa"(al-Baqarah)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,tidak terlewat rasanya untuk ana mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada sahabat-sahabat sekalian.Hmm kalau kat Mesir mungkin agak kerap ana akan update blog sebab komputer ada di bilik ana,tapi bila pulang ke Malaysia agak jarang la sikit sebab komputer takde kat rumah.jadi terpaksalah pegi ke pekan atau bandar untuk cari cc.

Tanpa kite sedari sudah hari kelapan kite berpuasa.Pantas sungguh masa berlalu.Lebih kurang tiga minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Macam mana dengan baju raya sahabat-sahabat dah siap ker belum?
Walaupun sudah masuk hari kelapan kite berpuasa namun jangan kite lupe bahawa berpuasa ini bukan sekadar mengajar kite menahan diri dari kelaparan dan dahaga semata-mata.Tapi juga mengajar kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mahupun mengurangkannya.
Sebagaimana yang kita sedia maklum,apabila tiba jer bulan puasa maka syaitan dan iblis akan dibelenggu daripada bebas menghasut dan mengajak anak-anak adam melakukan dosa.Oleh itu sahabat-sahabat sekalian ana mengingatkan diri ana juga kepada diri sahabat-sahabat sekalian supaya ambillah kesempatan yang ada dibulan Ramadhan yang mulia ini untuk kita meningkatkan ketakwaan dan amal soleh kita terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sia-sialah kite jika hanya sekadar berlapar dahaga semata-mata tetapi tiada sesuatu pun perkara-perkara yang boleh menjadi value added buat diri kita dalam menjalani ibadah puasa ini.Allah Subhanahu Wa Ta'ala mewajibkan ibadah puasa dibulan Ramadhan kepada Umat Islam adalah ingin menguji sejauh mana kepatuhan kita kepada perintahnya dan ia sebagai pengukur kepada nilai ketakwaan kita kepada Nya.Hikmah terhadap perintah puasa ini adalah untuk menjadikan kita ini sebagai hamba Allah yang benar-benar bertakwa kepada Nya.
Iman bagaikan tubuh badan,takwa pula sebagai pakaian manakala ibadah pula sebagai makanan dan minuman kepada tubuh itu.Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada kita kepentingan iman itu meliputi sejauh mana ketakwaan kita kepadanya.Peningkatan nilai takwa terhadap diri seseorang bergantung kepada nilai amalan seseorang itu.
Untuk menempuh alam dunia yang semakin penuh dengan kemungkaran pada hari ini seseorang itu memerlukan kekuatan iman yang mantap.Orang yang iman dan takwanya kukuh secara tidak langsung menunjukkan hubungannya dengan Allah yang begitu kukuh.Allah akan membimbing hamba-hamba Nya yang amat taat kepadanya.Ini disandarkan kepada firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat ke 128;
"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan bersama orang-orang yang bertakwa dan melakukan kebaikan (amal soleh)"
Sabda Rasulullah pula daripada hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi;
"Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan gantikanlah keburukan itu dengan kebaikan,tentu kebaikan itu akanmenghapuskan Nya dan bergaulah sesama manusia dengan akhlak yang baik"
Sheikh Bisyri Al-Hafi menyatakan bahawa "Jika Malaikat naik ke langit dengan membawa nyawa orang yang mati dalam memeluk islam maka mereka merasa kagum terhadap nyawa tersebut seraya berkata,bagaimana manusia ini mampu menjaga dirinya di dalam dunia,sedangkan kebanyakan menjadi pilihan kami semunya adalah binasa.
Oleh itu sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Sekali lagi ana menyeru agar sama-samalah kita meningkat nilai keimanan kita kepada Allah di bulan Ramadhan ini moga-moga ia menjadi satu slot tarbiyah buat diri kita bagi menempuhi bulan-bulan yang lain yang penuh dengan hasutan syaitan dan iblis.

Tuesday, September 18, 2007

Baju Kurung yang semakin dilupakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hmmm bile kite bercakap pasal baju kurung dan baju melayu kita akan terfikir bahawa inilah antara keistimewaan yang ada pada orang melayu.Selalunya mak ayah kite bila hari raya hampir menjelang tiba maka mereka akan sibuk membeli kain untuk dijadikan baju kurung mahupun baju melayu.

Bila ia dipakai ketika hari raya.dipakainya pula bagi yang lelaki ke masjid menjadikan suasana hari raya bertambah meriah.Kalau melihat sekumpulan kanak-kanak yang berbaju kurung dan melayu sibuk berhari raya ke rumah kawan-kawan mereka,ini menambahkan lagi seri pada hari raya tersebut.

Yang ana nak cerita ni bukan pasal hari raya tapi nak cerita pasal baju kurung yang semakin dilupakan.Kalau dulu zaman saya kanak-kanak,saya lihat gadis-gadis melayu kita sangat suka memakai baju kurung.Tapi sekarang ni suasana tu dah berubah kebanyakan gadis-gadis melayu sekarang ni lebih gemar untuk memakai baju ketat kemudian dipadankan dengan seluar jeans atau seluar track.

Bagi saya adat melayu terkadang-kadang ada yang tidak menyalahi hukum syara' bahkan menjaga pula kesopanan org melayu.Cuba kawan-kawan tengok alangkah sopannya gadis-gadis melayu jikamereka berbaju kurung apatah lagi dipadankan dengan warna tudung yang sesuai.
Secara tidak langsung ia mampu menutup aurat seseorang gadis tu.

Ada juga yang masih lagi gemar memakai baju kurung.Tapi jumlah tu semakin berkurangan.
Kalau di Universiti plak sudah semakin ramai yang suka berpakaian barat hadir ke kuliah.Lebih dahsyat lagi mereka lebih berani berpakaian seksi hadir ke kuliah apetah lagi di khalayak umum.Kita sibuk nak pertahankan hak-hak orang melayu dan adat-adat orang melayu tapi aper dah jadi sekarang ni.Entahlah agama dah la tak terjaga sekarang ni.Bencana-bencana dah menjadi-jadi.Entahlaaaaaaa fikir sendiri la.

Friday, August 17, 2007

Salam kembali

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......

Hmm agak lama juga rasanya ana tak update blog ni.Maklumla kat Malaysia ana pun kesibukan dengan program yang telah dirancang mahupun yang tidak dirancang.Baru-baru ni ana bersama-sama dengan sahabat-sahabat ana yang pulang bercuti di Malaysia untuk buat program bersama dengan ahli qariah Masjid jamek Bandar Baru Uda.Kami dijemput sebagai urusetia dalam mengendalikan apa jua majlis ataupun acara yang diadakan sempena 10 sambutan ulangtahun yang ke 10 kewujudan masjid jamek tersebut.Program tersebut diadakan pada 11 dan 12 hb 8 yang lepas.

Program yang terdekat ni ana dijemput oleh ustaz ana untuk mejadi fasilitator dalam program bersama-sama anak-anak ahli PAS kawasan Mersing.Insyaallah kalau diizinkan Allah akan diadakan pada 21 dan 22 ni.

23 hb 8 plak ana akan ke Johor semula bagi membantu sahabat-sahabat ana untuk program taklimat untuk pelajar-pelajar baru lepasan STAM yang akan ke Mesir.

Saturday, July 21, 2007

Tiga hari sahaja lagi......

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

hmmm.....tiga hari sahaja lagi untuk ana pulang ke Malaysia.Kepulangan ana ke Malaysia bukanlah kerana tamatnya pembelajaran ana di bumi anbia' ini,tetapi kerana kehendak keluarga yang memaksa diri ana untuk pulang

Pernah satu hari tu,ana hubungi ayah ana nak minta tangguh supaya dapat pulang tahun depan.Tapi ayah ana cakap harapan mak,abah dengan adik-adik supaya ana balik tahun ni.

Teringat plak ana kata-kata senior kat sini,dia kata kalau mak n ayah mendesak suruh balik Malaysia,baliklah.Sekiranya dia mendesak,Insyaallah itu menunjukkan dia mampu untuk support kita punya tambang.Belum tentu tahun depan yang kita lapang nak balik tu,kita dapat jumpa mak ayah kita.Mungkin dia dah pergi meninggalkan kita.

Ana pun kadang-kadang pening juga,jika ikutkan pandangan sebahagian ustaz n ustazah ana kat Malaysia diorang suruh ana tamamkan pembelajaran di sini dulu barulah pulang.Tapi bila memikirkan tuntutan keluarga itu perlu didahulukan ana buat keputusan untuk pulang juga.Alhamdulillah setakat ini urusan tiket n visa dah setle.Cuma sedikit buah tangan dari Mesir belum dibeli tapi itu tak menjadi masalah kalau tak beli.

Sebut pasal urusan visa ni,teringat ana masa nak sambungkan visa ana di jawaazat Madinatul Bu'uth.Pada hari tu ana datang awal pagi sebab takut beratur panjang.Kalau kat mesir di untuk pelajar waafidin cara nak urus visa mesti sediakan salinan fotostate pasport (muka hadapan n visa terakhir) lepas tu perlu di sertakan salinan tasdiq (surat akuan dari pihak fakulti terhadap pembelajaran kita di sini) lepas tu sekeping gambar dikepilkan dengan borang.Bila tiba jer giliran ana berurusan dengan muwazzif tu,dia minta dua salinan setiap satu (pasport dengan tasdiq).Pada mulanya ana terkejut juga,selalunya hanya satu salinan sahaja diperlukan.Tapi ana dah menjangkakan ini akan berlaku,sebab tulah ana fotostate dua salinan setiap satu pada malamnya sebelum ana pergi ke jawaazat pagi tu.Biler ana dah bagi salinan tu dia marah plak kat ana,dia kata;

Muwazzif:Aku tak nak tasdiq ni.Ini yang tahun 2006/2007.Aku nak tasdiq 2007/2008.

Ana :Kenapa plak perlu tahun 2007/2008 sedangkan natijah aku belum keluar untuk
sesi ini.Aku baru jer ambil tasdiq ni pada 4 hari yang lepas.Ini bukan salah
aku.Urusan syuun telah menunjukkan tasdiq ini masih digunakan untuk sesi
2006/2007.

Muwazzif:Tidak,aku tidak akan berurusan dengan kamu hari ni.(sambil dilaungkan pada

pelajar yang lain aku nak tasdiq 2007/2008)

*Kebetulan masa tu ada dua orang ustazah juga berurusan seperti ana,namun urusannya tiada masalah.Ana cuba meminjam tasdiq salah seorang daripada ustazah tu.Ana lihat dua orang ustazah tu masih berurusan dengan menggunakan tasdiq 2006/2007.Ana terus bawa tasdiq ustazah tadi untuk ana tunjukkan pada muwazzif tu.

Ana :Aku nak tanya,kenapa tidak menjadi masalah apabila ustazah ini masih
menggunakan tasdiq 2006/2007 ?
Muwazzif:Awak pergi jumpa amiin ad-daulah (boleh la ana katakan sebagai pegawai besar
dalam jawaazat tu)

*Bila ana jumpa amiin tu ana terangkan pada dia bahawa muwazzif tu nak tasdiq tahun 2007/2008 sedangkan natijah belum keluar lagi dan pembelajaran untuk sesi 2007/2008 belum bermula.Dengan mudah tanpa banyak bicara amiin tu terus sign pada borang ana lalu di tulis kebenaran untuk buat visa pada hari tu.Bila ana bagi jer borang tu pada muwazzif tadi dia dah macam bengang sikitla mungkin dia malu kut.Lepas tu dia tak puas hati lagi,dia plak yang jumpa amiin tu.Betul-betul arab ni menguji kesabaran ana.Bila dia pergi jumpa amiin tu ana ikut sekali masuk dalam bilik,lepas tu amin tu cakap kau bagi jer dia buat.Ana pun legalah rasa hati.Punyalah susah nak berurusan dengan arab ni kadang-kadang.

Pada mulanya ana tak bercadang pulang ni untuk bekerja.Tapi sebagai anak yang sulung merasakan perlu untuk ana bekerja bagi menampung perbelanjaan 2 atau 3 bulan ana di mesir nanti.Sekurang-kurangnya dalam tempoh itu mak dan ayah ana tak perlulah masukkan duit.Selain daripada bekerja ana teringin juga nak mengadakan kelas pengajian al-Quran dan tajwid untuk kanak-kanak di kawasan kediaman ana tu.Kemudian nak juga rasanya ana adakan kuliah agama untuk kawan-kawan mak ana.Sekadar apa yang mampu ana sampaikan akan ana sampaikan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Al-Azhar.

Tahun ni plak dengar cerita pilihanraya dah nak dekat ana diminta oleh ustaz ana untuk bantu dia dalam gerak kerja PAS kawasan dan cawangan.Bukanlah jadi orang atasan pun sekadar orang suruhan untuk bantu PAS.Insyaalah sekadar apa yang boleh ana bantu akan ana bantu.Namun doa daripada sahabat-sahabat di sini amat ana harapkan moga-moga berkesanggupan melaksanakan tugas-tugas tu.....

Friday, July 20, 2007

Puak Muktazilah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ana merasakan sudah agak lama ana tidak menaip untuk di update kan blog ana ni.Agak kesibukan sedikit dengan berbagai program yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir(BKPJM).Walaupun ana bukanlah di antara yang menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan program namun suka untuk membantu sahabat-sahabat yang lain dalam melaksanakan tugas mereka.Itulah nilai ukhwah yang mesti di tadhbik kan.

Berbalik kepada sambungan mengenai kewujudan puak-puak iktikad yang pernah wujud mahupun yang masih wujud dalam kehidupan pada hari ini,ingin pula ana menyentuh pula berkenaan dengan Puak Muktazilah.

Disaat kemunculan berbagai jenis fahaman dan beberapa puak iktikad, timbullah banyak persoalan di kalangan umat Islam yang bertanya kepada ‘alim ulama’ bagi mencari penjelasan dan kebenaran.Fenomena yang ana sebutkan itu juga berlaku kepada Hassan Al-Basri.

Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanya kepada Hassan Al-Basri tentang hukum orang-orang yang mengerjakan dosa besar dan ia mati sebelum sempat bertaubat. Persoalan lelaki itu ialah adakah orang itu kafir,sepertimana yang dikatakan oleh pengikut-pengikut Puak Khawarij ataupun orang itu tidak akan terkesan dengan maksiatnya sebagaimana yang dikatakan oleh Puak Murjiah?.

Mendengar persoalan itu Hassan Al-Basri terdiam sebentar.Namun belum sempat soalan itu dijawab oleh Hassan Al-Basri tampillah seorang muridnya yang bernama Wasil Bin Ata’ mencelah dengan menjawab,”saya tidak fikir orang yang mengerjakan dosa besar itu mukmin ataupun kafir semata-mata,tetapi ia adalah antara dua keadaan iaitu bukan mukmin dan bukan kafir”.

