Wednesday, February 28, 2007

Sekitar Pengembaraan Ke Semenanjung Sinai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang ana (Saya) bersama AJK pelaksana program ke Semenanjung Sinai 2007 dibawah Unit Sambutan Dan Rehlah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (USR BKPJM) akhirnya dengan izin Allah kami bersama para peserta seramai 42 orang bertolak dari Rumah Anak Negeri Johor Hayyu Thamin menuju ke destinasi-destinasi yang telah dijadualkan.Perjalanan kami bermula pada hari Ahad 11 Febuari jam 2.30 pagi.

Pada awalnya program ini hampir sahaja tidak berjaya diadakan pada tahun ini disebabkan beberapa masalah yang timbul.Masalah utama yang terpaksa kami hadapi ialah kekurangan peserta.Seminggu lagi program ini akan diadakan kami hanya menerima tidak kurang daripada 27 orang peserta sahaja.Hasil perbincangan yang ana adakan bersama AJK Pelakasana disertai oleh Yang Dipertua (YDP BKPJM) pada mulanya memutuskan bahawa program ke Semenanjung Sinai pada tahun ini tidak dapat dianjurkan oleh BKPJM.Berkemungkinan kami akan menghantar peserta-peserta kami untuk menyertai rombongan tersebut dibawah anjuran Badan Kebajikan Anak Negeri Perlis(BKANP).Namun atas persetujuan bersama kami mencadangkan agar menunggu beberapa hari lagi sebelum kita memutuskan cadangan tersebut.

Berbaki tiga hari lagi program yang dirancang akan diadakan,bendahari program Ustaz Basir B. Muhammad menerima tawaran penyertaan yang tidak disangka-sangka iaitu sebanyak 12 orang.Ditambah pula penyertaan oleh YDP bersama 2 orang Exco BKPJM meyakinkan ana dengan jumlah wang pendaptaran yang terkumpul untuk terus menyewa sebuah bas besar dengan kos sewaan beharga 3800.00 Pounds meliputi perjalanan kami untuk 3hari 2malam.
Program ke Semenanjung Sinai dibawah anjuran USR pada tahun ini bergabung dengan Lajnah Keseniaan dan Sukan (LKS BKPJM).AJK Pelaksana yang terlibat dalam program ini ialah

a)Unit Pendaftaran:Ustaz Muhammad Faiz B Esa
b)Bendahari :Ustaz Basir B Muhammad
c)Unit Keselamatan:Ustaz Muhammad Shahril B Surib
d)Unit Penerangan :Ustaz Muhammad Yazid B Pardi
e)Unit Masakan :Ustaz Muhammad Iqbal B Muhammad Noh

Hari Ahad (11 Febuari 2007)

Hampir 3 jam perjalanan dari Rumah Johor,kami singgah disuatu perhentian untuk solat subuh dan sarapan di sana.Sekitar 1 jam setengah kemudian kami pun berangkat menuju ke destinasi pertama kami iaitu melalui Terowong Ahmad Hamdi yang menyusur masuk dibawah Terusan Suez.Sebagaimana yang kita ketahui suatu ketika dahulu terusan ini menjadi rebutan musuh-musuh mesir.Meraka adalah dikalangan tentera-tentera Prancis dan Britain yang dibantu oleh Israel.Terusan ini menjadi rebutan mereka kerana ia mampu menjadi terusan utama dalam hubungan perdagangan dunia bagi menghubungkan Benua Eropah dan Asia khususnya.Namun takdir mengatasi tadbir.selepas 50 tahun mengundang berbagai krisis, hingga kini terusan itu masih dikuasai Kerajan Mesir.Dengan teknologi Perancis maka terasmilah penggunaan terowong ini pada tahun 1869.Dikatakan bahawa pembinaan terowong ini juga melibatkan pembangunan Terusan Suez memerlukan sejumlah 1600 ekor unta untuk mengangkat air minuman kepada 2500 orang pekerja.

Melalui terowong tersebut kami terus menuju ke Kubu Israel yang ditinggalkan mereka setelah menerima kekalahan dalam peperangan sengit antara tentera Mesir pada ketika itu sekitar tahun 1960an.Banyak kesan-kesan peninggalan tentera-tentera Israel yang terdapat di situ antaranya alat kelengkapan perang mereka samaada yang telah musnah mahupun yang masih berkeadaan baik lagi.Kemudian kami menuju ke 'Uyun Musa dan Hamam Fir'aun sebelum meneruskan destinasi ke Sant Chaterine.Laut yang terletak di kawasan 'Uyun Musa inilah dipercayai bahawa Fir'aun di tenggelamkan bersama-sama dengan kroni-kroninya.Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat ke 50:

وإذ فرقنا بكم البحر فأنجينكم وأغرقنا ءال فرعون وأنتم تنظرون

Maksudnya:”Dan kenangkanlah ketika kami belahkan laut merah untuk kamu lalui (pengikut dikalangan Bani Israel yang turut bersama Musa Melarikan daripada ancaman Fir’aun),maka kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan Fir’aun bersama-sama tentera-tenteranya,sedang kamu mengatahuinya”

