Sunday, April 13, 2008

"Modern Pig Farming".Apa pandangan sahabat kita dari UK?

Assalamualaikum W.B.T.Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,sejak ana cuba masukkan isu Modern Pig Farming dalam blog ana,berbagai respon yang dilihat menarik perhatian ana samada secara bertulis mahupun bual bicara.

Ana suka untuk membaca respon yang ana rasakan ia adalah positif daripada sahabat kita di UK berkenaan dengan isu ini. Respon yang tidak menyebelahi mana-mana pihak samada Kerajaan Negeri Selangor sendiri mahupun pembangkang di negeri tersebut.Ia wajar dilihat sebagai timbangan kepada mereka-mereka yang sengaja membangkitkan isu ini.Cuba kita baca komen ini:

"Hhmm, i not trying to be too islamist or nationalist in this issue.

ok, first, we must acknowledge that malaysia is not totally malays country; there are chinese and indians.

in islam, we must cater other races' or religions' needs. in this case, some malaysians eat babi.

some say why don't we transfer the babi farm to isolated place; selangor is a big country. i might say, if we do that, maybe the local gov (or the farmers) have to build special road leading to the isolated babi farm which both parties may disagree.

so, that 's not quite brilliant idea.

hhmm, is there any exact rules regarding distance of factories/farms from housing lot? if the new farm is legally within the law, then i think nobody can argue the matter.

but, that might not be the best answer to give to the residents.

hhmm, i think what the new gov can do is to convince the concerned residents about their health or surrounding environment in the near future meaning, let say every month or what, there will be a team of environment experts taking samples from say river, air or whatever associated with environment and analyse them. then , new gov can publicly publish the statistics maybe in official blog, website, press conference to maintain people confidence in the progress/ effectiveness of the project.

maybe, the new gov can set up special clinics or improve health facilities (existing clinic) for residents near the babi farm.

maybe can give medicine periodically to the residents to avoid any infection just in case.

maybe can grow more (big) trees surrounding the new babi farm or near the the farm. i mean, a lot of it.

we cannot get away from this issue simply by not building the farm. somewhere and some time, some states have to build this babi farm too if it is not melaka or selangor because of babi- eater people; we have to cater their needs as malaysians too.

what we can do now is how to reduce the impact of the babi farm. maybe the new gov can publicly announce there will be semburan to prevent the disease caused by the babi say every month or what.

hhmm, maybe we can educate people about the bad affects of eating pork so that in the end, less people eat pork. i don't think pork is something addictive alike cigarette. this might be too idealistic though, but frankly speaking, i don't want my fellow non- muslim or pork eaters to continue to eat something that is not quite healthy as being proved by vast researches conducted even by non- muslim researches and professors.

or we can make pork price higher than chicken, lembu or other daging as what we did (and will do ) to alcohol and cigarette. by doing that, less people will eat pork gradually, kot. the extra money collected from the selling of the pork will finance the semburan, trees planting, vaccine to be given to concerned residents etc. but, i can say, this is a bit overreaction kot".

Ali Rustam dibelasah teruk dalam blognya sendiri...

Isu cadangan membina ladang ternakan babi dengan kaedah sistematik bernilai RM100 juta di Selangor masih terus dipolemik dan dipolitikkan bagi memberi gambaran negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tidak cukup dimanipulasi media, Menteri Besar Melaka Dato' Ali Rustam turut mengambil kesempatan 'menyerang' kerajaan Selangor sedangkan Melaka pernah mencetuskan kontroversi berkaitan isu penternakan babi.

"Tahniah kepada kerajaan Selangor kerana meluluskan cadangan untuk membina ladang ternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

"Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan baru gabungan KeADILan, DAP dan PAS ini adalah sebagai hadiah kepada para pengundi yang menyokong parti mereka, termasuk para pengundi beragama Islam pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam blog mohdalirustam.blogspot.com dan turut mengakui bahawa isu babi telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport.

Bagaimana pun pandangan beliau disanggah oleh hampir kesemua pemberi komen dalam blognya yang tidak setuju termasuk mengkritik Ali Rustam yang dilihat tidak bijak dan matang dalam mengemukakan pendapat berhubung isu terbabit.

"Babi adalah sumber makanan kaum bukan Islam tapi tanggungjawab kita sebagai pemimpin Islam untuk sediakan tempat yang selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini adalah tuntutan fardhu kifayah . Bukan macam Dato' cari populariti dengan isu babi...," kata pemberi komen yang dikenali sebagai Rustam.

Dalam pada itu Sifu Apek dalam komennya menyatakan bahawa cadangan di Selangor itu wajar dirujuk oleh kerajaan Melaka kerana kemungkinan pengurusan ladang itu adalah lebih baik daripada yang dilaksanakan Ali Rustam.

"Mengurangkan jumlah babi tidak menyelesaikan masalah termasuk menutup ladang babi. Tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kaedah lebih baik dan terancang mangambil kira pandangan semua pihak," kata waikatomalaysians dalam bahasa Inggeris.

"Patutlah isu penternakan babi di Melaka tidak dapat diselesaikan hingga membawa kepada rusuhan. Patutlah Timbalan PM terpaksa campur tangan dan menyelesaikannya," kata seoarang yang mahu dikenali sebagai Jebat Setia yng dilihat turut sependapat dengan pemberi komen yang lain.

Ini termasuk Zul, yang kesal dengan pandangan Ali Rustam itu dan menyatakan bahawa tidak boleh menafikan hak semua penduduk Malaysia berkaitan perakara tersebut.

"Jangan nafikan hak semua penduduk Malaysia..bak kata pemimpin pas.. orang cina pun punyai hak mereka...

"Kenapa harus ditentang suatu sistem yang lebih baik untuk semua... semata mata kerana kalah pada pilihanraya orang yang sebelum ni sokong pun bertukar jadi tak sokong...mana maruah? orang umno tak bermaruah ke?," katanya.

Demikian adalah sebahagian komen yang disiarkan daripada 59 komen yang dipetik daripada laman blog terbabit.

Respon Positif Dr Asri Terhadap Pemimpin-Pemimpin Negara.

Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus.

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan.

"Begitu juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina," katanya dalam rencana Pena Mufti yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.

"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah".

Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.

"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat".

Dalam laman web drmaza.com beliau juga menjelaskan bahawa para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan, kata Dr Asri.

"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar," katanya dalam laman web terbabit.

Ramai pemimpin seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual,katanya.

Malah jika pemimpin bercakap soal Islam, hendaklah dibuktikan menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri.

Sementara itu beliau mengakui banyak perkara yang patut diberi komen berhubung konsep Islam Hadhari namun menangguhnya terlebih dahulu dan akan menjelaskan dalam buku yang bakal di tulisnya.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'".

"Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya-Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!," katanya.

Friday, April 11, 2008

"Modern Pig Farming" satu penjelasan....(Bhgn 2)

Penjelasan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS,YB DR. Halimah Ali mengenai isu "Modern Pig Farming".Katanya dalam sidang media bersama wartawan Harakah;

"Di antara isu yang hangat sekarang ini diperkatakan di seluruh negara khususnya di Negeri Selangor ialah masalah khinzir.Ini adalah isu bangsa sebenarnya bukannya isu agama dan saya sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS telah ditanya oleh wartawan akhbar negara bahawa apakah penjelasan saya mengenai isu ini yang mana kerajaan Negeri Selangor telah memberi kelulusan kepada projek untuk menternak khinzir ini.Saya menyatakan bahawa Islam hanya mengaharamkan Umat Islam memakan babi tidak menghalang dan mengharamkan orang bukan Islam memakannya begitu juga tidak dihalang dan diharamkan orang bukan Islam menternaknya.

Jadi saya membawa imej parti kita (PAS) yang mempunyai slogan PAS For All iaitu PAS untuk semua merangkumi semua bangsa,kaum dan agama untuk memahamkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa inilah sebenarnya yang ingin kita nyatakan.

Saya juga ada membaca daripada beberapa keratan akhbar yang menyatakan bahawa PAS adalah talam dua muka antara orang Islam dan bukan Islam,melayu dan bukan melayu yang tidak berpendirian tetap.Kita sebagai umat Islam mesti bersikap adil kerana Islam itu sebagai Rahmatal lil 'Alamin,Islam sebagai pemberi rahmat kepada sekalian alam.Rahmat kepada umat Islam begitu juga rahmatnya kepada yang bukan Islam,rahmat kepada penternak Islam begitu juga rahmat kepada penternak yang bukan Islam.

Jadi apabila kita memahami masalah ini,kita mendapati bahawa sebenarnya isu ini telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang telah atau agak kecewa dengan kekalahann mereka pada PRU 12 yang lepas.Pihak-pihak ini mengetahui bahawa isu yang boleh membangkitkan senstiviti orang melayu ialah isu babi itu sendiri.Mereka merasakan bahawa isu babi ini lebih utama daripada isu rasuah,zina dan segala kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.Kita melihat bagaimana contoh yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan dengan menetapkan satu tempat khusus untuk peniaga-peniaga daging babi melaksanakan perniagaan mereka tanpa sekatan yang mana kawasan yang ditetapkan itu juga berada di pasar Kota Bharu".

Oleh itu mereka mengambil jalan kotor untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan membangkitkan isu ini.

"Modern Pig Farming" satu penjelasan....(Bhgn 1)

Isu penternakan babi moden atau “Modern Pig Farming” yang diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor perlu difahami dengan jelas oleh rakyat terutama masyarakat melayu muslim.

Perlu difahami, konsep toleransi dalam islam memainkan peranan yang besar dalam menampilkan Islam sebagai agama yang praktikal dan menghormati hak orang bukan islam.

Islam hanya melarang ummatnya memakan daging babi namun tidak pernah menafikan hak untuk orang bukan islam menternak binatang itu walaupun dalam perkampungan majoriti melayu islam.

Mungkin apa yang dibimbangi adalah kesan pencemaran hasil penternakan tersebut, sehingga ada golongan tampil menyatakan penentangan terhadap projek itu.

Namun, telitikah kita dalam menilai hasrat murni kerajaan negeri selangor ini?

Menurut keterangan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor pada sidang media baru-baru ini,Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan,

"Segala bahan buangan dari ladang tersebut akan digunakan semula dalam bentuk Bio Gas untuk menjanakan elektrik,air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.Justeru tidak ada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.Menerusi projek ini tidak ada ladang-ladang khinzir baru yang akan diluluskan di Negeri Selangor.Semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindah operasi mereka kepada projek “Modern Pig Farming”.

Berulangkali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan, projek itu akan dipusatkan dalam satu kawasan sahaja, menggunakan teknologi moden, dan jaminan tiada pencemaran alam sekitar akan berlaku.

Jika tidak bercanggah dengan prinsip islam, dan tidak mencemarkan alam sekitar, kenapa projek ini harus ditentang?

Adakah kita masih meragui kredebiliti kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini? Ataukah mereka yang menentang projek ini hanya disebabkan perbezaan ideologi politik semata-mata?

Atau mereka sengaja ingin meniupkan sentimen perkauman semata mata untuk menjuarai isu ini?

Namun berbeza pula dengan penternak-penternak yang mengganggap Kerajaan Selangor telah membuat satu tindakan bijak.

Wednesday, April 9, 2008

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. 'Kakak ni sakit,' kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

'Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,' kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, 'Kenapa kakak menangis?' 'Mazlan.. kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.'

'Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?' tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, 'Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja
,' katanya tersedu-sedan.

'Habis yang kakak pergi haji ini?'

'Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.'

'Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?' tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, 'Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

'Betul ke kak?' tanya saya, terkejut.

'Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.'

'Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.' tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, 'Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. ' sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. 'Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. 'Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.'

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. 'Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.'

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

'Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,' katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

'Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke...' tegur saya.

'Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.' menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

'Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat.'

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, 'Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.'

'Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah...'

'Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.'

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa 'Oh.... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...' itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....'