Sempat ana bertanya kepada sahabat ana Ustaz Rafi’ie tentang kenapa Hassan Al-Basri terdiam sebentar setelah mendengar persoalan yang diajukan orang lelaki tersebut.Sedangkan Hassan Al-Basri orang yang berilmu dan mampu menjawab secara terus menerus sebarang persoalan yang diajukan kepadanya.Lalu sahabat ana menjawab memang benar Hassan Al-Basri terdiam sebentar setelah mendengar soalan tersebut. Namun diamnya Hassan Al-Basri bukan kerana ia tidak mampu menjawab ,tetapi Hassan Al-Basri memikirkan jawapan yang berhikmah bagi memastikan yang bertanya itu dapat memahami jawapan yang diberikan dengan mudah secara tidak langsung mampu ia menolak segala pandangan-pandangan yang samar di sekelilingnya berdasarkan hujah yang diberikan olehnya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Jawapan yang diberikan oleh anak murid Hassan Al-Basri itu amat bertentangan dengan pendapatnya.Hassan Al-Basri berpendapat bahawa orang mukmin yang mengerjakan dosa besar itu hanya seorang mukmin yang berdosa,bukannya kafir kerana ia masih mengakui ketauhidan Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T) dan Nabi Muhammad itu sebagai pesuruh-Nya.Tidak juga dikatakan orang mukmin yang berdosa itu terletak antara bukan kafir dan bukan mukmin sebagaimana pendapat yang dinyatakan oleh anak murid Hassan Al-Basri iaitu Wasil Bin Ata’.

Setelah berlakunya pertelingkahan pendapat dalam masalah itu Wasil telah berpaling daripada gurunya Hassan Al-Basri.Ketika itu berkatalah Hassan Al-Basri kepada murid-muridnya yang lain,” اعتزلنا واصل " ertinya “Wasil telah meninggalkan kita”.Maka dari perkataan اعتزل inilah diambil perkataan Muktazilah yang digelarkan kepada puak Wasil.

Puak mereka tidak bersetuju dengan dengan gelaran itu dan menamakan diri mereka Ahli Keadilan dan Tauhid.Sebab kepada mengapa mereka menamakan diri mereka Ahli Keadilan ialah kerana mereka mendakwa mereka sahajalah yang menafikan kezaliman dari Allah dengan mengatakan bahawa manusia sendirilah yang melakukan segala perbuatan yang dilakukan dengan pilihan (ikhtiar) mereka.Maka tidak timbullah bahawa Allah mengazab manusia di atas perkara yang ia tidak bertanggungjawab melakukannya.

Mereka juga menggelarkan diri mereka sebagai Ahli Tauhid kerana mereka amat keterlaluan dalam mengesakan Tuhan sehingga menafikan wujudnya sifat-sifat Tuhan seperti maha mendengar,melihat dan sebagainya yang boleh menimbulkan fahaman berlainan daripada zat-Nya.Ini kerana mereka berpendapat bahawa kalaulah ada sifat-sifat bagi Allah tentulah sifat-sifat itu mestilah sedia ada قديم seperti zat-Nya juga.Maka ini akan menjadikan berbilang-bilang Qadim itu dan bertentanganlah dengan dasar tauhid.

Walau bagaimanapun,Puak Muktazilah ini bukannya tidak mengaku yang Tuhan itu mendengar ,melihat,berkuasa dan sebagainya yang tersebut di dalam Al-Quran,tetapi dengan zat-Nya sendiri bukannya dengan sifat-sifat yang boleh diasingkan fahamannya dari zat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Mazhab Muktazilah ini adalah berdasarkan kepada beberapa persoalan pokok di antaranya;

( i )Menafikan adanya sifat Tuhan yang berlainan dari zat-Nya supaya tidak bersekutu antara zat dan sifat tantang Qadim.Mereka hanya mengakui bahawa Tuhan itu mengetahui dengan zat-Nya,berkuasa dengan zat-Nya,berkehendak dengan zat-Nya dan begitulah seterusnya.

( ii )Perbuatan yang dilakukan oleh manusia itu adalah dengan ikhtiar sendiri dengan kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah.

( iii )Akallah yang menghukumkan baik atau buruknya sesuatu.

( iv )Tuhan hanya membuat perkara yang baik dari segi hikmah untuk kemaslahatan manusia,oleh itu dikatakan Puak Muktazilah mewajibkan Tuhan membuat perkara yang baik dan yang terbaik sahaja.

( v )Orang yang mengerjakan dosa besar yang mati tanpa bertaubat tidak mukmin dan tidak kafir.Mereka ini akan dimasukkan antara syurga dan neraka.(pening tak kalau kita lihat pemikiran mereka)

( vi )Al-Quran itu makhluk dan baharu

Pemimpin-pemimpin Puak Muktazilah ini adalah di kalangan mereka-mereka yang jaguh dalam ilmu pengetahuan disamping mereka mempelajari ilmu falsafah dan menggunakan cara berdebat untuk mematahkan hujah-hujah lawan.Tidak dinafikan juga kelebihan mereka dalam menolak kekeliruan yang timbulkan oleh musuh-musuh Islam.Tetapi dari sudut lain pula mereka merupakan satu puak yang fanatik dengan pendapat-pendapat mereka dan sanggup meminta pertolongan dari kerajaan ataupun pemerintah untuk memaksa orang ramai menganut mazhab mereka.Banyak di kalangan alim ulama’ fiqh dan pakar hadith mengalami penyeksaan akibat daripada sikap fanatik puak ini.

Oleh itu Puak Muktazilah dibenci dan dimarahi oleh orang ramai serta dituduh sebagai puak yang sesat dan menyeleweng daripada agama Islam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Sekadar itu sahaja penerangan ana berkenaan dengan Puak Muktazilah untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan yang tidak ana sedari,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.Oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali…….

Wednesday, July 11, 2007

Janji buruk terhadap mereka yang berpaling dari jalan Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ana menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian juga kepada diri ana sendiri supaya tunduk dan patuhlah kepada perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T) juga kepada sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W).Moga-moga diri kita menjadi di kalangan hamba-hamba Allah yang benar-benar bertakwa kepadanya.Sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa kepada Allah S.W.T.

Marilah kita merenung serta menghayati persoalan yang telah Allah keutarakan kepada kita semua di dalam surah Ali-Imran ayat yang ke 83;

أفغير دين الله يبغون وله أسلم من في السموت والأرض طوعا وكرها وإليه يرجعون

Maksudnya:”Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah,padahal kepada-Nya lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah lah mereka akan dikembalikan”

Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah,ini kerana Allah S.W.T satu-satunya tuhan sekalian alam tiada sekutu bagi Nya.Allah sahajalah yang mencipta seluruh alam dan mentadbirnya dengan peraturan-peraturan Nya.Seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi samada yang nyata mahupun yang ghaib,sebesar-besar makhluk mahupun sekecil-kecil makhluk adalah di bawah naungan dan kekuasaan Nya.

Maka tidak hairanlah jika Islam itu dijadikan Nya sebagai panduan bagi umat manusia.Islam menjadi ad-din yang di bawa oleh para rasul yang diutus Allah berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W.Islam mengajak manusia supaya yakin kepada Allah serta menjadikannya sebagai ikutan dan panduan hidup. Hari ini kita melihat dunia berada dalam keadaan kehausan daripada petunjuk yang benar.Maka berlakulah kacau-bilau dan huru-hara dalam kehidupan manusia.Manusia diberi akal oleh Allah S.W.T supaya boleh berfikir,mencari ilmu yang memberi manfaat kepada mereka.Namun dengan syarat,akal itu mestilah berpandukan petunjuk daripada Allah S.W.T .

Manusia itu diciptakan oleh Allah di samping diberi undang-undang dan peraturan hidup supaya mereka selamat berada di dunia untuk tujuan akhirat.Tiba-tiba lahir pula golongan manusia yang lebih jahat daripada binatang,yang menggunakan undang-undang dan peraturan sendiri.Menjadikan yang lebih kuat di kalangan mereka adalah yang paling betul,yang lebih kaya dan mewah sebagai yang disanjung,siapa yang berada di atas sahaja yang perlu dituruti dengan menolak apa yang lebih hak untuk mereka patuhi.

Manusia yang tenggelam dalam hawa nafsu,mengerjakan,kesyirikan,kefasikan kemungkaran, dan cara hidup yang bebas seperti binatang.Akhirnya merebaklah segala kemaksiatan,kemungaran,kezaliman serta penindasan sesama manusia dengan menggunakan senjata,harta dan kedudukan secara terus menerus menyalahgunakan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.Allah telah menunjukkan berbagai-bagai balasan dan bencana dunia.Firman Alah S.W.T dalam surah Ar-Rom ayat ke 41;

ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذى عملوا لعلهم يرجعون

Maksudnya:Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali(ke jalan yang benar)

Allah telah merasakan kepada manusia berbagai-berbagai penyakit yang merebak dan meragut nyawa manusia sekali gus mengancam keselamatan hidup mereka .Walaupun di sana ada penyakit-penyakit yang boleh diubati dengan berbagai-bagai ubatan,tidak kurang juga dengan penyakit-penyakit yang tidak boleh diubati dengan kelemahan akal yang ada pada manusia.Dengan kajian dan projek-projek yang tidak bermanfaat dilakukan oleh manusia, berlakulah bencana alam,gempa bumi serta banjir di sana-sini,kemusnahan yang merebak ke seluruh dunia.

Sebenarnya kesemua masalah ini adalah berpunca daripada manusia itu sendiri yang lari dari petunjuk Allah.Mereka tidak menyerahkan diri mereka kepada Allah S.W.T dengan hukum-hukum dan paraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-quran.Walaupun Allah S.W.T telah menghukum mereka ketika di dunia lagi dengan berbagai-bagai hukuman dan bencana bagi membalas kedegilan mereka untuk kembali kepada ajaran Islam,namun terus juga mereka mengerjakan kemaksiatan dan mereka lupa tentang hari akhirat yang mana di sana mereka akan dihidupkan semula selepas kematian untuk dibicarakan di hadapan Alah S.W.T.Segala kejahatan mereka di dunia akan didedahkan pada hari itu untuk dihukum dengan api neraka yang akan meleburkan tubuh badan mereka.

Orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah sahajalah yang akan diredhai oleh Allah S.W.T untuk mereka mengecapi nikmat syurga.Tetapi lain pula hal keadaannya bagi mereka yang kufur,degil,bernafsu dunia semata-mata lebih dari sifat kebinatangan.Mereka inilah dijanjikan Allah untuk disembamkan ke dalam api neraka.Kehidupan mereka amat payah sekali kerana di dunia lagi Allah S.W.T telah memberikan azab kepada mereka.Apatah lagi di akhirat kelak mereka kekal di dalam neraka.Firman Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T dalam surah Fusilat ayat yang ke 27;

"فلنذيقنّ الذين كفروا عذابا شديدا ولنجزينّهم أسوى الذي كانوا يعملون"

Maksudnya:”Maka sesungguhnya kami akan merasakan azab yang keras kepada orang-orang yang kafir dan Kamai akan memberi balasan kepada mereka dengan seburuk-buruk pembalasan bagi apa yang telah mereka kerjakan”

Di abad ini,Ketidak fahaman mereka terhadap tuntutan Allah supaya mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Nya,bukan sahaja dikalangan mereka yang jahil terhadap Islam,malahan ada juga dikalangan mereka yang berilmu agama,yang menguasai berbagai jenis cabang ilmu,faham tentang nas-nas Al-quran dan As-sunnah tetapi turut sama jahil dalam melaksanakannya.Bahkan mereka pula sanggup menjadi pak turut terhadap suruhan orang-orang yang jahil serta turut serta menentang gerakan Islam dan para pendakwah yang menyeru ke arah perlaksanaan Islam secara menyeluruh dalam kehidupan manusia.Mereka yang tidak bertanggungjawab ini adalah dikalangan ustaz-ustaz dan para ustazah,penasihat agama pemerintah,mufti-mufti,pensyarah-pensyarah dan sebagainya. Meraka-mereka yang seperti inilah disifatkan sebagai "ulama' suk".

Marilah kita kembali kepada Allah dengan menyerahkan segala kehidupan kita berlandaskan tuntutan dan suruhannya.Berlaku adillah kita terhadap diri sendiri,jangan menunjukkan kesombongan kita seperti iblis yang tidak sedar dan insaf.

Marilah kita menjadi manusia yang berpandukan kepada hidayah dan petunjuk Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mulk ayat ke 22;

أفمن يمشى مكبّا على وجهه أهدى أمّن نمشى سويّا على صراط مستقيم ( )

قل هو الذى أنشأكم وجعل لكم السمع والأبصر والأفئدة قليلا ما تشكرون ( )

Maksudnya:”Adakah mereka yang berjalan dengan menyembamkan muka mereka ke tanah (tidak mengikut asal kejadiannya) lebih mendapat petunjuk,atau orang yang berjalan menggunakan kaki di atas jalan yang lurus? ( ) Katakanlah “Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan dan hati” amat sedikit kamu bersyukur ( )

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah begitulah bandingan Allah terhadap orang yang menerima petunjuk Nya mahupun tidak.Moga-moga peringatan ini memberi manfaat kepada kita semua.Salam jihad dari ana buat pejuang-pejuang Islam.

Thursday, June 21, 2007

Peringatan Allah Demi Kepentingan Akhirat

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.Ana berpesan kepada sahabat-sahabat juga kepada diri ana sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya serta meninggalkan segal;a larangannya.Sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah.Carilah bekalan dengan secukupnya sebelum kita menemui Tuhan dihari kebangkitan kelak.Sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa kepada Allah.

Di antara tindakan dan cara untuk kita bertakwa kepada Allah ialah dengan kita menjaga diri kita supaya sentiasa taat dan mengerjakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T),meninggalkan segala kemaksiatan dan larangan Allah S.W.T,dan tidak sesekali melampaui batas-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam agama Islam.Namun begitu wujudnya kelemahan atau halangan yang boleh menghalang seseorang itu untuk mencapai sifat takwa kepada Allah S.W.T.

Di antara sebab kepada kelemahan sifat takwa dalam diri seseorang ialah memandang ringan ,remeh temeh terhadap kemungkaran,maksiat dan kekufuran yang berlaku di sekelilingnya.Seolah-olah merasakan tidak mengapa jika ketika ini melakukan dosa dan kemungkaran kerana kita boleh bertaubat dikemudian hari.Hanya menganggap ia adalah sekadar dosa-dosa kecil.Apa yang lebih dahsyat apabila seseorang itu menganggap sama sahaja antara beriman dan kufur atau antara berbuat ketaatan dan melakukan maksiat.

Allah S.W.T menjelaskan dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran Al-Karim yang menjadi petunjuk kepada kita sehingga hari kiamat melalui firmannya;

أفمن كان مؤمنا كمن كلن فسقا لا يستوون ( )

أما الذين ءامنوا وعملو الصلحت فلهم جنّة المأوى نزلا بما كانوا يعملون ( )

لإأما الذين فسقوا فمأوا هم النار كلما أرادوا أن يخرجوا منها أعيدوا فيها وقيل لهم ذوقوا عذاب النار الذى كنتم به تكذبون ( )ولنذيقنّهم من العذاب الأدنى دون العذاب الأكبار لعلهم يرجعون ( )

ومن أظلم ممن ذكّر بئايت ربه ثم أعرض عنها إنا من المجرمين منتقمون ( )

Maksudnya:Maka apakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik?Mereka tidak sama (18)Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh ,maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman,sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan(19)Dan adpun orang-orang yang fasik (kafir),maka tempat mereka adalah neraka.Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya,mereka dikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka:”Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya”(20)Dan sesungguhnya kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat di dunia sebelum azab yang lebih besar di akhirat;mudah-mudahan mereka kembali ke jalan yang benar(21)Dan siapakah orang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat tuhannya,kemudia ia berpaling dengannya?Sesungguhnya kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa(22)

Surah As-Sajdah

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Ada di kalangan manusia yang berkata;”Apakah salah mengerjakan maksiat?.Orang yang mengerjakan maksiat pun diberikan kesihatan dan kesenangan juga.Tiada bezanya dengan orang yang mengerjakan ketaatan dan melakukan amal soleh”. Ayat Al-Quran di atas adalah penjelasan yang nyata daripada Allah S.W.T kepada orang yang menganggap serupa sahaja ,samada orang yang mahukan islam mahupun yang menolak Islam.

Terdapat pula di kalangan mereka yang berkuasa di antara manusia lain,namun membiarkan gejala kemaksiatan dan kemungkaran itu berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat.Membenarkan dan menggalakkan mereka mengerjakan amal kebaikan dalam masa yang sama turut redha dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hajj ayat ke 41;

"الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور"

Maksudnya:”Iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi,nescaya mereka mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,menyuruh membuat yang ma’ruf dan mencegah daripada berlaku mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan”

Wujud pula di kalangan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Tidak memperdulikan kehidupan anak-anak mereka samada menjadi orang yang baik yang mengerjakan perintah Allah ataupun menjadi orang yang suka mengerjakan kemaksiatan.Tidak menjadi masalah jika sekiranya anak mereka suka berjudi,suka meminum arak,ketagih dadah,suka mencuri dan sebagainya.Namun apa yang lebih penting bagi mereka,segala tuntutan anak –anak mampu dipenuhi,kerana itulah bagi sebagai bukti kasih dan sayang mereka terhadap anak-anak.Apa yang lebih melampau apabila ibu bapa menganggap sama sahaja samada anak mereka mengikut Islam atau tidak mengikut Islam.

Maka Allah Ta’ala menjelaskan dalam Surah As-Sajdah,berbeza nikmat yang bakal diperolehi di akhirat kelak,kepada orang-orang yang beriman dan kepada orang-orang yang kafir di atas muka bumi Allah ketika dahulu..

أما الذين ءامنوا وعملو الصلحت فلهم جنّة المأوى نزلا بما كانوا يعملون ( )

وأما الذين فسقوا فمأوا هم النار كلما أرادوا أن يخرجوا منها أعيدوا فيها وقيل لهم ذوقوا عذاب النار الذى كنتم به تكذبون ( )

Allah menyediakan tempat bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di dalam syurga yang kekal abadi.Tidak bagi mereka untuk merasa penat,lelah,sakit,bosan dan sebagainya di dalm syurga.Kerana persaan itu hanya dialami oleh manusia di dunia sahaja tidak di syurga.Mereka yang masuk ke dalam syurga akan merasa nikmat itu berpanjangan,bebas makan dan minum dengan banyaknya tanpa mengenal erti kenyang,bebas bersama dengan mana-mana bidadari syurga yang diminati.

Itulah hakikatnya yang berlaku kepada penghuni syurga nanti.

Adapun orang-orang yang jahat,juga disediakan tempat khas bagi mereka.Samada jahat itu kerana menjadi kafir atau fasik,mengerjakan kemaksiatan,tenggelam ke dalam hawa nafsunya yang jahat.Apabila mati dalam keadaan terleka tidak sempat utk bertaubat kepada Allah maka tempatnya ialah ke dalam neraka jahanam,akan dibakar dan tiada peluang untuk menyelamatkan diri.Walaupun ahli-ahli neraka itu berusha untuk menyelamatkan diri dari dibakar api neraka namun akan ditangkap dan dicampakkan semula ke dalam neraka oleh malaikat.Sambil ditempelakkan kepada mereka dengan berkata;”rasakan kamu azab neraka Allah,azab yang kamu anggap bohong ketika berada di dunia.Allah memberi amaran supaya kita sedar dan insaf daripada menjadi orang yang jahat.

. ولنذيقنّهم من العذاب الأدنى دون العذاب الأكبار لعلهم يرجعون ( )

Akibat daripada kerosakan,kesyirikan,kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia,Allah S.W.T telah menunjukkan kepada mereka balasan atau azab sejak di dunia lagi,supaya mereka beringat sebelum datangnya kepada mereka azab yang besar di hari akhirat..Sebagaiman yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T di dalam Surah Ar-Rom ayat ke 41;

ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذى عملوا لعلهم يرجعون

Maksudnya:Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali(ke jalan yang benar)

Dirasakan azab dunia yang sedikit dengan berbagai penyakit yang merebak,disamping ditambah dengan penyakit yang telah sedia ada,hidup dalam keadaan yang keluh kesah dengan jenayah berada di merata-rata tempat,dirasakan dengan kenaikan harga-harga barang,kezaliman dan kejahatan yang berlaku sesama manusia,dirasakan dengan cuaca yang sangat panas dan banjir yang membunuh nyawa manusia.Inilah antara peringatan-peringatan Allah kepada sesuatu kaum yang ingkar terhadap perintah Allah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Allah S.W.T telah memberi peringatan melalui Al-Quran dan hadith-hadith yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W),khutbah yang telah diucapkan kepada Oleh Baginda,nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh para ulama’ dan pendakwah.Namun begitu ada dikalangan mereka yang memandang ringan dan memperkecilkan amaran-amaran dan peringatan-peringatan yang telah diberikan.Mereka ini digelar oleh Allah S.W.T sebagai orang yang zalim di dunia ini.

ومن أظلم ممن ذكّر بئايت ربه ثم أعرض عنها إنا من المجرمين منتقمون ( )

Dan siapakah orang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat tuhannya,kemudia ia berpaling dengannya?Sesungguhnya kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa

Oleh itu marilah kita memelihara diri,keluarga,anak dan isteri bagi mereka yang telah berumah tangga,jiran tetangga,sahabat handai,kampung,negeri dan tanah air kita daripad bala bencana Allah dengan mengikut kemampuan masing-masing.Melaksanakan tuntutan amar ma’ruf nahi mungkar adalah menjadi sikap kepada orang-orang yang beriman.

Allah S.W.T tidak bertanya samada kita berjaya ataupun tidak dalam melaksanakan tuntutan itu.Tetapi kita akan ditanya samada menjalankan kewajipan ini ataupun tidak.Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat ke 110;

كنتم خير أمة أخرجت للنّاس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.

Kita sebagai rakyat Malaysia diberikan hak untuk memilih manakah pemimpin yang layak untuk memimpin kita ke arah kejayaan di dunia mahupun di akhirat.Nilailah manakah pemimpin yang betul-betul menjalankan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar,yang benar-benar takut kepada Allah dan hari akhirat serta menjamin ketinggian maruah islam.

Monday, June 18, 2007

Perbandingan Allah Antara Peperangan Badar & Uhud (siri kedua)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…..

Jangan bicara soal ketaatan

Jika diri sering dibelenggu dosa

Jangan bicara soal perjuangan

Jika dirimu sering terleka

Salam perjuangan ana lafazkan kepada sahabat-sahabat yang senantiasa komited dalam perjuangan,samaada perjuangan dalam menuntut ilmu mahupun di medan fi sabilillah.Salam khusus juga ana lafazkan kepada Ustaz Arif bin Abd Kadir dan Ustaz Azam bin Abd Razak di atas kesungguhan mereka mendidikku mengenal hakikat sebenar islam di sisi umatnya serta ketekunan mereka mentarbiyahku mengenal erti perjuangan islam.

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk ana menyambung kembali penerangan ana berkenaan dengan tafsiran Surah Ali-Imran di bawah tajuk "Perbandingan Allah antara Peperangan Badar dan Uhud".Jika sebelum ini kita telah melihat bagaimana Rasulullah merancang strategi mengatur kedudukan tentera dalam posisi yang amat strategic.Manakala pada kali ini kita menyusuri pula,apakah situasi yang berlaku antara kedua-dua pihak samaada di pihak tentera muslimin mahupun di pihak tentera musyrikin Mekah setelah peperangan bermula.

Kegoyahan tentera musyrikin di awal pertempuran


Di awal pertempuran,tentera islam sudah menunjukkan kemenangan mereka.Melihat kekalahan itu,tentera-tentera musyrikin Mekah melarikan diri daripada tentera islam.Kebiasaannya tentera-tentera kafir akan membawa bersama mereka barang-barang yang banyak seperti makanan,alat kelengkapan perang serta barang-barang berharga,samaada barang-barang tersebut,dijadikan keperluan ketika peperangan mahupun dijadikan taruhan kepada tentera-tentera mereka(tentera musyrikin) apabila mereka menang.

Kekalutan tentera musuh dalam usaha melarikan diri daripada tentera islam menyebabkan mereka tidak berkesempatan melarikan diri bersama-sama barang-barang keperluan mereka.Akhirnya barang-barang tersebut ditinggalkan begitu sahaja di tengah padang demi menyelamatkan diri mereka dari dibunuh oleh tentera-tentera islam.

Tentera islam yang berada di barisan hadapan terus mengejar tentera musuh bagi memastikan mereka terus dihapuskan.Manakala tentera islam yang berada di bahagian belakang terus meluru ke arah barang-barang yang ditinggalkan itu untuk mendapatkannya supaya dijadikan harta rampasan perang.

Tentera pemanah mengingkari arahan Rasulullah

Barang-barangan yang ditinggalkan oleh tentera musuh terlalu banyak, sehingga menarik perhatian tentera pemanah islam untuk turut serta mengambil harta rampasan perang itu.Apabila nafsu kebendaan telah merasuk jiwa segala arahan telah diabaikan.Begitulah keadaannya yang berlaku kepada hampir semua tentera pemanah islam ketika itu,kerana gilakan kebendaan arahan Rasulullah agar mereka tetap berada di bukit kecil itu samaada menang ataupun kalah telah diabaikan.

Melihat kepada kesibukan tentera islam yang berada di bawah bukit mengutip harta rampasan dengan mudah,tentera pemanah yang melihat keaadaan itu menyangka tentera islam memang benar-benar telah memenangi peperangan tersebut.Tanpa memperdulikan perintah Abdullah,yang merupakan ketua bagi pasukan pemanah yang telah dilantik oleh Rasulullah supaya mereka tetap berada di posisi masing-masing, diabaikan sejumlah besar dikalangan mereka.

Akhirnya mereka turun dengan perasaan gembira kerana ingin mengambil harta rampasan yang ditinggalkan oleh tentera musuh itu.Maka tinggallah beberapa orang yang masih setia kepada arahan,untuk tetap berada di bukit kecil yang terletak bersebelahan dengan bukit Uhud itu.

Tentera musyrikin kembali mengatur serangan

Strategi peperangan merupakan agenda yang paling utama yang perlu dilaksanakan oleh mana-mana tentera sebelum mereka terjun ke medan pertempuran.Mengatur kedudukan tentera mengikut posisi tertentu juga termasuk dalam strategi peperangan.

Sebagaimana tentera islam di bawah pimpinan Rasulullah membuat perancangan dan mengatur strategi,begitulah jua yang berlaku pada tentera musyrikin.Kehadiran tentera musyrikin di medan Uhud itu dipimpin oleh Abu Sufyan.Percaturan Abu Sufyan dengan meletakkan Khalid Al-Walid sebagai ketua di bahagian sayap kanan secara tidak langsung memegang pasukan tentera berkuda mereka.Manakala Ikrimah bin Abu Jahal ketua di bahagian sayap kiri.

Tanpa disedari gelagat tentera pemanah islam yang bergegas turun ke bahagian bawah bukit,untuk mengutip harta rampasan diperhatikan oleh Khalid Al-Walid.Tugas tentera pemanah di bukit kecil itu bukan semata-mata untuk menjaga Rasulullah yang berada di markaz.Malahan sebagai pelindung kepada tentera islam yang berada di bahagian belakang.Sebagaimana yang telah ana jelaskan pada siri yang pertama,posisi tentera pemanah amat penting bagi Rasulullah kerana ia banyak memberi kelebihan dari sudut kekuatan tentera islam.Ia memberi kawalan yang sepenuhnya kepada mana-mana posisi tentera islam samaada tentera yang berada di bahagian bawah mahupun di bahagian atas bukit Uhud.

Khalid Al-Walid mengambil kesempatan dengan terus meluru bersama pasukan kudanya menuju ke posisi tentera pemanah islam.Ketibaan Khalid Al-Walid di bukit kecil itu bersama pasukan kudanya betul-betul memeranjatkan tentera pemanah islam.Lalu Khalid bersama tenteranya terus menyerang Abdullah dan baki pengikut-pengikutnya sehingga mereka dapat menawan bukit kecil itu.Penguasaan tentera Khalid di bukit kecil itu menyebabkan pasukan tentera islam yang berada di bahagian bawah hilang kawalan keselamatan di bahagian belakang.Tanpa disedari serangan daripada pasukan berkuda Khalid disusuli oleh Ikrimah bersama tentera-tenteranya.

Tentera islam di ambang kecelaruan

Apabila tentera-tentera Islam yang sedang mara ke hadapan mengetahui bahawa posisi tentera pemanah mereka telah dikuasai oleh musuh,lalu mereka terus berpatah balik menuju ke bukit Uhud untuk sama-sama berperang bersama Nabi di sana.Keadaan pasukan tentera Islam pada ketika itu sangat kucar-kacir setelah bukit kecil itu dikuasai oleh tentera musuh.

Tentera Islam pada ketika itu berperang sambil menuju ke bukit kecil itu bagi menguasai semula kedudukan tersebut.Usaha tentera islam hampir menemui kegagalan apabila kekuatan tentera mereka semakin lumpuh.Kegawatan situasi tersebut,akhirnya menyebabkan seramai 70 orang tentera Islam telah syahid selebihnya cedera parah.

Namun yang paling menyayat hati,Rasulullah pun turut tercedera dalam pertempuran itu.Gigi Baginda patah dan hampir kesemua tubuh badannya dalam keadaan berdarah sehingga kelihatan pipi Nabi dilinangi titisan darah.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berkuasa untuk melindungi nabi dari serangan itu sebagaimana Dia mampu memberikan kemenangan kepada tentera islam di medan Badar,namun ia sebagai pengajaran kepada mereka yang ingkar terhadap perintah Nabi khususnya kepada tentera pemanah yang turun ke bawah bukit semata-mata berebut untuk mengambil harta rampasan yang ditinggalkan musuh.

Ini menunjukkan bahawa sesuatu bahaya atau malapetaka akan menimpa ke atas sesuatu umat itu,jika mereka ingkar terhadap suruhan atau perintah Nabi samaada orang-orang Islam itu sendiri apatah lagi bagi orang-orang yang kafir.Berdasarkan kepada apa yang telah menimpa ke atas Nabi di dalam pertempuran tersebut sehingga ahli sejarah ada yang mengatakan bahawa;

“Tidak baik ke atas sesuatu kaum itu apabila nabi mereka dihina sedemikian rupa,sedangkan nabi itu menyelamatkan mereka dan mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah”

Dalam peristiwa itu juga ada riwayat yang menyatakan bahawa ketika seorang sahabat melihat darah Nabi meleleh lalu sahabat itu menjilat darah tersebut kerana tidak mahu melihat darah Nabi jatuh ke tanah.Lalu Nabi bersabda;

“Orang yang darahnya berkumpul dengan darahku,tidak akan terkena api neraka”

Rasulullah mengarahkan tentera-tenteranya berundur menuju ke teluk yang berhampiran dengan bukit Uhud itu.Akhirnya tentera-tentera Islam berjaya mengambil posisi yang agak selesa dan kembali stabil dari sudut pertahanan mereka.Tentera musyrikin kembali sukar untuk menyerang tentera islam yang bersama Nabi dari bahagian belakang,setelah mereka menuju ke teluk.

Natijah daripada kekalutan tentera Islam ketika diserang tentera musyrikin, menyebabkan Saiyidina Hamzah adalah di antara mereka yang turut syahid.Saiyidina Hamzah syahid dalam keadaan yang amat menyedihkan,apabila tubuhnya ditembusi oleh tombak yang dilontarkan oleh Wahsyi,orang upahan Hendon.Mus’ab bin ‘umair juga turut mengalami nasib yang sama,beliau juga syahid dalam keadaan yang amat mengerikan.Mus’ab bin ‘Umair ditugaskan oleh Rasulullah untuk memegang panji Islam.Badannya hancur dicincang oleh tentera musuh.Kisah yang berikutnya akan diceritakan dalam tafsiran ayat yang berikutnya.

Dakyah tentera musyrikin tentang kewafatan Rasulullah

إذ همّت طائفتان منكم أن تفشلا والله وليهما وعلى الله فليتوكل المؤمنون ( )

Ketika dua golongan daripadamu ingin mundur kerana takut padahal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu.Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang beriman bertawakal (122)

Dalam pertempuran tersebut tentera Islam ada yang terdiri daripada dua kabilah.Iaitu Bani Harithah dan Bani Salamah.Ketika tentera Islam berada dalam keadaan yang huru-hara Abdullah bin Ubai bersama pengikutnya seramai 300 orang,melarikan diri daripada peperangan tersebut.Melihat kepada keadaan itu tentera Islam dihantui ketakutan dalam masa yang sama kehadiran tentera musuh yang semakin ramai.Jumlah tentera berkuda musuh yang terlalu ramai menambahkan kerisauan mereka,sedangkan tentera Islam hanya memiliki tentera berkuda yang terlalu sedikit.

Ketakutan mereka ini sehingga ada yang lemah semangat menyebabkan tidak mampu untuk berperang lagi.Mereka inilah di kalangan dua kabilah yang telah ana sebutkan tadi.Ketakutan mereka ini ditambahkan lagi dengan tersebarnya tentang kewafatan Rasulullah yang dibawa oleh tentera-tentera musyrikin Mekah.Mendengar berita tentang kewafatan Rasulullah ada dikalangan mereka yang lembik dan hampir pengsan.

Namun ada seorang sahabat yang kuat imannya melaungkan kata-kata semangat kepada tentera-tentera Islam sambil berkata;”Jika Rasulullah telah syahid,marilah kita bangkit untuk syahid bersama-sama Rasulullah”.Setelah mendengar laungan tersebut,tentera-tentera Islam ketika itu ada yang bersemangat kembali namun ada juga di kalangan mereka yang lari pulang menuju ke Madinah.

Bagi tentera-tentera Islam yang melarikan diri menuju ke Madinah,ketibaan mereka dinantikan oleh para muslimat.Namun bukanlah bertujuan untuk meyambut mereka yang pulang,tetapi semata-mata ingin bertanyakan keadaan Rasulullah.Setelah ditanyakan kepada mereka tentang keadaan Rasulullah.Lalu dijawab oleh tentera-tentera Islam yang melarikan diri itu tadi bahawa Rasulullah telah wafat di medan pertempuran.

Mendengar sahaja berita tentang kewafatan Rasulullah di Medan Uhud ,tidak semena-mena para muslimat mengambil batu lalu merejam kesemua tentera-tentera Islam yang melarikan diri itu.Ini kerana para muslimat terlalu sedih dan marah disebabkan tentera-tentera tersebut tidak bersama Rasulullah di medan pertempuran dan syahid bersama Baginda.Akhirnya kesemua tentera itu tadi bergegas kembali menuju ke medan Uhud.

Pengorbanan para sahabat terhadap Rasulullah

Ketika Rasulullah diserang dan dipukul secara bertubi-tubi oleh tentera-tentera musyrikin,para sahabat pantas mengelingingi Rasulullah demi melindungi baginda dari terus diserang dan dipukul.Menurut riwayat yang soheh ada di kalangan para sahabat yang sanggup menjadikan dirinya seperti pagar dengan memalingkan tubuh mereka mengelingingi baginda,akhirnya ada di kalangan para sahabat yang menjadi mangsa serangan panah.

Itulah bukti pengorbanan dan kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah,dalam memastikan Islam yang diperjuangkan terus berdaulat.Para sahabat tidak berjuang kerana bangsa mereka,tetapi kerana Allah dan Islam yang tercinta.Tetapi apa yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini ialah ketaksuban terhadap bangsa yang semakin menular,sehingga mereka lupa bahawa bukan itu yang patut diperjuangkan semata-mata.

Para sahabat mengelingingi Rasulullah sambil membawa Baginda menuju ke puncak bukit Uhud.Setelah kesemua tentera Islam berjaya menaiki ke puncak bukit Uhud itu, maka tentera musyrikin pun berpatah balik secara tidak langsung menghentikan serangan ke atas tentera-tentera Islam.

Sebelum Abu Sufyan bersama bala tenteranya beredar dari medan Uhud itu,sempat dia bertanya kepada tentera Islam,adakah Rasulullah masih hidup.Lalu Rasulullah menyuruh para sahabat supaya mendiamkan diri.Sekali lagi para sahabat diminta untuk mendiamkan diri apabila ditanyakan pula perihal Saidina Abu Bakar.Belum sempat Rasulullah menyuruh para sahabat diam, terus Saidina Omar menjawab, “aku masih hidup”,apabila Abu Sufyan bertanyakan tentang beliau pula.

Lalu Abu Sufyan melaungkan kepada mereka dengan berkata;

الحرب سجّال يوم لّنا ويوم علينا

"Peperangan itu silih berganti,ada hari kami menang dan ada hari kami tewas”

Lalu dijawab oleh Sayidina Omar;

لسنا سوى قتلانا فى الجنة وقتلاكم فى النار

“Tidaklah kita ini serupa,terbunuhnya kami akan ke syurga,terbunuhnya kamu akan ke neraka”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Ayat yang seterusnya menerangkan kepada kita bahawa Allahu Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T) memerintahkan umat Islam supaya jangan bersedih.Ini kerana Allah telah memberikan kemenangan besar kepada mereka di medan Badar,dan sepatutnya mereka mensyukuri nikmat kemenangan yang telah diberikan itu diberikan itu.

Sekadar ini sahaja dahulu penerangan ana untuk kali ini.Insyaallah jika diizinkan Allah ana akan menyambung kembali kisah selanjutnya berdasarkan ayat yang seterusnya. Maha suci Allah tidaklah aku mengetahui melainkan apa yang telah diajarkan kepada ku.

Sunday, June 17, 2007

Puak Jabariah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Salam kasih dan sayang ana lafazkan kepada sahabat-sahabat yang masih setia bertandang ke blog ana.Bukan pujian yang ana harapkan tetapi manfaat bersama yang sahabat-sahabat perolehi.Moga-moga ianya dapat menjadi nilai tambah,pengajaran dan renungan kita bersama.

Pada mulanya ana bercadang untuk menyambung penerangan ana,bagi siri kedua di bawah tajuk “Perbandingan Allah Antara Peperangan Badar dan Uhud” berdasarkan tafsiran Surah Ali-Imran ayat yang ke 121 hingga 129 pada minggu ini.Oleh kerana keterbatasan masa,ana hanya sempat untuk menyambung penerangan ana berkenaan dengan puak-puak I’tikad yang pernah dan masih wujud di dalam Islam pada ketika ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Pada kali ini ana akan menerangkan kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan Puak Jabariah ( ( جبارية .Perkataan Jabariah di dalam bahasa arab bermakna memaksa.Bagi istilah Ulama’ Mutakallimin perkataan Jabariah bermaksud menafikan sesuatu perbuatan itu dilakukan dengan sebenarnya oleh manusia.Bahkan kesemua perbuatan itu dilakukan oleh Allah.

Orang yang mula-mula mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu perbuatan kerana terpaksa ialah Jahmu bin Safuan.Beliau dilahirkan di Tirmiz dalam negeri Bukhara,kemudian berpindah ke Meru di negeri Parsi dan menetap di sana sehingga beliau terbunuh di akhir pemerintahan Bani Umayyah.Puak jabariah ini boleh dikatakan telah lenyap dari muka bumi ini segali gus menghapuskan kesemua pengikut-pengikut aliran ini.

Dasar-dasar Mazhab Jabariah yang termasyhur ialah;

Mereka mengumpamakan manusia melakukan sesuatu perbuatan dengan terpaksa seperti sehelai bulu yang terbang di udara.Anginlah yang akan menentukan ke arah mana bulu itu akan terbang.Manusia tidak mempunyai sebarang kuasa,kehendak dan pilihan sendiri.Hanya Allah sahajalah yang melakukan sesuatu kepada manusia sebagaimana dilakukan-Nya kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa.

Menyandarkan sesuatu perbuatan kepada manusia seperti Mahmud menunaikan sembahyang.Ali berpuasa dan Jamal mencuri adalah sama sahaja seperti menyandarkan perbuatan kepada benda yang tidak hidup seperti batu telah bergerak,,air telah mengalir dan sebagainya.Mereka berpendapat bahawa kedua-dua jenis sandaran ini bukanlah hakikat yang sebenarnya,kerana yang sebenar-benar melakukannya ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T).

Mereka juga mengatakan,tidak ada perbezaannya antara perbuatan yang dilakukan oleh manusia atas pilihan sendiri dengan perbuatan yang berlaku secara terpaksa.,seperti sakit,mati dan sebagainya.Walupun kedua-dua jenis perbuatan disandarkan kepada manusia,namun ia berlaku secara majaz(hanya sandaran sahaja perbuatan itu berlaku pada manusia) bukan secara kenyataan atau hakikat.

Menolak dasar-dasar Mazhab Jabariah

Pendapat mereka ini ditolak sama sekali kerana dengan sendirinya menimbulkan bahawa seolah-olah Allah S.W.T melakukan perkara yang sia-sia,seperti mengutuskan Rasul dan menurunkan syariat.Pada hal Allah S.W.T maha suci dari segala perkara yang sia-sia sebagaimana firmannya;

وما خلقنا السماوات والأرض وما بينهما لاعبين ما خلقنا هما إلا بالحق ( الدخان : 38-39)

Maksudnya:”Aku tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya dengan main-main sahaja,Aku tidak menjadikan keduanya melainkan dengan seenarnya”.

Beberapa penyelewengan lain juga telah dilakukan oleh Jahmu bin Safuan serta pengikut-pengikutnya disamping dasar-dasar yang telah ana sebutkan di atas yang boleh mengeluarkan mereka dari I’tikad ‘Akidatul Islamiah yang sebenar.Di antara penyelewengan yang telah di buat seperti berikut;

Dakwaan (Mazhab Jabariah):

Allah S.W.T tidak harus mempunyai sifat yang ada pada makhluk supaya tidak menyerupai mereka.Maka mereka menafikan Allah mempunyai sifat hidup dan berilmu.Tetapi dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa Allah S.W.T memiliki sifat kuasa dalam menentu dan mencipta.

Menolak hujah mereka:

Perkara ini merupakan sesuatu hal yang amat ganjil,Ini kerana sifat kuasa.menentu dan mencipta initentu tidak dapat diakui tanpa ada sifat hidup.

Dakwaan:

Mereka mendakwa bahawa ilmu Allah itu bersifat baru tanpa berhubung dengan zat-Nya dan berbilang ilmu Allah mengikut bilangan maklumat yang ada.Oleh kerana ilmu Allah itu baru maka tidak haruslah berhubung dengan zat-Nya yang bersifat Qadim,kerana sesuatu yang baru itu sentiasa berubah-berubah sedangkan zat Allah tidak layak menjadi tempat yang baru,tempat bergantung.

Menolak hujah mereka:

Ini adalah suatu pendapat yang amat bertentangan kerana ilmu Allah itu adalah sifat,yang mana dengannya Allah Maha Mengetahui segala-segalanya.Andainya Allah tidak mengetahui tentulah Dia jahil,sedangkan jahil itu sifat kekurangan yang mustahil bagi Allah.

Dakwaan:

Bahawa syurga dan neraka itu bersifat fana’ iaitu akan binasa setelah dimasuki ahli-ahlinya dan setelah ahli syurga telah menerima kenikmatannya begitu juga dengan ahli neraka setelah mereka menerima azabnya.Puak ini tidak dapat menerima adanya sesuatu yang kekal abadi selain dari Allah.Segala ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan syurga dan neraka itu kekal dinafikan pengekalannya dengan menafsirkan bahawa kedua-dua itu (syurga dan neraka) hanya kekal untuk beberapa zaman sahaja.

Menolak hujah mereka:

Pendapat ini sangatlah menyeleweng kerana menyalahi nas-nas Al-Quran dan Hadith yang terang dan jelas,tidak ada sebabnya hendak diputarbelitkan.Wujudnya sesuatu yang kekal abadi selain Allah seperti syurga dan neraka tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dan Maha menentukan segala-segalanya.Namun apa yang mustahil ialah sesuatu benda yang kekal abadi berdiri dengan sendirinya kerana tidak ada yang sedemikian selain daripada Allah Ta’ala sahaja.Sebab yang menunjukkan syurga dan neraka itu kekal adalah disebabkan pengurniaan syurga dan nikmatnya oleh Allah kepada hambanya yang beramal soleh di atas muka bumi,dan mereka kekal mengecapi nikmat tersebut buat selama-lamanya.Begitulah jua keaadanya balasan dan azab yang dikurniakan Allah kepada mereka-mereka yang syirik,kufur dan ingkar kepada Allah S.W.T di atas muka bumi dahulu.

"بلى من كسب سيّئة وأحطت به خطيئته فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون ( )

والذين ءامنوا وعملوا الصالحات أولئك أصحاب الجنة هم فيها خالدون ( )

Maksudnya:Bukan demikian,yang benar,sesiapa yang melakukan dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,maka mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya ( )

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga,mereka kekal di dalamnya.(Surah al-Baqarah:81-82)

Dakwaan:

Bahawa iman tidak boleh dibelah bahagi tidak pula berlebih kurang di antara seseorang dengan yang lain.Iman yang ada pada para nabi adalah sama banyaknya dengan iman yang ada pada tiap-tiap manusia biasa.

Menolak hujah mereka:

Dakwaan ini tentulah terang-terang menyalahi dengan sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W);

ما فضّلكم أبو بكر بصوم ولا صلاة ولكن بشىء وقر فى نفسه

Maksudnya:”Abu Bakar tidak melebihi kamu dengan sebab puasanya dan sembahyangnya tetapi dengan sebab iman yang ada dalam dirinya”

Alhamdulillah sekadar ini sahaja dahulu penerangan untuk kali.ini.Jika diizinkan Allah ana akan meneruskan lagi penerangan ana berkenaan dengan tajuk yang berikutnya pada masa akan datang.Ada beberapa perkara yang bermain difikiran ana berkenaan dengan dasar-dasar Puak Jabariah ini.Insyaallah akan ana rujuk kepada yang lebih arif.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali…….