Friday, June 15, 2007

Perjuangan

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin disini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawah air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ya Allah...
Bantulah kami hidup di dunia dan akhirat

Ada yang berjaya berenang ketepian
Sekali lagi ia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


*Lirik lagu ini ana tujukan khas buat tatapan dan renungan sahabat-sahabat seperjuangan di bawah naungan





Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

sempena pilihanraya kampus yang bakal ditempuh..........

"Bangkit dan gagahilah perjuanganmu demi menyemarak keadilan serta menyubur minda islamik mahasiswa”

1 comment:

Aimi Nabihah Mohamad said...

Assalamualaikum..dedikasi lagu perjuangan yg byk tersimpan memori indah buat ana..lagu 'sampan'..syukran jazilan kathiran atas sokongan ust zanki terhadap perjuangan PMIUM..kami di PMIUM turut bersama dengan PMRAM..bersama utk perjuangan ISLAM..