Bertolak dari Hamam Fir’aun terus menuju ke Sant Chaterine mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 jam untuk sampai.Dalam perjalanan, selepas melalui pondok kawalan keselamatan yang menandakan kami sudah hampir untuk tiba destinasi tersebut,sempat untuk kami menziarahi makam Nabi Allah Saleh.Sebagaimana yang kita ketahui Nabi Allah Saleh Yang diutuskan untuk kaum Thamud.Nabi Saleh ‘Alaihi Salam telah dicabar oleh kaumnya bagi menunjukkan mu’jizatnya jika ia benar-benar nabi yang diutuskan Allah.Akhirnya dengan izin Allah, doanya agar Allah mengeluarkan seekor unta betina dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat disisi sebuah bukit berhadapan dengan mereka termakbul.Lantas peringatan diberikan kepada Kaum Thamud agar tidak membunuh Unta Betina itu jika tidak mahu ditimpa keatas mereka bala Allah.Namun peringatan itu tidak di endahkan dan mereka menerima bala Allah sebagaimana yang dijanjikan ke atas mereka.Di firmankan Allah S.W.T kisah ini antaranya di dalam Surah Asy-Syams ayat 12 hingga 15:

"كذبت ثمود بطغواها*إذ انبعث أشقاها*فقال لهم رسول الله ناقة الله

وسقياها*فكذبوه فعقروها فدمدم عليهم ربهم بذنبهم فسواها*ولا يخاف عقباها*

Maksudnya:”Ingatlah Kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya)dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas(11)Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mu’jizat(12)Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Saleh) kepada mereka :”Janganlah kamu ganggu unta betina daripada Allah itu,dan janganlah kamu menyekatnya daripada mendapatkan air minumannya (supaya kamu tidak ditimpa azab)(13)Setelah Nabi Saleh memberi amaran lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.Dengan sebab dosa mereka,maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah ranah semuanya)(14)Dan Allah tidak hiraukan kesudahan mereka yang demikan,(kerana itulah balasan yang adil)(15)

Selepas itu kami terus menuju ke Sant Chaterine.Setibanya para peserta di Sant Chaterine kami bersembahyang dan makan dahulu sebelum berjalan kaki melalui kawasan lembah yang dikelilingi bukit-bukit batu yang besar menuju ke tempat yang dikatakan terpancutnya 12 mata air dan kawasan Wadi Arba’ien.Kisah terpancutnya 12 mata air itu di rakamkan Allah S.W.T didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 60:

"وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربو من رزق الله ولا تعثوا فى الأرض مفسدين"

Maksudnya:”Dan Ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,maka Kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”.(Ia pun memukulnya),lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air;sesungguhnya setiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.Dan Kami berfirman:”Makan dan minumlah daripada rezeki Allah itu,dan janganlah kamu merebakkan bencana dan kerosakan diatas muka bumi.”


Kami kembali semula ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.Kami berehat beberapa jam sebelum berangkat untuk menjejaki puncak Jabal Thursina pada awal paginya.

Isnin (12 Febuari 2007)

Pada pukul 2.45 pagi bermulalah pengembaraan yang dinantikan-nantikan oleh para peserta bagi menyelami penghayatan suasana bagaimana Nabi Musa menjejaki ke puncak Thursina bagi menunaikan perintah Allah menerima Taurat buat pedoman umatnya.Ketika itulah kami dapat merasai betapa sukarnya untuk mendaki Jabal Thursina tanpa semangat dan jiwa yang kental mana mungkin dapat kami menjejakinya.Apatah lagi kepayahan yang dialami oleh Nabi Musa semata-mata menyanjungi perintah yang diamanahkan Allah untuk memimpin umatnya.Kisah Jabal Thursina @ Jabal Musa ini juga dirakamkan di dalam Al-Quran,Surah Al-Baqarah ayat 64:

"وإذ أخذ نا ميثاقكم ورفعنا فوقكم الطور خذوا مآ ءاتيناكم بقوة واذكروا ما فيه لعلكم تتقون"

Maksudnya:”Dan ingatlah ketika kami mengambil perjanjian setia kamu semasa kami angkatkan gunung Thursina di atas kamu sambil kami berfirman:”Terimalah Taurat yang telah kami kurniakan kepada kamu(serta amalkanlah)dengan bersungguh-sungguh,dan ingatlah (jangan lupakan )apa yang tersebut di dalamnya,supaya kamu bertakwa.”

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai setiap kumpulan oleh penunjuk jalan dikalangan mahasiswa-mahasiswa senior.Alhamdulillah dimaklumkan kumpulan pertama telah berjaya menjejaki jabal Thursiana tersebut pada pukul 5.15pagi dan diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain pada waktu berikutnya.Pada tahun ini juga peserta-peserta beruntung kerana dapat melihat ketulan-ketulan ais yang banyak terbentuk dicelahan-celahan batu ketika hampir tiba di puncaknya.Setelah kesemua kumpulan tiba kepuncak kemudian kami sama-sama menuruni dari puncak tersebut.Kebanyakan peserta mengambil masa sekurang-kurangnya 2jam menuruni puncak gunung tersebut untuk sampai keperkarangan tempat menungu bas.Kelihatan raut wajah para peserta yang telah selamat tiba diperkarangan menunggu ketibaan bas dalam keadaan keletihan yang amat sangat.Setelah bas kami sampai diperkarangan,terus kami menaikinya menuju ke Makam Nabi Allah Harun dan patung Lembu Samiri yang dikatakan pernah menjadi sembahan Bani Israel suatu ketika dahulu. Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.

Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran,Surah Al-Qasos ayat 34:

"وأخي هارون هو أفصح مني لسانا فأرسله معي ردءا يصدقني إني أخاف أن يكذبون"

Maksudnya:”Dan saudaraku Harun ,Ia lebih Fasih lidahnya daripadaku,maka utuskanlah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku;sesungguhnya aku bimbang mereka akan mendustakakan ku”

Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin.Perjalanan kami diteruskan lagi untuk terus menuju ke sebuah pecan kecil yang diberi nama Dahab.Di sinilah antara tempat perlancongan yang menjadi tumpuan pelancong samada di dalam mahupun diluar negeri.Setibanya disana kami menempah sebanyak 42 buah chalet dengan harga 20.00Pounds sebilik.Para peserta mengambil kesempatan sepanjang berada di Dahab dengan membeli cenderamata yang banyak dijual dikawasan tersebut.Mereka sempat juga beriadah dan mandi manda di tepi pantai.

Selasa (13 Febuari 2007)

Seawal jam 12.00 tengahari kami berangkat dari Dahab terus menuju ke dua destinasi terakhir sebelum berangkat pulang ke Kaherah.Destinasi pertama kami pada hari itu ialah ke kawasan pelabuhan kapal-kapal penumpang yang dinamakan Nuwaiba’.Bagi mahasiswa-mahasiswa Azhar yang ingin menunaikan haji atau umrah merka lebih gemar menggunakan perkhidmatan dengan menaiki kapal dari pelabuhan itu.Hasrat kami untuk masuk kekawasan perlabuhan itu terpaksa dibatalkan berikutan harga tiket yang agak mahal.Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah persimpangan yang mana kelihatan dari sudut tersebut permandangan dari jauh sekitar kawasan palebuhan Nuwaiba’.

Perjalanan kami diteruskan dengan menuju terus ke Kubu Salehuddin Al-Ayubi yang terletak di Toba.Kubu tersebut yang terbina di dalamnya beberapa infrastuktur yang meliputi beberapa kawasan tertentu.Di antaranya kawasan tadahan air hujan bagi membekalkan air minuman kepada tentera-tentera Salehuddin,bilik gerakan utama,masjid,bilik air,dapur roti untuk menyediakan makanan kepada tentera,bilik kawalan tentera,bilik Salehuddin Al-Ayubi turut terdapat di dalamnya,kawasan pertahanan yang dibina amat stategik sekali bagi menghadapi ancaman musuh.Kedudukan kubu yang dikatakan strategik itu boleh dikatakan betul-betul bertentangan dengan 3 buah negara iaitu Jordan,Syria dan Israel.2jam kemudiannya kami terus menuju ke kawasan sempadan antara Israel dan Mesir.Kawalan ketat oleh tentera yang berada di sempadan masing-masing memaksa kami untuk melauinya sahaja dikawasan tersebut tanpa berhenti dan terus menuju ke Masjid As-Salam di Toba berhampiran dengan kawasan sempadan Israel Mesir untuk solat dan makan sebelum berangkat menuju ke Kaherah untuk pulang...............alzinki.................

Thursday, February 22, 2007

"Nuruddin Al-Zinki" Dalam Sejarah.............

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Kejatuhan Baitul Maqdis pada tahun 492H membuktikan kuasa islam yang semakin mundur dan peningkatan kuasa barat kristian yang berjaya mendirikan empat buah Kerajaan Latin di Baitul Maqdis,Edessa,Antakiyah dan Tarablus adalah kawasan dalam jajahan yang bersempadan dengan penghujung timur laut Mediterranean dari Furat hingga Ke Mesir.Oleh yang demikian membayangkan seluruh dunia islam terdedah kepada ancaman kehancuran.Cita-cita pahlawan-pahlawan salib begitu tinggi sehingga Reginald of Chatillon pernah menyatakan hasratnya untuk melanggar semenanjung arab dengan tujuan keji bagi menyerang Mekah dan Madinah serta ingin mengeluarkan jasad mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam(S.A.W) dari maqamnya.Keadan ini menunjukkan Islam dibayangi ancaman buat kali kedua dalam sejarahnya.

Pada dekad-dekad permulan abad ke enam Hijrah,sesudah kewafatan Raja Malik Shah pemerintah agung Seljuk yang terakhir,meletuslah perang saudara dikalangan pegantinya dan empayarnya berpecahkepada beberapa jajahan yang berasingan.Ketika itu tidak ada seorang pemerintah punyang berupaya menyatukan tenaga-tenaga islam bagi mengahadapi cabaran musuh-musuh islam dari barat daya.

