Friday, March 9, 2007

Murtad Jenayah Besar Akidah Umat Islam


بسم الله الرحمن الرحيم

يأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبحم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخا فون لومة لآإم ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله واسع عليم

صدق الله العظيم

Maksudnya:”Wahai orang-orang yang beriman,barangsiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya,maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya ,yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman,yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir,(bersikap lemah lembut)kepada mereka yang berjihad di jalan Allah,dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.Itulah kurniaan Allah diberikan-Nya kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya,dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi maha Mengetahui”.

Surah Al-Maidah:54

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:لا يحل دم امرىء مسلم إلا بإحدى ثلاث:الثيب الزاني والنفس بالنفس والتارك لدينه المفارق للجماعة - رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:Daripada ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu telah berkata,telah bersabda Rasulullah S.A.W :”Tiada halal darah seorang Islam melainkan dengan salah satu daripada tiga perkara:janda yang berzina,dan jiwa dengan jiwa dan yang meninggalkan agamanya iaitu memisahkan diri daripada jamaah (kaum muslimin)”.Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Umat islam di Palestin,Iraq dan Afghanistan disembelih dengan kejam oleh Amerika,Israel dan sekutunya bagi menghapuskan kekuatan umat islam yang berada di bumi-bumi tersebut.Boleh dikatakan saban hari peristiwa pembunuhan umat islam yang tidak berdosa berlaku dengan bantaian peluru-peluru senjata mereka.Beralasankan dengan alasan yang tidak konkrit pemimpin-pemimpin musuh islam ini menghalalkan matlamat mereka untuk membunuh jutaan umat islam di sana.Namun pejuang-pejuang islam yang menghadapi situasi tersebut tidak mudah menyerah kalah lantas sentiasa bersiap sedia bagi mengahadapi apajua ancaman yang bakal menimpa mereka.Dengan berbekalkan akidah yang suci di dalam jiwa, meyakini janji Allah untuk mereka-mereka yang tewas di dalam pertempuran menentang musuh-musuh islam.Jika kita perhatikan sudah bertahun lama umat islam diperangi dengan berbagai jenis senjata moden.Sekali diimbas kecanggihan senjata mereka mampu menghapuskan beribu-beribu umat islam hanya dengan sekelip mata.Namun yang menjadi kehairanan bagi kita,setiap hari pasti ada sahaja peganti yang akan menentang musuh-musuh islam bagi menggantikan pejuang-pejuang islam yang telah terkorban.Jelaslah bahawa bagi mereka yang berpegang teguh dengan ajaran islam pasti ada penolong di sebalik kesusahan dan penderitaan yang mereka alami.Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Maidah ayat ke 56;

"ومن يتول الله ورسوله والذين ءامنوا فإن حزب الله هم الغالبون"

Maksudnya:”Dan barangsiapa mengambil Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya,maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang”

Teman-teman seperjuanganku sekalian

Jika kekuatan umat islam di Iraq,Palestin dan Afghanistan cuba dilumpuhkan dengan kemampuan senjata musuh-musuh islam.Berbeza pula situasinya yang berlaku di negaraku tercinta Malaysia.Kalau dahulu kita mampu berbangga dengan kekuatan orang melayu yang berpegang teguh dengan ajaran islam serta menyanjungi budaya melayu yang penuh dengan kesopanan dari segenap sudut.Jika disebut orang melayu pastinya sinonim dengan orang-orang dahulu akan keislaman mereka.Namun segalanya-segalanya telah berubah dengan kelebihan Islam Hadhari yang didasari pemimpin-pemimpin umno pada hari ini.Musuh-musuh islam di Malaysia sudah menampakkan kejayaan mereka dalam mempengaruhi orang-orang melayu untuk keluar daripada agama islam.Gerakan kristianisasi yang dianjurkan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini sudah mula menunjukkan belangnya.Mereka bebas untuk melakukan penyebaran agama mereka di mana sahaja samaada di sekolah,hospital,di asrama-asrama universiti,melalui-melalui penulisan berbentuk komik dan sebagainya.Gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat melayu kita pada hari ini semakin membimbangkan dan ia berada dalam keadaan kritikal.Masalah ini dipandang serius oleh sebahagian golongan yang amat memahami masalah ini.Apakah faktor utama penyebab kepada berleluasanya gejala ini?.Berani saya mengatakan bahawa sikap sensitiviti yang tiada langsung dalam diri pemimpin-pemimpin Umno yang menyebabkan gejala ini terus berleluasa.Mereka sanggup mendiamkan diri tidak mampu lantang bersuara menentang gejala yang di bawa oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.Dimanakah letaknya mandat yang diberikan orang-orang melayu di dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lepas kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk membela maruah umat islam yang semakin tercabar ini.Apakah di sana ada sebarang sekatan mahupun tindakan-tindakan agresif yang mereka ambil dalam mengatasi masalah gejala murtad ini.Bagaimana keperihatinan pemimpin-pemimpin Umno terhadap keluarga mangsa yang terlibat dengan gejala murtad ini.

Di manakah tanggungjawab pemimpim-pemimpin Umno ini selaku pemimpin islam dalam memastikan hak mutlak umat islam dijaga dengan sebaik mungkin.Kamu diperintahkan Allah S.W.T sebagai pemimpin untuk menegakkan perkara-perkara ma’ruf melaksanakan hukum-hukum yang terkandung di dalam Al-Quran demi kemaslahatan rakyat khususnya umat islam yang bernaung di bawah pemerintahan kamu.Disamping itu juga mereka berusaha mencegah segala kegiatan syirik,kufur dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Hajj ayat ke 41;

"الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الأمور"

Maksudnya:”Iaitu orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi,nescaya mereka mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,menyuruh membuat yang ma’ruf dan mencegah daripada berlaku mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mufti Besar Perak yang mengatakan bahawa sejumlah 25000 orang melayu telah murtad keluar daripada agama islam.Namun ada segelintir dikalangan kita yang masih dalam ketiduran tentang isu ini.Bayangkan perancangan jahat puak-puak kristian ini, apabila mereka berjaya menarik orang islam untuk keluar daripada agama islam,golongan-golongan yang telah murtad ini diminta pula untuk menghasut sesiapa sahaja samada dikalangan keluarga, sahabat-sahabat mahupun jiran tertangga untuk turut serta murtad bersama mereka.Dikhabarkan bagi mereka-mereka yang berjaya menghasut orang melayu untuk keluar daripada islam akan diberi ganjaran sebanyak seribu hingga lima ribu ringgit untuk setiap orang berbeza dengan kadar upahan yang rendah di berikan bagi mereka yang berjaya memurtadkan orang yang bukan melayu.Daripada email yang saya terima daripada seorang sahabat yang berada Universiti Putra Malaysia menyatakan bahawa Gerakan Missionaries Kristianisasi semakin melampau di niversiti tersebut.Dikatakan sudah 5 0rang mahasiswi melayu telah keluar daripada agama islam hasil daripada gerakan mereka.Lebih menyakitkan hati mereka menggunakan taktik kotor dengan menyelinap masuk ke dalam asrama-asrama dan mencampurkan "holywater" ke dalam sebarang bekas air pelajar seperti jag air, flask, dan seumpamanya. Perkara ini begitu serius, dan dilaporkan terdapat satu kes di mana sehingga ke semua anggota sebuah dorm tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah akibat terminum air yang di jerang di lobi (yang telah dicampurkan "holy water" oleh Missionaries laknatullah ini)

Cuba kita mengingati semula kes yang berlaku ke atas Hartina Kamarudin yang sanggup mengorbankan akidah yang suci itu semata-mata mempertahankan cintanya bersama seorang lelaki Hindu.Antara kisah-kisah yang amat menyayat hati penderitaan dan kesusahan bapa mangsa dalam usaha mempertahankan kembali akidah anak kandungnya yang amat disayangi.Hartina diketahui telah keluar daripada agama islam oleh keluarganya ketika mana ibu dan ayahnya datang ke rumahnya untuk menyambut hari kelahirannya.Hati ibu bapa mana yang tidak terkejut melihat anak perempuanya pulang kerumah bersama seorang lelaki apatah lagi lelaki itu bukan orang melayu.Lelaki berketurunan India bernama Rajeswaran itu menyatakan kepada ibu bapa Hartina bahawa mereka sudah berkahwin.Pada mulanya bapa Hartina menyangka bahawa lelaki itu sudah memeluk islam tetapi sebaliknya.Malahan Hartina sendir yang menukar agamanya semata-mata lelaki tersebut.Bukti kemurtadan nya itu dinyatakan kepada bapanya menerusi surat-surat kenyataan antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996.Kes yang tiada pembelaan langsung bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa Hartina.Kesungguhan bapanya dalam mempertahankan akidah anaknya sehingga ia di penjarakan kerana di dakwa mengancam keselamatan Hartina.Apa dah jadi dengan system perundangan kita pada hari ini.Bagi kita mungkin pada hari ini mampu memberi seribu alasan mendabik dada semahunya kerana kita tidak merasai kepahitan dan kesusahan yang dialami oleh keluarga simangsa.Dengan mudah kita menyalahkan siibu dan bapa si mangsa kerana tidak mampu menjaga anak sendiri.Persoalanya mampukah kita mengetahui nasib diri sendiri,adik-beradik,ibu ayah,sanak saudara,sahabat handai dan jiran tertangga kita di masa akan datang.

Teman-teman seperjuangan sekalian

Daripada keterangan hadith Rasulullah yang telah saya nyatakan ketika di awal penulisan saya,jelas menunjukkan Rasulullah S.A.W amat mengambil serius dalam masalah murtad ini.Bagi mereka yang telah murtad dituntut untuk bertaubat kembali kepada akidah yang diredhai oleh Allah S.W.T.Hukuman bagi mereka-mereka yang tidak mahu bertaubat berdegil untuk berada pada agama yang songsang maka disyariatkan ke atas mereka ini menurut undang-undang islam hukuman bunuh.Allah S.W.T menegaskan di dalam Al-Quran bahawasanya kafirlah bagi mereka yang berpaling daripada agama yang suci ini.Sebagaimana yang telah difirmankan Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah ayat 217;

"ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم في الدنيا والآخرة وأولئك أصحاب النار هم فيها

خا لدون"

Maksudnya:”Dan baransiapa daripada kamu yang berpaling daripada agamanya,lau ia mati pada hal ia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka dan kekal mereka itu di dalam neraka Allah”

Disebut dalam hadith Rasulullah S.A.W menurut riwayat dari Ibnu Abbas iaitu;

"من بدل دينه فاقتلوه"

Maksudnya:”Bagi mereka yang telah menukar agama mereka diwajibkan ke atas mereka ini hukuman bunuh”.

Selain daripada hadith ini terdapat juga hadith Rasulullah S.A.W yang menunujukkan perintah bunuh ke atas mereka yang murtad.Ketika mana Rasulullah ingin mengutuskan Mu’az ke Yaman di mana dia telah di perintahkan supaya dipotong leher orang yang murtad lelaki atau perempuan setelah diadakan seruan kepada kedua-duanya.

Dosa orang-orang yang murtad adalah thabit dengan dengan nas-nas Al-Quran sebagaimana yang telah diterangkan.Dikuatkan lagi dengan hadit-hadith Rasulullah thabit melalui 2 orang sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Ibnu Abbas dan Mu’az bin Jabal..Dengan demikian jumhur ulama’ menetapkan bahawa orang-orang murtad wajib dihukum bunuh samada lelaki mahupun perempuan.Mengenai bilakah orang yang murtad itu dibunuh,setengah pendapat mengatakan dibunuh dengan segera supaya tidak melambatkan hak Allah.Sebahagian pula menyatakan diberi tempuh selama tiga hari untuk ia bertaubat.Kebanyakan ulama’ menyetujui pendapat ini kerana ada juga kesempatan untuk ia kembali kepada kebenaran dengan penuh tanggungjawab.

Sahabat-sahabat yang diredhai Allah sekalian

Jika kita melihat dari sudut nas-nas yang telah dinyatakan melalui Al-Quran dan Sunnah jelaslah bahawa gejala murtad ini amat serius dipandangan islam.Maka islam mewajibkan hukuman bunuh keatas mereka-mereka ini.Tetapi sejauh manakah perlaksanaanya di Malaysia negaraku tercinta.Jika kita melihat segala ketentuan yang telah Allah gariskan kepada hamba-hambanya melalui beberapa masalah yang timbul adalah semata-semata untuk menyuburkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.Jika benar Islam Hadhari dengan prinsip pertamanya “Keimanan dan Ketakwaan kepada Ilahi”.Apakah perlaksanaan yang telah kamu laksanakan bagi mengaplikasikan prinsip Islam Hadhari.”Bagaimana penyakit shaksiah masyarakat dapat disembuhkan jika penawar yang cuba dihasilkan setanding dengan usaha merebakkan lagi penyakit tersebut”.Sahabat-sahabat yang amat ku sayangi fikir-fikirkanlah.Segala perubahannya adalah di tangan kita.Ayuhlah bangkit dari lenaanmu……….alzinki……….

No comments: