Thursday, June 21, 2007

Peringatan Allah Demi Kepentingan Akhirat

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.Ana berpesan kepada sahabat-sahabat juga kepada diri ana sendiri supaya bertakwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya serta meninggalkan segal;a larangannya.Sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah.Carilah bekalan dengan secukupnya sebelum kita menemui Tuhan dihari kebangkitan kelak.Sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa kepada Allah.

Di antara tindakan dan cara untuk kita bertakwa kepada Allah ialah dengan kita menjaga diri kita supaya sentiasa taat dan mengerjakan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T),meninggalkan segala kemaksiatan dan larangan Allah S.W.T,dan tidak sesekali melampaui batas-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam agama Islam.Namun begitu wujudnya kelemahan atau halangan yang boleh menghalang seseorang itu untuk mencapai sifat takwa kepada Allah S.W.T.

Di antara sebab kepada kelemahan sifat takwa dalam diri seseorang ialah memandang ringan ,remeh temeh terhadap kemungkaran,maksiat dan kekufuran yang berlaku di sekelilingnya.Seolah-olah merasakan tidak mengapa jika ketika ini melakukan dosa dan kemungkaran kerana kita boleh bertaubat dikemudian hari.Hanya menganggap ia adalah sekadar dosa-dosa kecil.Apa yang lebih dahsyat apabila seseorang itu menganggap sama sahaja antara beriman dan kufur atau antara berbuat ketaatan dan melakukan maksiat.

Allah S.W.T menjelaskan dengan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran Al-Karim yang menjadi petunjuk kepada kita sehingga hari kiamat melalui firmannya;

أفمن كان مؤمنا كمن كلن فسقا لا يستوون ( )

أما الذين ءامنوا وعملو الصلحت فلهم جنّة المأوى نزلا بما كانوا يعملون ( )

لإأما الذين فسقوا فمأوا هم النار كلما أرادوا أن يخرجوا منها أعيدوا فيها وقيل لهم ذوقوا عذاب النار الذى كنتم به تكذبون ( )ولنذيقنّهم من العذاب الأدنى دون العذاب الأكبار لعلهم يرجعون ( )

ومن أظلم ممن ذكّر بئايت ربه ثم أعرض عنها إنا من المجرمين منتقمون ( )

Maksudnya:Maka apakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik?Mereka tidak sama (18)Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh ,maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman,sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan(19)Dan adpun orang-orang yang fasik (kafir),maka tempat mereka adalah neraka.Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya,mereka dikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka:”Rasakanlah siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya”(20)Dan sesungguhnya kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat di dunia sebelum azab yang lebih besar di akhirat;mudah-mudahan mereka kembali ke jalan yang benar(21)Dan siapakah orang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat tuhannya,kemudia ia berpaling dengannya?Sesungguhnya kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa(22)

Surah As-Sajdah

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Ada di kalangan manusia yang berkata;”Apakah salah mengerjakan maksiat?.Orang yang mengerjakan maksiat pun diberikan kesihatan dan kesenangan juga.Tiada bezanya dengan orang yang mengerjakan ketaatan dan melakukan amal soleh”. Ayat Al-Quran di atas adalah penjelasan yang nyata daripada Allah S.W.T kepada orang yang menganggap serupa sahaja ,samada orang yang mahukan islam mahupun yang menolak Islam.

Terdapat pula di kalangan mereka yang berkuasa di antara manusia lain,namun membiarkan gejala kemaksiatan dan kemungkaran itu berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat.Membenarkan dan menggalakkan mereka mengerjakan amal kebaikan dalam masa yang sama turut redha dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hajj ayat ke 41;

"الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور"

Maksudnya:”Iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi,nescaya mereka mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,menyuruh membuat yang ma’ruf dan mencegah daripada berlaku mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan”

Wujud pula di kalangan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Tidak memperdulikan kehidupan anak-anak mereka samada menjadi orang yang baik yang mengerjakan perintah Allah ataupun menjadi orang yang suka mengerjakan kemaksiatan.Tidak menjadi masalah jika sekiranya anak mereka suka berjudi,suka meminum arak,ketagih dadah,suka mencuri dan sebagainya.Namun apa yang lebih penting bagi mereka,segala tuntutan anak –anak mampu dipenuhi,kerana itulah bagi sebagai bukti kasih dan sayang mereka terhadap anak-anak.Apa yang lebih melampau apabila ibu bapa menganggap sama sahaja samada anak mereka mengikut Islam atau tidak mengikut Islam.

Maka Allah Ta’ala menjelaskan dalam Surah As-Sajdah,berbeza nikmat yang bakal diperolehi di akhirat kelak,kepada orang-orang yang beriman dan kepada orang-orang yang kafir di atas muka bumi Allah ketika dahulu..

أما الذين ءامنوا وعملو الصلحت فلهم جنّة المأوى نزلا بما كانوا يعملون ( )

وأما الذين فسقوا فمأوا هم النار كلما أرادوا أن يخرجوا منها أعيدوا فيها وقيل لهم ذوقوا عذاب النار الذى كنتم به تكذبون ( )

Allah menyediakan tempat bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di dalam syurga yang kekal abadi.Tidak bagi mereka untuk merasa penat,lelah,sakit,bosan dan sebagainya di dalm syurga.Kerana persaan itu hanya dialami oleh manusia di dunia sahaja tidak di syurga.Mereka yang masuk ke dalam syurga akan merasa nikmat itu berpanjangan,bebas makan dan minum dengan banyaknya tanpa mengenal erti kenyang,bebas bersama dengan mana-mana bidadari syurga yang diminati.

Itulah hakikatnya yang berlaku kepada penghuni syurga nanti.

Adapun orang-orang yang jahat,juga disediakan tempat khas bagi mereka.Samada jahat itu kerana menjadi kafir atau fasik,mengerjakan kemaksiatan,tenggelam ke dalam hawa nafsunya yang jahat.Apabila mati dalam keadaan terleka tidak sempat utk bertaubat kepada Allah maka tempatnya ialah ke dalam neraka jahanam,akan dibakar dan tiada peluang untuk menyelamatkan diri.Walaupun ahli-ahli neraka itu berusha untuk menyelamatkan diri dari dibakar api neraka namun akan ditangkap dan dicampakkan semula ke dalam neraka oleh malaikat.Sambil ditempelakkan kepada mereka dengan berkata;”rasakan kamu azab neraka Allah,azab yang kamu anggap bohong ketika berada di dunia.Allah memberi amaran supaya kita sedar dan insaf daripada menjadi orang yang jahat.

. ولنذيقنّهم من العذاب الأدنى دون العذاب الأكبار لعلهم يرجعون ( )

Akibat daripada kerosakan,kesyirikan,kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia,Allah S.W.T telah menunjukkan kepada mereka balasan atau azab sejak di dunia lagi,supaya mereka beringat sebelum datangnya kepada mereka azab yang besar di hari akhirat..Sebagaiman yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T di dalam Surah Ar-Rom ayat ke 41;

ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذى عملوا لعلهم يرجعون

Maksudnya:Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan kerana perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,agar mereka kembali(ke jalan yang benar)

Dirasakan azab dunia yang sedikit dengan berbagai penyakit yang merebak,disamping ditambah dengan penyakit yang telah sedia ada,hidup dalam keadaan yang keluh kesah dengan jenayah berada di merata-rata tempat,dirasakan dengan kenaikan harga-harga barang,kezaliman dan kejahatan yang berlaku sesama manusia,dirasakan dengan cuaca yang sangat panas dan banjir yang membunuh nyawa manusia.Inilah antara peringatan-peringatan Allah kepada sesuatu kaum yang ingkar terhadap perintah Allah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Allah S.W.T telah memberi peringatan melalui Al-Quran dan hadith-hadith yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W),khutbah yang telah diucapkan kepada Oleh Baginda,nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh para ulama’ dan pendakwah.Namun begitu ada dikalangan mereka yang memandang ringan dan memperkecilkan amaran-amaran dan peringatan-peringatan yang telah diberikan.Mereka ini digelar oleh Allah S.W.T sebagai orang yang zalim di dunia ini.

ومن أظلم ممن ذكّر بئايت ربه ثم أعرض عنها إنا من المجرمين منتقمون ( )

Dan siapakah orang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat tuhannya,kemudia ia berpaling dengannya?Sesungguhnya kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa

Oleh itu marilah kita memelihara diri,keluarga,anak dan isteri bagi mereka yang telah berumah tangga,jiran tetangga,sahabat handai,kampung,negeri dan tanah air kita daripad bala bencana Allah dengan mengikut kemampuan masing-masing.Melaksanakan tuntutan amar ma’ruf nahi mungkar adalah menjadi sikap kepada orang-orang yang beriman.

Allah S.W.T tidak bertanya samada kita berjaya ataupun tidak dalam melaksanakan tuntutan itu.Tetapi kita akan ditanya samada menjalankan kewajipan ini ataupun tidak.Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali-Imran ayat ke 110;

كنتم خير أمة أخرجت للنّاس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya:Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.

Kita sebagai rakyat Malaysia diberikan hak untuk memilih manakah pemimpin yang layak untuk memimpin kita ke arah kejayaan di dunia mahupun di akhirat.Nilailah manakah pemimpin yang betul-betul menjalankan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar,yang benar-benar takut kepada Allah dan hari akhirat serta menjamin ketinggian maruah islam.

Monday, June 18, 2007

Perbandingan Allah Antara Peperangan Badar & Uhud (siri kedua)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…..

Jangan bicara soal ketaatan

Jika diri sering dibelenggu dosa

Jangan bicara soal perjuangan

Jika dirimu sering terleka

Salam perjuangan ana lafazkan kepada sahabat-sahabat yang senantiasa komited dalam perjuangan,samaada perjuangan dalam menuntut ilmu mahupun di medan fi sabilillah.Salam khusus juga ana lafazkan kepada Ustaz Arif bin Abd Kadir dan Ustaz Azam bin Abd Razak di atas kesungguhan mereka mendidikku mengenal hakikat sebenar islam di sisi umatnya serta ketekunan mereka mentarbiyahku mengenal erti perjuangan islam.

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk ana menyambung kembali penerangan ana berkenaan dengan tafsiran Surah Ali-Imran di bawah tajuk "Perbandingan Allah antara Peperangan Badar dan Uhud".Jika sebelum ini kita telah melihat bagaimana Rasulullah merancang strategi mengatur kedudukan tentera dalam posisi yang amat strategic.Manakala pada kali ini kita menyusuri pula,apakah situasi yang berlaku antara kedua-dua pihak samaada di pihak tentera muslimin mahupun di pihak tentera musyrikin Mekah setelah peperangan bermula.

Kegoyahan tentera musyrikin di awal pertempuran


Di awal pertempuran,tentera islam sudah menunjukkan kemenangan mereka.Melihat kekalahan itu,tentera-tentera musyrikin Mekah melarikan diri daripada tentera islam.Kebiasaannya tentera-tentera kafir akan membawa bersama mereka barang-barang yang banyak seperti makanan,alat kelengkapan perang serta barang-barang berharga,samaada barang-barang tersebut,dijadikan keperluan ketika peperangan mahupun dijadikan taruhan kepada tentera-tentera mereka(tentera musyrikin) apabila mereka menang.

Kekalutan tentera musuh dalam usaha melarikan diri daripada tentera islam menyebabkan mereka tidak berkesempatan melarikan diri bersama-sama barang-barang keperluan mereka.Akhirnya barang-barang tersebut ditinggalkan begitu sahaja di tengah padang demi menyelamatkan diri mereka dari dibunuh oleh tentera-tentera islam.

Tentera islam yang berada di barisan hadapan terus mengejar tentera musuh bagi memastikan mereka terus dihapuskan.Manakala tentera islam yang berada di bahagian belakang terus meluru ke arah barang-barang yang ditinggalkan itu untuk mendapatkannya supaya dijadikan harta rampasan perang.

Tentera pemanah mengingkari arahan Rasulullah

Barang-barangan yang ditinggalkan oleh tentera musuh terlalu banyak, sehingga menarik perhatian tentera pemanah islam untuk turut serta mengambil harta rampasan perang itu.Apabila nafsu kebendaan telah merasuk jiwa segala arahan telah diabaikan.Begitulah keadaannya yang berlaku kepada hampir semua tentera pemanah islam ketika itu,kerana gilakan kebendaan arahan Rasulullah agar mereka tetap berada di bukit kecil itu samaada menang ataupun kalah telah diabaikan.

Melihat kepada kesibukan tentera islam yang berada di bawah bukit mengutip harta rampasan dengan mudah,tentera pemanah yang melihat keaadaan itu menyangka tentera islam memang benar-benar telah memenangi peperangan tersebut.Tanpa memperdulikan perintah Abdullah,yang merupakan ketua bagi pasukan pemanah yang telah dilantik oleh Rasulullah supaya mereka tetap berada di posisi masing-masing, diabaikan sejumlah besar dikalangan mereka.

Akhirnya mereka turun dengan perasaan gembira kerana ingin mengambil harta rampasan yang ditinggalkan oleh tentera musuh itu.Maka tinggallah beberapa orang yang masih setia kepada arahan,untuk tetap berada di bukit kecil yang terletak bersebelahan dengan bukit Uhud itu.

Tentera musyrikin kembali mengatur serangan

Strategi peperangan merupakan agenda yang paling utama yang perlu dilaksanakan oleh mana-mana tentera sebelum mereka terjun ke medan pertempuran.Mengatur kedudukan tentera mengikut posisi tertentu juga termasuk dalam strategi peperangan.

Sebagaimana tentera islam di bawah pimpinan Rasulullah membuat perancangan dan mengatur strategi,begitulah jua yang berlaku pada tentera musyrikin.Kehadiran tentera musyrikin di medan Uhud itu dipimpin oleh Abu Sufyan.Percaturan Abu Sufyan dengan meletakkan Khalid Al-Walid sebagai ketua di bahagian sayap kanan secara tidak langsung memegang pasukan tentera berkuda mereka.Manakala Ikrimah bin Abu Jahal ketua di bahagian sayap kiri.

Tanpa disedari gelagat tentera pemanah islam yang bergegas turun ke bahagian bawah bukit,untuk mengutip harta rampasan diperhatikan oleh Khalid Al-Walid.Tugas tentera pemanah di bukit kecil itu bukan semata-mata untuk menjaga Rasulullah yang berada di markaz.Malahan sebagai pelindung kepada tentera islam yang berada di bahagian belakang.Sebagaimana yang telah ana jelaskan pada siri yang pertama,posisi tentera pemanah amat penting bagi Rasulullah kerana ia banyak memberi kelebihan dari sudut kekuatan tentera islam.Ia memberi kawalan yang sepenuhnya kepada mana-mana posisi tentera islam samaada tentera yang berada di bahagian bawah mahupun di bahagian atas bukit Uhud.

Khalid Al-Walid mengambil kesempatan dengan terus meluru bersama pasukan kudanya menuju ke posisi tentera pemanah islam.Ketibaan Khalid Al-Walid di bukit kecil itu bersama pasukan kudanya betul-betul memeranjatkan tentera pemanah islam.Lalu Khalid bersama tenteranya terus menyerang Abdullah dan baki pengikut-pengikutnya sehingga mereka dapat menawan bukit kecil itu.Penguasaan tentera Khalid di bukit kecil itu menyebabkan pasukan tentera islam yang berada di bahagian bawah hilang kawalan keselamatan di bahagian belakang.Tanpa disedari serangan daripada pasukan berkuda Khalid disusuli oleh Ikrimah bersama tentera-tenteranya.

Tentera islam di ambang kecelaruan

Apabila tentera-tentera Islam yang sedang mara ke hadapan mengetahui bahawa posisi tentera pemanah mereka telah dikuasai oleh musuh,lalu mereka terus berpatah balik menuju ke bukit Uhud untuk sama-sama berperang bersama Nabi di sana.Keadaan pasukan tentera Islam pada ketika itu sangat kucar-kacir setelah bukit kecil itu dikuasai oleh tentera musuh.

Tentera Islam pada ketika itu berperang sambil menuju ke bukit kecil itu bagi menguasai semula kedudukan tersebut.Usaha tentera islam hampir menemui kegagalan apabila kekuatan tentera mereka semakin lumpuh.Kegawatan situasi tersebut,akhirnya menyebabkan seramai 70 orang tentera Islam telah syahid selebihnya cedera parah.

Namun yang paling menyayat hati,Rasulullah pun turut tercedera dalam pertempuran itu.Gigi Baginda patah dan hampir kesemua tubuh badannya dalam keadaan berdarah sehingga kelihatan pipi Nabi dilinangi titisan darah.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berkuasa untuk melindungi nabi dari serangan itu sebagaimana Dia mampu memberikan kemenangan kepada tentera islam di medan Badar,namun ia sebagai pengajaran kepada mereka yang ingkar terhadap perintah Nabi khususnya kepada tentera pemanah yang turun ke bawah bukit semata-mata berebut untuk mengambil harta rampasan yang ditinggalkan musuh.

Ini menunjukkan bahawa sesuatu bahaya atau malapetaka akan menimpa ke atas sesuatu umat itu,jika mereka ingkar terhadap suruhan atau perintah Nabi samaada orang-orang Islam itu sendiri apatah lagi bagi orang-orang yang kafir.Berdasarkan kepada apa yang telah menimpa ke atas Nabi di dalam pertempuran tersebut sehingga ahli sejarah ada yang mengatakan bahawa;

“Tidak baik ke atas sesuatu kaum itu apabila nabi mereka dihina sedemikian rupa,sedangkan nabi itu menyelamatkan mereka dan mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah”

Dalam peristiwa itu juga ada riwayat yang menyatakan bahawa ketika seorang sahabat melihat darah Nabi meleleh lalu sahabat itu menjilat darah tersebut kerana tidak mahu melihat darah Nabi jatuh ke tanah.Lalu Nabi bersabda;

“Orang yang darahnya berkumpul dengan darahku,tidak akan terkena api neraka”

Rasulullah mengarahkan tentera-tenteranya berundur menuju ke teluk yang berhampiran dengan bukit Uhud itu.Akhirnya tentera-tentera Islam berjaya mengambil posisi yang agak selesa dan kembali stabil dari sudut pertahanan mereka.Tentera musyrikin kembali sukar untuk menyerang tentera islam yang bersama Nabi dari bahagian belakang,setelah mereka menuju ke teluk.

Natijah daripada kekalutan tentera Islam ketika diserang tentera musyrikin, menyebabkan Saiyidina Hamzah adalah di antara mereka yang turut syahid.Saiyidina Hamzah syahid dalam keadaan yang amat menyedihkan,apabila tubuhnya ditembusi oleh tombak yang dilontarkan oleh Wahsyi,orang upahan Hendon.Mus’ab bin ‘umair juga turut mengalami nasib yang sama,beliau juga syahid dalam keadaan yang amat mengerikan.Mus’ab bin ‘Umair ditugaskan oleh Rasulullah untuk memegang panji Islam.Badannya hancur dicincang oleh tentera musuh.Kisah yang berikutnya akan diceritakan dalam tafsiran ayat yang berikutnya.

Dakyah tentera musyrikin tentang kewafatan Rasulullah

إذ همّت طائفتان منكم أن تفشلا والله وليهما وعلى الله فليتوكل المؤمنون ( )

Ketika dua golongan daripadamu ingin mundur kerana takut padahal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu.Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang beriman bertawakal (122)

Dalam pertempuran tersebut tentera Islam ada yang terdiri daripada dua kabilah.Iaitu Bani Harithah dan Bani Salamah.Ketika tentera Islam berada dalam keadaan yang huru-hara Abdullah bin Ubai bersama pengikutnya seramai 300 orang,melarikan diri daripada peperangan tersebut.Melihat kepada keadaan itu tentera Islam dihantui ketakutan dalam masa yang sama kehadiran tentera musuh yang semakin ramai.Jumlah tentera berkuda musuh yang terlalu ramai menambahkan kerisauan mereka,sedangkan tentera Islam hanya memiliki tentera berkuda yang terlalu sedikit.

Ketakutan mereka ini sehingga ada yang lemah semangat menyebabkan tidak mampu untuk berperang lagi.Mereka inilah di kalangan dua kabilah yang telah ana sebutkan tadi.Ketakutan mereka ini ditambahkan lagi dengan tersebarnya tentang kewafatan Rasulullah yang dibawa oleh tentera-tentera musyrikin Mekah.Mendengar berita tentang kewafatan Rasulullah ada dikalangan mereka yang lembik dan hampir pengsan.

Namun ada seorang sahabat yang kuat imannya melaungkan kata-kata semangat kepada tentera-tentera Islam sambil berkata;”Jika Rasulullah telah syahid,marilah kita bangkit untuk syahid bersama-sama Rasulullah”.Setelah mendengar laungan tersebut,tentera-tentera Islam ketika itu ada yang bersemangat kembali namun ada juga di kalangan mereka yang lari pulang menuju ke Madinah.

