Isu penternakan babi moden atau “Modern Pig Farming” yang diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor perlu difahami dengan jelas oleh rakyat terutama masyarakat melayu muslim.
Perlu difahami, konsep toleransi dalam islam memainkan peranan yang besar dalam menampilkan Islam sebagai agama yang praktikal dan menghormati hak orang bukan islam.
Islam hanya melarang ummatnya memakan daging babi namun tidak pernah menafikan hak untuk orang bukan islam menternak binatang itu walaupun dalam perkampungan majoriti melayu islam.
Mungkin apa yang dibimbangi adalah kesan pencemaran hasil penternakan tersebut, sehingga ada golongan tampil menyatakan penentangan terhadap projek itu.
Namun, telitikah kita dalam menilai hasrat murni kerajaan negeri selangor ini?
Menurut keterangan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor pada sidang media baru-baru ini,Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan,
"Segala bahan buangan dari ladang tersebut akan digunakan semula dalam bentuk Bio Gas untuk menjanakan elektrik,air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak.Justeru tidak ada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.Menerusi projek ini tidak ada ladang-ladang khinzir baru yang akan diluluskan di Negeri Selangor.Semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindah operasi mereka kepada projek “Modern Pig Farming”.
Berulangkali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi jaminan, projek itu akan dipusatkan dalam satu kawasan sahaja, menggunakan teknologi moden, dan jaminan tiada pencemaran alam sekitar akan berlaku.
Jika tidak bercanggah dengan prinsip islam, dan tidak mencemarkan alam sekitar, kenapa projek ini harus ditentang?
Adakah kita masih meragui kredebiliti kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor ini? Ataukah mereka yang menentang projek ini hanya disebabkan perbezaan ideologi politik semata-mata?
Atau mereka sengaja ingin meniupkan sentimen perkauman semata mata untuk menjuarai isu ini?
Namun berbeza pula dengan penternak-penternak yang mengganggap Kerajaan Selangor telah membuat satu tindakan bijak.
No comments:
Post a Comment