Ketika dizaman Rasulullah S.A.W orang islam mengambil segala hukum terhadap sesuatu masalah dengan jelas melalui dari sumber-sumber yang bersih,iaitu dari kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.Jika di sana berlaku atau timbul sesuatu masalah maka para sahabat akan terus merujuk kepada Rasulullah bagi memperolehi penjelasan.Kebanyakan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat islam ketika itu tidak kiralah samada masalah tersebut dari sudut ibadah mahupun muamalah sesama manusia.Apabila tanggugjawab yang telah Allah amanahkan kepada Nabi kita telah selesai maka turunlah ayat daripada Surah Al-Maidah ayat ke 3;
"اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا"
Maksudnya:”Hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku penuhi nikmat Ku ke atas kamu serta Aku redha islam itu sebagai cara hidup kamu”
Turunnya ayat tersebut menandakan betapa hampirnya hari kewafatan Rasulullah secara tidak langsung berakhirlah perutusan dari Allah dan tidak akan wujud lagi selepas itu syariat yang baru.
Perjuangan menegak dan meneguhkan kekuatan islam diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin selepas kewafatan Rasulullah.Dizaman khalifah ini orang-orang islam telah mengorbankan seluruh tenaga bagi memastikan perluasan ajaran agama islam mampu bertapak di negeri-negeri yang baru.Hasil daripada kesungguhan mereka,Allah menentukan kejayaan mereka untuk menguasai negara-negara yang terdapat di sebelah timur,barat,utara dan selatan.
Oleh itu manusia dari berbagai bangsa dan kaum telah menyahut seruan yang baharu ini dan terus menganut agama islam sebagai cara hidup mereka.Sebagaimana Rasulullah menghadapi masyarakat jahiliahnya dahulu dalam membasmi segala kepercayaan dan kebudayaan yang karut begitulah jua yang dihadapi oleh para pendakwah dizaman khulafa’.Namun jika mahu dinilai kepayahan membasmi itu lebih berat ditanggung oleh Nabi kita sendiri.
Walaupun para pendakwah islam ketika itu berjaya menawan hati-hati mereka,masalah baru yang terpaksa mereka hadapi ialah menghapuskan segala kepercayaan dan kebudayaan yang menyalahi syara’ dalam kehidupan mereka.Bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka ini hendak meninggalkan kesemua kepercayaan dan amalan adapt istiadat mereka yang lama untuk digantikan dengan kepercayaan yang baru.Tambahan pula terdapat negara-negara yang dituju oleh pandakwah-pendakwah islam yang bukan berbangsa arab jauh sekali untuk mereka berbahasa arab.Maka agak sukar bagi mereka untuk memahami isi Al-Quran dan Hadith Rasulullah serta mendalami I’tikad,hukum-hukum dan cara-cara mengeluarkanya dari Al-Quran dan Hadith.
Untuk mengatasi masalah tersebut pendakwah-pendakwah islam merasakan berkewajipan mempelajari bahasa mereka bagi memastikan seruan islam itu dapat difahami oleh mereka dengan sebaik mungkin.Apabila pendakwah-pendakwah islam ketika itu sudah mampu menguasai bahasa mereka maka semakin bertambahlah tanggungjawab mereka untuk menerangkan kepada bangsa yang jahil itu apa sahaja mengenai islam.
Semakin lama semakin bertambah keperluan orang islam kepada penerangan yang lebih meluas dan lebih jelas,sedangkan ilmu-ilmu islam ketika itu masih bercampur aduk di antara satu sama lain.Maka para alim ulama’ merasa amat perlu diasingkan tiap-tiap ilmu yang berpaksikan kepada Al-Quran dan hadith Rasulullah itu kepada cabang-cabang tertentu.Dengan usaha itu,akan memudahkan para pendakwah islam ketika itu memberi keutamaan terhadap apa yang perlu disampaikan terlebih dahulu kepada masyarakat yang baru berjinak-jinak dengan islam.
Dengan tujuan tersebut muncullah satu kumpulan dari alim ulama’ yang mengambil perhatian berat terhadap masalah-masalah I’tikad(kepercayaan islam) dan mula mengarang kitab-kitab yang berkaitan dengan masalah I’tikad.Bertitik tolak dari itulah munculnya kelahiran ilmu Tauhid.
a)Faktor Dalaman
b)Faktor Luaran
Faktor dalaman ini merujuk kepada agama islam itu sendiri manakala faktor luaran adalah merujuk kepada keadaan persekitaran islam itu.Mungkin saya boleh menerangkan serba sedikit penjelasan yang berkaitan dengan faktor dalaman dan luaran tersebut.
Faktor Dalaman
Allah Subhanahu wa Ta’ala (S.W.T) menurukan Al-Quran kepada Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam(S.A.W) bukan sahaja menjuruskan kepada soal ketauhidan dan menyeru manusia supaya menerima ajaran –ajaran I’tikad secara bulat-bulat semata-mata.Namun disana bagi memastikan peningkatan iman yang semakin teguh dikalangan hati umatnya kita diseru supaya dapat berfikir dan mengkaji segala ilmu-ilmu tersebut.Namun bukan bermatlamatkan mencari kekurangan dalam ajaran islam tetapi sebagai membuktikan bahawa ajaran islam inilah yang benar.Dengan kajian tersebut umat islam mampu menerangkan I’tikad-I’tikad yang bertentangan dengan I’tikad islam.
Kemudian dikukuhkan lagi ajaran islam dengan asas yang kuat dan teguh berpaksikan kepada Firman Allah S.W.T di dalam Surah Ali-Imran ayat ke 19;
"إن الدين عند الله الإسلام وم اختلف الذين أوتوا الكتاب إلا من بعد ما جاء هم العلم بغيا بينهم ومن يكفر بئايات الله فإن الله سريع الحساب"
Maksudnya:”Sesungguhnya Agama yang (diredhai) di sisis Allah adalah islam,tiada berselisih orang yang diberi kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian yang ada di antara mereka .Barang siapa yang kafir kepada ayat-ayat Allah sangat segera pembalasanNya”
Secara tidak langsung ayat diatas menolak pendapat orang-orang yang tidak mempercayai akan kewujudan Tuhan(orang-orang Athist).Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Jasiyah ayat yang ke 24;
"وقالوا ما هي إلا حياتنا الدني نموت ونحيا وما يهلكنا إلا الدهر وما لهم بذلك من علم إن هم إلا يظنون"
Maksudnya:”Dan mereka berkata,”kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja,kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa”.dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu,mereka tidak lain hanya menduga semata-mata”
Di dalam ayat itu Allah telah menyindir pendapat orang-orang yang mengingkari kebangkitan semula seluruh manusia di hari kiamat.Kemudian Allah menolak pendapat-pendapat itu dengan firmanya dalam surah As-Sooffat ayat 16-19;
" أءذا متنا وكنا ترابا وعظاما أءنا لمبعوثون * أو أباؤنا الأولون * قل نعم وأنتم داخرون * فإنما هي زجرة واحدة فإذا هم ينظرون *
Maksudnya:”Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang,apakah benar kami akan dibangkitkan kembali? * Dan apakah bapa-bapa kami yang telah terdahulu akan dibangkitkan pula? * Katakanlah:”Ya,dan kamu akan terhina”.* Maka sesungguhnya kebangkitan itu hanya dengan satu teriakan sahaja,maka tiba-tiba mereka melihatnya” *
Dikuatkan lagi dengan Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat yang ke 78-79;
" وضرب لنا مثلا ونسي خلقه قال من يحي العظام وهي رميم * قل يحييها الذي أنشأها أول مرة وهو بكل خلق عليم*
Maksudnya:”Dan dibuat misal perbandingan kepada kami(tentang kekuasaan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati) dan dilupakan asal kejadiannya,katanya siapa yang mampu menghidupkan tulang belulang yang telah reput?*katakan padanya yang boleh menghidupkan semula adalah yang menjadikanya pertama kalinya dahulu dan dialah yang Maha Mengetahui perihal sekalian makhluk”.
Demikian juga Al-Quran menolak dakwaan pihak-pihak yang tidak mengakui adanya tuhan pencipta sebagaimana yang tersebut di dalam firmanNya dalam surah Al-Waqiah ayat ke 57;
" نحن خلفناكم فلولا تصدقون "
Maksudnya:”Kami telah menciptakan kamu,maka mengapa kamu tidak mempercayainya”
Jejak langkah Al-Quran telah diikuti pula oleh ulama’-ulama’ tauhid dengan membawa dalil-dalil akal bagi menerangkan kekeliruan yang timbul daripada musuh-musuh islam,sekali gus mematahkan hujah-hujah palsu mereka dengan begitu mudah.
