Wednesday, December 30, 2009

Perihal Orang-Orang Munafik-Sheikh Mutawalli Sya'rawi

أولئك الذين اشتروا الضلالة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين

Maksudnya : "Mereka (orang-orang munafik) itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".
Surah al-Baqarah : 16

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Pada kali ini saya cuba ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca berkenaan dengan penafsiran al-Fadhilatu as-Sheikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimallahu Ta'ala 'Anhu berkenaa dengan ayat di atas. Sheikh Sya'rawi merupakan salah seorang ulama besar yang diakui bukan sahaja di Mesir malahan di seluruh dunia Islam. Ini kerana keperibadian dan keilmuannya yang sangat unggul. Beliau merupakan anak kelahiran bumi Mesir yang dilahirkan pada tanggal 15 April 1911.

Beliau telah menghafaz al-quran ketika berumur 11 tahun. Beliau pernah ditugaskan sebagai tenaga pengajar di Institusi Pendidikan Agama Mesir cawangan Tonto, Zaqaziq dan Iskandariah sekitar 6 tahun. Pada tahun 1950 beliau diminta untuk ke Arab Saudi sebagai pensyarah fakulti syariah di Universiti Ummul Qura. Beliau juga merupakan orang pertama yang mencadangkan kepada Menteri Kewangan & Ekonomi Mesir, waktu itu disandang oleh Tuan Hamid as-Sabih supaya mewujudkan Perbankan Islam. Akhirnya cadangan beliau diterima oleh Parlimen Mesir sekitar tahun 1978/79. Maka ketika itu wujudlah "Bank Faisol" yang berorientasikan sistem perbankan islam sepenuhnya.

Sahabat-Sahabat sekalian.

Sheikh Sya'rawi telah mengupas ayat di atas dalam kitab tafsirnya iaitu Tafsiru as-Sya'rawi. Beliau menyatakan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta'ala (S.W.T) memperkenalkan kepada kita satu lagi sifat orang-orang munafik selain daripada sifat-sifat yang kita maklumi melalui ayat-ayat sebelumnya serta daripada Hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam (S.A.W).

Apakah sifat yang dimaksudkan? Allah S.W.T menyifatkan mereka sebagaimana yang disebut dalam ayat di atas. Bahawasanya golongan munafik ini telah membeli kesesatan ( الضلالة ) dengan menggunakan Hidayah Allah ( الهدى ). Apa-apa saja bila disebut jualan mesti disana ada pembelian. Maka proses pembelian itu mesti terdiri daripada penjual dan pembeli. Jika zaman dahulu, sesuatu barang itu dijual dengan sesuatu barang yang lain (Sistem Bater). Adapun diabad kini segala jenis barang dibeli dengan duit. Maka apakah pula yang dibeli oleh orang-orang munafik ini?

Sesungguhnya orang-orang munafik ini telah membeli kesesatan itu dengan apa-apa sahaja harga atau nilaian. Mereka membeli kesatan itu dengan hidayah yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada mereka.

Huruf al-ba' ( الباء ) pada ayat bil huda ( بالهدى ) menurut bahasa ialah merujuk kepada sesuatu benda yang ditinggalkan. Ini bermakna, apabila kamu membeli sesuatu kamu akan meninggalkan nilaian atau duit yang kamu ada kepada sipenjual.

Alzinki berkata : "Bolehjadi puak-puak munafik ini menganggap Hidayah Allah itu sebagai satu nilaian yang boleh ditentukan taraf harganya, sehingga mereka sanggup menyamakan kesesatan itu dengan nilai Hidayah Allah yang ada pada mereka. Celaka sungguh puak-puak munafik ni"
.

Jika begitu, seolah-olah golongan munafik ini meninggalkan Hidayah Allah yang ada pada mereka dan mereka membelinya dengan kesesatan. Akan tetapi satu persoalan yang timbul,apakah bersama mereka itu petunjuk Allah ketika mana mereka melakukan perbuatan tersebut?

Sesungguhnya keadaan ini, menunjukkan bahawa bersama mereka itu petunjuk Allah (orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah untuk mengenal mana yang benar dan mana yang bathil). Kemudian orang munafik ini mendapati bahawa, dengan petunjuk yang mereka ada ini tidak membenar atau melayakkan mereka untuk mendapat manfaat dunia yang mereka idamkan.

Alzinki berkata: "Manfaat dunia tu bleh la kita iktibarkan sebagai duit berjuta-juta, jawatan besar sebagai pentadbir atau menteri ke, dapat projek banyak melalui sistem ampu atau kroni sama kroni ke atau dapat kuasa untuk berlaku zalim pada rakyat. Sekian dimaklumkan"
.

Maka dengan sebab itu, mereka meninggalkan hidayah Allah seterusnya memilih jalan kesesatan sebagai tukaran kepada hidayah Allah. Mereka memperolehi apa yang mereka kehendaki hasil dari kesatan tersebut. Petunjuk yang ada bersama mereka itu hanyalah Petunjuk Semulajadi ( هدى الفطرة ) . Iaitu sekadar mereka dapat mengenal serta memilih yang mana benar dan yang mana sesat untuk manfaat kehidupan mereka.

Ketahuilah bahawa Allah S.W.T memberi petunjuk kehidupan kepada semua manusia (samada orang kafir mahupun orang Islam). Supaya mereka dapat menilai mana yang boleh memberi mudarat dan mana yang boleh memberi manfaat dalam hidup mereka.

Alzinki berkata: "Contohnya seperti perbuatan zalim. Allah beri petunjuk kepada semua manusia dengan menilai perbuatan menzalimi sesama manusia itu adalah salah. Tidak kiralah mereka itu MIC ke, MCA ke, DAP ke, UMNO ke, PKR ke mahupun PAS sebagai sebuah parti Islam. Tentulah secara zahirnya mereka menilai perbuatan zalim itu adalah salah. Namun ada juga di kalangan mereka memilih perbuatan zalim itu sebagai pengamalan dalam berpolitik. Walaupun mereka tahu itu adalah salah. Oleh itu bagi mereka yang tetap memilih zalim itu adalah salah sebagai pengamalan politik mereka, maka mereka akan terus diberi petunjuk untuk kekal sebagai pihak yang benar".

Sheikh Sya'rawi Rahimallahu Ta'ala 'Anhu menambah lagi dalam catitannya dengan mengatakan, sesiapa yang memilih untuk mengambil hidayah Allah maka Allah akan menambahkan baginya hidayah. Firman Allah S.W.T ;

وأما ثمود فهديناهم فاستحبّوا العمى على الهدى

Maksudnya : "Dan adapun Kaum Thamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) dari petunjuk itu....
Surah Fusilat : 17

Insyaallah jika ada kesempatan saya(alzinki) akan menyambung lagi kupasan Sheikh Sya'rawi berkenaan dengan ayat di atas. Dan Allah lah yang Maha Mengetahui.


Friday, December 25, 2009

The Prime Minister Of Malaysia 2013

Part 1



Part 2



Part 3

Friday, November 20, 2009

DESAK tuntut "KEADILAN BERMAHASISWA"

Walaupun sudah hampir sebulan berlalunya program Kutub Sittah yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM), namun kehangatan suara mahasiswa yang menuntut keadilan terhadap Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yang cuba menggagalkan program tersebut masih kedengaran.
Alhamdulillah, baru-baru ini pihak DESAK telah berjaya mengadakan road show selama tiga hari berturut-turut mengikut beberapa zon yang telah ditetapkan bagi membuat sesi penerangan terhadap perkembangan isu Kutub Sittah. Seharusnya bagi mahasiswa-mahaisiswa di Mesir khususnya, mengambil berat terhadap isu ini. Isu ini melibatkan kebebasan hak hidup bermahasiswa di luar negara apatah lagi kita tidak terikat langsung dengan akta AUKU di Malaysia.
Perjalanan program pembacaan Hadith susunan oleh Imam al-Bukhari daripada para masysaikh al-Azhar cuba digagalkan dengan menafikan hak penggunaan mahasiswa terhadap Al-Azhar Conference Center (ACC). Tindakan jahat tersebut telah dilakukan oleh Pengarah JPMK iaitu Prof. Dr. Jamil Bin Hashim dengan tanpa ada sebarang rundingan terlebih dahulu bersama pihak penganjur. Pembatalan penggunaan ACC ini diketahui oleh pihak penganjur setelah dimaklumi oleh pegawai ACC yang betugas. Hal ini memaksa pengarah program Kutub Sittah bersama beberapa orang wakil Badan Pengurus PMRAM serta beberapa orang pelajar untuk segera bertemu dengan pegawai ACC tersebut.
Apabila ditanya kepada pegawai berkenaan apakah sebab yang menghalang pihak penganjur (PMRAM) untuk mengadakan program tersebut di situ? Beliau menjawab pihak JPMK yang menghantar surat supaya mengarahkan penggunaan ACC ini dibatalkan terhadap pihak penganjur. Pihak penganjur mendesak pegawai tersebut untuk menunjukkan surat berkenaan jika benar ia adalah arahan daripada JPMK. Ternyata surat yang ditunjukkan oleh pegawai ACC tersebut adalah daripada JPMK dengan bertandatangankan oleh Pengarah JPMK.
Sempat juga beberapa orang Badan Pengurus PMRAM meneliti isi kandungan surat tersebut. Antaranya kandungan surat menyatakan alasan kenapa penggunaan ACC itu perlu dibatalkan. Alasan jahilnya ialah, pertama pihak penganjur cuba mengadakan Majlis Konvokesyen sebagaimana yang telah diadakan pada tahun-tahun sebelum ini. Kedua PMRAM adalah sebuah persatuan pelajar yang menyerupai parti-parti pembangkang (seolah-olah PMRAM membawa agenda parti-parti pembangkang).
Saya secara peribadi ingin menjawab 2 alasan tersebut. Alasan pertama yang menyatakan bahawa PMRAM mengadakan majlis konvokesyen pelajar. Tuduhan ini cukup tidak berasas kerana PMRAM melalui mesyuarat bersama ahli lembaga penasihat telah memutuskan untuk tidak mengadakan majlis konvokesyen pada tahun ini. Walaupun mendapat desakan dan permintaan yang tinggi di kalangan ahli PMRAM supaya majlis konvokesyen ini mesti diadakan sekali lagi pada tahun ini.
Namun atas inisiatif Badan Pengurus & Ahli Jawatankuasa Tadbir Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) PMRAM melalui permesyuaratannya telah mendapat satu idea bernas bagi menggantikan majlis konvokesyen yang tidak dapat diadakan pada tahun ini. Idea tersebut ialah Majlis Pembacaan Kutub Sittah. Idea ini diyakini oleh kepimpinan PMRAM bakal mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada keseluruhan ahli. Natijahnya program tersebut telah disertai seramai 700 orang di kalangan mahaisiswa kita di Mesir. Saya juga telah dimaklumkan oleh rakan-rakan kepimpinan PMRAM bahawa jika penyertaan untuk program ini tidak berkuota, kita bakal menerima penyertaan hampir seribu orang peserta.

Isu konvo ini sepatutnya tidak timbul walaupun pada iklan yang diedarkan dikatakan ada menyebut tentang tempahan baju konvo bagi peserta yang telah tamat pengajian B.A mereka di sini. Sepatutnya kita memahami bahawa makluman utama yang difokuskan pada iklan itu adalah program Kutub Sittah bukannya Majlis Konvo. Dalam pertimbangan kita, walaupun PMRAM mampu untuk melaksanakan 2 program mega dalam satu masa namun ia pula akan melibatkan kos perbelanjaan yang cukup besar. Alangkah baiknya PMRAM mengadakan atau mengutamakan program Kutub Sittah lebih-lebih lagi manfaatnya dimiliki oleh semua peserta berbanding dengan majlis konvo.

Baju konvo itu sekadar hendak meraikan para peserta Kutub Sittah yang sudah menamatkan pelajaran mereka disini dengan bergambar bersama para masyaikh (Tuk Guru) al-Azhar. Sijil yang disampaikan oleh para masyaikh itupun bukannya sijil tamat pengajian tetapi sijil penyertaan mengikuti program Kutub Sittah. Apalah salahnya pihak penganjur hendak mengambil inisiatif sedemikian, memberi peluang bergambar bersama para masyaikh bagi mereka yang bakal pulang ke tanah air. Itulah saat, peluang dan ketikanya untuk mereka jadikan ia sebagai satu kenangan yang cukup bersejarah dalam hidup mereka. Jika dilihat ada dua orang peserta wanita yang mengambil kesempatan membawa bayi kecil mereka untuk turut bergambar bersama para masyaikh.

Sepatutnya secara profesional Prof. terlebih dahulu menghubungi pihak penganjur atau kepimpinan PMRAM bagi memohon penjelasan pasal konvokesyen ini. Benarkah PMRAM ingin mengadakan majlis konvokesyen? Jika benar PMRAM tidak mengadakan majlis konvo mengapa tertulis pada iklan Kutub Sittah itu tempahan baju konvo? Saya nak mengajar cara profesional JPMK bermuamalah dengan pelajar. Itu tak timbul lagi isu pihak DESAK menunggu hampir sejam di luar pejabat kedutaaan kerana hendak bertemu dengan Prof. pada waktu yang telah dia tetapkan. Sengaja pula dilengahkannya dengan bantuan orang bawahan untuk menyukarkan Pihak DESAK masuk ke pejabat kedutaan.

Kalaulah pihak JPMK ini memang cukup sensitif bila disebut perkataan konvokesyen. Saya yakin dan percaya melalui perbincangan yang baik, pihak penganjur bisa mengubah perkataan baju konvo tersebut kepada istilah lain yang dirasakan sesuai.

Manakala bagi isu PMRAM terlibat dengan parti pembangkang adalah satu isu yang tidak matang dan tidak berasas untuk dibangkitkan. Kewujudan PMRAM itu mendahului kewujudan parti-parti pembangkang yang berada di Malaysia hatta UMNO sekali pun sebagai parti yang memerintah. Kalaulah JPMK menuduh PMRAM terlibat dengan Ikhwanul Muslimin, itupun satu tuduhan yang jauh menyempang dan tidak berasas. PMRAM sudah menjadi sebutan sejak dari tahun 1930 lagi pada ketika itu dinamakan sebagai Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS), jauh lebih terdahulu dari kewujudan Ikhwanul Muslimin sekitar tahun 1941.

Tapi kewujudan Nadi UMNO di Mesir tidak pula menjadi bahan bualan orang-orang di dalam JPMK. Sikap double standard yang diperlakukan pihak JPMK sejak dari dulu lagi memang menjadi kecaman daripada mahasiswa-mahasiswa al-Azhar. Seolah-olah JPMK ini menjadi salah satu komponen daripada Barisan Nasional yang membantai pelajar-pelajar dan PMRAM itu sendiri. Itu tak cerita ugutan-ugutan, kes-kes pengurusan yang tidak efisyen dan profesional.

Pihak DESAK menuntut Malaysia Students Department Cairo ( JPMK ) melunaskan 3 perkara kepada pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) ;

1. Membersihkan nama PMRAM secara rasmi di peringkat Al-Azhar.
2.Memohon maaf secara rasmi dan terbuka kepada seluruh peserta Kuttub Sittah.
3.Mengadakan dialog terbuka bersama seluruh mahasiswa di Mesir.

Isu ini perlu terus diperjuangkan oleh DESAK walaupun memakan masa bertahun-tahun selagi pihak yang mengkhianati mahasiswa itu tidak melunasi 3 tuntutan tersebut. Alhamdulillah isu Kutub Sittah ini telah bergema di Dewan Parlimen. Jika saya turutkan perasaan hati ini, mahu sahaja isu Pejabat PMRAM di ARMA itu juga dibawa ke Dewan Parlimen.

PMRAM terus dizalimi.


Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
[ MSD ] Kaherah Mesir ..
TIDAK PROFESIONAL
Menggagalkan Program Pelajar
[ Pembacaan Hadis Bukhari ]
1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah . Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim .

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ ACC ] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta .

3. Antara ulama' yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A'llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da'ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A'llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir .

4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat - saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia .

5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan .

6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir .

7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan .

8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan .

9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama' sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional .

10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka .

11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu .

12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa .

13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang .

14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato' Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu .

15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .

Monday, September 28, 2009

Terang Lagi Bersuluh : ISMA-Mesir Sekutu Nadi UMNO

Yang ni mesti baca!!!
Sahabat2 boleh klik stiap perkataan yang berwarna merah, sangat penting untuk dibaca, bagi ana itulah info yang menarik, ana terpaksa buat system klik agar kalam ana di ruangan ana tidak panjang dan membosankan sahabat2 sekalian untuk baca, jadi klik jangan tak klik, kerana semua maklumat ada pada “klik warna merah”.

Perhatian
Apa yang ana perkatakan adalah atas nama peribadi dan bukan atas mana2 nama persatuan, dan jangan sesekali melabelkan suara ana dengan pergerakan Mahasiswa yang menjaga kebajikan Mahasiswa Malaysia di Mesir ni. Ana sekadar mendedahkan apa yang berlaku, untuk dikongsi bersama, ternyata ia untuk kepentingan semua dan bukan untuk kepentingan peribadi, ana tidak takut dengan hujah yang bakal mereka lemparkan kepada ana hasil pendedahan dan artikel ini. Tapi inilah mereka yang sebenarnya….

Sebelum memulakan kisah yang menarik ini, ana ingin mengucapkan selamat datang ke bumi barakah (MESIR) kepada adik2 & teman2 yang baru datang pada 24 september 2009 baru2 ini bersamaan 5 syawal 1430 yang jatuh pada hari khamis sekitar jam 5.00 petang. Pelajar2 baru yang datang ini adalah pelajar2 Yayasan Terengganu dari pengajian Islam dan Perubatan dan daripada latar belakang sekolah yang pelbagai. Semuanya berjumlah 38 orang(lelaki & perempuan).

Sebelum & di Airport
Ternyata ana dan sahabat2 di pihak KPT sangat gembira untuk menyambut kehadiran pelajar2 baru, tidak sabar rasanya untuk bertemu & beramah mesra dengan mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan kami menyambut pelajar2 baru, dan bukan perkara baru di bumi mesir ni. Ternyata kami diberi amaran oleh En. Kamal: “kalau saya jumpa awak dan kawan2 awak di airport, jaga awak semua.

Kita nak kata kepada En. Kamal, kenapa perlu halang kita daripada menjemput pelajar2 baru, kita bukan nak buat apapun, cuma sekadar menyambut mereka sahaja, kenapa tidak mahu memberi peluang kepada kita berbaik-baik dengan pelajar2 baru seolah-olah mahu menjauhkan kita daripada mereka, memangnya kita ni menyebarkan dakyah2 yang sesat ke? Setahu ana, yang mendedahkan dakyah2 sesat tu persatuan yang satu lagi dan bukannya PMRAM.

Apa yang peliknya sahabat2 sekalian, kenapa pegawai Terengganu tergamak mengabaikan pelajar2 Terengganu dan mengutamakan UMNO dan ISMA, siapa mereka, sedangkan persatuan tunggal dalam Terengganu hanyalah (KPT) sahaja. Kenapa perlu mereka, tambahan pula, mereka yang dari Nadi UMNO dan ISMA tu bukan dari negeri Terengganu, tapi negeri2 luar seperti Selangor, Melaka, Pahang dan lain2, apa kaitan mereka dengan pelajar2 baru Terengganu, sedikit pun tidak ada kaitan, jadi kenapa nak sibuk2 sangat, boleh jadi adik2 menyampah tengok mereka.

Tiba di airport
Sesampainya ana dan sahabat2 di airport, ternyata begitu ramai tentera bersekutu seperti ISMA dan UMNO, yang ana hairannya pegawai Terengganu dan Yayasan seolah-olah menganggap keberadaan kami di situ tidak wujud. Kenapalah kalian jadi sedemikian, padahal kami sudi untuk berkhidmat untuk pegawai demi adik2 baru, tak perlu kutip pengemis2 di jalanan. Kalau pengemis, kena bayar, tapi kami sanggup jadi hamba, bekerja tanpa upah sedikitpun, hanya pengorbanan tenaga dan ihsan kepada adik2. Ternyata niat ikhlas kami dipersiakan oleh pegawai yang cerdik tapi tak cerdik.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, punyalah teruk pakatan2 pegawai ni, termasuklah ISMA dan UMNO, mereka merahsiakan perjalanan adik2 baru, kononnya nak sembunyikan mereka daripada kita, ternyata Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, akhirnya kita dapat tahu juga. Di airport, group2 ISMA atau UMNO ni mengibarkan bendera Terengganu, tak malu langsung, padahal mereka bukan dari negeri Terengganu, semua dari negeri2 luar, tak patut langsung pegawai Terengganu (UMNO) ni, dah tahu orang tak suka dekat dia, nak paksa2 orang suka dia, mana boleh. Bertaubatlah, ana bukan tak suka dia tapi perbuatan dia.

Kawan2 nak tahu, pegawai Terengganu tu bekas ADUN SURA kawasan Dungun, tapi tidak terpilih untuk terus bertanding sebab mempunyai rekod yang buruk di kawasannya, terus-terang ana katakan, bahawa mereka semua adalah jahat, merekalah penculik, merekalah penyamun, dan merekalah penyangak, ana secara peribadi tidak sesekali meredhai perbuatan khianat dan jahat mereka termasuk ISMA dan Nadi UMNO, tak kiralah En. Mustaqim ISMA ke, Faizal Nadi UMNO ke, En. Majdi bebas ke, En. Kamal pegawai ke….

Apa yang pasti ana tidak sesekali meredhai kalian memperlakukan adik2 sedemikian, termasuk usaha untuk menjauhkan adik2 selama seminggu ni, kononnya nak jaga kebajikan adik2 baru, ternyata manis di mulut jahat di hati, kata orang PMRAM munafiq namun merekalah yang sebenarnya munafiq, kata perjuangan kita bukan Islam, ternyata perjuangan mereka yang sebenarnya bukan Islam, kerana cuba untuk memecahbelahkan Mahasiswa di sini.

Di airport, ternyata group mereka ramailah juga termasuk pegawai2, masing2 saling memandang antara ana, sahabat2 dan group lawan(Pegawai2, ISMA & UMNO), sambil menunggu urusan adik2 baru di dalam selesai di dalam, namun ana berusaha untuk menampakkan bayang2 ana kepada adik2 yang baru datang, bila dilambai masing2 menyahut, Alhamdulillah, dalam setengah jam lagi nak masuk waktu maghrib akhirnya adik2 baru keluar, dan ternyata ana orang yang pertama sempat menyapa, bersalam dan mengucapkan sesuatu kepada adik2 yang baru datang, maklumlah semua adik2 baru yang datang dari SMAASZA dan IQT mengenali ana, sekali lagi Alhamdulillah, namun ternyata keluar ayat yang sayu dari adik2 baru, dahagalah ust Ubai, tak ada air ke, ternyata kebajikan yang dijanjikan oleh pegawai dan konco2nya sudah terabai saat permulaan lagi.

Adik2 kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan oleh pegawai Terengganu En. Kamal. Pihak kami(KPT) langsung tidak dibenarkan untuk bersama adik2 sampai untuk naik bas bersama merekapun kami tidak dibenarkan, namun takdir telah menentukan perancangan orang2 di pihak yang benar itu terpelihara, senior dikalangan akhowat kita berjaya menyelinap masuk ke dalam bas tersebut tanpa pengetahuan mereka, ternyata kami terpaksa menggunakan cara tersebut untuk mengetahui pergerakan adik2 dan memastikan agenda2 tersembunyi pihak yayasan di bawah penyelenggaraan En. Kamal.

Perhatian!!!

Ana sangat berharap agar pihak2 yang prihatin terhadap isu ini dapat menyebarkannya kepada orang ramai dan pihak yang berkenaan agar sebarang tindakan dapat diambil demi menjamin tugas seorang pegawai berjalan dengan amanah, tiada apa yang ana rahsiakan, ana cuba korek sedaya mungkin daripada adik2 baru dan pihak yang terlibat, dan ana akan dedahkan, dalam masa yang terdekat, mungkin esok hari, ana akan posting pulang artikel berkenaan hari yang kedua, ketiga sehinggalah kepada perjalanan yang seterusnya iaitu hari kelmarin ke (Sinai) dan (Alex).Ana terpaksa membuat laporan secara bersiri kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaip artikel semasa adik2 baru ada di sisi, kerana berkorban untuk merisik perjalanan adik2 dan menjaga kebajikan mereka secara senyap.

SUMBER:http://syeikhubaidillah.blogspot.com/

Ermmmm itu kita tak cerite lagi antara kebiadaban ISMA-Mesir yang lain.

Sunday, September 6, 2009

Rintihan Ramadhan






Friday, August 28, 2009

Kembara Ramadhan

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada sahabat-sahabat sekalian. Berazamlah supaya Ramadhan kali ini menatijahkan sesuatu yang baik terhadap kualiti keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala (S.W.T). Sejauh manakah kita merasakan Bulan Ramadhan ini merupakan satu bulan yang cukup berharga bagi diri kita selaku orang yang beriman. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat ke 183;


(183) يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيّام أخر


Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu ( 183 ) Iaitu dalam beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam permusafiran (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain...."


Sahabat-sahabat sekalian.

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa tuntutan berpuasa itu sebenarnya telah pun
bermula sejak daripada umat terdahulu lagi. Ia bukanlah suatu ibadah yang baru sahaja diperintahkan ke atas umat Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W). Maka ibadah puasa ini tidaklah menjadi satu kepayahan bagi umat Muhammad ketika mana perintah ini dikuatkuasakan. Ini kerana sudah menjadi kelaziman bagi datuk nenek moyang mereka yang beriman melaksanakan tuntutan puasa tersebut.

Imam an-Nasafi Rahimallahu Ta'ala 'Anhu, dalam kitab tafsirnya menjelaskan tentang ayat di atas. Beliau menyatakan bahawa maksud "ke atas orang-orang sebelum kamu" itu ialah: "Ke atas para nabi dan umat terdahulu bermula dari Adam 'Alaihis Salam sehinggalah ke zaman kamu. Maka ia adalah satu ibadah yang sudah lama diperintahkan dengan mengi'tibarkan bahawa setiap daripada para nabi dan umat itu baginya, ada beberapa hari yang ditentukan untuk berpuasa".

Beliau menyatakan lagi bahawa : "Kamu semua orang-orang yang beribadah dengan mengerjakan puasa pada beberapa hari yang ditentukan sebagaimana orang-orang terdahulu daripada kamu mengerjakannya".

Pada ayat yang berikutnya Allah telah menjelaskan bahawa puasa yang diwajibkan adalah dengan kadar bilangan hari tertentu. Sesungguhnya tuntutan berpuasa itu bukanlah pada setiap hari sepanjang tahun. Ini kerana ia akan menyukarkan individu tersebut dalam menunaikannya. Ini bertepatan dengan pengertian yang diberikan oleh Imam an-Nasafi bahawa perkataan الصيام dalam ayat al-Quran di atas, merujuk kepada berpuasa di bulan Ramadhan.

Apabila kita mengetahui bahawa puasa itu sebenarnya menjadi kelaziman bagi golongan terdahulu, maka timbul pula di benak pemikiran kita satu persoalan. Persoalannya ialah bagaimanakah caranya golongan terdahulu mengerjakan puasa?

Ketahuilah pada permulaan perkembangan syariat Islam, golongan terdahulu berpuasa sebanyak 3 kali pada setiap bulan. Kemudian cara berpuasa tersebut telah dipinda kepada berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.

Imam al- Hafiz Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya telah mengambil satu riwayat yang menjadi bukti kepada perlaksanaan puasa sebanyak 3 kali pada setiap bulan oleh golongan terdahulu. Riwayat itu adalah dari Mu'az, Ibnu Mas'ud, Ibnu 'Abbas, 'Athoo, Qothadah, ad-Dhohak bin Muzahim :

وقد روي أن الصيام كان أولا كما كان عليه الأمم قبلنا , من كل شهر ثلاثة أيام

Maksudnya : "Telah diriwayatkan bahawasanya adalah ibadah puasa itu pada permulaan Islam sebagaimana perlaksanaannya oleh umat-umat sebelum kami iaitu pada setiap bulan sebanyak 3 hari".

Riwayat di atas telah ditambah dengan menyatakan,

لم يزل هذا صشروعا من زمان نوح إلى أن نسخ الله ذلك بصيام شهر رمضان

Maksudnya : "Tidak luput pensyariatan (puasa sebanyak 3 kali pada setiap bulan) ini dari zaman kenabian Nuh sehinggalah Allah S.W.T telah meminda perbuatan yang demikian kepada berpuasa (sebulan) pada bulan ramadhan".

Daripada Hasan al-Basri, 'Abbad bin Mansor telah bersumpah membenarkan firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat ke 183 dan 184 dengan menyatakan,

والله لقد كتب الصيام على كل أمة قد خلت كما كتبه علينا شهرا كاملا وأياما معدودات عددا معلوما

Maksudnya : " Wallahi, Bahawasanya telah diwajibkan ibadah puasa ke atas setiap umat yang telah lalu, sebagaimana telah diperintahkannya ke atas kami sebulan penuh iaitu beberapa hari tertentu, bilangan yang dimaklumi".

Sahabat-sahabat sekalian.

Secara peribadi pada pemerhatian dan renungan saya terhadap ayat ke 183 dalam surah al-Baqarah ini. Dilihat seolah-olah Allah S.W.T memberi kata kunci kepada orang yang beriman, bahawa dengan melaksanakan kewajipan berpuasa ini mampu menjadikan kita orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah.

Secara zahirnya pandangan orang jahil melihat puasa ini sebagi sesuatu yang menzalimi jasad. Bagaimanakah dengan menahan diri daripada makan dan minum, mampu memberikan tenaga yang maksimum kepada tubuh dalam melaksanakan urusan harian. Namun dengan perkembangan ilmu sains pada hari ini, kajian saintifik menunjukkan berpuasa mampu memberikan faedah pada kesihatan tubuh badan manusia.

Apabila berpuasa sebenarnya ia memberikan kerehatan pada organ yang terdapat dalam tubuh kita, terutama pada sistem pencernaan. Buktinya sistem pencernaan pada hari berpuasa tidaklah seagresif pada hari-hari biasa. Secara tidak langsung tubuh kita tidak memerlukan tenaga yang terlalu banyak untuk menyempurnakan proses tersebut Jika kita tidak berpuasa maka kita akan kerap mengambil makanan dan sistem pencernaan akan sentiasa berfungsi. Akhirnya menyebabkan kita menjadi lemah dan mudah mengantuk jika terlalu banyak mengambil makanan dan banyak tenaga diperlukan untuk melalui proses pencernaan Apatah lagi dalam masa yang sama otak kita sentiasa dikerah untuk berfikir terutama bagi golongan pelajar. Hal yang demikian menyebabkan mereka kurang fokus terhadap pembelajaran mereka. Pengalaman saya di Maahad Johor dulu macam tu. Jika sarapan dengan makanan yang berat seperti nasi apatah lagi jika nasi lemak ia memberi tiket untuk saya tidur terlebih dahulu sementara menunggu masuknya guru ke dalam kelas.

Sahabat-sahabat.

Jika kita merujuk pada kita Tarbiyatuna ar-Ruhiyyah ( تربيتنا الروحية ) karangan Sa'ied Hawa pada halaman ke 157 cetakan Daru as-Salam. Beliau terlebih dahulu menerangkan bahawa kesan daripada solat itu mampu meninggalkan perbuatan keji dan mungkar. Bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Ankabut ayat ke 45;

إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

Maksudnya : "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar".

Manakala tujuan atau matlamat daripada mengerjakan solat itu adalah untuk mengingati Allah. Allah S.W.T telah memilih solat ini sebagai satu wasilah atau jalan yang cukup baik untuk kita mengingati-Nya. Akhirnya dengan mengingati Allah menjadikan hati kita cukup tenang dan jauh dari segala hal yang meresahkan diri. Firman Allah S.W.T dalam surah ar-Ra'du ayat ke 28;

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

Maksudnya : "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu akan menenangkan hati".

Begitulah juga matlamat yang ingin dicapai daripada ibadah puasa itu. Sa'ied Hawa menyatakan dalam tulisannya: "Puasa itu adalah satu kefardhuan. Hikmah daripada kefardhuan ini menuju kepada takwa. Dan takwa itu merupakan raja kepada hati yang akan terpancar darinya keperibadian atau kelakuan tertentu (akhlak yang terpuji). Dan kita menuntut kepada keseluruhan faedah daripada kefardhuan puasa ini. Dan salah satu bahagian daripada kesemua faedah tersebut ialah kesihatan hati, jasad, roh, dan akal yang akan menjelmakan daripada kesihatan-kesihatan itu keperipadian yang mulia".

ِAllah S.W.T memerintahkan umat Nabi Muhammad S.A.W supaya mereka berpuasa. Ibnu Kathir telah memakna puasa ini dengan menahan diri daripada makan dan minum serta meletakkan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Beliau juga menerangkan kesan daripada perlaksanaan puasa ini mampu menyuci jiwa serta dapat menghilangkan segala unsur-unsur yang boleh mengotorkan hati dan dapat menghindarkan diri daripada tidak berakhlak mulia. Lihatlah bagaimana golongan terdahulu, mereka bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah ini, Kesannya mereka menjadi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah, hati yang khusyu' mengingati Allah, serta memiliki akhlak yang terpuji.

Sahabat-sahabat ku sekalian.

Selain puasa itu dapat menyucikan jiwa dan menyihatkan tubuh badan, ia juga dapat menyekat dan menyempitkan ruang-ruang bagi syaitan untuk menghasut manusia melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Bertepatan dengan hadith Rasulullah S.A.W bahawa puasa sebagai jalan untuk menundukkan nafsu kebinatangan manusia. Perlulah diambil perhatian khususnya bagi golongan remaja pada hari ini. Riwayat daripada Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda;

يا معشر الشباب : من استطاع منكم الباءة فليتزوج ومن لم يستطيع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Maksudnya : "Wahai golongan pemuda! Sekiranya kamu mampu menyediakan persiapan untuk berumahtangga maka kahwinlah. Jika tidak mampu maka berpuasalah. Maka sesungguhnya puasa itu dapat meredakan keinginan tersebut".

Hadith di atas bolehlah didapati daripada kitab Fathul Baari ( فتح الباري بشرح صحيح البخاري ) jilid ke-4 dan ke-7 cetakan Daru at-Takwa. Pada Jilid ke-4 halaman ke 148 Imam al-Bukhari telah memaknakan kalimah al-Ba ah ( الباءة ) sebagai Uhbatun Nikah ( أهبة النكاح ) iaitu persediaan atau persiapan untuk pernikahan. Manakala perkataan al-Wijaa ( الوجاء ) membawa maksud Qami'un li Syahwatin Nikah ( قامع لشهوة النكاح ) iaitu menegah daripada keinginan untuk berkahwin.

Oleh yang demikian itu, sekali lagi saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dalam bulan yang kurniakan ini untuk kita menggilapkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Lakukanlah sebanyak mungkin ibadah serta amal kebajikan seperti bersedekah, tolong-menolong antara satu sama lain serta menyeru manusia ke arah kebaikan dan bersama-sama dalam mencegah perbuatan mungkar. Bulan ramadhan inilah akan dilipat gandakan segala amalan kita serta dipermudahkan doa kita untuk diterima Allah. Apa yang lebih besar lagi jaminan bahawa dosa-dosa kita yang terdahulu akan diampunkan Allah. Ini menerusi sabda Baginda S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim;

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه . أو كما قال رسول الله

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Sesiapa yang telah mendirikan bulan ramadhan itu dengan penuh keimanan dan berikhlas diri kepada Allah, nescaya diampunkan baginya dosa yang terdahulu".

Hadith di atas bolehlah didapati daripada kitab Sohihu Muslim ( صحيح مسلم بشرح النووي ) cetakan Maktabah as-Sofa jilid ke 2 pada hadith yang ke 759 bab at-Targhib Fi Qiami Ramadhan Wa Huwa at-Tarawih ( الترغيب في قيام رمضان وهو التراويح ) .
















Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku
Berada diBulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadahan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan Rahmat-Mu Oh Tuhanku
Ku tempuh jua....




















Friday, July 17, 2009

Rumah Muslim itu tiada percampuran tidak syar'ie. (Vol. 2)

Allah Subhanahu Wa Taala (S.W.T) berfirman dalam surah an-Nur ayat ke 30 dan 31 sebagai satu wasiat atau peringatan kepada kaum lelaki dan perempuan yang beriman.

قل للمؤمنين يغضّوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إنّ الله خبير بما يصنعون

Maksudnya: Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannnya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهنّ ويحفظن فروجهنّ

Maksudnya: Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.

Jika kita meneliti dengan sebaiknya terhadap ajaran Islam, kita akan dapati Islam dari awal lagi telah menutup segala pintu-pintu yang boleh membawa kepada fitnah terhadap penganutnya. Kebiasaannya permulaan kepada pintu-pintu fitnah itu adalah bermula dari pandangan mata seseorang. Demikianlah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

لا تتبع النّظرة النّظرة فإنّ لك الأولى وليست لك الآخرة ...أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksudnya : "Jangan dituruti pandangan itu demi pandangan. Maka sesungguhnya bagi kamu itu adalah pandangan yang pertama dan tidak pada pandangan berikutnya".

Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi pada hadith yang ke 2777 pada fasal "Adab", bab pada menyatakan hal pandangan secara tidak langsung ( ما جاء في نظرة المفاخأة ). Boleh didapati hadith tersebut dalam kitab Sunan at-Tirmizi cetakan Darul Kutub al-Ilmiah Beirut.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Disebabkan itulah dalam hal ziarah menziarahi ini juga Islam menggariskan panduan yang terbaik supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Contohnya perbuatan zina atau sumbang mahram, pergaulan bebas serta perkara-perkara yang boleh membawa kepada fitnah terhadap seseorang individu itu. Ini dikaitkan pula Islam itu memelihara maruah insani.

Demikian juga peringatan yang diberikan Nabi kita kepada Saidina Ali Karamallahu Wajhahu tatkala Baginda ditanya berkenaan dengan pandangan secara tidak langsung atau tidak disengajakan. Rasulullah S.A.W bersabda :

اصرف بصرك

Maksudnya : Abaikanlah / Palingkanlah pandanganmu!

Hadith di atas diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud dalam kitab sunannya pada hadith yang ke 2148. Dirujuk pada fasal "Pernikahan", bab "Apa yang diperintahkah dengannya menundukkan pandangan" ( ما يؤمر به من غضّ البصر ). Sahabat-sahabat boleh temui hadith ini dalam kitab Sunan Abi Daud cetakan Daaru Ahyaa at-Turaasi.

Bagi kaum lelaki beberapa peringatan telah diberikan supaya berhati-hati dengan wanita. Wanita adalah perhiasan dunia dan kita bagi kaum lelaki perlu mengakui bahawa seindah perhiasan itu adalah wanita solehah. Satu kebahagian dan kemuliaan bagi seorang lelaki jika dunia ini di hiasi oleh wanita-wanita solehah. Lihatlah bagaimana kebahagian dan kemuliaan yang dimiliki oleh Nabi apabila hadir Siti Khadijah Radhiallahu 'Anha dalam hidup Baginda.

Berpasakkan keimanan yang mendalam serta akhlak yang terpuji menjadikan Siti Khadijah ini sebagai Serikandi yang sungguh berjasa terhadap suaminya dan perjuangan Islam itu sendiri. Lihatlah bagaimana pula Isteri kepada Yasir bernama Sumayyah, yang mana kekuatan ruh Islamnya menjadikan ia tidak gentar dan tidak takut dengan ugutan serta ujian yang dikenakan oleh orang musyrik supaya ia murtad dari agama Islam. Tragedi hitam yang berlaku terhadap Sumayyah ini menjadi sanjungan umat Islam ketika itu dan sehinggalah hari ini.

Namun begitu, jika perhiasan dunia ini tidak dipelihara dan dibiarkan suasana jahilyah membentuknya, maka satu kecelakaanlah bagi seisi dunia khususnya bagi kaum lelaki. Fitnah yang besar mampu menggugat kemuliaan seorang lelaki itu antaranya ialah fitnah wanita. Allah S.W.T juga menjadikan wanita ini sebagai ujian kepada lelaki bagi melihat kemampunnya dalam meletakkan kurniaan itu di atas kehendak dan keredaan Allah. Antaranya disebutkan di dalam ayat-ayat suci al-Quran dalam surah Ali Imran ayat yang ke 14 :

زيّن للنّاس حبّ الشهوات من النّساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضّة والخيل من الصسوّمة والأنعام والحرث ذلك متاع الحيوة الدنيا والله عنده حسن المئاب

Maksudnya : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaaan terhadap apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik"

Perkataan " زيّن " pada ayat di atas membawa maksud dihiasi atau dijadikan indah. Persoalannya siapakah yang menghiasi dunia tersebut? Ada pendapat mengatakan perbuatan tersebut ialah syaitan. Namun Imam an-Nasafi dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Jumhur Ulama menganggap perbuatan menghiasi dunia itu ialah Allah. Ini kerana ia bertujuan untuk menguji hamba-hamba Nya sebagaimana yang mereka sandarkan pada surah al-Kahfi ayat yang ke 7 :

إنّا جعلنا ما على الأرض زينة لّها لنبلوهم

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya".


Sahabat-sahabat ku sekalian.

Bila bicara soal fitnah wanita ini Rasulullah pernah bersabda:

ما تركت بعدي فتنة أضرّ على الرجال من النساء

Maksudnya : "Tidak Aku tinggalkan selepas pemergian Ku ini satu fitnah yang lebih memudaratkan ke atas seorang lelaki melainkan terhadap wanita-wanita". (atau sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda S.A.W).

Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari pada hadith yang ke 5096 pada fasa (Pernikahan), bab ( Perkara-perkara yang ditakuti daripada kesialan wanita). Hadith tersebut boleh didapati pada kitab Fathul Bari Bi Syarhi Sohihil Bukhari jilid ke 9 cetakan Daru at-Takwa. Ini satu peringatan yang perlu diambil berat oleh semua pihak bukan sahaja kaum lelaki malahan kepada kaum wanita.

Jelas kepada kita beberapa suasana yang mula menular di kalangan umat Islam pada hari ini tanpa segan silu melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Contohnya seorang lelaki muslim yang tinggal bersendirian membenarkan wanita bukan muhrim masuk ke rumahnya sesuka hati. Kadang-kadang sengaja dibawa balik ke rumah untuk tidur dan sebagainya, sedangkan itu adalah perkara yang diharamkan di sisi Islam.

Sebagai sebuah rumah muslim sepatutnya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Jika berlaku ia boleh membawa fitnah kepada si penghuninya. Adakah kita terlalu yakin dengan iman kita dalam keadaan berdua-duan sedemikian, manakala di tengah-tengahnya ialah iblis yang berusaha mengajak ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Percampuran yang tidak syar'ie atau pergaulan bebas sebenarnya membuka ruang kepada syaitan untuk membuat fitnah terhadap manusia. Syaitan yang cuba mengelirukan pandangan manusia itu dengan keindahan dan kenikmatan pada perkara-perkara yang haram, dan sedaya mampu yang mungkin membuka pintu-pintu maksiat.

Ditekankan juga dalam hal ziarah menziarahi ini masalah bersalaman atau berjabat tangan dalam bahasa arabnya ialah musofahah. Bagi lelaki, selain daripada ibu, datuk perempuan, adik-beradik perempuan, isteri, dan adik-beradik perempuan (emak saudara) di sebelah ayah dan ibunya adalah haram untuk ia berjabat tangan. Bergitu juga hal keadaannya bagi seorang wanita itu, selain daripada ayahnya, datuk lelaki, adik-beradik lelaki, suami, dan adik beradik lelaki di sebelah ayah dan ibunya adalah haram untuk ia berjabat tangan. Beberapa masalah yang sering kita lihat ialah apabila si adik ipar yang perempuan bersalaman dengan abang iparnya sedangkan perbuatan itu adalah haram sekalipun ia beralasankan sekadar menghormati abang iparnya. Banyak lagi masalah-masalah yang kurang di fahami oleh sebahagian daripada umat Islam kita pada hari ini. Keadaan ini selalunya berlaku dalam hal pengziarahan.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Islam memandang berat atas masalah berjabat tangan ini. Dalam masalah wudhu yang digariskan oleh Imam asy-Syafie pun jika tersentuh seorang lelaki itu dengan wanita yang bukan muhrimnya tanpa berlapik sudah batal apatah lagi perkara yang disengajakan dalam hal berjabat tangan. Pasti hukumnya lebih besar. Lihat pengakuan yang dibuat oleh Aisyah Radhaiallahu 'Anha selaku isteri Rasulullah bahawasanya dia telah berkata :

وما مسّت يد رسول الله صلّى الله عليه وسلّم يد امرأة إلا امرأة يملكها

Maksudnya : "Dan tidak sekali-kali tangan Rasulullah S.A.W bersentuhan dengan tangan wanita melainkan perempuan yang Baginda miliki akan perempuan itu".

Telah diriwayatkan juga dalam kitab at-Targhib Wa at-Tarhib bagi Imam al-Hafiz al-Munziri, bahawa Rasulullah telah bersabda :

لأن يطعن فى رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له .....أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksudnya : "Nescaya akan ditusuk di kepala salah seorang daripada kamu (Akhirat) dengan jahitan daripada besi, selayak baginya terhadap sesiapa yang menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya". (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam at-Thobrani)

Bagi seorang isteri dilarang membenarkan orang yang halal dinikahinya untuk masuk ke dalam rumah tanpa keizinan dan ketiadaan suaminya. Sebaik-baiknya inilah antara perkara yang perlu dijaga oleh seorang muslim itu terhadap kediamannya. Hal ini bagi mencerminkan nilai-nilai dan contoh yang terpuji terhadap sesebuah rumah muslim itu sendiri.

Rumah Muslim itu tiada percampuran tidak syar'ie. (Vol. 1)

Tuk....Tuk....Tuk....Tuk....Tuk.....Assalamualaikum. ( Bunyi pintu rumah diketuk oleh seseorang sambil lafaz salam mengiringi ke atas tuan rumah)

Setelah dua kali pintu diketuk beserta salam, lalu si tuan rumah membuka pintunya sambil menjawab salam yang diberikan kepadanya.

Tuan Rumah (Din) : Waalaikum Salam. OOOO kau Emii. Baru jer aku ngan zaujah sebut pasal kau, sebab lame kau tak datang rumah aku.

Emii : Yer ke. Sorry la Din. Aku semenjak dua menjak ni sibuk skit kat JB tu. Kuliah aku sentiasa penuh, tu tak termasuk program pemuda yang banyak kene susun ni. Kebetulan aku balik ke Endau ni bercuti. Tu yang aku datang singgah ke rumah kau ni, sebab rase lame sangat aku tak jenguk ko.

Din : Oooo kau bercuti. Yerlah orang duduk di bandar. Ehh ko datang sorang je ke? Mane zaujah ko?

Emii : Ehh tak lah aku datang ngan zaujah aku, dia ade dalam kerete.

Din : Laaa ko ni pun satu, biarkan zaujah duk dalam kerete, kan panas ni. Ajaklah dia
masuk skali. Kau tunggu jap ye aku bagitau zaujah aku.

( Lalu Din mendapatkan isterinya di dapur untuk memaklumkan bahawa Emii sahabat karibnya bersama isteri datang untuk menziarahi mereka sekeluarga)

Din : Zie, kite baru jer sebut nama Emii tadi mase makan tengahari. Tu haaa kat luar, dia datang ngan zaujah dia. Katenye dia bercuti, datang nak ziarah kite berdua. Jom kite gi sambut dia ngan zaujah.

Isteri Din : Oooo ye ker. Baik, tunggu jap, zie nak bertudung dulu. Bang pegi la ajak Emii
ngan zaujah dia masuk dulu, nanti zie datang kemudian.

(Din mengangguk tanda mengiyakan kalam isterinya sambil bergegas menuju ke pintu hadapan untuk menjemput masuk rakan karibnya itu bersama isteri).

Din : Emii, kesian ko tunggu lame kat luar. Jemputlah masuk, ajak isteri kau masuk
skali. Anak kau si Azmi ngan Nadia tu mane? Tak bawak diorang skali ke?

Emii : Time kasih Din. Sori la menyusahkan kau jer waktu petang-petang ni, Oooh, anak aku tu, dua-dua sibuk nak ikut atuk dia gi kebun amik durian katenye. Maklumlah sebulan skali balik ke kampung. Im! Jom kite masuk.

( Sambil menjawab pertanyaan Din tentang anak-anaknya, Emii dan zaujahnya terus menuju ke ruang tamu untuk duduk di sofa empuk di ruang tamu rumah si Din).

Din : Ko cuti bape lame?

Emii : Aku cuti dalam 3 hari jer, pagi luse aku baliklah JB smule. Aku sampai dalam kul 8.30 pagi tadi. Bertolak dari JB lepas subuh tadi. Haa! pe macam program pemuda kawasan ko?

Din : Errmmm. Aku pun lebih kurang macam ko juge. Baru-baru ni, baru lepas habis mesyuarat pemuda PAS kawasan. Aku diminta rangka beberapa program khas untuk tarbiyah pemuda kawasan. Ehh,Ustazah Fatimah pun bercuti ke? Tak mengajar ke?

Isteri Emii : Ermmm, ana terpaksa bercuti ikut si abangnya (Emii) bercuti. Lagipun rase rindu
plak kat kampung.

(Sedang rancak Din, Emii dan isterinya berbual lalu datanglah isteri Din sambil salam mengiringi menuju ke tetamu istimewa mereka).

Isteri Din : Pe kaba Ustaz Suhaimi ngan zah Fatimah? Sehat ke? Lama tak datang rumah,
sibuk sangat ke?

Isteri Emii : Alhamdulillah, sehat-sehat je kak zie. Tak lah sibuk mane. Sibuk-sibuk ngan keje
mengajar je kat sekolah tu. Ustaz Suhaimi je yang agak sibuk skit kebelakangan ni.

Isteri Din : Oooo macam tu. Mana Azmi ngan Nadia, diorang tak ikut skali ke?

Isteri Emii : Tak lah kak Zie, diorang tak ikut skali sebab ikut atuk dia gi kebun amik durian. Anak kak Zie si Hanzalah tu mane plak?

Isteri Din : Ye ke, patutlah tak nampak diorang. Ermm..... anak Kak Zie dia gi main hoki kat sekolah. Baru jer dia keluar lepas solat asar tadi. Jom zah Fatimah kita berbual di meja dapur.
Dah agak lama kita tak berpeluang untuk berbual ni.

Isteri Emii : Yer lah dah lama kita tak jumpa ni. Jom.


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Itu adalah sedikit sedutan perbualan yang cuba saya lakonkan kepada sahabat-sahabat sekalian. Apa yang ingin saya tonjolkan daripada perbualan itu adalah satu suasana yang harmoni menepati syara' tanpa sedikit pun ada unsur-unsur ke arah berlakunya satu percampuran lelaki dan perempuan secara tidak syar'ie, iaitu dilarang dalam Islam. Percampuran ini di dalam bahasa arab disebut sebagai Ikhtilat ( إختلاط ).

Adapun Ikhtilat ini terbahagi kepada dua, yang pertama disebut sebagai Ikhtilat Syar'ie
( إختلاط الشرعى ) iaitu percampuran yang dibenarkan di dalam Islam. Contohnya himpunan lelaki dan perempuan dalam satu majlis ilmu atau di dalam dewan kuliah universiti. Namun kedudukan mereka berasingan, lelaki di sebelah kanan dan perempuan di sebelah kiri, ataupun kedudukan lelaki di hadapan manakala kedudukan perempuan pula di sebelah belakang. Suasana ini jika dilihat, ia bersifat harmoni dan tidak berisiko tinggi berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat yang kedua disebut sebagai ikhtilat yang tidak syar'ie ( إجتلاط غير الشرعي ) iatu satu percampuran yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Contohnya disatu-satu majlis atau tempat yang mana terhimpunnya lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, serta berlakunya pergaulan bebas, bertepuk tampar, bergelak ketawa yang melampau sehingga ia tidak dilihat satu suasana yang harmoni. Tempat-tempat seperti ini menjadi himpunan juga bagi iblis dan syaitan untuk menggalak dan menggoda manusia untuk melakukan kemaksiatan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala ( S.W.T ) dalam surah al-Baqarah ayat ke 169:

إنّما يأمركم بالسّوء والفحشاء وأن تقولوا على الله ما لا تعلمون

Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Sebagai sebuah rumah muslim, maka tidak berlakulah percampuran yang haram dalam hal-hal penziarahan. Dengan maksud tidak berlaku bersekedudukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tidak menjadi satu kesalahan di sisi syara' jika hal penziarahan ini berlaku menepati kaedahnya. Contohnya seperti keadaan yang ditunjukkan melalui perbualan di atas. Ia jelas menunjukkan satu keadaan yang disenangi dan harmoni samada dari pihak tuan rumah mahupun tetamu yang bertandang.

Oleh yang demikian itu secara kaedah yang diajar oleh Islam, apabila seseorang itu ingin menziarahi saudaranya, maka perlulah dimaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah jika kehadirannya itu bersama isteri atau ahli keluarga ataupun sebaliknya. Jika sekiranya tuan rumah dimaklumi bahawa kehadiran saudaranya itu bersama isteri, maka perlulah bagi tuan rumah itu memaklumkan kepada isterinya supaya ia juga turut serta menyambut isteri kepada tetamu suaminya. Kemudian dibawa isteri tetamu itu oleh isteri tuan rumah ke tempat lain samada di bilik tamu atau ke tempat yang agak berasingan sedikit daripada tempat perbualan suami mereka.

Sahabat-sahabat boleh lihat contoh sebagaimana adegan yang ditunjukkan dalam filem Ali Baba yang dilakonkan oleh S.Samsudin dan Ajis Satar. Ketika mana Kasim Baba menjemput Ali Baba bersama isterinya bertandang ke rumah. Lihatlah kedudukan Kasim Baba dan Ali Baba yang berasingan dengan kedudukan isteri-isteri mereka.

Ok...Selesai masalah tu. Kemudian apabila tetamu itu telah selesai penziarahan mereka dan menyatakan hasrat ingin beredar dan pulang. Maka ketika itu si tuan rumah hendaklah memaklumkan kepada isterinya bahawa tetamu ingin beredar dan pulang. Setelah itu dibawalah keluar bersama isteri tetamu tadi dari bilik tamu.

Demikianlah tidak berlakunya di sana percampuran antara lelaki dan perempuan dalam hal-hal penziarahan. Inilah dia keindahan Islam. Namun begitu, masih ramai lagi kita lihat, orang Islam pada hari ini yang membiarkan rumahnya terdedah kepada percampuran yang tidak syar'ie. Budaya barat sudah mula melazimi kehidupan mereka. Ada sebahagian wanita islam pada hari ini mengizinkan lelaki asing masuk ke dalam rumahnya sesuka hati, sehingga berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti rogol dan zina.

Beberapa peringatan daripada Allah S.W.T kepada kita supaya berhati-hati agar tidak terjerumaus ke lembah kemaksiatan dan kemungkaran. Insyaallah dikesempatan yang ada dilain waktu akan asaya sempurnakan tajuk ini pada siri penerangan kali ke dua. Doakan agar saya diberi kelapangan.










Thursday, June 18, 2009

Pohonlah Nusrah Allah.

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Saya yakin dan percaya sahabat-sahabt seperjuangan dalam PAS semestinya dalam keadaan gusar dan gundah gulana melihat kepada perkembangan terbaru dalam PAS.

Berbagai kenyataan-kenyataan yang merisau dan menghairankan kita telah keluar di dada akhbar dan media arus perdana. Tidak terlepas juga daripada lidah rasmi dan TV PAS kita. Perkembangan terbaru semalam melihat amaran daripada Timbalan Mursyidul AM terhadap Timbalan Presiden kita Ustaz Nasharudin Mat Isa agar beliau meletakkan jawatan dalam parti dan sebagai ahli parlimen Bachok sekiranya beliau menyokong Kerajaan Perpaduan ini. Walaupun saya sedia maklum bahawa itu adalah sekadar gagasan dan perbahasan ilmiah sebagaimana menurut kenyataan Presiden kita.

Sebentar sahaja tadi 10 orang ahli Parlimen PAS yang terdiri daripada Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) mengisytiharkan beramai-ramai menoloak Kerajaan Perpaduan.

Pelik dan hairan saya bagaimana mereka memahami isu ini. Tindakan susulan mereka ini seolah-seolah gagasan tersebut telah dipersetujui oleh pimpinan tertinggi parti dan melanggar dasar dan polisi parti. Hakikatnya belum ada apa-apa kenyataan rasmi pun daripada pihak Presiden untuk menyokong dan ingin melaksanakan gagasan tersebut hatta Timbalan Presiden kita sendiri.

Apakah kesemua ahli parlimen ini tidak mendengar respon daripada Naib Presiden PAS YB Datuk Mahfuz Omar sendiri ketika ditemui media di lokasi parlimen semalam. Beliau telah menyatakan supaya semua pihak harus bersabar dan memberikan kepercayaan kepada parti untuk menguruskan persoalan ini dan perlu menunggu sehingga kepulangan Dato' Seri Presiden dari London. YB Mahfuz juga yakin bahawa Dato' Seri Presiden mempunyai kebijaksanaan tersendiri dalam menyelasaikan masalah yang berlaku ini.

Sahabat-sahabat sekalian

Dalam keadaan yang sebergitu rumit ini perlunya kita merujuk kepada pimpinan kita. Jikalau boleh saya bertanya adakah kesepuluh ahli parlimen ini telah berbincang dan meminta pandangan daripada Timbalan Presiden dan Naib Presiden kita kewajaran mereka membuat kejutan seperti ini? Sebab itulah secara peribadi saya berpandangan dalam kekalutan ini segala-segala apa pun yang berlaku diminta untuk merujuk terlebih dahulu pada pimpinan tertinggi PAS khususnya Kepada Timbalan Presiden dan Naib Presiden kita.

Marilah sejenak kita ikuti coretan daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat melalui blognya terhadap peristiwa peperangan Bani Mustholik. Banyak faedah dan pengajaran yang perlu kita ambil dariapada sejarah dan tulisan itu. Sahabat-sahabat boleh membacanya melalui link ini ;

Vol 1 :

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/peristiwa-mustaliq-jadikan-iktibar-vol.html

Vol 2 :

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/kisah-mustaliq-jadikan-iktibar-vol-2.html

Saya menyokong seratus peratus di atas cadangan Timbalan Mursyidul AM PAS untuk mengadakan pertemuan khas dengan Dato' Seri Presiden, Timbalan Presiden dan beberapa pimpinan PAS yang lain dalam menyelasaikan isu ini. Beliau juga turut menamakan pertemuan yang bakal diadakan tersebut sebagai mesyuarat ukhuwah (persaudaraan). Semoga dengan pertemuan tersebut menatijahkan sesuatu yang positif demi kesinambungan kegemilangan PAS yang berterusan serta menjalinkan ukhwah yang lebih erat di antara sesama pimpinan kita.

Insyaallah dengan kehendak Allah selagi PAS melangkah dengan prinsip dan dasarnya, segala apa pun yang berlaku pada PAS saya tetap tidak akan berganjak dalam jemaah mulia ini. Bukan mudah dizaman fitnah ini untuk kita mendapati lorong atau medan yang terbaik untuk kita mati sebagai Syuhadaa (golongan-golongn yang mati dalam menegakkan kalimah Allah).

Sebagai terakhir daripada tulisan yang amat cetek ini, saya sekali lagi secara peribadi mengingatkan agar taatlah kita kepada pemimpian kita selagi pemimpin kita masih menyanjung dan menggalasi perjuangan Rasul, para sahabat dan golongan sesudahnya demi meletakkan Islam itu di mercunya, maka taatilah mereka tanpa berbelah bagi.

Sepanjang krisis ini berlaku, bermula daripada hari esok saya akan berpuasa setiap hari sehinggalah krisis ini selesai. Saya secara peribadi mengajak sahabat-sahabat seprjuangan agar melazimi munajat kita kepada Allah supaya Allah memelihara jemaah kita ini daripada sebarang cubaan untuk melumpuh dan menghapuskannya. Kita juga mohon kepada Allah supaya disatukan kembali hati-hati pejuang-pejuang agama Allah ini untuk terus menikmati nikmatnya persaudaraan dalam berjemaah. Aminn

Monday, June 15, 2009

Unity Government : Mehnah perjuangan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.


Hampir seminggu Muktamar PAS kali ke55 telah berlalu. Namun bergitu kehangatannya masih terasa sehingga ke hari ini khususnya respon pimpinan tertinggi parti mahupun para perwakilan terhadap satu gagasan yang dibawa oleh Dato Seri Presiden kita berkenaan dengan Unity Government.


Semakin deras pukulan angin kecaman daripada pihak tertentu terhadap gagasan yang dibawa oleh Dato’ Seri Presiden kita. Samada kecaman itu daripada pimpinan tertinggi parti, ahli, mahupun pimpinan tertentu dalam pakatan rakyat. Masing-masing dilihat kebingungan dalam memahami kehendak sebenar Presiden melalui gagasan tersebut. Seolah-olah ia difahami bahawasanya PAS akan bersama-sama UMNO dalam masa yang sama mengabaikan prinsip-prinsip dan dasar parti.


Sungguhpun Presiden telah memohon maaf dengan cara menarik balik daripada terus mengutarakan gagasan tersebut walaupun, beliau tidak diberi peluang untuk menjelaskannya. Namun ia masih dijadikan alasan pihak tertentu untuk mengecam presiden kita. Masalah Unity Government ini juga telah beberapa kali diberi penjelasan dan penegasan oleh Timbalan Presiden kita Ustaz Nasharudin Mat Isa. Saya menyimpulkan daripada apa yang disebutkan oleh beliau, bahawa dalam sesebuah parti khususnya PAS, bukan hanya seorang sahaja dalam nak menentukan sesuatu keputusan yang tegas “being able to decide clearly and quickly” apatah lagi sesuatu keputusan itu melibatkan dasar atau polisi parti kita, ia perlu di ketengah dan dikembalikan kepada muktamar.


Saya juga bersetuju dengan pandangan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani ketika menjawab pertanyaan wartawan harakahdaily berkenaan dengan "Unity Government" itu. Beliau sebagai menjawab: " Pemuda kena serah dahulu kepada Presiden dan kepimpinan PAS yang baru untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dalam parti tentang apa yang dikatakan Kerajaan Perpaduan. Saya rasa Insyaallah apabila konsep kerajaan perpaduan ini difahami baik oleh kepimpinan dan juga ahli-ahli PAS". Kenyataan penuh beliau bolehlah didapati melalui link ini ;


http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21264&Itemid=1


Secara peribadi saya merasakan segala masalah atau usul mahupun gagasan khususnya yang akan melibatkan dasar dan polisi parti tidak perlulah dipolemikkan selagi ia tidak dibawa dan disahkan melalui muktamar yang berlangsung. Berlangsungnya muktamar nanti , di situlah medan untuk kita berbahas, mengutarakan pandangan, serta turut sama berfikir ke arah sesuatu natijah yang amat baik demi kepentingan parti kita. Tapi ingat! Biarlah dengan cara dan adab sebagai orang yang berada dalam jemaah Islam.


Kadang-Kadang saya melihat ada di kalangan pimpinan bawahan parti seolah-olah sudah hilang adab dalam berjemaah, sehingga seolah-olah ingin menyamakan presiden dengan apa yang dilakukan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan dan pengikutnya terhadap Saidina Ali. Adakah kita sudah cukup hebat dan terlalu yakin dalam memanipulasikan sesuatu isu itu dengan mengaitkan sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat tanpa kita merujuk kepada banyak kitab-kitab sejarah yang muktabar. Adakah Muawiyah itu bukan di kalangan para sahabat Rasulullah? Apakah kita tidak mengethui kedudukan manusia yang bergelar “ashabul ar-Rasul” para sahabat Nabi Muhammad? Apakah kita berhak untuk menghukum siapakah yang bersalah dalam krisis yang berlaku antara Saidina Ali Karamallahu Wajhah dengan Muawiyyah bin Abu Sufyan?


Pernahkah kita terfikir kenapa tiba-tiba Dato’ Seri Presiden mengutarakan gagasan ini? Adakah beliau tidak pernah mengkaji atau meneliti gagasan ini sebelum ia dilafazkan dikhalayak umum. Apakah kita merasakan beliau begitu bodoh dan telah kehabisan modal untuk mencari alternatif dalam memperkasakan PAS dan perjuangannya? Kenapa kita tidak melenting dan memberi kecaman terhadap janji pihak tertentu yang beria-ia untuk merampas kuasa kerajaan pusat melalui jalan melompat parti?


Jika kita meneliti episode sebelum ini, kelihatan Dato’ Seri Presiden kurang bersetuju dengan penubuhan kerajaan melalui jalan melompat parti ini. Ini kerana ia dilihat mampu memberi implikasi buruk kepada perlaksanaan agenda PAS sepenuhnya kepada negara jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Kita takuti bahawa ahli parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti itu lebih ramai dikalangan orang bukan Islam. Apabila ahli parlimen PR terdiri di kalangan ramai yang bukan Islam, maka kita khuatiri sesuatu dasar atau polisi atau ketetapan demi kepentingan Islam tidak dapat dilaksanakan kerana kurang mejoriti yang menyokong.


Berikutan penelitian daripada masalah itu Dato’ Seri selaku presiden tidak pernah sedikitpun membuat kecaman terbuka terhadap idea penubuhan kerajaan melalui cara tersebut, bahkan beliau mengajak dan bersedia berbincang dengan pimpinan PR bagi meneliti kembali kewarasan cadangan penubuhan kerajaan melalui jalan tersebut. Hasilnya kita lihat PAS mampu menerima cadangan tersebut dengan meletakkan beberapa syarat yang tegas demi kepentingan Islam dan kesinambungan agenda perjuangan PAS itu sendiri.


Sedikit terkilan juga saya terhadap beberapa pimpinan tertinggi PKR dan DAP yang turut sama melatah bila mendengar gagasan tersebut, seolah-olah gagasan itu mampu memporak-perandakan agenda bersama PR walaupun hakikatnya mereka maklumi gagasan itu belum diterima sebulat suara. PKR dan DAP kene ingat! krisis di Perak berpunca daripada anak buah mereka sendiri yang tiada tarbiyah dan tiada pendirian kukuh terhadap matlamat perjuangan,berbanding anak buah Dato' Seri Presiden yang telah ditarbiyah dan ditapis dengan sebaiknya sebelum menggalas beban amanah yang cukup besar. Hasil daripada pimpinan Dato' Seri Presiden dengan tarbiyah yang dipasakkan ke dalam jiwa ahlinya menatijahkan kepimpinan PAS yang berintegriti tinggi. Ini bukan nak bongkak tapi inilah janji yang Alah beri pada mereka yang ikhlas dalam melaksanakan kerja Islam. Bukan mudah nak dapat sifat ikhlas ini tanpa di sana proses tarbiyah yang sangat ketat.


Kita juga menyedari bahawa ketokohan Presiden PAS dalam memacu arah perjuangan Islam diakui bukan sahaja di Malaysia bahkan meliputi negara-negara Islam yang lain khususnya daripada pemimpin-pemimpin gerakan Islam sedunia. Beliau juga sering diberi penghormatan untuk berucap dipersidangan-persidangan tertentu bagi mengutarakan pandangan dan cadangan beliau kepada semua pemimpin-pemimpin negara Islam dalam menangani krisis umat Islam pada hari ini. Ia termasuklah dalam hal-hal yang melibatkan hak asasi manusia terutamanya terhadap umat Islam di seluruh dunia, masalah pendidikan, ekonomi, masalah kebuluran,kemiskinan dan sebagainya.


Baru-baru ini, Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi (Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) di Istanbul pada28 – 30 Mei 2009. Beliau juga diberi kesempatan sebagai penyampai ucapan dalam Sesi Protokol, selepas dari ucapan Prof Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party) dan Prof Dr Burhanuddin Rabbani (Mantan Presiden Afghanistan). Dalam ucapan beliau, Tuan Guru telah menjelaskan mengenai krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.


Jikalau pun benarlah Dato’ Seri Presiden bersalah dalam hal ini, saya merayu agar beliau tidak dihukum dengan sebegitu rupa. Semakin ramai yang mengecam beliau semakin pedih hati ini untuk menerimanya. Rapatilah beliau, bertemulah beliau di meja rundingan, untuk mendapatkan penjelasan serta membuat perbincangan. Usahlah memberi peluang kepada musuh untuk menghuru-harakan jemaah kita hanya dengan pandangan peribadi yang jauh daripada kehendak parti itu sendiri. Tolonglah, demi kepentingan jemaah Islam ini, hentikanlah suasana suram ini. Kita berteguh dan bersatu kembali membawa tema yang baru ini “Islam Memimpin Perubahan” dan sam-sama kita memperkukuhkan sof perjuangan kita dalam berhadapan dengan tsunami politik yang lebih mencabar lagi.


Sebelum saya mengakhiri tulisan ini saya ingin menyatakan kebersamaan saya dalam menerima isi kandungan ucapan pergulungan daripada Timbalan Mursyidul Am kita iaitu YBhg Dato’ Dr Haron Din khususnya dalam mencadangkan supaya mana-mana ahli yang ingin bertanding dalam mengisi jawatan tertinggi pimpinan pusat perlu dibuat tapisan oleh pihak-pihak yang berwajib contohnya serperti majlis syura atau ahli lembaga disiplin parti. Beliau juga ada menekankan tentang kewajipan mentaati pemimpin, serta mengingatkan kepada semua ahli berhati-hati supaya penyakit-penyakit dalam berjemaah ini tidak berlaku dan perlu dibendung segera jika ada.


Ucapan Timbalan Mursyidul Am PAS itu boleh sahabat-sahabat ikuti melalui link ini;


Part 1 :

http://www.youtube.com/watch?v=wxLvCkv1pic&feature=related


Part 2 :

http://www.youtube.com/watch?v=VbvDxVWkbbQ&feature=related


Saya mengingatkan kepada pembaca tulisan ini, bahawa ini adalah pandangan peribadi saya. Tulisan ini bukanlah untuk mengapi-apikan, tetapi dengan tujuan yang satu iaitu untuk melihat suasana yang harmoni antara pimpinan-pimpinan tertinggi parti walaupun di sana wujudnya perbezaan pendapat.

Saturday, June 6, 2009

'Altantuya'

Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga


Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama


Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa


Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku


Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah


Sajak ini hasil ciptaan :

YBhg Saudara Mohamad Sabu

( Mantan Naib Presiden PAS)

Monday, June 1, 2009

TENTATIF PENUH MUKTAMAR PAS KALI KE 55

* Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48
Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan



* Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50

Tarikh : 9 Jumada Al-Akhir 1430 / 3 Jun 2009 (Rabu)

Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan



* Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan



* Muktamar Penuh PAS Kali ke-55

Tarih : 11,12 dan 13 Jumada Al-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2009

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan


TENTATIF TAMBAHAN

* Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Tarikh : 10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam

Ahli Panel : 1) YB Dato' Dr Hassan Bin Mohd Ali
-Pesuruhjaya PAS Selangor-

2) YBhg Dato' Dr Haron Din
-Timb. Mursyidul Am PAS-

3) YBhg Ustaz Dato' Ismail Kamus

Moderator : YBhg Ustaz Kamal Ashaari.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman rasmi Muktamar PAS kali ke-55

http://muktamar55.pas.org.my/


"SELAMAT BERMUKTAMAR KEPADA SELURUH PERWAKILAN
DARI BUMI MUSA ALAIHI AS-SALAM"


سيروا على بركة الله

Wednesday, May 27, 2009

Muslimat PAS Ipoh mesti bertindak.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sahabat-sahabat yang dimuliakan.

Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan satu berita yang agak menggusarkan hati kita khususnya di kalangan pendakwah-pendakwah Islam. Berita yang mungkin agak menggemparkan seluruh Malaysia berkaitan isu rumah tangga kepada saudara Akil Hay Rawa. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada keluarga saudara Akil Hay dan isteri, Puan Maizawati Zainal kerana cuba membawa isu ini masuk ke dalam blog saya. Bukanlah dengan niat untuk merancakkan lagi suasana tegang ini dan bukanlah dengan niat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Hakikatnya tulisan ini bertujuan untuk meredakan dan cuba membantu mencari jalan penyelesaian.

Diri ini tidaklah sehebat mana, bahkan masih cetek ilmunya. Namun atas dasar saudara Akil sekeluarga adalah saudara saya seakidah, maka wajib saya membantu pada lapangan ini. Mungkin tulisan ini juga boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang lain. Melihat kepada kekalutan ini seharusnya saudara Akil sebagai ketua keluarga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin untuk memulihkan kembali hubungan saudara Akil bersama isteri dan anak-anak. Ini kerana saudara Akil tidak ada masalah untuk medampingi mereka dengan lebih dekat sepenuh masa bagi meleraikan kekusutan dan kerumitan yag berlaku dalam rumah tangga saudara Akil. Saya percaya dan yakin, saudara Akil tentu masih lagi menyayangi isteri saudara apatah lagi anak-anak saudara yang merupakan darah daging saudara Akil sendiri.

Kembalilah kepada manhaj yang Islam telah gariskan kepada kita khususnya bagi golongan suami yang menjadi nakhoda kepada bahtera rumahtangga.
Syariat Islam yang mulia memerintahkan suami berbuat baik kepada isteri serta menggaulinya dengan baik. Syariat mengharamkan perbuatan-perbuatan untuk menyakiti, menganiaya dan memudarati si isteri dalam segala cara dan bentuk. Allah Subahanahu Wa Taala (S.W.T) telah berfirman dalam surah an-Nisaa pada ayat yang ke 19 :

و عاشروهنّ بالمعروف فإن كرهتموهنّ فعسى أن تكرهوا شيئا ويجعل الله فيه خيرا كثيرا

Maksudnya: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu".

Ya, semua orang mengakui dan saya juga turut mengakui, dalam melayari bahtera rumah tangga ini demi mencapai redho ilahi pasti tak lekang daripada musibah mahupun bencana. Ketika bahtera di tengah lautan kadang-kadang ditimpa hujan, kadang-kadang riuh ribut kedengaran, kadang-kadang ombak lautan yang memukul bahtera. Kesemua situasi ini amat menakutkan pengemudi dan anak-anak kapalnya. Namun nakhoda yang bijak pasti mampu menenangkan anak-anak kapalnya dengan tindakan-tindakan yang bijak. Begitu juga halnya dalam rumahtangga, perlu si suami berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada terhadap apa jua kebarangkalian bencana atau fitnah yang boleh mengganggu gugat kestabilan rumahtangganya. Peritnya kehidupan kita apabila terpaksa menghadapi fitnah-fitnah dunia, kerana keperitan akibat daripada fitnah itu lebih pedih dan menderita untuk kita hadapi. Sebab itulah dosa bagi orang yang memfitnah itu sangat besar di sisi Allah. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Baqarah ayat yang ke 217:

والفتنة أكبر من القتل

Maksudnya: "Dan (ingatlah!) angkara fitnah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan".

Bagi saya masih belum terlambat untuk memulihkan keadaan rumahtangga saudara Akil. Isteri dan anak-anak masih memerlukan saudara untuk membimbing kehidupan mereka. Jangan biarkan diri saudara untuk lari daripada masalah ini. Melarikan diri daripada masalah tidak memberi kesan positif ke arah penyelesaiannya bahkan makin membarah. Jikapun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saudara itu adalah benar, maka masih belum terlambat untuk kembali ke landasan yang kukuh dan landasan yang menuju keredhoan Ilahi. Kita ini manusia pasti tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan itu jangan terus dibiarkan. Perlu diperbetulkan. Kasihanilah isteri dan anak-anak kerana mereka itu adalah cahaya ketenangan dan penyejuk mata bagi diri saudara. Firman Allah S.W.T dalam surah ar-Rom ayat ke 21:

ومن ءاياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودّة ورحمة إن في ذلك لأ يات لقوم يتفكّرون

Maksudnya:" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu(suami dan isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Imam al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirannya menerusi kitab Sohih Mukhtasor Tafsir Ibni Kathir ( صحيح مختصر تفسير ابن كثير ) cetakan Darul as-Salam helaian 1381 menjelaskan kepada kita berdasarkan ayat ke 189 dalam surah al-A'raf bergandingan dengan ayat di atas dengan merujuk kepada kejadian Hawa.

Imam Ibnu Kathir Rahimallahu Ta'ala 'Anhu menafsirkan Allah S.W.T telah menciptakan Hawa daripada rusuknya adam yang sangat mudah(tanpa perlu mengambil sumber atau ikon lain). Sekiranya Allah menjadikan Bani Adam itu kesemua mereka adalah lelaki, dan jika sekiranya Allah menjadikan perempuan-perempuan mereka daripada jenis yang lain, selain daripada mereka(bukan dari kalangan manusia). Samada kejadian Hawa itu daripada golongan jin atau haiwan, tatkala ketika berlakunya percampuran antara mereka dan isteri-isteri mereka nescaya dengan sebab berlainan jenis akan mencetuskan perselisihan ataupun permusuhan. Oleh yang demikian itulah daripada kesempurnaan rahmat Allah terhadap Bani Adam bahawasanya Allah menjadikan isteri-isteri mereka daripada jenis yang sama.

Manakala al-Imam al-Jalil Abdullah bin Ahmad bin Mahmud an-Nasafi dalam kitabnya Tafsir an-Nasafi ( تفسير النّسفي ) juga menafsirkan ayat yang sama pada helaian 905 cetakan Darul Ma'rifah. Beliau menyatakan Allah S.W.T menganugerahkan rasa kasih mengasihani dan berbelas-kasihan antara lelaki dan perempuan itu dengan sebab perkahwinan. Ada juga pendapat lain mengatakan bahawasanya dalam perkahwinan itu Allah kurniakan al-Mawaddah iaitu kasih sayang terhadap wanita muda dan ar-rahmat iaitu belas kasihan terhadap wanita yang sudah tua.

Merujuk daripada tafsiran kedua-dua imam ini jelas kepada kita mana mungkin berlakunya permusuhan,dendam,irihati,kekhuatiran, dan kecelaruan dalam rumah tangga sedangkan Allah telah memaklumkan kepada kita bahawasanya perkahwinan itu menjanjikan kebahagian dengan kurniaan kasih dan sayang ke atas si suami dan isteri. Jika permusuhan dan segala perkara-perkara yang buruk itu berlaku juga dalam rumahtangga, ini bermakna perkahwinan yang telah disyariatkan oleh Allah itu tidak diletakkan pada kehendak Allah yang sebetulnya. Mungkin di sana hak-hak Allah tidak ditunaikan contohnya bila berkahwin solat waktu tidak dijaga. Mungkin juga di sana hak-hak antara suami juga isteri tidak dijaga, menyebabkan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam rumahtangga.

Berbalik kepada kes yang berlaku ke atas keluarga saudara Akil Hay, bagi siisteri juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi maslah yang berlaku ini. Jangan terus membiarkan sisuami tertekan dengan masalah yang terpaksa dihadapi kalaupun memang benar maslah itu berpunca daripadanya. Sebagai seorang isteri yang solehah, sentiasa bersangka baik terhadap suami dan memberi keprcayaan kepadanya. Jika sisuami tidak diberi kepercayaan, bagaimana dia mahu memimpin keluarganya dengan penuh keyakinan.

Jika memang benar ia melakukan kesalahan bersangka baiklah dahulu,mungkin dia tersilap dengan hambatan nafsu dan belaian dunia. Berikan dia harapan dan kata-kata semangat untuk dia kembali kepangkal jalan dan terus yakin untuk memacu arah tuju rumahtangga dengan berlandaskan manhaj Rabbani. Jika sisuami tidak mampu pulang untuk bertemu dengan siisteri bagi menyelesaikan maslah ini, siisteri yang mampu seharusnya segera menemuinya dimana sisuami berada. Mungkin sisuami malu untuk kembali ke kediamannya kerana tohmahan dan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Dimanakah lagi tempat suami bergantung harapan dan kekuatan selepas Allah yang menjadi tunggak utama melainkan siisteri di dalam sesebuah rumahtangga. Bertemulah dengan sisuami itu lebih baik didahulukan daripada bertemu dengan mereka-mereka yang fasik (yang tak sepatutnya dia bertemu) yang suka mengapi-apikan dan melaga-lagakan antara pasangan tersebut, sedang keadaan mereka sendiri dalam hal keagamaan masih belum sempurna. Nasihat saya agar sisuami mahupun siisteri bertemulah dengan orang-orang yang boleh menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya dalam hal-hal kekeluargaan untuk mendapatkan teguran dan nasihat. Contohnya seperti Tuan Guru Haji Hadi yang sedia kita maklumi bahawa beliau mampu memimpin keluarga walaupun beristeri lebih daripada seorang atau mana yang lebih baik sebagai rujukan dan tempat nasihat. Teringat saya satu syair arab yang mungkin bertepatan dengan pesanan saya tadi :

فكل خير فى اتباع من سلف وكلّ شرّ فابتداع من خلف

"Segala kebaikan diperolehi dengan mengikuti kaum salaf (orang-orang soleh), dan segala keburukan diperoleh dari ikut-ikut aliran yang jelik"

Kepada Puan Maizawati Zainal jika masih lagi menaruh harapan serta kasih sayang daripada suami sudilah kiranya memaafkan sisuami di atas kesilapan yang telah beliau lakukan. Sedangkan Allah memaafkan dosa-dosa dan menerima taubat hambanya apatah lagi kita sesama manusia yang sangat lemah di sisi penciptanya. Jadilah isteri yang mampu menyenangkan hati sisuami, jadilah isteri yang mampu membahgiakan suami. jadilah isteri yang mampu meringankan beban sisuami. Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam (S.A.W) pernah bersabda:

"الدنيا متاع وخير متاعها المرأة الصالحة"
أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksudnya: Dunia ini adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia ialah wanita (isteri) yang baik.

Bahkan Baginda S.A.W memandang isteri yang solehah itu sebagai suatu pusaka yang bernilai yang perlu dijaga dengan sebaikmungkin bagi diri seorang suami. Sebagaimana sabda Baginda S.A.W lagi:

ألا أخبركم بخير ما ينكز المرء؟ المرأة الصالحة إن نظر إليها سرّته وإن أمرها أطاعته وإن غاب عنها حفظته فى نفسها وماله أو كما قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم

Maksusnya:"Sukakah kalian jika ku khabarkan tentang sebaik-baik pusaka yang dapat disimpan oleh seseorang? ialah isteri yang baik, yang jika suaminya memandang kepadanya, maka ia menyenangkan suaminya, dan apabila ia disuruh suaminya maka ia patuh kepada suaminya, dan ketika keberadaan suaminya jauh darinya, maka ia dapat memelihara suaminya dengan memelihara maruahnya dan harta suaminya"

Ingatlah bagi kaum adam mahupun hawa terhadap firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat yang ke 26:

الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيّبات للطيّبين والطيّبون للطيّبات

Maksudnya: " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan adalah wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik".

Jika mampu kedua-dua pasangan ini bertemu, ambillah kesempatan yang diizinkan Allah itu untuk menyelesaikan kerumitan yang ada. Natijahnya terserahlah kepada diri masing-masing demi segala-galanya adalah yang terbaik demi kebaikan rumahtangga khususnya terhadap anak-anak mereka. Seandainya natijah itu berakhir dengan penceraian, diharap itulah yang dianggap jalan yang terbaik bagi kedua-dua mereka. Islam membenarkan penceraian namun, dalam masa yang sama ia adalah suatu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Penceraian sebagai satu keharusan yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan situasi yang darurat. Jika sesuatu kerumitan di dalam rumahtangga itu berterusan dan semakin membarah dan ia hanya akan pulih dengan mengambil langkah untuk ke arah penceraian. Maka haruslah sisuami untuk mengambil langkah tersebut. Sebagaimana sisuami mengambil siwanita itu dengan cara yang baik maka ceraikanlah ia dengan cara yang baik.

Sebagai tambahan sebelum mengakhiri tulisan saya yang serba dhoif ini, sedikit cadangan daripada saya jika natijah kedua-dua pasangan itu berakhir dengan penceraian, maka saya sarankan Muslimat PAS Ipoh supaya mendampingi Puan Maizawati Zainal untuk memberikan kekuatan dan sokongan moral terhadap beliau. Perwatakan zahirnya menampakkan beliau seorang muslimah yang baik namun mungkin pengetahuan agama yang sedikit menyebabkan beliau agak kecelaruan dan kekeruan dalam mencari penyelesaian ini. Dengan cara ini bolehjadi Muslimat Pas Ipoh mampu memberi kekuatan dan dorongan yang positif terhadap beliau untuk tabah dan terus kuat untuk membimbing anak-anak beliau dengan berlandaskan ajaran Islam. Jangan terus biarkan ia terdedah dengan golongan-golongan fasik mahupun golongan-golongan yang cuba mencerminkan Islam itu tidak mampu mengatur kehidupan umatnya serta golongan yang suka melihat ke arah permusuhan dan saling domba-mendomba antara satu sama lain.