Kejatuhan Baitul Maqdis pada tahun 492H membuktikan kuasa islam yang semakin mundur dan peningkatan kuasa barat kristian yang berjaya mendirikan empat buah Kerajaan Latin di Baitul Maqdis,Edessa,Antakiyah dan Tarablus adalah kawasan dalam jajahan yang bersempadan dengan penghujung timur laut Mediterranean dari Furat hingga Ke Mesir.Oleh yang demikian membayangkan seluruh dunia islam terdedah kepada ancaman kehancuran.Cita-cita pahlawan-pahlawan salib begitu tinggi sehingga Reginald of Chatillon pernah menyatakan hasratnya untuk melanggar semenanjung arab dengan tujuan keji bagi menyerang Mekah dan Madinah serta ingin mengeluarkan jasad mulia Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam(S.A.W) dari maqamnya.Keadan ini menunjukkan Islam dibayangi ancaman buat kali kedua dalam sejarahnya.
Pada dekad-dekad permulan abad ke enam Hijrah,sesudah kewafatan Raja Malik Shah pemerintah agung Seljuk yang terakhir,meletuslah perang saudara dikalangan pegantinya dan empayarnya berpecahkepada beberapa jajahan yang berasingan.Ketika itu tidak ada seorang pemerintah punyang berupaya menyatukan tenaga-tenaga islam bagi mengahadapi cabaran musuh-musuh islam dari barat daya.
Kemunculan Sultan ‘Imaduddin Al-Zinki
Dalam saat-saat yang genting ini,disaat umat islam diambang perpecahan dan kekecewaan bintang penyelamat muncul di ufuq timursebagaimana yang biasa terjadi sebelumnya ,islam memperolehi pembelanya dari tempat-tempat yang tidak disangka-sangka.Lane
”Kini tibalah masanya untuk menaikkan seruan jihad dan untuk kemunculan seorang panglima yang keberanian dan kecekapan perangnya dihormati oleh semua orang.dan ketua-ketua Turki serat para pengikut mereka akan menjadi para pejuang agama yang mesti diambil kira oleh tentera salib.Panglima itu di temui dalam peribadi ‘Imaduddin Al-Zinki”
‘Imaduddin Al-Zinki adalah anak kepada seorang penyelenggara istana Malik Shah.Sultan Mahmud memberikan kepadanya Kerajaan Mosul beserta dengan pangkat Alabek,iaitu Pengasuh Putera-Puteri di Raja.Selepas memantapkan kuasanya di Syria dan di Iraq,’Imaduddin terus mara menuju ke Kerajaan Edessa yang merupakan kubu pertahanan tentera-tentera salib yang terkuat serta menjadi pusat bagi penyerbuan mereka ke dalam jajahan-jajahan berdekatan yang dikuasai umat islam.Akirnya pada tarikh 6 Jamadhil-akhir tahun 530H’Imaduddin berjaya menakluki kota Edessa sepenuhnya.Dalam masa yang sama Lembah Furat terselamat daripada pelanggaran tentera-tentera salib.Tidak lama kemudian ‘Imaduddin dibunuh oleh seorang hamba pada tarikh 5 Rabi’ul-Akhir tahun 541H.Bergitulah berakhirnya riwayat hidu seorang pahlawan islam yang ulung yang telah membuka jalan bagi mengadakan serangan balas terhadap keangkuhan tentera-tentera salib.Namun begitu tugas yang belum doselesaikan oleh ‘Imaduddin itu disambut tulus oleh anaknya yang termasyhur dialah yang bernama Al-Malik Al-‘Adil Nuruddin Al-Zinki.