Hasil daripada pengkajian ulama’-ulama’ islam terdahulu terhadap rahsia-rahsia isi kandungan Al-Quran dan Hadith maka timbullah beberapa pendapat dan mazhab-mazhab yang berbagai aliran.Seumpama perselisihan politik yang berlaku di antara orang-orang islam, selepas pembunuhan Saiyidina Othman Radhiallahu Anhu (R.A),maka timbullah di sana berbagai aliran pandangan dari sudut akidah contohnya.Keadaan ini berlaku apabila tiap-tiap puak mempunyai hujah masing-masing dan saling mempromosi kekuatan hujah mereka bagi meraih sokongan menyokong pandangan mereka.Isu paling besar yang timbul berpaksi kepada masalah Imamah dan khilafah.
Faktor Luaran
Keberhasilan tentera-tentera islam terdahulu menguasai negara-negara asing maka banyaklah bangsa-bangsa yang bukan Arab memeluk islam.Sebagaimana yang telah saya sebutkan,kesan budaya dan kepercayaan mereka yang lama masih membelenggu di benak mereka walaupun mereka sudah menganut islam.Oleh itu penerangan tentang salah palsunya I’tikad mereka yang lama amat perlu.Gerakan memperluaskan kebudayaan dan pengetahuan islam keseluruh jajahan takluk islam diambil kesempatan oleh I’tikad –I’tikad dari bangsa lain menyerang masuk ke dalam masyarakat Arab menerusi penterjemahan.
Demikian juga penterjemahan ke dalam bahasa arab dibuat terhadap falsafah-falsafah lama yang menyeleweng mengandungi unsur-unsur I’tikad,teori-teori dan cara-cara berbahas mula diperkenalkan kepada orang islam.Bagi mengelak kegiatan itu terus tersebar maka terpaksalah ulam’-ulama’ islam mengakaji dan meniru taktiknya supaya dapat mematahkan hujah-hujah karut musuh-musuh islam menggunakan pendektan yang sama.
Syeikh Hassan Al-Basri antara ulama’-ulama’ islam yang mengkaji dan mengajar tentang I’tikad-I’tikad islam.Setelah syeikh Hassan memiliki ramai anak murid tiba-tiba berlaku pula perselisihan pendapat antara anak muridnya mengenai pendapat Syikh Hassan.Muridnya itu bernama Wasil bin ‘Ato’.
Hasil daripada pertikaian itu maka timbullah satu lagi puak yang dinamakan sebagai Mu’tazilah.Perselisihan it uterus berlanjutan sehingga munculnya Imam Abu Hassan Al-Asyaari iaitu murid kepada seorang tokoh mu’tazilah yang bernama Al-Juba’ie.
Abu Hassan Al-Asyaari telah bertelingkah dengan gurunya lalu menyebelahi puak Ahli Sunnah.Bermula dari itulah perdebatan melawan hujah-hujah mu’tazilah diperhebatkan melalui tulisan-tulisan ke dalam kitab dengan lebih teratur.Ketika sibuk Imam Abu Hassan mengarang kitab-kitab tauhid muncul pula sezamannya Abu Mansur Al-Maturidi di Khurrasan mengikut jejak langkah Imam Al-Asyaari mengarang kitab mengenai masalah-masalah berkenaan dengan I’tikad islamiah.Bermula dengan 2 orang tokoh inilah kita melihat tercetusnya penerangan menerusi kitab-kitab mereka berkenaan dengan masalah I’tikad secara teratur.
Sahabat-sahabat yang dirahmati allah sekalian sekadar ini sahaja dahulu untuk minggu ini.Insyaallah pada minggu hadapan saya akan
Sekali lagi saya mengingatkan, bahawa saya tidak menafikan jika sekiranya sepanjang penulisan saya ini ada kekurangan isi yang perlu ditambah mahupun corak penyampaian yang agak kurang jelas.Oleh itu saya mengalu-alukan teguran berhikmah daripada sahabat-sahabat yang lebih arif.Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment