Sunday, April 29, 2007

Kemenangan Yang Mengaibkan (IJOK)


Pilihanraya kecil Dun Ijok pada 28 April 2007 berakhir dengan keputusan memihak kepada Barisan Nasional (BN)yang menampilkan K.R Parthiban sebagai galang gantinya setelah kematian K.Sivalingam dengan menewaskan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beberapa peningkatan yang amat memberangsangkan dapat dilihat natijah daripada pilihanraya yang diadakan terutamanya jumlah pengundi yang keluar mengundi pada hari tersebut.Pengumuman rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kassim di pusat penjumlahan undi, di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai, kira-kira jam 8.47 malam menyatakan bahawa peratusan keluar mengundi yang dicatatkan ialah 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah pilihan raya kecil yang pernah diadakan di negara ini.

Secara tidak langsung peratusan tersebut juga mempengaruhi jumlah pengundi yang menyokong antara dua parti yang bertanding.Penganalisaan yang dibuat dengan merujuk kepada keputusan pilihanraya umum 2004 yang lepas jelas menunjukkan peningkatan kepada jumlahnya. Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi BN dan KeADILan masing-masing bertambah daripada yang diperolehi pada 2004, di mana BN mendapat 5,213 undi manakala KeADILan mendapat 3,564 undi.

Ini bermakna kedua-dua calon memperolehi peningkatan undi hampir setara, iaitu BN berjaya menambah undi sebanyak 671 undi, manakala KeADILan menambah sebanyak 470 undi.

Bagi saya dari sudut zahirnya memang kemenangan di pihak BN namun dari sudut yang lain jelas menunjukkan kemenangan adalah di pihak PKR.Kemenangan yang dimiliki BN adalah kemenangan yang mengaibkan.Kenapa saya berpendirian sedemikian? Jawapannya……

Secara peribadi saya melihat sepanjang tempoh yang diberikan oleh SPR kepada dua parti yang bertanding sebelum tiba hari mengundi memiliki dua percaturan yang amat berbeza antara dua parti bagi memperolehi kemenangan.

Kita melihat walaupun ini adalah pilihanraya kecil Dun tetapi kerajaan telah mengerahkan hampir kesemua jenteranya untuk beraksi di medan Ijok.Seolah-olah mereka beraksi dipilihanraya umum.Selain kerlibatan menteri-menteri,isteri-isteri menteri,putera-putera dan puteri-puteri Umno termasuk media elektronik dan cetak yang kaki pengampu juga diperalatkan sewenang-wenangnya badan awam seperti SPR dan polis untuk berkhidmat kepada BN.

Dikhabarkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM36 Juta semata-mata kerana ingin memuaskan nafsunya melihat kegagalan PKR pada pilihanraya yang bakal tiba.Jika kita melihat kerajaan dengan begitu mudah mengeluarkan sejumlah wang tersebut kepada rakyat hanya apabila tiba pilihanraya sahaja.Ketika itulah usaha-usaha pembangunan untuk rakyat dipernampakkan dengan jalan raya mula diturap,sistem perparitan diselenggara dengan baik berbagai kemudahan turut diwujudkan dan diperbaharui.

Tidak malukah kerajaan menampakkan keterdesakan dan sikap yang tidak ikhlas terhadap rakyat semata-mata ingin mengaburi mata rakyat diwaktu pilihanraya.Adakah tanggungjawab mereka terhadap kebajikan rakyat hanya dilaksanakan ketika pilihanraya sahaja?Adakah sikap kemurahan wakil rakyat BN kepada rakyat dipergilapkan hanya ketika menjelang pilihanraya?Kemudian selepas pilihanraya,rakyat kembali ditekan dengan berbagai isu di antaranya kenaikan harga minyak dan tol,pengagihan bantuan tertentu kepada rakyat yang dihadkan.Hanya melepaskan batuk ditangga berdalilkan segala tindakan dan keputusan yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.

Setelah itu berlaku pula beberapa siri keganasan yang dilakukan oleh penyokong ekstrim BN dengan mengugut dan memukul beberapa orang penyokong PKR. Berikut adalah antara beberapa rakaman yang diperolehi oleh petugas Harakahdaily dalam kejadian ganas oleh petugas BN terhadap petugas BA

Daripada gambar-gambar tersebut jelas menunjukan penyokong-penyokong BN juga turut mengalami masalah yang sama seperti pemimpin-pemimpin mereka dalam memahami erti Demokrasi Berparlimen.Sesebuah negara yang matang yang mengamalkan system demokrasi berparlimen mengiktiraf peranan pemerintah dan parti alternatif yang mungkin atau bakal menjadi kerajaan. Parti pemerintah dan parti alternatif berhak mendapat akses kepada sistem komunikasi awam termasuk radio dan televisyen.

Pemerintah seharusnya menghormati hak-hak parti alternatif dan tidak menganggap kegiatan mereka sebagai illegal atau tidak sah. Rakyat tidak dianggap sebagai musuh dalam selimut malahan dipandang sebagai partner atau rakan dalam membangun masyarakatnya.

Kemudian berlaku pula beberapa siri kekecohan apabila delegasi perayu undi dari PKR bersama parti alternatif yang lain dihalang oleh penyokong BN sebagaimana yang berlaku disalah sebuah perkampungan di Kampung Rantau Panjang.Akhirnya piliharaya yang diharap berjalan dengan baik dan aman bertukar kepada beberapa siri pertelingkahan dan ancaman sehingga memaksa polis dan pasukan FRU bergegas ke tempat tersebut bagi meleraikan pertelingkahan tersebut.

PKR bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan gelagat penyokong-penyokong BN sahaja malahan seolah-olah terpaksa mengambil alih tugas-tugas SPR dalam mencegah pengundi hantu.Beberapa siri kekecohan berlaku apabila terdapat beberapa dakwaan berkenaan dengan kehadiran pengundi hantu.Antara siri kekecohan yang berlaku pada hari pengundian akibat dakwaan wujudnya kehadiran pengundi hantu.

4.00pm: Petugas KeADILan bertindak menahan dua bas persiaran - disyaki membawa pengundi hantu, yang menghala ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, kira-kira jam 4 petang tadi. Bas-bas persiaran tersebut, masing-masing dengan nombor pendaftaran PSX 7000 dan PGY 7000, ditahan kira-kira 200 petugas BA, 50 meter dari pusat mengundi tersebut.

Bas yang membawa lebih kurang 80 orang itu, bagaimanapun enggan berhenti, malah pemandunya memandu bas mereka secara perlahan-perlahan, sambil diperhatikan pihak polis yang tidak berbuat apa-apa.

1.00 pm: Sebelum ini petugas BA berjaya mengesan serta menahan pengundi yang disyaki sebagai pengundi hantu di pusat mengundi di SRJK (C) Ijok, dekat sini, tengah hari tadi.

Seorang warga emas, mula memasuki pusat mengundi itu kira-kira jam 1 tengah hari menggunakan kerusi roda, dengan menggunakan nama pengundi lain, Sarani Radin yang dikenal pasti telah meninggal dunia. Sarani, dengan kad pengenalannya 511108-10-6005 dipercayai telah meninggal dunia oleh beberapa penduduk tempatan, dan juga 'polling agent' bertugas.

Sehubungan itu, petugas BA bertindak menahan wanita tua itu yang dipercayai menyamar sebagai Sarani daripada mengundi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Lihatlah situasi piliharaya yang berlaku di Malaysia yang amat kita cintai berlangsung dengan penuh keaiban.Apatah lagi dengan strategi ala ganas yang diaksikan oleh petugas-petugas jentera Umno dalam memenuhi nafsu buas mereka untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa mahupun mahasiswi bijak dan mampu berfikiran rasional,janganlah sahabat-sahabat memandang artikel saya ini hanya bertujuan politik semata-mata tetapi lihatlah ia dari sudut intelektual kita sebagai seorang mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang berpendirian terbuka.

Kita semua bakal mewarisi perjuangan datuk nenek moyang kita dalam memperjuangkan keadilan dan hak kebebasan rakyat.Apakah kita mahu melihat generasi yang akan datang mewarisi segala kebobrokan dalam sistem negara yang semakin pincang akibat daripada sikap kita yang tidak mampu merubahnya pada hari ini.Fikir-fikirkanlah…..

Wednesday, April 25, 2007

Puak Khawarij


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Semoga sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.Alhamdulillah pada minggu ini kita akan menyambung kembali kupasan ringkas mengenai ilmu tauhid.Jika sebelum ini saya(ana) ada menerangkan serba sedikit berkenaan dengan kemunculan puak-puak yang besar dalam islam setelah berlaku peristiwa pertelingkahan antara Saidina Ali Karamallahu Wajhah dan Mu’awiyah.

Ana juga telah menimbulkan beberapa persoalan kepada sahabat-sahabat pada penerangan 2 minggu yang lepas.Antara persoalan yang telah ana keutarakan ialah apakah yang berlaku setelah terjadinya pula pembunuhan ke atas Saidina Ali Karramallahu Wajhah?Siapa pula yang memegang tampuk pemerintahan umat islam sebagai khalifah?Mungkin sahabat-sahabat pernah mendengar seorang yang bernama Ma’badul Juhani berasal dari Kota Basrah,apa pula kaitan Ma’badul Juhani dengan kemunculan fahaman baru dalam iktikad umat islam.

Insyaallah dengan sedikit pengetahuan yang ada,pada minggu ini ana akan cuba menjawab kesemua persoalan tersebut terlebih dahulu sebelum kita terus kepada tajuk khusus iaitu “Puak Khawarij”.Kupasan berkenaan dengan Puak Khawarij ini juga agak panjang.Oleh yang demikian pada minggu ini akan menerangkan sebahagian sahaja terlebih dahulu daripada kesemua kupasan berkenaan dengan Puak Khwarij.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah sekali lagi umat islam dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan khalifah islam yang keempat iaitu Saidina Ali.Diriwayatkan dari Uthman bin Al-Mughirah bahawa Saidina Ali,di dalam bulan Ramadhan sebelum berlaku peristiwa pembunuhannya,sering ia makan di rumah anaknya Saidina Hasan dan Saidina Husain serta di rumah Abu Ja’far Radhiallahu ‘anhu.Saidina Ali makan terlalu sedikit,tidak lebih daripada tiga suapan sahaja.Ketika ditanya kepada Saidina Ali mengapa ia makan terlalu sedikit lalu beliau akan memberikan jawapan yang sama dengan mengatakan “Aku terlalu rindu kepada ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sedang aku dalam kelaparan”.Tidak lama selepas itu,beliau telah dibunuh oleh Ibnu Muljam ,salah seorang pengikut Khawarij.

Setelah berlakunya pembunuhan ke atas khalifah islam yang ke empat jawatan khalifah disandang oleh Muawiyah.Ketika itu peperangan saudara antara sesama islam terus berlanjutan dan proses perluasan negara islam telah terhenti sama sekali.Kesempatan dalam situasi tersebut diambil olah puak-puak yang memegang barbagai I’tikad-I’tikad dengan menimbulkan berbagai kekeliruan dan meracuni pemikiran umat islam yang lemah.

Ketika itu juga Negeri Iraq menjadi pusat ilmu pengetahuan yang penting.Di situlah tempat bertemunya kebudayaan berbagai bangsa.Di Bandar Basrah lahir pula seorang yang bernama Ma’badul Juhani,yang mengatakan:”Manusia itu bebas melakukan apa sahaja kehendaknya”.Ini terbukti di dalam kitabnya yang termasyhur yang mengatakan tidak ada Qadha’ dan qadar sebelum satu-satu perkara itu berlaku.Seruan Ma’badul Juhani ini talah diterima oleh segolongan masyarakat islam dan dinamakan “Qadariah Pertama (قدرية الأولى ).

Di samping golongan Qadariah Pertama ini lahir pula satu golongan lain yang menentang pendapatanya dan mengatakan manusia itu melakukan sesuatu perkara itu dengan terpaksa.Manusia itu juga tidak ubah seperti sehelai bulu burung yang melayang-layang di udara.Angin sahajalah yang akan menentukan ke arah manakah bulu burung itu akan jatuh.Kumpulan ini dinamakan Al-Jabariah ( الجبرية ) di ketuai oleh Jaham bin Safuan.

Kelahiran dua fahaman yang telah ana sebutkan tadi merangsang golongan ulama’ untuk bangkit menentang fahaman yang sesat ini bagi membetulkan segala kekeliruan dalam pemikiran umat islam.Golongan ulama’ yang dimaksudkan ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Muktazilah.Namun begitu tidak beberapa lama kemudian berlaku perselisihan yang besar antara Ahli Sunnah dan Muktazilah dengan fahaman yang terpesong dan mengelirukan di bawa oleh Puak Muktazilah.Apakah perbezaan pandangan yang di bawa oleh Puak Muktazilah sehingga Puak Ahli Sunnah menolak fahaman mereka?Persoalan ini akan ana jawab pada penerangan yang akan datang.

Puak Khawarijari gani bagi membetulkan segala kekeliruan dalam pemikiran umat islam.awapan yang sama dengan mengatak

Terbunuhnya Saiyidina Uthman bin Affan Radhiallahu ‘anhu mengakibatkan berlakunya kacau bilau dan siri perpecahan antara umat islam.Akhirnya umat islam pada ketika itu terbahagi kepada dua puak.Satu puak menyebelahi Saiyidina Ali manakala satu lagi puak menyebelahi Muawiyah.Pertelingkahan berlaku berikutan keenganan Muawiyah menerima ijtihad Saiyidina Ali dalam meneyelesaikan kes pembunuhan Saiyidina Uthman bin Affan.

Ketika umat islam dalam keadaan berpecah belah tiba pula sekumpulan dari orang-orang Parsi berpura-pura menjadi orang islam dan menyokong pihak Saiyidina Ali.Kehadiran sekumpulan orang-orang Parsi ini bertujuan untuk memecahbelahkan orang-orang islam Ini kerana umat islamlah yang telah melenyapkan Kerajaan Parsi yang teragung itu.

Orang-orang Parsi ini memperolehi banyak peluang dalam menipu helah orang islam disaat umat islam pada ketika itu sedang dalam keadaan berpecah belah.Di dalam peperangan Siffin tatkala Saiyidina Ali bersama tenteranya hampir menemui kejayaan dalam menentang pasukan tentera Muawiyah,pengikut-pengikut Muawiyah menggunakan tipu helah dengan mengangkat helaian ayat-ayat suci Al-Quran di hujung pedang-pedang mereka seraya berseru kepada perdamaian dengan mematuhi apa-apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah

Walaupun mereka menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pancingan terhadap tentera-tentera Saiyidina Ali namun begitu, terlebih dahulu Saiyidina Ali telahpun menyedari akan helah tersebut.Lantaran itu Saiyidina Ali telah mengerahkan tenteranya agar meneruskan peperangan menentang tentera-tentera Muawiyah sehingga berjaya.Tetapi beberapa orang pemimpin tentera Saiyidina Ali iaitu Asyath Bin Qais,Masrud bin Fadaki Al-Taimi, dan Zaid Bin Husain Al-Taie membantah tindakan Saiyidina Ali dalam meneruskan misi peperangan tersebut dan cuba menghasut tentera-tenteranya agar menyetujui perdamaian yang dianjurkan oleh Muawiyah itu.

Mereka berkata kepada Saiyidina Ali,”Orang ramai menyeru kami kepada ktab Allah sementara engkau menyeru kami kepada peperangan”.Lalu Saiyidina Ali menjawab,”Aku lebih mengetahui dengan apa yang terkandung dalam kitab Allah”.Walaupun begitu mereka tetap berdegil secara langsung mendesak Saiyidina Ali menerima satu majlis Tahkim(penentuan @ perjanjian) dan memerintahkan Asytar (salah seorang pimpinan angkatan perang Saiyidina Ali)menghentikan serta merta peperangan jika tidak mahu Saiyidina Ali di bunuh sebagaimana pembunuhan yang berlaku ke atas Saiyidina Uthman bin Affan dahulu.

Oleh kerana Saiyidina Ali takut jika berlakunya perpecahan yang lebih besar dikalangan tenteranya,maka iapun menyetujui desakan tersebut.Lalu Saiyidina Ali terus menghantar perutusan melalui Asytar bagi megisytiharkan satu genjatan senjata dengan segera kepada Muawiyah.Setelah itu timbul pula masalah dalam memilih wakil di dalam majlis Tahkim itu.Saiyidina telah memilih Abdullah Bin Abbas tetapi telah dibangkang keras oleh pengikut-pengikutnya sambil berteriak,”Abdullah Bin Abbas adalah dari keluarga engkau.Kemudian mereka memaksa Saiyidina Ali supaya melantik Abu Musa Al-Asy’ari sedang dipihak Muawiyah pula melantik ‘Amru Bin ‘As,seorang tokoh politik yang bijak.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Apabila berlangsungnya majlis tahkim itu berlakulah satu tipu muslihat yang telah diatur oleh orang-orang Parsi tersebut.Dengan tidak disangka-sangka orang-orang yang memaksa Saiyidina Ali supaya mengadakan Tahkim tadi telah berpaling dan menderhaka kepadanya lebih zalim lagi apabila mereka membebankan semua tanggungjawab kegagalan Tahkim itu kepada Saiyidina Ali.

Mereka-mereka yang telah berpaling inilah digelar sebagai Puak Khawarij.Setelah itu mereka telah berhimpun di satu tempat yang bernama Nahrawan.Hasil daripada perhimpunan itu meraka berpecah pula sesama sendiri kepada enam puak iaitu:Azarikah,Safariah,Ajaridah,Abadhiah, dan Thaalibah.Kemudian tiap-tiap puak tersebut terbahagi pula kepada beberapa puak yang kecil.

Pada penerangan yang akan datang ana akan menyenaraikan di antara pendapat-pendapat puak Khawarij.Juga ana akan menerangkan pula puak yang seterusnya iaitu Puak Murjiah.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….

BIDADARI


Ketika Hilang Segala Yang Nyala
Kau Hadir Dengan Pelita Hati
Simpuhmu Melangkah Kesopanan
Tiada Bicara Dapat Dilafazkan

Pulangku Kau Sambut Dengan Senyuman
Pemergianku Didoakan Kemuliaan
Kau Sulam Kasih Sayang Ini
Dengan Kemesraan

Walau Kesederhanaan
Yang Mampu Kuhulurkan
Kau Tadah Penuh Keredhaan
Limpah Syukurmu Kususun Rapi
Sungguh Dirimu Dapat Kuhargai
Sebagai Bidadari

Kau Permaisuri Hati
Kau Permata Suci
Akan ku Tatahkan Hatimu
Dengan Sinar Iman
Akan Ku hiasi Jiwamu
Dengan Kewajipan
Tanda Mensyukuri Anugerah Tuhan
Serta Anak Yang Menjadi Penawar

Dirimu Anugerah Tuhan
Amanah Buat Insan Beriman
Rusuk Kiriku Dicantumkan
Agar Dapat Kita Bergandingan

(Rabbani - Iqrar 1421)

Thursday, April 12, 2007

Umno…..jangan main-main dengan api.

Ungkapan itulah yang ingin saya ingatkan kepada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lebih suka saya gelarkan kepada beliau Nazri.Apa yang telah dijangkakan sebelum ini terbukti berlaku apabila dengan beraninya Nazri membangkitkan kembali isu Suruhanjaya Antara Agama (IFC) di Sidang Dewan Rakyat pada hari ini.

Sidang Dewan Rakyat bersidang pada hari ini bagi menggulung perbahasan titah ucapan di raja.Walaupun isu penubuhan suruhajaya ini telah ditentang habis-habisan oleh parti pembangkang khususnya PAS mahupun Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain sebelum ini.Namun masih ada lagi puak-puak yang celaka ini berani membangkitkan isu tersebut .Ini kerana gerakan ke arah penubuhan suruhanjaya ini dilihat seolah-olah mempermain-mainkan maruah dan hak-hak orang islam sepertimana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Pas telah pun menyarankan kepada Perdana Menteri "Islam Had-Hari" di dalam Sidang Dewan Rakyat yang lepas supaya isu penubuhan suruhanjaya ini tidak perlu dibincangkan dan segala gerak kerja ke arah itu terus dihapuskan serta merta.Sikap yang tidak serius oleh PM ditunjukkan dengan hanya menyatakan isu ini perlu ditangguhkan.

Kelazimannya sesuatu perkara atau isu yang dibangkitkan dalam satu-satu perbincangan apabila ditangguhkan,maka pasti akan ada satu hari lagi yang ditentukan untuk membincangkan secara lumat terhadap perkara atau isu tersebut.Tapi tak tau lah kalau PM kita punya pandangan tentang maksud tangguh ini berlainan.Maklumlah PM kita kan antara ulama’-ulama’ Islam Had-Hari yang bijak dan diakui oleh ulama’-ulama’ kuasa veto dunia.

Adakah Nazri sengaja menzahirkan kebodohannya dalam menangani isu perpaduan kaum di negara kita?Adakah beliau sudah lupa berkenaan dengan Peristiwa 13 May dahulu atau beliau tak tau sejarah?Secara individu,saya sendiri berpandangan kebangkitan atau penubuhan suruhanjaya ini berpotensi menggugat kestabilan perpaduan antara kaum di negara kita khususnya orang melayu.Apakah ini natijah yang perlu dibanggakan oleh orang melayu hasil daripada tangan-tangan mereka terhadap sokongan ke atas Pak Lah dalam melaksanakan "Islam Had-Hari"?Adakah orang melayu sendiri merasakan inilah islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah juga dituruti oleh Islam Had-hari?

Lihatlah perkembangan masyarakat kita pada hari ini hasil lelongan "Islam Had-Hari" yang dijaja oleh pemimpin-pemimpin Umno kita selama ini.Saya boleh sebutkan di antara kebanggaan yang boleh dinyatakan hasil lelongan tersebut terhadap masyarakat kita;

1.Pecah amanah yang dilakukan oleh 2 orang pegawai tertinggi Tabung Haji melaburkan duit orang islam tanpa pengetahuan menteri-menteri yang bertanggungjawab.”Habisla duit mak ayah.pak cik makcik,atuk nenek kita yang ader dalam simpanan tu.Tapi tak kan lepas ni nak suruh diorang simpan dekat KWSP.ASN atau HSBC?hihihihi.Lain kali pangkah lagi”

2.BPR diharap mampu membasmi segala kegiatan rasuah yang berlaku di dalam masyarakat kita.Tapi orang tertinggi dia pulak dikatakan terlibat dengan masalah rasuah.”Pembasmian kegiatan rasuah ke atas masyarakat tak termasuk menteri-menteri Umno,dikecualikan hihihihi.Yer laaa PM sayang ooooooo,saper nk jajer Islam Had-Hari lepas ni kalau mereka kener tangkap.Kesian Pak Lah syok sendiri”

3.JAIS tangkap orang buat maksiat,tapi JAIS plak yang dipersalahkan.”Tak heran pun….dulu zaman rejim Mahathir mufti kata ratu cantik haram,mufti pulak yang kener pecat.samerla… ntah-ntah lagi teruk kut”

4.SPR syok sendiri dengan slogan dia “Undi Anda Adalah Rahsia”tapi masalah pengundi hantu tak selesai sampai sekarang.”Ingat!!!! SPR jangan sampai rakyat bangkit kerana mempertikaikan ketelusan kamu.Hentikanlah rasuah antara kamu dengan menteri-menteri kesayangan kamu tu.Kalau tak cukup duit nak bagi anak bini makan sekalipun janganlah sampai menzalimi rakyat sendiri.Ingatlah Allah Maha melihat lagi Maha Mendengar”

5.Kes zina bukan sahaja berleluasa kat orang tua yang nak mampus jer sekarang ni,pelajar-pelajar pun samer hebat.”Bila UKM buat kajian pelajar-pelajar perempuan ramai yang dah takder dara dan ramai yang mengandungkan anak luar nikah sekarang ni,ader plak sorang menteri tu menyampuk kajian ini tidak tepat.Mungkin menteri tu dia ader kasyaf kut.Maklumlah lebih alim dari ulama”.

6.Kes murtad biler mufti kata dah jejak 250 000 orang,der plak pihak yang menyampuk kata mufti tu syok sendirilaa, tak kajilah,nak glamour la macam-macam ader.Kalau dah orang kata borang-borang permohonan untuk murtad bertimbun-timbun kat pejabat agama siasatlah!betul ker tidak.

7.Biler sorang bapak nak dakwa orang yang memurtadkan anak dia,bapak plak yang kene dakwa atas alasan ingin mengancam keselamatan anak dia.”bile tanyer kat polis kenapa awak tangkap bapak dia?ini hak kebebasan beragama termaktub dalam undang-undang,anak dia sudah lebih 18 tahun.Awak sebagai bapak mana boleh pakse-pakse anak nak ikut agama awak.Per macam hebat tak undang-undang kiter kat Malaysia

8.Kata nak bantu rakyat tapi harga minyak tetap naik,tol apetah lagi tiap-tiap tahun naik.Zaman Pak Lah lagi hebat harga minyak tiga kali dalam setahun naik,bagusla PakLah.”Orang-orang kayer macam menteri-menteri mana fikir susah tak susah kalau minyak naik,mereka ader elaun tersendiri untuk duit minyak mercedess diaorang,bebas nak gi maner-maner.Ni rakyat kat kampung ni terberak-berak cari duit untuk bagi makan anak bini,nak beli baju anak sekolah lagi,barang dapur lagi,bil elektrik bil air lagi,dapat duit hasil sawit dengan getah kener bayar hutang tertunda kat felda lagi.Yer la projek tanam semula yang dulu tu ayah-ayah dan atuk kita pinjam keener bayar ooooo”.Kalau dulu atuk gi kebun naik motor pagi petang boleh ulang alik.Sekarang minyak naik sekali jer gi kebun.Tak per nanti ader la pihak-pihak yang mencadangkan agar naik basikal jer gi kebun save duit,bole senaman,lagi satu tak mencemarkan alam sekitar kat kebun kiter ni kalau asap motor dah tak der.HIhihihihi”

Sekali-sekala nak lepas juger geram kat Umno ni.Ceriter pasal IFC,tapi melalut sampai ke masalah tol.Geram ooooooo anak watan mana yang tak sayang masyarakat dia yang berbilang bangsa.Tu tak ceriter lagi pasal Ekonomi negara yang sibuk-sibuk “minah menteri” tu pasal FTA.Haiiii macam-macam masalah kat negara kita ni timbul.PM kita ni tertidur ker?atau berangan nak cari pasangan hidup?

Sahabat-sahabat cuba perhatikan dialog Pak Nazi dengan wartawan ketika di sentuh berkenaan dengan IFC;

Nazri dipetik sebagai berkata ketiadaan wakil umat Islam dalam IFC bukanlah satu masalah kerana suruhanjaya itu mempunyai alternatif lain bagi membincangkan isu kepentingan bersama.

"Justeru Perdana Menteri adalah saluran terbaik bagi IFC mengenengahkan isu ini. Mungkin kita boleh adakan perjumpaan rasmi dua kali setahun berbanding perjumpaan secara ad-hoc sekarang,” kata Nazri ketika menggulung perbahasan titah ucapan diraja bagi Jabatan Perdana Menteri di Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Entahlaaa kalau rakyat tak paham-paham susahla.Pangkahlah lagi menteri-menteri ni di pilihanraya umum akan datang.Kalau rasa-rasa hak-hak orang melayu dan rakyat akan terus terpelihara dibawah puak-puak ni hmmmmmm pangkahlaaaa.

Tuesday, April 10, 2007

Air Yang Harus Disucikan Dengannya


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.Pada 2 minggu yang lepas ana(saya) telah menerangkan kepada sahabat-sahabat berkenaan mukadimah dalam bab bersuci.Insyaallah kita terus kepada tajuk yang seterusnya "Air yang harus disucikan dengannya".

Mengikut syara’ air yang benar-benar suci lagi diharuskan untuk kita bersuci dengannya dinamakan sebagai Air Mutlak sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran Surah Al-Anfal ayat ke 11;

"وينزل عليكم من السماء ماء ليطهركم به ويذهب عنكم رجز الشيطان"

Maksudnya:”Dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dari air hujan itu dan menghilangkan kamu daripada gangguan-gangguan syaitan”

Contoh air mutlak ialah air hujan,air laut,air perigi,air sungai,air mata air dan air salji.Kesemua air ini boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu air yang turun dari langit dan air yang terpancut dari perut bumi.Berdasarkan daripada dalil-dalil berikut;

"وأنزل من السماء ماء طهورا"

Maksudnya:”Dan Kami telah turunkan dari langit air yang suci”(Surah Al-Furqan:48)

Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu berkata:Seorang lelaki berkata:”Wahai Rasulullah!Bahawa kami ini menyeberang laut dan bersama kami sedikit air.Kalau kami berwudhu’ dengan air yang sedikit itu,nescaya kami akan kehausan”.Lalu kami berwudhu’ dengan air laut.Maka Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:”

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"في البحر هو الطهور ماءه والحل ميتته"

(أخرجه البخاري ومسلم وأبو داود وابن ماجه وابن أبي شيبة)

Maksudnya:”Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkai didalamnya(ikan yang mati di dalam laut itu)”

Hadith lain juga ada menyatakan berkenaan dengan air sumur;

Mereka bertanya kepada Rasulullah:”Wahai Rasulullah sesungguhnya engkau berwudhu’ dari air sumur Bani Khudzaah,sedangkan air yang mengalir tersebut telah digunakan oleh manusia dan orang haid dan orang berjunub?Lalu Rasulullah menjawab:

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"إن الماء طهور لا ينجسه شيء"

(أخرجه الترمذي و أحمد)

Maksudnya:”Sesungguhnya air itu suci dan tidaklah air itu menajiskan sesuatu”

Juga disebut dalam hadith Rasulullah daripada Abu Hurairah mengenai kesucian air sungai,air salji dan air embun;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كبر في الصلاة سكت هنية قبل أن يقرأ فقلت:يا رسول الله ما تقول؟

قال:"أقول اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب اللهم نقني من خطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس اللهم اغسلني من جطايا بالماء والثلج والبرد"

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya:”Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam apabila bertakbir dalam solatnya beliau diam sejenak sebelum itu dengan membaca sesuatu.Maka aku bertanya:Apa yang kau baca wahai Rasulullah?Telah bersabda Rasulullah:Aku membaca “Wahai Tuhanku! Jauhhkanlah antara ku dan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau telah menjauhkan antara timur dan barat.Wahai Tuhanku!Bersihkanlah aku daripada segala kesalahan-kesalahanku sebagaimana orang membersihkan kain putih dari kotoran.Wahai Tuhanku!Sucilah aku daripada segala kesalahan-kesalahanku dengan air,air salji dan air batu”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T) tidak memerintahkan kepada hamba-hambanya untuk melaksanakan sesuatu melainkan sekadar apa yang mampu dilaksanakannya.Allah mengetahui sejauhmana kemampuan kita dalam melaksanakan tuntutannya.Apalah faedahnya di sisi Allah dengan amalan seseorang hamba itu yang tidak terkira banyaknya namun tiada ketulusan dan keikhlasan dalam hatinya.Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 286;

"لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها م كسبت وعليها ما اكتسبت"

Maksudnya:”Allah S.W.T tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala daripada amal kebajikan yang telah diusahakanya dan ia mendapat siksa daripda kejahatan yang diusahakannya”

Jika kita terhalang daripada menggunakan air untuk mengangkat hadas(kecil dan besar) atas sebab-sebab tertentu contohnya kehabisan sumber air disemua tempat atau sakit. Maka gugur kewajipan menggunakan air pada ketika itu bagi seseorang muslim.Namun Allah S.W.T menjadikan tanah sebagai ganti kepada penggunaan air.Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maidah ayat yang ke 6;

وإن كنتم مرضى أو على سفر أو جاء أحد منكم من الغائط أو لمستم النساء فلم تجدوا ماء فتيمموا صعيدا طيبا"

Maksudnya:”Dan jika kamu sakit (anggota badan yang sakit tidak boleh terkena air) atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat membuang air(tandas) atau menyentuh perempuan,lalu kamu tidak memperolehi air,maka bertayamumlah dengan tanah yang baik(bersih)”

Bagaimanakah cara untuk kita bertayamum?Insyaallah akan ana terangkan pada hari yang akan datang beserta gambarnya sekali,jika di izinkan Allah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Pembahagian Air Mengikut Hukum Fiqh

Ulama’ Fiqh mengklasifikasikan air kepada empat bahagian iaitu;

a)Air yang suci lagi menyucikan

b)Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh dimanfaatkan

c)Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan

d)Air yang bernajis

Pada minggu ini ana akan menerangkan kepada sahabat-sahabat 2 bahagian sahaja terlebih dahulu daripada 4 bahagian air yang telah ana sebutkan tadi.Ini kerana penerangan untuk bahagian air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan(c) dan air yang bernajis (d) ulama’ Fiqh telah membahagikan kepada 2 bahagian perbahasan lagi bagi setiap satu (c dan d).

a)Air yang suci lagi menyucikan

Air yang dimaksudkan itu ialah Air Mutlak sebagaimana yang disifatkan kejadiannya oleh Allah S.W.T.Air mutlak ialah air yang suci zatnya dan dapat dimanfaatkan air tersebut untuk mengambil wudhu’ atau mandi junub apatah lagi digunakan untuk kegunaan lain seperti membasuh,memasak dan menghilangkan najis.Apakah yang dimaksudkan dengan Zat Air?

Zat air bermaksud bau,rasa dan warna air.Jika ketiga-tiga sifat ini terhindar dari sesuatu yang boleh merubah keaadan asalnya maka sucilah air tersebut.Sebagaimana yang telah disebut dalam sabda Rasulullah;

عن أبي أمامة الباهلى رضى الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:"إن الماء لا ينجسه شيء إلا ما غلب على ريحه أو طعمه أو لونه" (أخرجه ابن ماجه)

Maksudnya:”Sesungguhnya air itu tidak menajiskan sesuatu melainkan berubah ke atas air tersebut dari sudut baunya,rasanya dan warnanya”

وللبيهقي "الماء طهور إلا إن تغير ريحه أو طعمه أو لونه بنجاسة تحدث فيه"

Manakala bagi hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda “Air itu suci melainkan jika berubah baunya,rasanya atau warnanya dengan najis yang berlaku pada air itu”

b)Air yang suci lagi menyucikan tetapi Makruh dimanfaatkan

Air ini suci zatnya dan boleh digunakan untuk bersuci namun Imam Syafi’ie memakruhkan penggunaan air tersebut.Imam Syafi’ie berpendapat makruh digunakan air tersebut kerana berpandukan kepada dua riwayat;

Dikhabarkan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad ,daripada Zaid bin Aslam daripada ayahnya,bahawa telah dipanaskan air untuk Umar bin Khatab.Lalu Umar mandi dan berwudhu’ dengan air itu.Setelah digunakan air tersebut lalu Umar berkata:”Saya tidak memandang makruh kepada air yang dipanaskan dengan matahari,melainkan dari sudut kesihatan”.

Dikhabarkan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad daripada Sodaqah bin Abdullah daripada Abi Az-Zubair daripda Jabir Bin Abdullah bahawa Umar memandang makruh mandi dengan menggunakan air yang dipanaskan dengan matahari.Ia mengatakan bahawa air itu mendatangkan penyakit Sopak.

(Rujukan daripada Kitab Al-Umm)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Penyakit sopak menurut penjelasan dalam kitab-kitab Fiqh yang lain menjelaskan bahawa air yang dipanaskan dengan matahari yang terletak dalam bejana besi dimakruhkan penggunaannya kerana ditakuti karat besi itu terhakis oleh air tersebut.Apabila digunakan air tersebut ketika mandi dan sebagainya,maka karat besi itu melekat pada kulit.Jika ini berlaku karat besi yang melekat pada kulit mampu menyekat pengaliran darah.Lalu akan mendatangkan penyakit sopak.Namun tidak pula makruh hukumnya jika air tersebut terletak dalam bejana kulit atau tanah(pasu atau tempayan) yang disinari cahaya matahari.

Imam As-Syafi’ie menggariskan tiga syarat.Jika ketiga-tiga syarat ini dipenuhi maka makruhlah penggunaan air tersebut.Syarat-syaratnya ialah;

1.Ia berlaku di negeri yang panas

2.Air tersebut diletakkan ke dalam bekas yang boleh ditempa seperti besi,tembaga dan semua galian yang boleh ditempa kecuali emas dan perak.

3.Apabila air tersebut digunakan pada badan manusia walaupun mayat atau pada haiwan yang berisiko untuk berpenyakit sopak seperti kuda

Antara syarat-syarat tersebut juga terdapat dalam hadith yang diriwayatkan oleh Daruquthni dengan sanad yang sahih.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-asahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….

Friday, April 6, 2007

Kemunculan Beberapa Fahaman Dalam Islam


Peristiwa perpecahan umat islam kepada beberapa puak sebenarnya telah pun diramal oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam(S.A.W).

Baginda melahirkan perasaan yang sangat sedih ketika menerangkan peristiwa yang akan berlaku setelah kewafatan Baginda nanti.

Lalu Baginda memberi peringatan kepada mereka bahana akibat daripada perpecahan tersebut serta Baginda menggesa umatNya agar tidak meninggalkan ajarannya melalui sabdaNya;

ألا إن من كان قنلكم من أهل الكتاب افترقوا على اثنين وسبعين ملة.وإن هذه الأمة ستفترق على ثلاثة وسبعين,اثنتان وسبعون فى النار وواحدة فى الجنة وهى الجماعة(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya:”Bahawasanya Ahli kitab sebelum daripada kamu telah berpecah kepada tujuh puluh dua agama,dan umat islam ini pula berpecah kepada tujuh puluh tiga.Tujuh puluh dua daripadanya dalam neraka cuma satu sahaja dalam syurga,iaitu kumpulan yang ramai”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Ramalan Nabi Muhammad S.A.W dahulu memang benar-benar terjadi.Buktinya pada hari ini umat islam telah berpecah belah kepada beberapa puak.Tiap-tiap puak pula didorong oleh syaitan supaya memperluaskan jurang perbezaan sesama mereka bagi memastikan merekalah sahaja yang benar dan mereka jugalah sebanarnya yang dimaksudkan oleh sabda Baginda sebagaimana yang telah ana sebutkan sebentar tadi.

Mereka merasakan merekalah puak yang paling layak untuk masuk kedalam syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T).

Bagi merialisasikan cita-cita untuk menjadi puak yang terbaik dan dimasukkan kedalam syurga,sanggup mereka sengaja mengada-adakan permusuhan sesama umat islam dengan memfitnah antara satu sama lain,sedangkan umat islam berpegang kepada akidah yang satu.Tidak mustahillah permusuhan mereka sehingga mencetuskan beberapa siri peperangan sesama saudara.

Tidak malukah kita perkara ini berlaku di hadapan musuh-musuh kita sendiri.Musuh-musuh islam merasa lucu melihat telatah umat islam berperang sesama sendiri.Akhirnya musuh-musuh islam ini menjadikan perkara tersebut sebagai kelemahan bagi umat islam untuk mereka mencelah bagi mencapai hasrat mereka menghapuskan kekuasaan umat islam.

Jika dilihat dari sudut sejarah sesungguhnya perpecahan umat islam ini bermula ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Khalifah islam ketiga iaitu Saiyidina Uthman Bin ‘Affan.Faktor utama penyumbang kepada berlakunya perpecahan umat islam ketika itu bertitik tolak daripada peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman Bin ‘Affan ialah masalah perlantikan khalifah.

Berpaksikan kepada masalah tersebut api permusuhan semakin marak menyala apabila berlakunya peperangan antara dua orang sahabat yang sangat berpengaruh di mata umat islam ketika itu.Dua orang sahabat itulah yang bernama Saiyidina “Ali Karamallahu Wajhah dan Mu’awiyyah.Pertelingkahan dua orang sahabat inilah menjadi punca kepada bermulanya kemunculan beberapa puak yang besar dan tidak lama kemudian bercabang pula kepada beberapa puak yang kecil.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Ana tidak menganggap Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah yang bersalah dalam hal ini,siapalah ana untuk menyalahkan sahabat-sahabat Nabi kita apatah lagi Saiyidina Ali adalah menantu Rasulullah S.A.W.Ana merasakan pasti ada dikalangan mereka mungkin yang terdiri daripada golongan munafik pada ketika itu sengaja mengapi-apikan permusuhan ini,sehingga berlakunya peperangan sesama mereka.

Ana percaya dan yakin kedua-dua orang sahabat ini masing-masing mempunyai matlamat dan cara tersendiri pada awalnya bagi menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah Islam ketiga kita iaitu Saiyidina Uthman Bin ‘Affan semata-mata tidak lain dan tidak bukan,demi kemaslahatan umat islam bersama.

Antara puak-puak yang besar wujud ketika itu ialah;

a)Puak Syiah

b)Puak Khawarij

c)Puak Murjiah

Puak Syiah

Puak ini berpendapat bahawa Saiyidina Ali sahaja yang berada di pihak yang benar.Puak ini jugalah yang menyatakan bahawa Ali yang berhak memegang jawatan khalifah.Mereka merasakan sesiapa sahaja yang memusuhi Saiyidina ‘Ali semata-mata ingin merebut jawatan tersebut adalah dikalangan orang-orang yang zalim.Lebih keterlaluan dan melampau mereka dengan mudah berpendapat bahawa Saiyidina Ali adalah orang yang paling layak menerima perlantikan sebagai khalifah islam terlebih dahulu berbanding Saiyidina Abu Bakar,’Umar dan Uthman selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.

Namun sejarah telah membuktikan perlantikan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah disepakati oleh semua para sahabat termasuk Saiyidina Ali sendiri.Kelayakan Saiyidina Abu Bakar ditabalkan sebagai khalifah yang pertama diistinbatkan atau dikiaskan para sahabat melalui amanah yang Rasulullah berikan kepada beliau untuk menjadi imam dalam menunaikan solat ketika Rasulullah keuzuran yang amat sangat(sakit tenat).Jelas kelihatan Saiyidina Ali juga turut bersetuju dan redha di atas perlantikan tersebut.Dengan pendapat puak-puak Syiah ini secara tidak langsung menyifatkan Saiyidina Ali sebagai seorang yang berpaling daripada sahabat-sahabatnya yang tiga sedangkan itu bukanlah sifat Ali yang sebenarnya.

Oleh sebab itulah puak-puak Syiah ini dianggap sebagai puak yang telah berdosa malah ada pula sesetengah pendapat yang mengatakan puak ini adalah kafir.Terdapat juga dikalangan pengikut Syiah ini yang berlebihan kasihnya kepada Saiyidina Ali sehingga mereka berani mendakwa Risalah Allah sebenarnya di bawa untuk Saiyidina Ali,tetapi Jibril ‘Alaihi Salam telah tersalah lalu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.Tidak hairanlah ada juga dikalangan puak-puak ini mengangkat Saiyidina Ali ke darjat ketuhanan.

Puak Khawarij

Ialah satu puak yang bertentangan dengan Puak Syiah.Meraka mendakwa bahawa jawatan khalifah itu tidak boleh ditentukan kepada keturunan Saiyidina Ali Semata-mata,tetapi wajib dilantik mengikut pilihan daripada seluruh umat islam itu sendiri.

Puak Murjiah

Ialah satu puak yang mengecualikan diri mereka daripada 2 puak yang bertelingkahMereka ini hanya menyeru supaya menyerahkan segala hukuman ke atas kaum-kaum yang bertelingkah itu kepada Allah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian

Pada pendapat sahabat-sahabat apakah yang berlaku setelah terjadinya pula pembunuhan ke atas Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah?Siapa pula yang memegang tampuk pemerintahan umat islam sebagai khalifah?Mungkin sahabat-sahabat pernah mendengar seorang yang bernama Ma’badul Juhani,apa pula kaitan insan ini dengan kemunculan fahaman baru dalam iktikad umat islam.

Sama-samalah kita tunggu jawapannya pada minggu hadapan.Wallahu A’lam.

Tuesday, April 3, 2007

Salam Bertandang

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

Hmmm……ana memohon maaf kerana tidak dapat menyambung tajuk seterusnya dalam bab fekah di bawah sub topic yang telah ana janjikan sebelum ini iaitu jenis-jenis air yang suci lagi menyucikan serta pembahagian air mengikut hukum fiqh.Ini kerana ana terpaksa menghadiri satu persidangan dan munaqasyah.

PERMIT adalah satu singkatan daripada Persidangan Mahasiswa Islam Timur Tengah melibatkan wakil-wakil yang dijemput dari Persatuan Mahasiswa Malaysia di Yaman,Jordan,Syiria dan Mesir selaku tuan rumah.Hadir bersama tetamu khas yang turut dijemput daripada Malaysia iaitu Tetuan (nama syarikat guaman) Mohamed Hanifa Maidin seorang peguamcara dan peguambela.Persidangan antarabangsa ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan diadakan di Dewan solah Kamil Universiti Al-Azhar Kaherah pada 31 Mac 2007.

Pada awalnya PMRAM juga telah menjempuit wakil pelajar dari Mekah dan Madinah namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan hanya wakil daripada 3buah negara sahaja yang dapat menghadiri ke persidangan tersebut.Persidangan tersebut dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah PERMIT iaitu Ustaz Abdul Hadi Awang selaku Badan Pengurus PMRAM kemudian disempurnakan persidangan tersebut dengan ucapan perasmian daripada Penasihat PMRAM iaitu Ustaz Asri b Md Daud.

Tentatif utama persidangan ini melibatkan pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh tetamu jemputan daripada wakil pelajar Yaman,Syiria,Jordan,Mesir serta tetamu khas dari Malaysia.Tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan seperti berikut;

a)”Manhaj Dakwah dan Tarbiah” oleh Lajnah Tarbiah dan Akademik (LTA) & Unit Penyelidikan dan Penterjemahan (UPP),Persatuan Pelajar Malaysia Yaman(PERMAYA).

b)”Mahasiswa Mendepani Isu Semasa” oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM).

c)”Gerakan Mahasiswa Islam Asia Barat” oleh Lembaga Eksekutif Persatuan Pelajar Malaysia Syiria (PPMS).

d)”Melahirkan Ulama’ Profesional” oleh Presiden Persekutuan Republik Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2007.

e)”Hak Pelajar Menurut Perspektif Undang-Undang” oleh Mohamed Hanipa bin Maidin (Peguambela dan Peguamcara).

Pada keesokan harinya ana bersama Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (AJKT BKPJM) yang lain dikehendaki untuk menghadiri ke Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden 2007. Pada tahun ini ana dipilih oleh AJKT BKPJM untuk mewakil Johor dalam memunaqasyahkan ucaptema Presiden PMRAM dibawah tajuk “Akademik Cemerlang Wibawa Dijulang”.Antara cadangan yang telah ana usulkan dalam munaqasyah tersebut diantaranya;

1.Mencadangkan kepada PMRAM agar menyarankan kepada mahasiswa-mahasiwa baru supaya mengikuti mana -mana kelas bimbingan bahasa arab sepanjang 2 tahun pertama keberadaan mereka disini @ PMRAM sendiri menyediakan kelas bimbingan tersebut.

2.Juga mencadangkan agar PMRAM turut mengadakan kelas bimbingan yang mengajar asas-asas ilmu lain selain bahasa arab,yang mesti dikuasai oleh mahasiswa-mahasiswa tersebut antaranya Fiqhul Ibadah dan asas-asas ilmu tauhid.Sekurang-kurangnya jika mereka dikehendaki pulang ke Malaysia selepas 2 tahun tersebut,mereka mampu untuk mengajar asas dalam ilmu bahasa arab serta mampu memberi kuliah agama di kampung masing-masing.

3.Mewajibkan penggunaan bahasa arab ketika mana-mana exco Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri (BKAN) atau ahli ketika berurusan di Pejabat PMRAM.Juga boleh diwajibkan di peringkat BKAN sendiri.

4.Melalui BKAN mencadangkan kepada Kerajaan Negeri @ Majlis Agama Islam di setiap negeri mengadakan kursus bahasa arab selama 2 bulan kepada pelajar-pelajar mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Kelantan.

5.Mencadangkan agar PMRAM menjemput mana-mana konsultan yang diakui kejayaan mereka dalam memotivasikan masyarakat khususnya di peringkat pelajar dalam meningkatkan mutu kecemerlangan akademik mereka.Contohnya seperti Emotional Spritual Quation (ESQ) atau AKRAB.

Setelah munaqasyah ucap tema presiden tamat tentative di teruskan dengan perbahasan terhadap usul yang telah di sepakati di dalam sidang muktamar PMRAM yang lepas.Antara usul yang dibahaskan seperti berikut;

1.Persetujuan memasukan wang yang terdapat dalam dana van ke dalam dana syaqah PMRAM seterusnya membekukan sementara dana van tersebut.

2.Pemboikotan terhadap mana-mana pertubuhan yang ingin memecah belahkan kesatuan ahli PMRAM.

3.Menukarkan tabung Filantrofi Massa kepada takaful PMRAM.

Munaqasyah ini juga turut diadakan di Dewan Solah Kamil Universiti Al-Azhar Kaherah.