Baru-baru ni mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (AJKT BKPJM) kali kedua telah diadakan pada 31 hb Januari 2007.Natijah daripada mesyuarat tersebut bulan 2 ni merupakan bulan yang padat dengan program yang telah dirancang bagi setiap lujnah.
Bagi lujnah ana sendiri di bawah Unit Sambutan Dan Rehlah untuk tahun ini, juga merancang beberapa program untuk ahli-ahli BKPJM khususnya pada bulan febuari ini.Sudah menjadi kelaziman bagi unit ini setiap tahun untuk mengadakan program jaulah ke Semenanjung Sinai.Kebiasaan nya program tersebut diadakan selepas daripada imtihan semester pertama bagi pelajar-pelajar Azhar.Program jaulah ke Semenanjung Sinai ini adalah antara program yang sering ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar yang baru tiba dibumi anbia' ini khususnya, selain daripada program ziarah ke makam aulia',jaulah ke sekitar Kaherah dan sebagainya.Namun begitu program-program yang diadakan oleh unit ini bukanlah semata-semata untuk melupakan matlamat asal hadir ke bumi anbia' ini dan bukanlah sekadar untuk melepaskan tekanan selepas melalui fatrah imtihan semata-mata tetapi hasil daripada program-program tersebut boleh dijadikan sebagai iktibar,muhasabah dan ransangan kepada pelajar-pelajar baru untuk terus bersemangat dalam menunutut ilmu di sini.
Sebagaimana yang kita ketahui di Mesir ini terdapat banyak makam-makam para ulama' dan aulia' solehin.Ada dikalangan mereka merupakan keturunan daripada Rasulullah antaranya Syeikh Zaki Ibrahim RA,Imam As Syafie,Syeikh Mutawalli Sya'rawi,Syeikh Soleh Al-Ja'fari dan banyak lagi.Manakala ada juga dikalangan mereka merupakan pencetus kepada lahirnya lebih banyak ahli ilmuan islam yang termasyhur yang menjadikan Azhar As-Syarif sebagai kiblat ilmu hingga ke abad ini.Di antara mereka yang dikatakan ialah Ahmad Ibnu Muhammad Al Qastolani RA,Badaruddin Abu Mahmud Bin Ahmad Al Aini RA,'Izzuddin Bin Abdul 'Aziz Abdul Salam bin Abil Qasim,Ibnu Atoillah As Sakandari RA,ibnu hajar al asqalani RA dan sebagainya.
Dengan program ziarah tersebut diharap dapat meransang semangat pelajar-pelajr baru khususnya untuk bersungguh-sungguh dan gigih dalam menuntut ilmu di sini(Mesir) sebagaimana semangat yang ditunjukkkan oleh Ulama-ulama' terdahulu bagi manfaat umat bersama.Oleh itu buat kali keduanya program ziarah ke makam aulia' akan diadakan Insyaallah pada 10 hb Febuari 2007 ini untuk sesi 2006/07 khususnya kepada pelajar-pelajar STAM akhawat,setelah diadakan sebelum ini pada awal bulan lapan yang lepas khusus kepada palajar-pelajar mu'adalah.Alhamdulillah ana bersyukur walaupun program ziarah ini hanya tertumpu di Kaherah namun sambutan turut menggalakkan mahupun diluar Kaherah(Iskandariah dan Mansurah).Berkemungkinan seramai 52 orang palajar akhawat termasuk 8 pasang suami isteri akan menyertai program ziarah tersebut.
Tidak dilupakan juga kepada pelajar-pelajar ikhwah yang baru untuk sesi 2006/07.Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM akan mengadakan program jaulah ke Semenanjung Sinai.Mungkin sahabat-sahabat tertanya apa yang terdapat di Semenanjun Sinai sehingga diadakan program jaulah ke sana.
Terdapat banyak tempat-tempat bersejarah yang telah wujud di sana.Kebanyakan tempat-tempat sejarah di sana telah dirakamkan di dalam Al-Quran.Antaranya makam Nabi Allah Saleh AS(nabi yang di utuskan Allah untuk kaum Thamud),Makam Nabi Harun AS yang terletak berhadapan dengan Lembu Samiri yang pernah dijadikan sembahan oleh puak Bani Israel suatu ketika dahulu,Thursina @ Jabal Musa yang mejadi tempat untuk Nabi Musa bermunajat kepada Allah selama 40 hari.Terdapat juga di sana tempat yang dikatakan pancutan 12 mata air daripada celahan batu yang besar setelah Allah memerintahkan Musa AS mengetuk tongkatnya ke arah batu tersebut.Untuk sampai ketempat-tempat tersebut terlebih dahulu kita akan melalui Terusan Suez yang menjadi jalan penghubung utama dalam operasi perdagangan bagi menghubungkan Benua Afrika dan Benua Asia.Terusan Suez tersebut dibina menggunakan Teknologi Prancis dan dirasmikan penggunaan nya pada tahun 1869.
uuuhhhhhh......Kalau nak diceritakan berkenaan dengan tempat tersebut memang tak habis,dan terlalu seronok untuk ana ceritakan.Jika didengari berkenaan dengan tempat tersebut pastinya ramai pelajar-pelajar baru yang ingin ketempat tersebut.Namun menjadi masalah bagi ana, program tersebut agak kurang mendapat sambutan diperingkat BKPJM pada tahun ini.
Jika dilihat pada tahun sebelum ini kebanyakan pelajar-pelajar baru dikalangan anak-anak johor daripada muhafazah(Zaqaziq,Dumyat,Tanto,Syibien dan mansurah) akan pulang ke Kaherah bagi menyertai program jaulah tersebut di bawah anjuran BKPJM sendiri.Oleh kerana itulah program tersebut sebelum ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan sehingga BKPJM terpaksa menempah sebuah bas dan sebuah coastall.Namun pada tahun ini bagi ana, agak sedikit mengecewakan berikutan sambutan yang kurang menggalakkan sehinggakan pelajar-pelajar baru yang berada di Kaherah sendiri tidak ramai yang berminat untuk menyertai program jaulah tersebut.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, program ke Semenanjung Sinai itu akan diadakan iaitu pada 11 hb Febuari 2007 ini.walaupun begitu jumlah pelajar yang ingin menyertai tidak sampai 15 orang,ini cukup menakutkan ana kerana ia melibatkan penanggungan kos sewaan kenderaan untuk kesana.Bulan ini cukup mengerikan buat ana untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang diperingkat unit.Ia terlalu menguji kemampuan samada mampu atau tidak untuk ana melaksanakan program-program tersebut.
Tidak dinafikan juga ada dikalangan mereka yang berminat namun kewangan yang tidak mecukupi untuk mereka sertai ada juga dikalangan mereka yang kehabisan duit kerana terlalu seronok memanfaatkan peluang yang ada dengan membeli banyak kita-kitab bersempena dengan festa buku yang sedang rancak ketika ini di Kaherah atau lebih dikenali oleh pelajar-pelajar azhar Ma'rad Kutub.
Walaubagaimanapun,ana tidak boleh menyalahkan mereka sama sekali kerana itu adalah hak mereka.Mereka lebih berhak untuk memilih yang lebih terbaik buat diri mereka. Cuma ana mengharapkan agar Allah memberikan petunjuk bagi jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut dan ana berdoa agar program yang dirancang berjalan lancar.......Amin.........
Sunday, February 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment