Friday, April 11, 2008

"Modern Pig Farming" satu penjelasan....(Bhgn 2)

Penjelasan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS,YB DR. Halimah Ali mengenai isu "Modern Pig Farming".Katanya dalam sidang media bersama wartawan Harakah;

"Di antara isu yang hangat sekarang ini diperkatakan di seluruh negara khususnya di Negeri Selangor ialah masalah khinzir.Ini adalah isu bangsa sebenarnya bukannya isu agama dan saya sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS telah ditanya oleh wartawan akhbar negara bahawa apakah penjelasan saya mengenai isu ini yang mana kerajaan Negeri Selangor telah memberi kelulusan kepada projek untuk menternak khinzir ini.Saya menyatakan bahawa Islam hanya mengaharamkan Umat Islam memakan babi tidak menghalang dan mengharamkan orang bukan Islam memakannya begitu juga tidak dihalang dan diharamkan orang bukan Islam menternaknya.

Jadi saya membawa imej parti kita (PAS) yang mempunyai slogan PAS For All iaitu PAS untuk semua merangkumi semua bangsa,kaum dan agama untuk memahamkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa inilah sebenarnya yang ingin kita nyatakan.

Saya juga ada membaca daripada beberapa keratan akhbar yang menyatakan bahawa PAS adalah talam dua muka antara orang Islam dan bukan Islam,melayu dan bukan melayu yang tidak berpendirian tetap.Kita sebagai umat Islam mesti bersikap adil kerana Islam itu sebagai Rahmatal lil 'Alamin,Islam sebagai pemberi rahmat kepada sekalian alam.Rahmat kepada umat Islam begitu juga rahmatnya kepada yang bukan Islam,rahmat kepada penternak Islam begitu juga rahmat kepada penternak yang bukan Islam.

Jadi apabila kita memahami masalah ini,kita mendapati bahawa sebenarnya isu ini telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang telah atau agak kecewa dengan kekalahann mereka pada PRU 12 yang lepas.Pihak-pihak ini mengetahui bahawa isu yang boleh membangkitkan senstiviti orang melayu ialah isu babi itu sendiri.Mereka merasakan bahawa isu babi ini lebih utama daripada isu rasuah,zina dan segala kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.Kita melihat bagaimana contoh yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan dengan menetapkan satu tempat khusus untuk peniaga-peniaga daging babi melaksanakan perniagaan mereka tanpa sekatan yang mana kawasan yang ditetapkan itu juga berada di pasar Kota Bharu".

Oleh itu mereka mengambil jalan kotor untuk mengkucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan membangkitkan isu ini.

No comments: