Tuesday, March 13, 2007

BKPJM di bulan Mac.......

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian

Terimakasih atas kunjungan sahabat-sahabat ke dalam blog saya samaada secara sengaja mahupun tidak sengaja juga dialu-alukan kepada sahabat-sahabat yang berada di mana sahaja untuk kita sama-sama berkenalan disamping turut bersama dalam membuahkan sebarang idea dan cadangan yang dirasakan relevan untuk dihipotesiskan berkenaan dengan sebarang maklumat ataupun isu semasa yang berlaku.

Hmmm….kalau sebelum ni saya ada menyatakan antara program-program ataupun aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir(BKPJM) pada bulan lepas.Mungkin ada dikalangan ustaz-ustazah mahupun sahabat-sahabat di Malaysia yang ingin mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan maklumat berkenaan apa yang berlaku di Rumah anak Johor di Mesir.

Pada tahun ni nampaknya Unit Pengetahuan Dan Bimbingan (UPB BKPJM)agak rancak mengadakan kelas-kelas pengajian mendalami ilmu agama(Tafakuh Fiddin) selain daripada mengadakan kelas bimbingan untuk mata pelajaran kuliah bagi mahasiswa-mahasiswi Johor.Sebagaimana kelas-kelas tafakuh yang diadakan pada bulan lepas diteruskan pada bulan ini antaranya;

a)Kitab عمدة الأحكام ,pengajian Hadith Fiqh diajar oleh :Sheikh Husni Ginting (Indonesia)

b)Kitab العقيدة الطحاوية ,pengajian Tauhid diajar oleh :sheikh Husni Ginting

c)Kitab صفوة الزبد ,pengajian matan yang dikarang oleh Imam al-Fakih al-‘allamah asy-Syarif Muhammad Bin Ahmad Bin Zubad yang meliputi matannya dari sudut Tauhid,Fiqh dan Tasauf diajar oleh :Sheikh Muhammad Agil (Yaman)

d)Kitab الجمع الجوامع ,pengajian Usul Fiqh yang diajar oleh :Sheikh Salim (Yaman)

e)Kitab التحفة السنية,pengajian nahu syrah kepada Mukadimah Ajrumiah diajar

oleh :Ustaz Syafiq B Elias

Untuk pengajian kitab عمدة الأحكام dan العقيدة الطحاوية jadual pengajiannya ialah pada hari Sabtu selepas magrib dengan dimulakan pengajian kitab ‘Umdah terlebih dahulu sebelum masuk kepada kitab al-‘akidah at-Thohawiah.Manakala pengajian kitab صفوة الزبد diadakan 2 minggu sekali iaitu pada hari Isnin @ selasa mengikut kelapangan Sheikh

antara 2 hari tersebut.Bagi Kitab الجمع الجوامع telah bermula pengajiannya pada awal bulan Mac ini.Bagi pelajar-pelajar yang ingin mengikuti pengajian ini dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak 20 Junaih sebulan.Kelas pengajiannya didakan pada setiap hari Rabu selepas solat maghrib.Seterusnya kelas pengajian Nahu yang diajar oleh Ustaz Syafiq B Elias juga diadakan 2kali seminggu iaitu pada hari Ahad selepas Maghrib.

Pada awal bulan Mac telah berlangsung pertandingan bola sepak sempena Piala Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Pasukan bola sepak jJohor yang berada dalam kumpulan C bersama pasukan dari Terengganu.Negeri Sembilan,Zaqaziq Pasukan bole sepak Johor pada tahun ini gagal ke peringkat suku akhir setelah tewas dengan kekurang mata yang diperolehi setelah seri beberapa kali dalam pertemuan di peringkat kumpulan.

Program besar yang bakal berlansung pada bulan Mac ini hasil persetujuan daripada mesyuarat exco yang lepas untuk mengadakan Bazar Sri Johor.Kalau di Malaysia setahun sekali akan diadakan bazar makanan yang menjual hidangan-hidangan untuk berbuka puasa.Tetapi lain pula hal keadaanya bagi mahasiswa-mahasiswa di Mesir.Persekutuan Melayu Rebublik Arab Mesir (PMRAM) memberi peluang setiap tahun kepada semua Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (BKAN) untuk memperkasakan lagi ekonomi BKAN mereka masing-masing.

Pada tahun ini Alhamulillah usul yang dicadangkan oleh Pengerusi Unit Bendahari merangkap Lajnah Ekonomi BKPJM iaitu Ustaz Faizul Hadi B Montalib diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat dalam Mesyuarat Exco BKPJM yang lepas untuk mengadakan bazar pada semester pertama untuk tahun ini.Berbanding pada tahun yang lepas lajnah ekonomi telah mengadakannya pada semester kedua iaitu pada bulan 7.Berbagai persiapan dari segi perlantikan Ahli Jawatan Kuasa yang terlibat telah dibuat bagi melicinkan lagi perjalanan bazar pada tahun ini.

Bazar pada tahun ini diadakan selama 4 hari berturut-turut bermula pada 17 Mac hingga 20 Mac 2007.Sehubungan itu gotong-royong perdana akan diadakan oleh Unit Jawatankuasa Persiapan sehari sebelum bazaar bermula bagi sama-sama membersihkan kawasan Rumah Johor dan mendirikan khemah di kawasan gerai.Bagi anak-anak Johor yang berada di Kaherah khususnya tidak lupa juga kepada mereka yang berada diluar Kaherah dijemput untuk turut serta hadir bagi sama-sama menjayakan gotong-royong tersebut.

Itulah antara program-program yang akan berlansung di Rumah Johor untuk bulan ini.Bagi anak-anak Johor yang berada di Kaherah sekali lagi diharap dapat sama-sama menjayakan program-program yang telah dirancang oleh BKPJM……alzinki…….

No comments: