Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang, gotong-royong perdana yang dianjurkan oleh Unit Persiapan Bazar Sri Johor 2007 telah berjalan dengan sempurna.Seawal jam 7.30 pagi Jumaat sudah kelihatan anak-anak Johor berada di perkarangan Rumah Johor untuk bersama-sama menjayakan gotong-royong yang dianjurkan.
Gotong-royong perdana turut serta dijayakan oleh barisan exco BKPJM bersama penasihat.Tugas utama dimulakan kami dengan mendirikan khemah di kawasan gelanggang permaianan takraw yang terletak bersebelahan di bangunan rumah Johor dan di bahagian belakang rumah.Di kawasan gelanggang ini ditempatkan meja makan dan 2 buah gerai yang bertentangan dengan meja makan pelanggan.Manakala dibahagian belakangnya pula ditempatkan sepenuhnya 5 buah gerai menjual makanan dan sebuah meja kupon pembelian makanan.
Sambil yang lain sibuk mendirikan khemah ada juga dikalangan mereka yang membersihkan kawasan rumah Johor terutama di kawasan gerai dan meja makan.Tidak ketinggalan juga bagi peniaga-peniaga bazar pada tahun ini yang turut hadir untuk memilih meja-meja yang akan mereka gunakan untuk berniaga pada hari esok secara tidak langsung membersihkan kawasan gerai mereka.
Jika sebelum ini rumah Johor menghadapi masalah bekalan air yang tidak mencukupi akibat daripada tekanan dari sumber air yang rendah.Masalah ini antara agenda utama yang telah diperbincangkan oleh Exco Johor dalam mesyuarat yang lepas.Memandangkan Bazar telah dipersetujui untuk diadakan pada semester pertama,akan berlaku masalah pada peniaga dan
ahli rumah Johor khususnya jika masalah bekalan air ini tidak
di atasi.Oleh itu BKPJM telah mengeluarkan sejumlah peruntukan
bagi membaik pulih sistem penyaluran air daripada punca utama
sumber air ke rumah Johor.Alhamdulillah masalah tersebut
diambil serius dan telah dilaksanakan tindakan penyelesaiannya 2 minggu sebelum Bazar berlangsung.
Gotong-royong yang diadakan bukan semata-mata sebagai
persediaan untuk menghadapi Bazar pada keesokan hari malahan
ia dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahmi sesama anak
-anak Johor di Mesir baik yang junior mahupun senior.Kesempatan yang diambil dalam suasana gotong-royong tersebut untuk mereka bertanyakan khabar berita dan bergurau senda.Inilah di antara keistimewaan kami anak-anak Johor yang berada di Mesir ini.Moga-moga suasana sedemikian dapat dikekalkan dan natijahnya melahirkan persefahaman yang baik dan kesatuan yang jitu.
Sudah menjadi kelaziman di rumah johor jika ada aktiviti sebegini
diadakan,mahasiswi akan diminta untuk membuatkan sarapan bagi santapan mahasiswa-mahasiswa yang telah kepenatan bergotong-royong.Kami dihidangkan dengan soto dan air teh o sebagai minuman sarapan pagi pada kali ini.Hmmm mesti sahabat-sahabat menantikan bagaimana suasana ketika bazar nanti.Kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi di Mesir anda dijemput untuk datang ke Bazar Sri Johor bagi merasai resepi-resepi masakan Johor terutamanya "Nasi
Ambenggggg". ......alzinki........

No comments:
Post a Comment