Al-Malik Al-‘Adil Nuruddin Al-Zinki
Nuruddin bin Mahmud Al-Zinki yang menjadi Sultan Halab kini memikul tanggungjawab membela islam.Segala matlamatnya tertumpu pada pengusiran tentera-tentera salib dari
Dengan izin Allah,pada tahun 559H Nuruddin Al-Zinki berjaya menawan Harim,sebuah kubu pertahanan tentera salib di utara,sesudah mengalahkan tentera bergabung Perancis dan Yunani.ada riwayat yang menyatakan bahawa 10000 tentera kristian terkorban dalam pertempuran ini dan ramai tentera-tentera salib menjadi tawanan bersama-sama dengan kebanyakan ketua-ketua mereka seperti Bohemond Raja Antakiyah,Raymond dari istana Tarablus,Joscelin III,dan Panglima Yunaniyang bergelar Duke of Calamor.Tidak lama kemudian,kubu pertahanan Banias di kaki gunung hermon jatuh ke tangan Panglima Nuruddin Al-Zinki.Hasil daripada penguasaan kubu pertahanan tersebut tentera salib dikepung dari dua sudut .Kepentingan perubahan kuasa politik ini telah dicatat dalam tulisan Lane Pole:
“Penguasaan Lembah Nil panglima Nuruddin iaitu Salahuddin Al-Ayubi meletakkan Kerajaan Salib Baitul Maqdis ketika itu dalam keadaan tersepit diantara dua angkatan perang yang diketuai oleh kuasa yang sama.Pelabuhan Domoilla dan Iskandariyah memberikan kemudahan kepada tentera laut islam memutuskanperhubungan tentera salib dengan Eropah ,memberhentikan kapal-kapal penziarah tahunan serta merampasa bekalannya.”
Natijah daripada sekatan itu Nuruddin Al-Zinki telah berjaya menggugat tentera-tentera Salib di Palestin dengan memberi tekanan secara terus menerus.Tidak memadai dengan tekanan tersebut dengan izin Allah yang maha Agung lagi Maha menentukan segala-galanya cita-citanya untuk mengusir sepenuhnya tentera-tentera salib di kota suci Baitul Maqdis itu telah disempurnakan oleh Salahuddin Al-Ayubi mengikut strategi yang telah dunjukkannya.
Setelah beberapa ketika selepas kejayaan tersebut Nuruddin Al-Zinki akhirnya menyahut seruan ilahi pada tahun 569H ketika berumur 56 tahun kerana mengidap penyakit radang pada kerongkongnya.Berita kematiannya amat mengejutkan rakan seperjuannya Sallahuddin Al-Ayubi dan seluruh umat islam ketika itu.
Keperibadian Nuruddin Al-Zinki
“Nuruddin adalah raja yang ‘adil dan soleh,sentiasa bersedia menuruti peraturan syari’ah serta menjadi penaung kepada para ulama’ yang pemurah.Beliau amat mengambil berat tentang jihad serta memperbelanjakan pendapatannya ke atas institusi agam dan kebajikan kaum fakir miskinBeliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan di semua kota-kota penting di
Pengakuan Ibnu Athir amat bernilai kerana dia berumur 14 tahun ketika Nuruddin meninggal dunia.Beliau menulis mengenai peribadi dan perwatakan Nuruddin seperti berikut:
“Belanja hidupnya diambil daripada harta benda yang dimilikinya melalui pendapatan pembahagian harta rampasan yang diperolehinya dalam perang.Beliau membuka tga buah kedai di Kota Hama yang menyumbangkan bayaran sewaan sebanyak 20 dinar setahun bagi tujuan perbelanjaan rumah tangganya.pernah apabila isterinya pernah mengadu tentag ketidakcukupan pendapatan dari kedai-kedai tersebut ,beliau menempalk:”tiada ada apa lagi untuk diriku berikan kepadamu.Lebihan harta yang tinggal adalah sebagai pemegang amanah bagi kebajikan kaum muslimin.Aku tidak ingin dihumbankan ke dalam api neraka kerana dirimu.memaksa aku menggunakan harta awam bertujuan untuk kepentingan hidup kita.
Kehidupan malamnya dihiasi dengan ibadah kepada Allah.Bermazhabkan Hanafi,mempelajari Fiqh dan Hadith tetapi tidak pula bersifat taksub.Penonjolan beliau dengan sifat ke’adilannya yang terbukti dengan permansuhkan cukai diseluruh kerajannya yang luas termasuk Mesir,Syiria dan Mosul.Di medan peperangan beliau dikagumi oleh semua orang kerana keberaniaanya beliau sentiasa membawa 2 busar dan anak panah ke medan tempur.”
Keyakinan yang Teguh
Ketika beliau ditewaskan di Hisn Al-Akrad pada tahun 558H dengan serangan hendap daripada tentera-tentera salib,beliau telah berazam untuk menewaskannya kembali dengan mendirikan khemah beliau bersama-sama tentera islamnya di Hama hanya beberapa batu dari khemah musuh.Nuruddin berkata:”Aku tidak hairan terhadap musuh sekiranya aku memiliki seribu tentera berkuda,Demi Allah! Aku tidak akn berteduh di bawah bumbung khemah ini selagi tidak ku tebus kekalahan lalu.”..................alzinki............
No comments:
Post a Comment