Kemunculan Sultan ‘Imaduddin Al-Zinki

Dalam saat-saat yang genting ini,disaat umat islam diambang perpecahan dan kekecewaan bintang penyelamat muncul di ufuq timursebagaimana yang biasa terjadi sebelumnya ,islam memperolehi pembelanya dari tempat-tempat yang tidak disangka-sangka.Lane Poole menulis:

”Kini tibalah masanya untuk menaikkan seruan jihad dan untuk kemunculan seorang panglima yang keberanian dan kecekapan perangnya dihormati oleh semua orang.dan ketua-ketua Turki serat para pengikut mereka akan menjadi para pejuang agama yang mesti diambil kira oleh tentera salib.Panglima itu di temui dalam peribadi ‘Imaduddin Al-Zinki”

‘Imaduddin Al-Zinki adalah anak kepada seorang penyelenggara istana Malik Shah.Sultan Mahmud memberikan kepadanya Kerajaan Mosul beserta dengan pangkat Alabek,iaitu Pengasuh Putera-Puteri di Raja.Selepas memantapkan kuasanya di Syria dan di Iraq,’Imaduddin terus mara menuju ke Kerajaan Edessa yang merupakan kubu pertahanan tentera-tentera salib yang terkuat serta menjadi pusat bagi penyerbuan mereka ke dalam jajahan-jajahan berdekatan yang dikuasai umat islam.Akirnya pada tarikh 6 Jamadhil-akhir tahun 530H’Imaduddin berjaya menakluki kota Edessa sepenuhnya.Dalam masa yang sama Lembah Furat terselamat daripada pelanggaran tentera-tentera salib.Tidak lama kemudian ‘Imaduddin dibunuh oleh seorang hamba pada tarikh 5 Rabi’ul-Akhir tahun 541H.Bergitulah berakhirnya riwayat hidu seorang pahlawan islam yang ulung yang telah membuka jalan bagi mengadakan serangan balas terhadap keangkuhan tentera-tentera salib.Namun begitu tugas yang belum doselesaikan oleh ‘Imaduddin itu disambut tulus oleh anaknya yang termasyhur dialah yang bernama Al-Malik Al-‘Adil Nuruddin Al-Zinki.

Al-Malik Al-‘Adil Nuruddin Al-Zinki

Nuruddin bin Mahmud Al-Zinki yang menjadi Sultan Halab kini memikul tanggungjawab membela islam.Segala matlamatnya tertumpu pada pengusiran tentera-tentera salib dari Syria dan Palestin dan azamnya yang putus berjanji untuk melaksanakan tugas sukar ini hingg ke penghujung usianya.Baginya Jihad menentang tentera-tentera salib adalah setinggi-tinggi ibadah di sisi Allah.

Dengan izin Allah,pada tahun 559H Nuruddin Al-Zinki berjaya menawan Harim,sebuah kubu pertahanan tentera salib di utara,sesudah mengalahkan tentera bergabung Perancis dan Yunani.ada riwayat yang menyatakan bahawa 10000 tentera kristian terkorban dalam pertempuran ini dan ramai tentera-tentera salib menjadi tawanan bersama-sama dengan kebanyakan ketua-ketua mereka seperti Bohemond Raja Antakiyah,Raymond dari istana Tarablus,Joscelin III,dan Panglima Yunaniyang bergelar Duke of Calamor.Tidak lama kemudian,kubu pertahanan Banias di kaki gunung hermon jatuh ke tangan Panglima Nuruddin Al-Zinki.Hasil daripada penguasaan kubu pertahanan tersebut tentera salib dikepung dari dua sudut .Kepentingan perubahan kuasa politik ini telah dicatat dalam tulisan Lane Pole:

“Penguasaan Lembah Nil panglima Nuruddin iaitu Salahuddin Al-Ayubi meletakkan Kerajaan Salib Baitul Maqdis ketika itu dalam keadaan tersepit diantara dua angkatan perang yang diketuai oleh kuasa yang sama.Pelabuhan Domoilla dan Iskandariyah memberikan kemudahan kepada tentera laut islam memutuskanperhubungan tentera salib dengan Eropah ,memberhentikan kapal-kapal penziarah tahunan serta merampasa bekalannya.”

Natijah daripada sekatan itu Nuruddin Al-Zinki telah berjaya menggugat tentera-tentera Salib di Palestin dengan memberi tekanan secara terus menerus.Tidak memadai dengan tekanan tersebut dengan izin Allah yang maha Agung lagi Maha menentukan segala-galanya cita-citanya untuk mengusir sepenuhnya tentera-tentera salib di kota suci Baitul Maqdis itu telah disempurnakan oleh Salahuddin Al-Ayubi mengikut strategi yang telah dunjukkannya.

Setelah beberapa ketika selepas kejayaan tersebut Nuruddin Al-Zinki akhirnya menyahut seruan ilahi pada tahun 569H ketika berumur 56 tahun kerana mengidap penyakit radang pada kerongkongnya.Berita kematiannya amat mengejutkan rakan seperjuannya Sallahuddin Al-Ayubi dan seluruh umat islam ketika itu.

Keperibadian Nuruddin Al-Zinki

Ibnu Khallikan ,seorang ahli tarikh yang terkenal dengan penilaian terhadap para tokoh dan peristiwa ,berkata:

“Nuruddin adalah raja yang ‘adil dan soleh,sentiasa bersedia menuruti peraturan syari’ah serta menjadi penaung kepada para ulama’ yang pemurah.Beliau amat mengambil berat tentang jihad serta memperbelanjakan pendapatannya ke atas institusi agam dan kebajikan kaum fakir miskinBeliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan di semua kota-kota penting di Syria

Pengakuan Ibnu Athir amat bernilai kerana dia berumur 14 tahun ketika Nuruddin meninggal dunia.Beliau menulis mengenai peribadi dan perwatakan Nuruddin seperti berikut:

“Belanja hidupnya diambil daripada harta benda yang dimilikinya melalui pendapatan pembahagian harta rampasan yang diperolehinya dalam perang.Beliau membuka tga buah kedai di Kota Hama yang menyumbangkan bayaran sewaan sebanyak 20 dinar setahun bagi tujuan perbelanjaan rumah tangganya.pernah apabila isterinya pernah mengadu tentag ketidakcukupan pendapatan dari kedai-kedai tersebut ,beliau menempalk:”tiada ada apa lagi untuk diriku berikan kepadamu.Lebihan harta yang tinggal adalah sebagai pemegang amanah bagi kebajikan kaum muslimin.Aku tidak ingin dihumbankan ke dalam api neraka kerana dirimu.memaksa aku menggunakan harta awam bertujuan untuk kepentingan hidup kita.

Kehidupan malamnya dihiasi dengan ibadah kepada Allah.Bermazhabkan Hanafi,mempelajari Fiqh dan Hadith tetapi tidak pula bersifat taksub.Penonjolan beliau dengan sifat ke’adilannya yang terbukti dengan permansuhkan cukai diseluruh kerajannya yang luas termasuk Mesir,Syiria dan Mosul.Di medan peperangan beliau dikagumi oleh semua orang kerana keberaniaanya beliau sentiasa membawa 2 busar dan anak panah ke medan tempur.”

Keyakinan yang Teguh

Ketika beliau ditewaskan di Hisn Al-Akrad pada tahun 558H dengan serangan hendap daripada tentera-tentera salib,beliau telah berazam untuk menewaskannya kembali dengan mendirikan khemah beliau bersama-sama tentera islamnya di Hama hanya beberapa batu dari khemah musuh.Nuruddin berkata:”Aku tidak hairan terhadap musuh sekiranya aku memiliki seribu tentera berkuda,Demi Allah! Aku tidak akn berteduh di bawah bumbung khemah ini selagi tidak ku tebus kekalahan lalu.”..................alzinki............

Monday, February 19, 2007

Bila ulama' Mula Membisu............

بسم الله الرحمن الرحيم

إنما يخشى الله من غباده العلمؤا""

صدق الله العظيم

Maksudnya:Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Sebenarnya yang menaruh kebimbangan dan rasa takut kepada Allah dikalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu”.

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.

عن ابي الدرداء رضى الله عنه قال:سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:"وإن فضل العالم على العابد كفضل القمر ليلة البدر على سائر الكواكب.وإن العلماء ورثة الأنبياء.وإن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهاما.

ولكن ورثوا العلم فمن أخذه أخذ بحظ وافر".

صدق رسوله

(أخرجه ابو داؤد والترمذي وابن ماجه)

Maksudnya:Daripada Abu Dardak Radhiallahu ‘anhu berkata:Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:”Dan sesungguhnya kelebihan orang yang berilmu ke atas orang yang ahli ibadah seumpama kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang.dan sesungguhnya Ulama’ itu pewaris nabi-nabi.dan sesungguhnya nabi-nabi itu tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak),tetapi yang diwariskan oleh mereka adalah ilmu.Maka barangsiapa yang mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna”.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian;

Sesungguhnya kelaziman masyarakat kita pada hari ini apabila disebut perkataan ulama’ maka terbayanglah di pemikiran mereka akan penampilan atau ciri-ciri zahir individu tersebut tetapi amat jarang sekali dilihat dari sudut dalaman.Antaranya jika disebut ulama’ mestilah berserban,berjubah,berjanggut panjang,memegang tasbih dan memenuhi kehidupan hariannya di masjid semata-semata.Tahukah sahabat-sahabatku sekalian, gambaran-gambaran yang dinyatakan itu jauh meleset sama sekali daripada maksud sebenar perkataan tersebut.

Perkataan Ulama’( علماء ) jika dirujuk di dalam kamus arab iaitu “المعجم العربي الأساسي “ antara kamus yang menjadi rujukan penting bagi pelajar-pelajar Al-Azhar diambil daripada perkataan ( عالم ).Mengikut kaedah nahwiah perkataan tersebut diambil daripada wazan ( فاعل )orang yang bersifat dengan sesuatu pebuatan.Maka عالم ) ) membawa maksud orang yang berilmu.Disebut Ulama’ kerana perkataan tersebut dijama’kan atau lebih difahami satu kelompok atau golongan individu-individu yang berilmu.

Di dalam Islam Ulama’ dinilai menurut penguasaan mereka memahami dengan sahih isi kandungan Al-Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W dan sangat menguasai cabang-cabang tertentu iaitu pengklasifikasi ilmu yang diperolehi oleh ulama’-ulama’ terdahulu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.Contohnya Ilmu nahu dan saraf,ilmu fiqh dan usul fiqh,ilmu hadith dan mustholahul hadith.ilmu mantiq.ilmu tauhid atau ilmu akidah dan sebagainya. Walaupun bentuk gambaran personaliti ulama’ yang dinyatakan di atas antara yang perlu dihiasi sebagai amalan sunnah Rasulullah contohnya berjubah,menyimpan janggut dan berserban. Namun begitu ia bukanlah menjadi pra syarat utama untuk dinilai sebagai ulama’,tetapi sejauh mana penguasaan mereka terhadap ilmu Allah S.W.T .

Sahabat-sahabatku yang dimuliakan

Tidak mudah untuk seseorang itu digelar sebagai ulama’ kerana hanya mereka yang dipilih oleh Allah S.W.T sahajalah yang layak diberi gelaran tersebut.Maka amat beruntunglah bagi mereka-mereka yang diizinkan Allah S.W.T untuk mendalami ilmu agama.Sebagaimana yang telah difirmankan Allah S.W.T di dalam Al-Quran;

وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون (سورة التوبة:122

Maksudnya:”Dan tidaklah orang-orang beriman itu kesemuanya turun ke medan peperangan oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap puak di antara mereka supaya orang-orang itu memepelajari secara mendalam ilmu yang dituntut did alam agama,agar mereka dapat memberi peringatan kepada kaum mereka sebaik sahaja mereka kembali,mudah-mudahan mereka itu dapat berjaga-jaga daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Bertepatan dengan ayat tersebut,juga dikukuhkan lagi dengan sabda nabi kita Muhammad S.A.W daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu;

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين" (أخرجه إبن ماجه)

Maksudnya:”Barangsiapa yang dikehendaki Allah ke atasnya kebaikan,maka sudah tentu Allah menjadikannya orang yang berpengatahuan dalam ilmu agama”

Tanggungjawab sebagai seorang ulama’ amat berat sekali ini kerana tugas yang dibawa oleh mereka sebagaimana yang dibawa oleh para nabi Allah S.W.T.Prinsip utama yang perlu dipateri ke dalam diri mereka ialah menyuruh kepada melakukan kebaikan dan menegah daripada melakukan segala jenis kemungkaran.Mereka hendaklah bersungguh-sungguh menyeru masyarakat mereka supaya menyembah Allah S.W.T serta tunduk dengan segala titah perintah Allah sebagai melaksanakan segala tuntutan yang telah terkandung di dalam Al-Quran dan mengikuti saranan Rasulullah sebagaimana tercatat di dalam hadith baginda.Di samping itu juga mereka bukan sahaja menyeru kearah pengabdian diri kepada Allah semata-mata, malahan merekalah jua orang yang paling lantang dalam mencegah dan menentang segala kesyirikan,kefasikan,kemaksiatan dan segala kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat mereka.Amat malang sekalilah bagi yang mengkhianati tugas mereka sebagai ulama’.

Teman-temanku yang dirahmati Allah:

Ketahuilah sesungguhnya di akhir zaman ini kebanyakan mereka yang bergelar ulama’ sudah mula melupakan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada mereka atau mengambil ringan terhadap kesyirikan dan kefasikan yang berlaku dalam masyarakat.Akhirnya mereka membisu seribu bahasa beralasankan ilmu yang tidak mantap dan tiada pengalaman dalam kaedah berdakwah.Alasan yang sangat mengaibkan diri individu tersebut apatah lagi bagi mereka yang berlatar belakangkan pengajian di timur tengah.Jika dilihat dizaman ini ada dikalangan mereka yang hanya berjurusan akademik namun mereka berusaha untuk mendalami agama disamping itu mereka juga mampu menguasai masyarakat dalam usaha dakwah mereka.

Timbul juga alasan lain bagi mereka yang digelar ulama’ bisu,khususnya bagi mereka yang bekerja dibawah kerajaan.Apabila pemimpin mereka berpaling daripada apa sahaja tuntutan yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah mereka tidak mampu sedikitpun bersuara apatah lagi lantang untuk menyatakan kebenaran.Ini kerana semata-semata takut jawatan atau pangkatnya sebagai penasihat agama,mufti,pegawai tadbir agama,ustaz-ustaz dan imam masjid terlucut.Juga takut akan diri,bini dan anak-anak mereka tidak makan nasi berlaukkan ayam dan daging setiap hari setelah jawatan mereka dilucutkan.Sesungguhnya mereka-mereka yang khianat ini dijanjikan Allah S.W.T ke dalam neraka Allah S.W.T sebagaimana yang di sebutkan di dalam sabda baginda S.A.W daripada Abu Hurairah,sesungguhnya rasulullah S.A.W telah bersabda:

"العالم والعلم والعمل في الجنة,فإذا لم يعمل العالم بما يعلم كان العلم والعمل في الجنة,وكان العالم في النار"(أخرجه الديلمي في مسند الفردوس)

Maksudnya:”Orang yang ‘alim,berilmu dan beramal itu di dalam syurga.Dan apabila orang yang alim tidak mengamalkan ilmunya,maka ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga,sedang si alim itu dimasukkan ke dalam api neraka”.

"من سئل عن علم فكتمه ألجم بلجلم من النار" (أخرجه أبو داود والترمذي)

Maksudnya:”Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu ia menyembunyikannya,maka ia akan di kekang pada hari kiamat dengan kekangan daripada api neraka”

Sahabat-sahabatku sekalian;

Tidak dinafikan walaupun ada ulama’ yang berbakti di bawah pemimpin mereka namun mereka tidak lupa menjalankan amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka tetepi golongan seperti inilah yang diperlekeh dan dipulaukan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana tidak bertepatan dengan pendapat dan aliran mereka sehingga ada dikalangan mereka yang di penjarakan mahupun dilucutkan jawatan atau di hadapkan dengan berbagai sekatan akhirnya ada dikalangan mereka yang gugur sebagai syuhada’

Bersabarlah wahai ulama’-ulama’ sejati yang ku muliakan,inilah sunnah perjuangan warisan para nabi…………..alzinki……..

Sunday, February 18, 2007

Saiyidah Nafisah.......


Sejernih air sungai yang mengalir
Tiada tercela di pandangan mata
Bagai butiran-butiran mutiara
Bersinar di celahan khazanah lautan

Bergitulah hatimu diibaratkan
Keikhlasanmu kepada tuhan yang Esa
Kilauan cahaya cinta yang tulus suci
Menyinari keresahan hati yang dulunya sepi
Buat kekasihmu yang kekal abadi............

Dimiliki jasadmu Ishaq Mu'taman
Sebagai isteri pengisi ketenangan
Namun keikhlasan cintamu setulus Rasulullah
Menghambakan diri kepada suami
Sekadar memenuhi fitrah insani

Pengabdian hidupku hanyalah kepada tuhan
Sepanjang hayatku berpuasa disiang hari
Merintih dan mendamba kasih Allah dimalam hari
Agar hidupku sentiasa diredhai
Kerana ku takuti esok bukan milik ku lagi

Tanpa kau sedari cintamu kian berputik
Restu Allah tanda keredhaan kasihmu
Tersingkap segala kemuliaan dan kelebihan
Mewarisi kenikmatan para aulia'
Alangkah belas kasihMu terhadap hamba-hambaMu

Air wudhu' yang menjadi penawar
Penyakit lumpuh si anak yahudi
Kalamnya sebagai doa yang makbul
Melindungi hamba yang dizalimi

Kehilanganmu di pandangan umat ini
Umpama lautan tanpa isinya
Menjadi tauladan jutaan wanita
Disemadikan jasadmu di bumi Musa

Dialah yang bernama Saiyidah Nafisah..........alzinki...........

Sunday, February 4, 2007

Bulan Febuari yang mengerikan...............

Baru-baru ni mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (AJKT BKPJM) kali kedua telah diadakan pada 31 hb Januari 2007.Natijah daripada mesyuarat tersebut bulan 2 ni merupakan bulan yang padat dengan program yang telah dirancang bagi setiap lujnah.

Bagi lujnah ana sendiri di bawah Unit Sambutan Dan Rehlah untuk tahun ini, juga merancang beberapa program untuk ahli-ahli BKPJM khususnya pada bulan febuari ini.Sudah menjadi kelaziman bagi unit ini setiap tahun untuk mengadakan program jaulah ke Semenanjung Sinai.Kebiasaan nya program tersebut diadakan selepas daripada imtihan semester pertama bagi pelajar-pelajar Azhar.Program jaulah ke Semenanjung Sinai ini adalah antara program yang sering ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar yang baru tiba dibumi anbia' ini khususnya, selain daripada program ziarah ke makam aulia',jaulah ke sekitar Kaherah dan sebagainya.Namun begitu program-program yang diadakan oleh unit ini bukanlah semata-semata untuk melupakan matlamat asal hadir ke bumi anbia' ini dan bukanlah sekadar untuk melepaskan tekanan selepas melalui fatrah imtihan semata-mata tetapi hasil daripada program-program tersebut boleh dijadikan sebagai iktibar,muhasabah dan ransangan kepada pelajar-pelajar baru untuk terus bersemangat dalam menunutut ilmu di sini.

Sebagaimana yang kita ketahui di Mesir ini terdapat banyak makam-makam para ulama' dan aulia' solehin.Ada dikalangan mereka merupakan keturunan daripada Rasulullah antaranya Syeikh Zaki Ibrahim RA,Imam As Syafie,Syeikh Mutawalli Sya'rawi,Syeikh Soleh Al-Ja'fari dan banyak lagi.Manakala ada juga dikalangan mereka merupakan pencetus kepada lahirnya lebih banyak ahli ilmuan islam yang termasyhur yang menjadikan Azhar As-Syarif sebagai kiblat ilmu hingga ke abad ini.Di antara mereka yang dikatakan ialah Ahmad Ibnu Muhammad Al Qastolani RA,Badaruddin Abu Mahmud Bin Ahmad Al Aini RA,'Izzuddin Bin Abdul 'Aziz Abdul Salam bin Abil Qasim,Ibnu Atoillah As Sakandari RA,ibnu hajar al asqalani RA dan sebagainya.

Dengan program ziarah tersebut diharap dapat meransang semangat pelajar-pelajr baru khususnya untuk bersungguh-sungguh dan gigih dalam menuntut ilmu di sini(Mesir) sebagaimana semangat yang ditunjukkkan oleh Ulama-ulama' terdahulu bagi manfaat umat bersama.Oleh itu buat kali keduanya program ziarah ke makam aulia' akan diadakan Insyaallah pada 10 hb Febuari 2007 ini untuk sesi 2006/07 khususnya kepada pelajar-pelajar STAM akhawat,setelah diadakan sebelum ini pada awal bulan lapan yang lepas khusus kepada palajar-pelajar mu'adalah.Alhamdulillah ana bersyukur walaupun program ziarah ini hanya tertumpu di Kaherah namun sambutan turut menggalakkan mahupun diluar Kaherah(Iskandariah dan Mansurah).Berkemungkinan seramai 52 orang palajar akhawat termasuk 8 pasang suami isteri akan menyertai program ziarah tersebut.

Tidak dilupakan juga kepada pelajar-pelajar ikhwah yang baru untuk sesi 2006/07.Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM akan mengadakan program jaulah ke Semenanjung Sinai.Mungkin sahabat-sahabat tertanya apa yang terdapat di Semenanjun Sinai sehingga diadakan program jaulah ke sana.

Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah yang telah wujud di sana.Kebanyakan tempat-tempat sejarah di sana telah dirakamkan di dalam Al-Quran.Antaranya makam Nabi Allah Saleh AS(nabi yang di utuskan Allah untuk kaum Thamud),Makam Nabi Harun AS yang terletak berhadapan dengan Lembu Samiri yang pernah dijadikan sembahan oleh puak Bani Israel suatu ketika dahulu,Thursina @ Jabal Musa yang mejadi tempat untuk Nabi Musa bermunajat kepada Allah selama 40 hari.Terdapat juga di sana tempat yang dikatakan pancutan 12 mata air daripada celahan batu yang besar setelah Allah memerintahkan Musa AS mengetuk tongkatnya ke arah batu tersebut.Untuk sampai ketempat-tempat tersebut terlebih dahulu kita akan melalui Terusan Suez yang menjadi jalan penghubung utama dalam operasi perdagangan bagi menghubungkan Benua Afrika dan Benua Asia.Terusan Suez tersebut dibina menggunakan Teknologi Prancis dan dirasmikan penggunaan nya pada tahun 1869.

uuuhhhhhh......Kalau nak diceritakan berkenaan dengan tempat tersebut memang tak habis,dan terlalu seronok untuk ana ceritakan.Jika didengari berkenaan dengan tempat tersebut pastinya ramai pelajar-pelajar baru yang ingin ketempat tersebut.Namun menjadi masalah bagi ana, program tersebut agak kurang mendapat sambutan diperingkat BKPJM pada tahun ini.

Jika dilihat pada tahun sebelum ini kebanyakan pelajar-pelajar baru dikalangan anak-anak johor daripada muhafazah(Zaqaziq,Dumyat,Tanto,Syibien dan mansurah) akan pulang ke Kaherah bagi menyertai program jaulah tersebut di bawah anjuran BKPJM sendiri.Oleh kerana itulah program tersebut sebelum ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan sehingga BKPJM terpaksa menempah sebuah bas dan sebuah coastall.Namun pada tahun ini bagi ana, agak sedikit mengecewakan berikutan sambutan yang kurang menggalakkan sehinggakan pelajar-pelajar baru yang berada di Kaherah sendiri tidak ramai yang berminat untuk menyertai program jaulah tersebut.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, program ke Semenanjung Sinai itu akan diadakan iaitu pada 11 hb Febuari 2007 ini.walaupun begitu jumlah pelajar yang ingin menyertai tidak sampai 15 orang,ini cukup menakutkan ana kerana ia melibatkan penanggungan kos sewaan kenderaan untuk kesana.Bulan ini cukup mengerikan buat ana untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang diperingkat unit.Ia terlalu menguji kemampuan samada mampu atau tidak untuk ana melaksanakan program-program tersebut.

Tidak dinafikan juga ada dikalangan mereka yang berminat namun kewangan yang tidak mecukupi untuk mereka sertai ada juga dikalangan mereka yang kehabisan duit kerana terlalu seronok memanfaatkan peluang yang ada dengan membeli banyak kita-kitab bersempena dengan festa buku yang sedang rancak ketika ini di Kaherah atau lebih dikenali oleh pelajar-pelajar azhar Ma'rad Kutub.

Walaubagaimanapun,ana tidak boleh menyalahkan mereka sama sekali kerana itu adalah hak mereka.Mereka lebih berhak untuk memilih yang lebih terbaik buat diri mereka. Cuma ana mengharapkan agar Allah memberikan petunjuk bagi jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut dan ana berdoa agar program yang dirancang berjalan lancar.......Amin.........

Thursday, February 1, 2007

Suami pelindung si isteri

Lelaki disyaratkan lindungi wanita, hindari kekerasan

DALAM institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita.



Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud: "Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka" (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka.

Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah SAW memberi ingatan dengan sabda bermaksud: "Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya.

Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka.

Apabila Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik.

Rasulullah saw sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang Baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain.

Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri.

Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama.

Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor.

Bagaimanapun ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda Muslim sejati.

Suami baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri Baginda Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata: "Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."

Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya.

Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri juga sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi.

Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami.

Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)