Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang ana (Saya) bersama AJK pelaksana program ke Semenanjung Sinai 2007 dibawah Unit Sambutan Dan Rehlah Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (USR BKPJM) akhirnya dengan izin Allah kami bersama para peserta seramai 42 orang bertolak dari Rumah Anak Negeri Johor Hayyu Thamin menuju ke destinasi-destinasi yang telah dijadualkan.Perjalanan kami bermula pada hari Ahad 11 Febuari jam 2.30 pagi.
Pada awalnya program ini hampir sahaja tidak berjaya diadakan pada tahun ini disebabkan beberapa masalah yang timbul.Masalah utama yang terpaksa kami hadapi ialah kekurangan peserta.Seminggu lagi program ini akan diadakan kami hanya menerima tidak kurang daripada 27 orang peserta sahaja.Hasil perbincangan yang ana adakan bersama AJK Pelakasana disertai oleh Yang Dipertua (YDP BKPJM) pada mulanya memutuskan bahawa program ke Semenanjung Sinai pada tahun ini tidak dapat dianjurkan oleh BKPJM.Berkemungkinan kami akan menghantar peserta-peserta kami untuk menyertai rombongan tersebut dibawah anjuran Badan Kebajikan Anak Negeri Perlis(BKANP).Namun atas persetujuan bersama kami mencadangkan agar menunggu beberapa hari lagi sebelum kita memutuskan cadangan tersebut.
Berbaki tiga hari lagi program yang dirancang akan diadakan,bendahari program Ustaz Basir B. Muhammad menerima tawaran penyertaan yang tidak disangka-sangka iaitu sebanyak 12 orang.Ditambah pula penyertaan oleh YDP bersama 2 orang Exco BKPJM meyakinkan ana dengan jumlah wang pendaptaran yang terkumpul untuk terus menyewa sebuah bas besar dengan kos sewaan beharga 3800.00 Pounds meliputi perjalanan kami untuk 3hari 2malam.
Program ke Semenanjung Sinai dibawah anjuran USR pada tahun ini bergabung dengan Lajnah Keseniaan dan Sukan (LKS BKPJM).AJK Pelaksana yang terlibat dalam program ini ialah
a)Unit Pendaftaran:Ustaz Muhammad Faiz B Esa
b)Bendahari :Ustaz Basir B Muhammad
c)Unit Keselamatan:Ustaz Muhammad Shahril B Surib
d)Unit Penerangan :Ustaz Muhammad Yazid B Pardi
e)Unit Masakan :Ustaz Muhammad Iqbal B Muhammad Noh
Hari Ahad (11 Febuari 2007)
Hampir 3 jam perjalanan dari Rumah Johor,kami singgah disuatu perhentian untuk solat subuh dan sarapan di sana.Sekitar 1 jam setengah kemudian kami pun berangkat menuju ke destinasi pertama kami iaitu melalui Terowong Ahmad Hamdi yang menyusur masuk dibawah Terusan Suez.Sebagaimana yang kita ketahui suatu ketika dahulu terusan ini menjadi rebutan musuh-musuh mesir.Meraka adalah dikalangan tentera-tentera Prancis dan Britain yang dibantu oleh Israel.Terusan ini menjadi rebutan mereka kerana ia mampu menjadi terusan utama dalam hubungan perdagangan dunia bagi menghubungkan Benua Eropah dan Asia khususnya.Namun takdir mengatasi tadbir.selepas 50 tahun mengundang berbagai krisis, hingga kini terusan itu masih dikuasai Kerajan Mesir.Dengan teknologi Perancis maka terasmilah penggunaan terowong ini pada tahun 1869.Dikatakan bahawa pembinaan terowong ini juga melibatkan pembangunan Terusan Suez memerlukan sejumlah 1600 ekor unta untuk mengangkat air minuman kepada 2500 orang pekerja.
Melalui terowong tersebut kami terus menuju ke Kubu Israel yang ditinggalkan mereka setelah menerima kekalahan dalam peperangan sengit antara tentera Mesir pada ketika itu sekitar tahun 1960an.Banyak kesan-kesan peninggalan tentera-tentera Israel yang terdapat di situ antaranya alat kelengkapan perang mereka samaada yang telah musnah mahupun yang masih berkeadaan baik lagi.Kemudian kami menuju ke 'Uyun Musa dan Hamam Fir'aun sebelum meneruskan destinasi ke Sant Chaterine.Laut yang terletak di kawasan 'Uyun Musa inilah dipercayai bahawa Fir'aun di tenggelamkan bersama-sama dengan kroni-kroninya.Sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat ke 50:
وإذ فرقنا بكم البحر فأنجينكم وأغرقنا ءال فرعون وأنتم تنظرون
Maksudnya:”Dan kenangkanlah ketika kami belahkan laut merah untuk kamu lalui (pengikut dikalangan Bani Israel yang turut bersama Musa Melarikan daripada ancaman Fir’aun),maka kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan Fir’aun bersama-sama tentera-tenteranya,sedang kamu mengatahuinya”
Bertolak dari Hamam Fir’aun terus menuju ke Sant Chaterine mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 jam untuk sampai.Dalam perjalanan, selepas melalui pondok kawalan keselamatan yang menandakan kami sudah hampir untuk tiba destinasi tersebut,sempat untuk kami menziarahi makam Nabi Allah Saleh.Sebagaimana yang kita ketahui Nabi Allah Saleh Yang diutuskan untuk kaum Thamud.Nabi Saleh ‘Alaihi Salam telah dicabar oleh kaumnya bagi menunjukkan mu’jizatnya jika ia benar-benar nabi yang diutuskan Allah.Akhirnya dengan izin Allah, doanya agar Allah mengeluarkan seekor unta betina dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat disisi sebuah bukit berhadapan dengan mereka termakbul.Lantas peringatan diberikan kepada Kaum Thamud agar tidak membunuh Unta Betina itu jika tidak mahu ditimpa keatas mereka bala Allah.Namun peringatan itu tidak di endahkan dan mereka menerima bala Allah sebagaimana yang dijanjikan ke atas mereka.Di firmankan Allah S.W.T kisah ini antaranya di dalam Surah Asy-Syams ayat 12 hingga 15:
"كذبت ثمود بطغواها*إذ انبعث أشقاها*فقال لهم رسول الله ناقة الله
وسقياها*فكذبوه فعقروها فدمدم عليهم ربهم بذنبهم فسواها*ولا يخاف عقباها*
Maksudnya:”Ingatlah Kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya)dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas(11)Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mu’jizat(12)Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Saleh) kepada mereka :”Janganlah kamu ganggu unta betina daripada Allah itu,dan janganlah kamu menyekatnya daripada mendapatkan air minumannya (supaya kamu tidak ditimpa azab)(13)Setelah Nabi Saleh memberi amaran lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu.Dengan sebab dosa mereka,maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah ranah semuanya)(14)Dan Allah tidak hiraukan kesudahan mereka yang demikan,(kerana itulah balasan yang adil)(15)
"وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربو من رزق الله ولا تعثوا فى الأرض مفسدين"
Maksudnya:”Dan Ingatlah ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,maka Kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”.(Ia pun memukulnya),lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air;sesungguhnya setiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.Dan Kami berfirman:”Makan dan minumlah daripada rezeki Allah itu,dan janganlah kamu merebakkan bencana dan kerosakan diatas muka bumi.”
Kami kembali semula ke masjid untuk solat maghrib dan isyak.Kami berehat beberapa jam sebelum berangkat untuk menjejaki puncak Jabal Thursina pada awal paginya.
"وإذ أخذ نا ميثاقكم ورفعنا فوقكم الطور خذوا مآ ءاتيناكم بقوة واذكروا ما فيه لعلكم تتقون"
Maksudnya:”Dan ingatlah ketika kami mengambil perjanjian setia kamu semasa kami angkatkan gunung Thursina di atas kamu sambil kami berfirman:”Terimalah Taurat yang telah kami kurniakan kepada kamu(serta amalkanlah)dengan bersungguh-sungguh,dan ingatlah (jangan lupakan )apa yang tersebut di dalamnya,supaya kamu bertakwa.”
Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diketuai setiap kumpulan oleh penunjuk jalan dikalangan mahasiswa-mahasiswa senior.Alhamdulillah dimaklumkan kumpulan pertama telah berjaya menjejaki jabal Thursiana tersebut pada pukul 5.15pagi dan diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain pada waktu berikutnya.Pada tahun ini juga peserta-peserta beruntung kerana dapat melihat ketulan-ketulan ais yang banyak terbentuk dicelahan-celahan batu ketika hampir tiba di puncaknya.Setelah kesemua kumpulan tiba kepuncak kemudian kami sama-sama menuruni dari puncak tersebut.Kebanyakan peserta mengambil masa sekurang-kurangnya 2jam menuruni puncak gunung tersebut untuk sampai keperkarangan tempat menungu bas.Kelihatan raut wajah para peserta yang telah selamat tiba diperkarangan menunggu ketibaan bas dalam keadaan keletihan yang amat sangat.Setelah bas kami sampai diperkarangan,terus kami menaikinya menuju ke Makam Nabi Allah Harun dan patung Lembu Samiri yang dikatakan pernah menjadi sembahan Bani Israel suatu ketika dahulu. Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.
Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran,Surah Al-Qasos ayat 34:
"وأخي هارون هو أفصح مني لسانا فأرسله معي ردءا يصدقني إني أخاف أن يكذبون"
Maksudnya:”Dan saudaraku
Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin.Perjalanan kami diteruskan lagi untuk terus menuju ke sebuah pecan kecil yang diberi nama Dahab.Di sinilah antara tempat perlancongan yang menjadi tumpuan pelancong samada di dalam mahupun diluar negeri.Setibanya disana kami menempah sebanyak 42 buah chalet dengan harga 20.00Pounds sebilik.Para peserta mengambil kesempatan sepanjang berada di Dahab dengan membeli cenderamata yang banyak dijual dikawasan tersebut.Mereka sempat juga beriadah dan mandi manda di tepi pantai.
No comments:
Post a Comment