Bagi tentera-tentera Islam yang melarikan diri menuju ke Madinah,ketibaan mereka dinantikan oleh para muslimat.Namun bukanlah bertujuan untuk meyambut mereka yang pulang,tetapi semata-mata ingin bertanyakan keadaan Rasulullah.Setelah ditanyakan kepada mereka tentang keadaan Rasulullah.Lalu dijawab oleh tentera-tentera Islam yang melarikan diri itu tadi bahawa Rasulullah telah wafat di medan pertempuran.

Mendengar sahaja berita tentang kewafatan Rasulullah di Medan Uhud ,tidak semena-mena para muslimat mengambil batu lalu merejam kesemua tentera-tentera Islam yang melarikan diri itu.Ini kerana para muslimat terlalu sedih dan marah disebabkan tentera-tentera tersebut tidak bersama Rasulullah di medan pertempuran dan syahid bersama Baginda.Akhirnya kesemua tentera itu tadi bergegas kembali menuju ke medan Uhud.

Pengorbanan para sahabat terhadap Rasulullah

Ketika Rasulullah diserang dan dipukul secara bertubi-tubi oleh tentera-tentera musyrikin,para sahabat pantas mengelingingi Rasulullah demi melindungi baginda dari terus diserang dan dipukul.Menurut riwayat yang soheh ada di kalangan para sahabat yang sanggup menjadikan dirinya seperti pagar dengan memalingkan tubuh mereka mengelingingi baginda,akhirnya ada di kalangan para sahabat yang menjadi mangsa serangan panah.

Itulah bukti pengorbanan dan kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah,dalam memastikan Islam yang diperjuangkan terus berdaulat.Para sahabat tidak berjuang kerana bangsa mereka,tetapi kerana Allah dan Islam yang tercinta.Tetapi apa yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini ialah ketaksuban terhadap bangsa yang semakin menular,sehingga mereka lupa bahawa bukan itu yang patut diperjuangkan semata-mata.

Para sahabat mengelingingi Rasulullah sambil membawa Baginda menuju ke puncak bukit Uhud.Setelah kesemua tentera Islam berjaya menaiki ke puncak bukit Uhud itu, maka tentera musyrikin pun berpatah balik secara tidak langsung menghentikan serangan ke atas tentera-tentera Islam.

Sebelum Abu Sufyan bersama bala tenteranya beredar dari medan Uhud itu,sempat dia bertanya kepada tentera Islam,adakah Rasulullah masih hidup.Lalu Rasulullah menyuruh para sahabat supaya mendiamkan diri.Sekali lagi para sahabat diminta untuk mendiamkan diri apabila ditanyakan pula perihal Saidina Abu Bakar.Belum sempat Rasulullah menyuruh para sahabat diam, terus Saidina Omar menjawab, “aku masih hidup”,apabila Abu Sufyan bertanyakan tentang beliau pula.

Lalu Abu Sufyan melaungkan kepada mereka dengan berkata;

الحرب سجّال يوم لّنا ويوم علينا

"Peperangan itu silih berganti,ada hari kami menang dan ada hari kami tewas”

Lalu dijawab oleh Sayidina Omar;

لسنا سوى قتلانا فى الجنة وقتلاكم فى النار

“Tidaklah kita ini serupa,terbunuhnya kami akan ke syurga,terbunuhnya kamu akan ke neraka”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Ayat yang seterusnya menerangkan kepada kita bahawa Allahu Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T) memerintahkan umat Islam supaya jangan bersedih.Ini kerana Allah telah memberikan kemenangan besar kepada mereka di medan Badar,dan sepatutnya mereka mensyukuri nikmat kemenangan yang telah diberikan itu diberikan itu.

Sekadar ini sahaja dahulu penerangan ana untuk kali ini.Insyaallah jika diizinkan Allah ana akan menyambung kembali kisah selanjutnya berdasarkan ayat yang seterusnya. Maha suci Allah tidaklah aku mengetahui melainkan apa yang telah diajarkan kepada ku.

Sunday, June 17, 2007

Puak Jabariah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Salam kasih dan sayang ana lafazkan kepada sahabat-sahabat yang masih setia bertandang ke blog ana.Bukan pujian yang ana harapkan tetapi manfaat bersama yang sahabat-sahabat perolehi.Moga-moga ianya dapat menjadi nilai tambah,pengajaran dan renungan kita bersama.

Pada mulanya ana bercadang untuk menyambung penerangan ana,bagi siri kedua di bawah tajuk “Perbandingan Allah Antara Peperangan Badar dan Uhud” berdasarkan tafsiran Surah Ali-Imran ayat yang ke 121 hingga 129 pada minggu ini.Oleh kerana keterbatasan masa,ana hanya sempat untuk menyambung penerangan ana berkenaan dengan puak-puak I’tikad yang pernah dan masih wujud di dalam Islam pada ketika ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Pada kali ini ana akan menerangkan kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan Puak Jabariah ( ( جبارية .Perkataan Jabariah di dalam bahasa arab bermakna memaksa.Bagi istilah Ulama’ Mutakallimin perkataan Jabariah bermaksud menafikan sesuatu perbuatan itu dilakukan dengan sebenarnya oleh manusia.Bahkan kesemua perbuatan itu dilakukan oleh Allah.

Orang yang mula-mula mengatakan bahawa manusia melakukan sesuatu perbuatan kerana terpaksa ialah Jahmu bin Safuan.Beliau dilahirkan di Tirmiz dalam negeri Bukhara,kemudian berpindah ke Meru di negeri Parsi dan menetap di sana sehingga beliau terbunuh di akhir pemerintahan Bani Umayyah.Puak jabariah ini boleh dikatakan telah lenyap dari muka bumi ini segali gus menghapuskan kesemua pengikut-pengikut aliran ini.

Dasar-dasar Mazhab Jabariah yang termasyhur ialah;

Mereka mengumpamakan manusia melakukan sesuatu perbuatan dengan terpaksa seperti sehelai bulu yang terbang di udara.Anginlah yang akan menentukan ke arah mana bulu itu akan terbang.Manusia tidak mempunyai sebarang kuasa,kehendak dan pilihan sendiri.Hanya Allah sahajalah yang melakukan sesuatu kepada manusia sebagaimana dilakukan-Nya kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa.

Menyandarkan sesuatu perbuatan kepada manusia seperti Mahmud menunaikan sembahyang.Ali berpuasa dan Jamal mencuri adalah sama sahaja seperti menyandarkan perbuatan kepada benda yang tidak hidup seperti batu telah bergerak,,air telah mengalir dan sebagainya.Mereka berpendapat bahawa kedua-dua jenis sandaran ini bukanlah hakikat yang sebenarnya,kerana yang sebenar-benar melakukannya ialah Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T).

Mereka juga mengatakan,tidak ada perbezaannya antara perbuatan yang dilakukan oleh manusia atas pilihan sendiri dengan perbuatan yang berlaku secara terpaksa.,seperti sakit,mati dan sebagainya.Walupun kedua-dua jenis perbuatan disandarkan kepada manusia,namun ia berlaku secara majaz(hanya sandaran sahaja perbuatan itu berlaku pada manusia) bukan secara kenyataan atau hakikat.

Menolak dasar-dasar Mazhab Jabariah

Pendapat mereka ini ditolak sama sekali kerana dengan sendirinya menimbulkan bahawa seolah-olah Allah S.W.T melakukan perkara yang sia-sia,seperti mengutuskan Rasul dan menurunkan syariat.Pada hal Allah S.W.T maha suci dari segala perkara yang sia-sia sebagaimana firmannya;

وما خلقنا السماوات والأرض وما بينهما لاعبين ما خلقنا هما إلا بالحق ( الدخان : 38-39)

Maksudnya:”Aku tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya dengan main-main sahaja,Aku tidak menjadikan keduanya melainkan dengan seenarnya”.

Beberapa penyelewengan lain juga telah dilakukan oleh Jahmu bin Safuan serta pengikut-pengikutnya disamping dasar-dasar yang telah ana sebutkan di atas yang boleh mengeluarkan mereka dari I’tikad ‘Akidatul Islamiah yang sebenar.Di antara penyelewengan yang telah di buat seperti berikut;

Dakwaan (Mazhab Jabariah):

Allah S.W.T tidak harus mempunyai sifat yang ada pada makhluk supaya tidak menyerupai mereka.Maka mereka menafikan Allah mempunyai sifat hidup dan berilmu.Tetapi dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa Allah S.W.T memiliki sifat kuasa dalam menentu dan mencipta.

Menolak hujah mereka:

Perkara ini merupakan sesuatu hal yang amat ganjil,Ini kerana sifat kuasa.menentu dan mencipta initentu tidak dapat diakui tanpa ada sifat hidup.

Dakwaan:

Mereka mendakwa bahawa ilmu Allah itu bersifat baru tanpa berhubung dengan zat-Nya dan berbilang ilmu Allah mengikut bilangan maklumat yang ada.Oleh kerana ilmu Allah itu baru maka tidak haruslah berhubung dengan zat-Nya yang bersifat Qadim,kerana sesuatu yang baru itu sentiasa berubah-berubah sedangkan zat Allah tidak layak menjadi tempat yang baru,tempat bergantung.

Menolak hujah mereka:

Ini adalah suatu pendapat yang amat bertentangan kerana ilmu Allah itu adalah sifat,yang mana dengannya Allah Maha Mengetahui segala-segalanya.Andainya Allah tidak mengetahui tentulah Dia jahil,sedangkan jahil itu sifat kekurangan yang mustahil bagi Allah.

Dakwaan:

Bahawa syurga dan neraka itu bersifat fana’ iaitu akan binasa setelah dimasuki ahli-ahlinya dan setelah ahli syurga telah menerima kenikmatannya begitu juga dengan ahli neraka setelah mereka menerima azabnya.Puak ini tidak dapat menerima adanya sesuatu yang kekal abadi selain dari Allah.Segala ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan syurga dan neraka itu kekal dinafikan pengekalannya dengan menafsirkan bahawa kedua-dua itu (syurga dan neraka) hanya kekal untuk beberapa zaman sahaja.

Menolak hujah mereka:

Pendapat ini sangatlah menyeleweng kerana menyalahi nas-nas Al-Quran dan Hadith yang terang dan jelas,tidak ada sebabnya hendak diputarbelitkan.Wujudnya sesuatu yang kekal abadi selain Allah seperti syurga dan neraka tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa dan Maha menentukan segala-segalanya.Namun apa yang mustahil ialah sesuatu benda yang kekal abadi berdiri dengan sendirinya kerana tidak ada yang sedemikian selain daripada Allah Ta’ala sahaja.Sebab yang menunjukkan syurga dan neraka itu kekal adalah disebabkan pengurniaan syurga dan nikmatnya oleh Allah kepada hambanya yang beramal soleh di atas muka bumi,dan mereka kekal mengecapi nikmat tersebut buat selama-lamanya.Begitulah jua keaadanya balasan dan azab yang dikurniakan Allah kepada mereka-mereka yang syirik,kufur dan ingkar kepada Allah S.W.T di atas muka bumi dahulu.

"بلى من كسب سيّئة وأحطت به خطيئته فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون ( )

والذين ءامنوا وعملوا الصالحات أولئك أصحاب الجنة هم فيها خالدون ( )

Maksudnya:Bukan demikian,yang benar,sesiapa yang melakukan dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,maka mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal di dalamnya ( )

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,mereka itu penghuni syurga,mereka kekal di dalamnya.(Surah al-Baqarah:81-82)

Dakwaan:

Bahawa iman tidak boleh dibelah bahagi tidak pula berlebih kurang di antara seseorang dengan yang lain.Iman yang ada pada para nabi adalah sama banyaknya dengan iman yang ada pada tiap-tiap manusia biasa.

Menolak hujah mereka:

Dakwaan ini tentulah terang-terang menyalahi dengan sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W);

ما فضّلكم أبو بكر بصوم ولا صلاة ولكن بشىء وقر فى نفسه

Maksudnya:”Abu Bakar tidak melebihi kamu dengan sebab puasanya dan sembahyangnya tetapi dengan sebab iman yang ada dalam dirinya”

Alhamdulillah sekadar ini sahaja dahulu penerangan untuk kali.ini.Jika diizinkan Allah ana akan meneruskan lagi penerangan ana berkenaan dengan tajuk yang berikutnya pada masa akan datang.Ada beberapa perkara yang bermain difikiran ana berkenaan dengan dasar-dasar Puak Jabariah ini.Insyaallah akan ana rujuk kepada yang lebih arif.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali…….

Friday, June 15, 2007

Perjuangan

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin disini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawah air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ya Allah...
Bantulah kami hidup di dunia dan akhirat

Ada yang berjaya berenang ketepian
Sekali lagi ia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


*Lirik lagu ini ana tujukan khas buat tatapan dan renungan sahabat-sahabat seperjuangan di bawah naungan





Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

sempena pilihanraya kampus yang bakal ditempuh..........

"Bangkit dan gagahilah perjuanganmu demi menyemarak keadilan serta menyubur minda islamik mahasiswa”

Wednesday, June 13, 2007

Kulit,Tulang,dan Rambut Bangkai

Kulit Bangkai


(فصل)وجلود الميتة تطهر بالدّباغ إلا جلد الكلب والخنزير وما تولّد منهما أو من أحدهما.

وعظم الميتة وشعرها نجس إلا الأدميّ.

(فصل من فصائل متن أبي شجاع المسمى الغاية والتقريب)

Maksudnya:Kulit bangkai itu akan menjadi suci dengan disamak kecuali kulit anjing dan babi dan binatang yang lahir dari keduanya atau salah satu daripadanya.Tulang bangkai dan rambutnya adalah najis kecuali mayat manusia.

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah berdasarkan daripada matan di atas jelaslah kepada kita bahawa kulit bangkai itu akan menjadi suci apabila ia disamak.Samaada kulit bangkai itu daripada haiwan yang boleh dimakan ataupun tidak.perbuatan menyamak ini diakui oleh Rasululah berdasarkan daripada sabda baginda;

عن ابن عبّاس رضى الله عنهما قال:ٌقال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"إذا دبغ الإهاب فقد طهر"

(أخرجه مسلم )

Maksudnya:Dirwayatkan daripada Abdullah bin ‘Abbas Radhiallahu ‘Anhuma katanya:telah bersabda Rasulullah S.A.W;”Apabila telah disamak kulit bangkai maka sucilah ia”

عن سلمة بن المحبق رضى الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"دباغ الجلود الميتة طهورها"

(صححه انب حبان)

Maksudnya:Daripada Salamah bin Al-Muhabbik Radhiallahu ‘Anhu katanya:telah bersabda Rasulullah S.A.W:” Penyamakan kulit bangkai itu adalah perbuatan menyucikannya”

عن ميمونة رضى الله عنها قالت:مر النبى صلى الله عليه وسلم بشاة يجرونها فقال:فقال:"لو أخذتم إهابها"

فقالوا إنها ميتة.فقال:"يطهرها الماء والقرظ"

(أخرجه أبو داود والنسائىّ)

Maksudnya:Diriwayatkan daripada Maimunah Radhiallahu ‘anha telah berkata:
Telah melalui Rasulullah S.AW sambil melihat seekor kambing yang sedang ditarik (diruntun atau disentak) oleh mereka itu.Maka bersabda Rasululah:”Berfaedah jika sekiranya kamu mengambil kulitnya”.Maka telah berkata mereka itu,sesungguhnya kulit kambing itu adalah bangkai.Maka telah bersada Rasulullah:”Disucikannya kulit itu bersama air dan daun salam”

Diantara bahan-bahan yang boleh dijadikan untuk tujuan menyamak ialah batu tawas,daun salam atau biji qoraz,kulit buah delima,kayu penghalus(afas),garam dan lainnya. Kelebihan bahan-bahan ini mampu membersihkannya daripada kekotoran secara tidak langsung ia tidak akan menjadi rosak dan berbau busuk apabila terkena air setelah ia kering.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Namun begitu kulit anjing,babi dan apa jua binatang yang lahir dari keduanya atau salah satu daripadanya tidak diklasifikasikan sebagai kulit yang suci apabila disamak.Ini kerana kedua-dua haiwan ini telah diharamkan oleh nas akan pengharamanya kepada orang Islam.Ini berdasarkan daripada ayat Al-Quran Al-Karim melalui surah Al-Maidah ayat yang ke tiga:

حرّمت عليكم الميتة والدّم ولحم الخنزير....

Maksudnya:Diharamkan bagimu (memakan)bangkai,darah dan daging babi….

Tetapi timbul pula persoalan dalam diri kita bahawa yang diharamkan nas ialah daging babi itu sendiri tetapi tidak dinyatakan haram pada kulitnya.Jika dirujuk kepada pendapat Imam As-Syafie melalui matannya (Matan Abi Syujja’),beliau berpendapat bahawa kulit anjing dan babi itu tidak suci walaupun setelah ia disamak.Namun perkara ini ada ikhtilaf di kalangan mazhab imam-imam yang lain disebabkan tiada nas secara qath’ie berkenaan dengan masalah tersebut.Keempat-empat mazhab yang masyhur (Syafi’e,Hanbali,Maliki, dan Hanafi)masing-masing mempunyai ijtihad tersendiri.

Tulang Bangkai dan Rambutnya

حرّمت عليكم الميتة...(سورة المائدة:3)

Maksudnya:Diharamkan bagimu (memakan)bangkai…

Adapun yang dimaksudkan bangkai berdasarkan ayat di atas ialah setiap haiwan yang mati tanpa melalui proses penyembelihan secara syara’.

Juga dikatakan sebagai bangkai apabila dipotong mana-mana anggota haiwan samaada kaki,ekor,telinga,kepak dan rambutnya sedang dalam keadaan haiwan tersebut hidup.Masalah ini dapat dirujuk berdasarkan sabda Rasululah S.A.W;

عن أبي واقد الليثي رضى الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"ما قطع من البهيمة وهى حيّة فهو ميت"

(أخرجه أبو داود والترمذيّ وحسنّه,واللفظ له)

Maksudnya:Diriwayatkan daripada Abu Waqid Al-Laisi telah berkata:telah bersabda Rasulullah S.A.W:”Apa yang dipotong daripada haiwan pada hal ia masih hidup maka yang dipotong itu adalah bangkai”.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa tulang dan rambut yang berasal daripada bangkai adalah najis.

Alhamdulillah sekadar itu sahaja yang mampu ana terangkan kepada sahabat-sahabat pada kali ini.Jika diizinkan Allah akan ana sambung penerangan ana berkenaan dengan tajuk yang berikutnya.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….

Sunday, June 10, 2007

Putera Puteri...


Engkau bagaikan mutiara berharga

Dalam sepi kau penyeri

Dalam duka kau penawar

Hadirmu menyinari rumah tangga

Mengapa harus derita yang kau cari

Maruah kau pertaruhkan

Masa depan kau gadaikan

Mengalir air mata ayah bonda

Oh remaja harapan keluarga

Putera puteri negara

Pewaris nusa bangsa dan agama

Kembalikanlah nilai harga dirimu

Agar sempat kau tahu

Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku

Dari lena yang panjang

Berjuang bagai perwira yang berjasa

Bangunlah oh puteriku

Dari mimpi yang palsu

Pelihara maruah dan agamamu

Padamu tuhan doa kami panjatkan

Teguhkanlah keimanan tetapkanlah pendirian

Putera puteri harapan masa depan

artist:In-team

album:nur insani



Saturday, June 2, 2007

Perbandingan Allah Antara Peperangan Badar & Uhud (siri pertama)

بسم الله الرحمن الرحيم

وإذ غدوت من أهلك تبوئ المؤمنين مقاعد للقتال والله سميع عليم ( )

إذ همّت طائفتان منكم أن تفشلا والله وليهما وعلى الله فليتوكل المؤمنون ( )

ولقد نصر كم الله ببدر وأنتم أزلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون ( )

إذ تقول للمؤمنين ألن يكفيكم أن يمدكم ربكم بثلاثة ءالاف من الملائكة منزلين ( )

بلى إن تصبروا وتتقوا ويأتوكم من فورهم هذا يمددكم ربكم بخمسة ءالاف من الملائكة مسومين( )

وما جعله الله إلا بشرى لكم ولتطمئن قلوبكم به وما النصر إلا من عند الله العزيز الحكيم ( )

ليقطع طرفا من الذين كفرو ا أو يكبتهم فينقلبوا خائبين ( )

ليس لك من الأمر شيء أو يتوب عليهم أو يعذبهم فإنهم ظالمون ( )

ولله ما فى السماوات وما فى الأرض يغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء والله غفور رحيم ( )

سورة ال –عمران))

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dan ingatlah ketika kamu berangkat dipagi hari dari (rumah) keluargamu akan menempatkan para mukmin pada beberapa tempat untuk berperang.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (121)

Ketika dua golongan daripadamu ingin mundur kerana takut padahal Allah adalah penolong bagi kedua golongan itu.Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang beriman bertawakal (122)

Dan adalah Allah Subhanahu Wata’ala telah menolong kamu dalam peperangan Badar ,padahal kamu adalah ketika itu orang-orang yang lemah.Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya (123)

Ingatlah ketika kamu mengatakan kepada orang-orang yang beriman “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikatyang diturunkan daripada langit?” (124)

Ya (cukup),jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga,niscaya Allah menolong kamu dengan limu ribu malaikat yang memakai tanda (125)

Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi kemenanganmu,dan agar tenteram hatimu kerananya.Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (126)

Allah menolong kamu dalam Peperangan Badar dan memberi bala bantuan itu untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir atau untuk menjadikan mereka hina lalu mereka kembali dengan tiada memperoleh apa-apa (127)

Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim (128)

Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Dia memberi ampun kepada sesiapa yang Dia kehendaki,Dia menyeksa sesiapa yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (129)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian ….

Ayat ini menceritakan kepada kita mengenai dua peperangan yang melibatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (S.A.W) bersama dengan tentera-tentera Islam menentang tentera-tentera kafir Musyrikin Mekah.Peperangan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah pertama Peperangan Badar yang menyaksikan kemenangan besar terhadap umat Islam menentang tentera-tentera Musyrikin Mekah.Walaupun ketika itu tentera Islam hanya seramai 313 orang berbanding tentera kafir seramai 1000 orang lengkap dengan semua jenis senjata yang wujud ketika itu.Manakala yang ke dua ialah Peperangan Uhud yang menyaksikan juga kemenangan ke atas tentera-tentera Islam.Namun sepanjang peperangan itu umat Islam diuji dengan berbagai ujian dalaman.

Terdapat juga percanggahan pendapat ulama’ berkenaan dengan adakah benar peperangan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Peperangan Uhud.Mengikut jumhur mufassirin ayat ini berkait rapat dengan Pperangan Uhud.Peperangan Uhud ini berlaku pada bulan Syawal tahun yang ke tiga Hijrah.Namun begitu mengikut Al-Hassan Al-Basri pula yang merupakan salah seorang ulama’ tabi’en berpendapat bahawa ayat ini berkait rapat dengan Peperangan Ahzah.Peperangan Ahzab juga berlaku pada bulan Syawal tetapi pada tahun yang ke empat atau ke lima Hijrah.

Jumhur mufassirin lebih menekankan bahawa peperangan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Peperangan Uhud.Ini kerana bertepatan dengan perbandingan yang ingin Allah tunjukkan kepada umat islam berkenaan dengan peperangan sebelumnya iaitu Peperangan Badar.

Sebab berlakunya Peperangan Uhud

Faktor penyebab kepada berlakunya Peperangan Uhud ini adalah disebabkan tentera musyrikin Mekah ingin membalas dendam demi menebus kekalahan besar mereka ketika berhadapan dengan tentera islam di medan Badar.Natijah daripada peperangan tersebut memberi keaiban yang teramat sangat kepada puak kafir ini.Mereka tewas di tangan umat islam ketika itu walaupun kekuatan bala tentera mereka dari sudut zahirnya melebihi daripada jumlah tentera orang islam.

Keaiban mereka ditambah lagi apabila pemimpin-pemimpin besar mereka turut terkorban dalam peperangan tersebut.termasuklah Abu Jahal yang merupakan pemimpin utama Mekah.Tentera-tentera kafir yang terlibat di dalam Peperangan Uhud sebahagian kecilnya adalah mereka-mereka yang terlepas daripada terkorban di medan Badar.Oleh itu mereka kembali semula untuk berhadapan dengan tentera Islam di medan Uhud bagi menuntut bela di atas kematian pemimpin-pemimpin,ahli keluarga dan anak-beranak mereka.

Pada mulanya kehadiran Nabi S.A.W bersama pengikutnya dari Madinah ke Medan Badar bukanlah bertujuan untuk menghadapi peperangan tetapi bertujuan untuk menyekat barang dagangan yang dibawa oleh Abu Sufyan daripada Syam untuk pulang ke Kota Mekah.Ini kerana sebagai membalas perbuatan orang musyrikin Mekah terhadap orang islam yang berada di Mekah dengan merampas harta benda dan hak orang islam di sana.Namun perancangan Rasulullah untuk menyekat bekalan dan barang dagangan itu di ketahui oleh Abu Sufyan.Akhirnya Abu Sufyan berjaya melepaskan diri bersama barang dagangannya daripada disekat oleh Rasulullah dan pengikutnya.

3000 bala tentera kuffar bersiap sedia

Bagi menebus kekalahan tentera musyrikin Mekah di medan Badar mereka kembali merancang serangan untuk menghapuskan orang-orang Islam di Madinah.Abu Sufyan yang akan mengetuai serangan tersebut membelanjakan barang dagangan yang gagal disekat oleh Rasulullah itu untuk membeli kelengkapan perang dan seberapa banyak bekalan untuk keperluan tentera-tenteranya sepanjang peperangan itu nanti.

Lalu mereka berjaya menyediakan 3000 bala tentera yang lengkap dengan persenjataan yang mencukupi pada zaman itu bagi memerangi tentera-tentera Islam Madinah.Setelah bersiap sedia dari sudut kelengakapan senjata dan bekalan makanan, tentera musyrikin Mekah pun terus berangkat menuju ke Madinah.

Strategi Rasulullah menghadapi musuh

Apabila perisikan nabi mendapat maklumat bahawa sejumlah 3000 orang tentera musyrikin Mekah sedang menuju ke Madinah.Setelah dikhabarkan berita tersebut kepada nabi lantas terus nabi mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan beberapa orang sahabat nabi dikalangan orang Mekah dan Madinah serta beberapa orang pemimpin Madinah bagi membincangkan strategi menghadapi tentera musuh.

Abdullah bin Ubai dalam muslihatnya telah mencadangkan kepada Rasulullah S.A.W supaya kesemua tentera –tentera Islam hanya perlu bertahan di Madinah sehingga datangnya musuh.Abdullah bin Ubai berkata “Jika sekiranya di dalam peperangan ini kita menang adalah baik untuk kita namun,sekiranya kita tewas kita boleh bertahan di rumah masing-masing serta kita boleh melibatkan kaum muslimat dan kanak-kanak turut sama berperang melalui jendela rumah masing-masing”.

Pada awalnya Rasulullah agak cenderung kepada idea Abdullah bin Ubai itu tetapi timbul pula cadangan yang ke dua mencadangkan supaya musuh ditentang dari luar Madinah serta mengesyorkan tempatnya adalah di Uhud.Relevannya cadangan yang ke dua itu sehingga mejoriti daripada mereka yang terlibat di dalam mesyuarat itu menerima sebulat suara.Beberapa alasan dikemukakan dalam mengusulkan cadangan yang ke dua itu antaranya,jika mereka kalah dalam pertempuran di Uhud mereka masih berpeluang memikirkan langkah berikutnya untuk menentang musuh sebelum sempat tentera-tentera musuh menuju ke Madinah pula.

Berbanding jika menerima cadangan yang pertama,sekiranya kita bertempur di Madinah dan tewas ini secara tidak langsung berpotensi tinggi untuk tentera-tentera musuh menguasai Madinah.Alasan lain pula ialah terdapat dikalangan sahabat-sahabat yang tidak sempat untuk bersama nabi di medan Badar dan mereka merasa tersangat rugi.Ini kerana Peperangan Badar itu disanjungi oleh Allah S.W.T.Peperangan itu juga diberi kelebihan yang besar oleh Allah bagi mereka-mereka yang mengikuti peperangan tersebut dan mereka ingin mengambil kesempatan untuk menyertai peperangan barsama nabi di medan Uhud pula.

Jika kita meneliti dan mengkaji strategi inilah yang digunakan oleh musuh Islam pada hari ini dalam memerangi umat Islam sebagaimana yang telah digunakan oleh tentera-tentera Amerika dalam menyerang rakyat Iraq.Mereka iaitu tentera –tentera Amerika tidak menanti di negara mereka bagi menghadapi pejuang-pejuang Islam tetapi mereka sendiri yang menuju ke negara-negara pejuang tersebut untuk bertempur.

Apabila cadangan yang ke dua itu diterima oleh majoriti mereka yang hadir dalam mesyuarat itu,lantas baginda terus pulang ke rumah lalu memakai baju rantainya untuk bersama sahabat menuju ke medan Uhud.

Ketika Rasulullah dan para sahabat sibuk bersiap sedia untuk menuju ke medan Uhud Abdullah bin Ubai kelihatan seperti tidak berpuas hati dan sangat marah kerana cadangannya bagi menghadapi tentera-tentera musuh itu ditolak walaupun pada dasarnya cadangan yang dikemukakan itupun tidak ikhlas.Cadangan itupun sekadar alasan bagi memudahkan pemimpin munafiq ini melarikan diri dan bersembunyi ketika tercetusnya peperangan.

Propaganda dan pengkhianatan Abdullah bin Ubai

Kemarahan Abdullah bin Ubai terhadap mereka yang tidak menerima cadangannya dalam strategi menghadapi musuh sehingga ia sanggup menimbulkan isu dengan mengatakan bahawa kebanyakan sahabat tidak menerima cadangan yang diterima oleh nabi itu.Dakwaannya juga bahawa para sahabat mendesak agar nabi menuruti cadangan yang telah diajukan oleh Abdullah bin Ubai.

Apabila Rasulullah mendengar dakwaan itu lantas rasulullah berkata,”sesungguhnya seorang nabi apabila ia telah menyarungkan baju perangnya dengan membuat keputusan untuk berperang maka tidak sekali-kali ia akan berganjak dari keputusannya”.

Dengan tekad dan azam yang kuat akhirnya Rasulullah berjaya menyediakan pasukan tenteranya untuk bersiap sedia menghadapi musuh di medan Uhud nanti.Pada awalnya jumlah tentera islam yang bakal terlibat dalam pertempuran itu ialah seramai 1000 orang.Namun kedengkian Abdullah bin Ubai terhadap Rasulullah tidak terhenti hanya dengan dakwaan sebelum ini sahaja,malahan pemimpin munafiq itu sanggup menarik diri bersama 300 orang pengikutnya daripada terlibat dalam peperangan tersebut ketika di tengah jalan.Ini menjadikan jumlah tentera-tentera islam yang benar-benar akan berjuang bersama Rasulullah ialah seramai 700 orang.

Perang saikologi yang dimainkan oleh Abdullah bin Ubai terhadap baki tentera-tentera islam yang bersama Rasulullah menjadikan keadaan orang-orang yang beriman ketika itu dalam keadaan terlalu diuji.Walaubagaimana pun akhirnya Rasulullah berjaya mengatur strategi kedudukan tentera-tentera Islam di medan Uhud walaupun dengan jumlah tentera yang agak sedikit berbanding dengan kekuatan bala tentera musuh seramai 3000 orang.

Rasulullah mengatur kedudukan posisi tenteranya

وإذ غدوت من أهلك تبوئ المؤمنين مقاعد للقتال والله سميع عليم ( )

Berdasarkan ayat di atas nabi telah menempatkan bala tenteranya dengan satu kedudukan yang amat bijak dan strategik sehingga strategi sedemikian menjadi kajian oleh tentera musuh pada hari ini.

Walaupun Allah S.W.T menjanjikan kemenangan ke atas tentera-tentera islam tetapi dalam masa yang sama orang Islam dituntut supaya berikhtiar dengan cara berfikir,bermesyuarat atau berbincang,mengatur strategi dan sebagainya bagi menghadapi musuh mereka.Kita diajar oleh nabi supaya tidak menyerah secara bulat-bulat kepada Allah terhadap ketentuan sesuatu perkara atau ujian yang menimpa kita tanpa berusaha terlebih dahulu.

Di dalam peperangan Uhud Rasulullah menyusun kedudukan tenteranya mengikut beberapa posisi.Bukit Uhud ini jika dilihat seolah-olah seperti sebuah kota di mana dihadapanya yang menghala ke Kota Madinah.Bentuk fizikalnya pula berkeadaan melengkung dan terdapat juga di bukit tersebut kawasan teluk,tanah rata,dan kawasan hadapan dan belakang yang berbentuk curam dan amat sukar untuk di panjat.

Markaz tentera Islam diletakkan antara bukit Uhud dan sebuah bukit kecil yang berhampiran dengan bukit Uhud.Kedudukan markaz tersebut di hadang belakangnya oleh dinding bukit Uhud yang sangat tinggi menyebabkan tentera-tentera musuh tidak mampu menyerang dari sudut belakang.Rasulullah juga mengerahkan satu pasukan yang dipimpin oleh seorang pahlawan yang terkenal bernama Abdullah bersama dengan 50 orang pasukan pemanah supaya bersedia di bukit kecil yang berhampiran dengan bukit Uhud. Rasulullah menempatkan 50 orang pasukan pemanah di bukit kecil itu adalah bertujuan menghalang tentera-tentera musuh daripada cuba untuk menyerang daipada belakang.Diletakkan pula baki tentera islam untuk berada di hadapan markaz mereka yang mana menjadi posisi utama dalam peperangan tersebut.

Sebelum peperangan bermula sempat Rasulullah S.A.W berpesan kepada tentera-tenteranya yang berada di bukit kecil (tentera pemanah) agar tidak meninggalkan posisi mereka samada menag ataupun kalah.Ini kerana ia dapat menjaga markaz tentera Islam dari serangan musuh serta memberi kawalan terhadap tentera-tentera Islam yang berada di hadapan supaya mereka tidak diserang dari belakang.

Pada siri yang berikutnya ana akan menceritakan kepada sahabat-sahabat di antara situasi-situasi yang berlaku ke atas Rasulullah dan para tenteranya sejurus berlakunya peperangan tersebut.