Terfikir ada baiknya jika ana(saya) memberikan sedikit ilmu yang berkaitan dengan masalah asas dalam ibadah seharian kita.Disaat kebanyakan umat islam pada hari ini,sudah ramai yang mula mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang hamba Allah di muka bumi sedangkan dalam masa yang sama mereka meyakini bahawa mereka pasti akan kembali mengadap Allah di padang mahsyar nanti.
Bayangkan sahabat-sahabat sekalian jika sekiranya kita mengadap Allah S.W.T dalam keadaan kita tiada persediaan mahupun bekalan bagi menghadapinya alangkah ruginya.Adakah kita mahu membiarkan diri kita kesunyian tanpa arah,hati yang sentiasa gelisah,penuh dengan sifat-sifat dendam dan irihati,sentiasa melakukan perkara-perkara yang di murkai Allah.
Tidak pernahkah kita terfikir untuk mengubah diri supaya menjadi insan yang suka melakukan kebajikan sesama manusia,hati yang sentiasa tenang kerana diri sentiasa mendampingi Allah S.W.T Namun begitu bagaimanakah caranya untuk kita mendampingi Allah?Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-‘ankabut ayat ke 45;
"إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر"
Maksudnya:”Sesungguhnya Sembahyang itu dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar”
Kita mengetahui bahawa sembahyang itu dapat mencegah diri daripada melakukan segala perbuatan keji dan mungkar tetapi bagaimana kita hendak melaksanakannya.Persoalan inilah yang membayangi di benak saya.Berani saya mengatakan bahawa berlakunya kes-kes yang melibatkan ibu bapa yang tidak pernah mengajar anak-anak mereka sembahyang atas alasan mereka sendiri tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan sembahyang.Sekadar ingin membantu walaupun tidaklah selayak mana jika hendak dibandingkan dengan ilmuan islam yang lain memiliki seluas lautan ilmu tetapi tidak salah rasanya untuk ana mencurahkan sedikit ilmu untuk difahami bersama.
Ana ingin menjadikan blog ana ini sebagai wasilah untuk menerangkan serba sedikit kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan ilmu fekah khusunya dalam bab yang berkaitan dengan ibadah.Insyaallah jika tidak menjadi halangan setiap hari Ahad ana akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan ibadah secara sambungan demi sambungan.Begitu juga halnya dengan pengetahuan asas dalam ilmu Tauhid juga secara sambungan bermula pada setiap hari Jumaat.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Pada minggu ini ana ingin menerangkan tentang tajuk Bersuci.
( الطهارة ) Ath-Thoharoh menurut bahasa bererti bersih seperti anda mengatakan
“ طهرت التياب “ saya telah membersihkan pakaian itu.Sedangkan menurut Syara’ bererti membasuh anggota-anggota yang khusus atau melakukan apa yang membolehkan seseorang itu solat dengan basuhan anggota-anggota tertentu seperti wudhu’.
Hukum mengambil wudhu’ ini menjadi sunat jika sekiranya kita mahu belajar,berzikir ataupun ketika hendak tidur.Akan tetapi wudhu’ itu menjadi wajib jika sekiranya kita ingin menunaikan solat sunat mahupun solat 5 waktu ataupun jika kita ingin memegang mashaf Al-Quran.Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Maidah ayat yang ke 6;
"يأيها الذين ءامنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبين"
Maksudnya:”Wahai orang-orang yang berman apabila kamu hendak mengerjakan solat,maka basuhlah mukamu dan tanganmu hinga ke sikumu dan sapulah kepalamu dan basuhlah kakimu hingga ke dua mata kaki mu(buku lali)”
Begitu juga yang dihukumkan dengan mandi.Hukum perbuatan mandi ini boleh menjadi wajib jika sesorang itu dalam keaadaan berhadath besar ataupun dalam keadaan berjunub.Terjadinya ke atas seseorang itu dalam keadaan berjunub contohnya keluar mani hasil daripada mimpi ataupun bersetubuh.Ada yang berpendapat ketika seseorang itu bersetubuh samaada keluar atau tidak air maninya tetap diwajibkan ke atasnya untuk melaksanakan hadath besar ataupun mandi wajib.Menjadi sunat pula mandi itu ketika ia ingin melaksanakan mandi-mandi sunat contohnya sunat jumaat ataupun mandi sunat hari raya.Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Maidah ayat yang ke 6;
"وإن كنتم جنبا فاطهروا"
Maksudnya:”Dan jika sekiranya kamu dalam keadaan berjunub maka mandilah”
Kesemua jenis perbuatan penyucian yang telah disebutkan tadi dikatakan sebagai rof’ul hadath ( رفع الحدث ) iaitu “mengangkat yang baru”.Disebut perbuatan “ mengangkat” kerana bahawasanya sesuatu benda yang diangkat pastinya akan turun atau jatuh kembali ke bawah mengikut masa tertentu.Begitulah dinisbahkan kepada perbuatan bersuci ini.Contohnya seseorang itu telah batal wudhu’nya apabila keluar sesuatu dari salah satu 2 kemaluannya seperti membuang air kecil(kencing).Maka diwajibkan ke atasnya memperbaharui wudhu’ jika sekiranya ia ingin menunaikan solat atau ingin memegang Al-Quran.Setelah ia berwudhu’ maka tidak mustahil akan terbatal kembali wudhu’nya apabila berulang kembali perkara yang sama iaitu keluar sesuatu dari salah satu 2 kemaluannya.
Perbuatan mengangkat hadath ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;
a)Hadath Kecil ( رفع الحدث الأصغر ) dengan dilaksanakan wudhu’
b)Hadath Besar ( رفع الحدث الأكبر ) dengan dilaksanakan mandi
Hadath Kecil
Bermaksud perkara maknawi yang diiktibarkan perbuatanya melalui hukum syara’ iaitu melaksanakan pembersihan di bahagian anggota-anggota tertentu tubuh badan.Contohnya apabila seseorang itu batal wudhu’nya apabila ia terkentut.Jika dilihat dari mata akal kita seharusnya seseorang itu hanya perlu membersihkan kemaluanya sahaja sudah mencukupi untuk membolehkan ia menuanaikan solat.Namun Syara’ memerintahkan supaya ia membersihkan atau membasuh anggota-anggota tertentu jika sekiranya ia ingin menunaikan solat.sebagaimana yang telah difirmankan Allah S.W.T didalam Surah al-Maidah ayat yang ke-6.
Hadath Besar
Bermaksud perkara maknawi yang dilaksanakan secara zahir mengikut hukum syara’.Iaitu melaksanakan penyucian atau pembersihan ke seluruh anggota badan dengan sebab-sebab tertentu seperti berjunub,keluar haid dan wiladah.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Jika kita melihat bahawa sesungguhnya islam telah menggariskan dengan begitu cantik dan tersusun kepada hambanya bagaimana untuk menyucikan diri dari sebarang keraguan dan kegusaran hati bagi memastikan diri mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan suci di sisi Allah S.W.T.Maka diterangkan bagaimana cara untuk membersihkan anggota-anggota zahir dengan membasuh muka dan kedua-dua belah tangan dan kaki dan menyapu kepala(perbuatan wudhu’) juga menyuruh kita menyucikan seluruh anggota badan (perbuatan mandi) sekali seminggu paling sedikit.sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah dalm sabda baginda;
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"حق على كل مسلم أن يغتسل في كل سبعة أيام يوما فيه رأسه وجسده" متفق عليه:نيل الأوطار للشوكاني
Maksudnya:”Berhak ke atas setiap orang islam itu mandi pada setiap tujuh hari sehari dengan ia membasuh kepalanya dan tubuh badanya”
Hikmah Pensyari’atan Bersuci
Islam menggalakkan ke atas setiap orang islam menyucikan diri mereka kerana di sana terdapat berbagai faedah dan kemaslahatan sesama manusia.Antaranya menyumbang kepada kesihatan diri menghindarkan diri daripada sebarang kuman dan penyakit yang boleh memudaratkan diri.Jika seseorang itu tampil disekeliling masyarakat dalam keadaan bersih maka akan menimbulkan ketenangan pada hati dan pandangan masyarakat dan menjadi salah satu faktor untuk masayrakat di sekeliling mudah mendampinginya seterusnya akan menimbulkan kasih saying anatar sesame manusia dan ketahuilah sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertaubat dan bersih(suka menyucikan diri).
Insyaallah sahabat-sahabat jika diizinkan Allah akan kita sambung penerangan tentang bab bersuci ini pada hari ahad yang akan datang.Pada hari ahad yang akan datang ana akan menerangkan kepada sahabat-sahabat berkenaan dengan “Air-air yang harus digunakan untuk bercuci dengan nya”.Ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalualukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-asahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….
1 comment:
salam ya akhi... salah eja wibesite... sebenarnya website... ahaks... saja jer tegur... jgn mare yer.. teruskan perjuangan kita bersama dalam medan penulisan... leh jadi 'penulis itu pemikir' gak la enta ni... huhuhu
Post a Comment