Sunday, April 29, 2007

Kemenangan Yang Mengaibkan (IJOK)


Pilihanraya kecil Dun Ijok pada 28 April 2007 berakhir dengan keputusan memihak kepada Barisan Nasional (BN)yang menampilkan K.R Parthiban sebagai galang gantinya setelah kematian K.Sivalingam dengan menewaskan pencabarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beberapa peningkatan yang amat memberangsangkan dapat dilihat natijah daripada pilihanraya yang diadakan terutamanya jumlah pengundi yang keluar mengundi pada hari tersebut.Pengumuman rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kassim di pusat penjumlahan undi, di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai, kira-kira jam 8.47 malam menyatakan bahawa peratusan keluar mengundi yang dicatatkan ialah 81.88 peratus daripada 12,272 pemilih, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah pilihan raya kecil yang pernah diadakan di negara ini.

Secara tidak langsung peratusan tersebut juga mempengaruhi jumlah pengundi yang menyokong antara dua parti yang bertanding.Penganalisaan yang dibuat dengan merujuk kepada keputusan pilihanraya umum 2004 yang lepas jelas menunjukkan peningkatan kepada jumlahnya. Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi BN dan KeADILan masing-masing bertambah daripada yang diperolehi pada 2004, di mana BN mendapat 5,213 undi manakala KeADILan mendapat 3,564 undi.

Ini bermakna kedua-dua calon memperolehi peningkatan undi hampir setara, iaitu BN berjaya menambah undi sebanyak 671 undi, manakala KeADILan menambah sebanyak 470 undi.

Bagi saya dari sudut zahirnya memang kemenangan di pihak BN namun dari sudut yang lain jelas menunjukkan kemenangan adalah di pihak PKR.Kemenangan yang dimiliki BN adalah kemenangan yang mengaibkan.Kenapa saya berpendirian sedemikian? Jawapannya……

Secara peribadi saya melihat sepanjang tempoh yang diberikan oleh SPR kepada dua parti yang bertanding sebelum tiba hari mengundi memiliki dua percaturan yang amat berbeza antara dua parti bagi memperolehi kemenangan.

Kita melihat walaupun ini adalah pilihanraya kecil Dun tetapi kerajaan telah mengerahkan hampir kesemua jenteranya untuk beraksi di medan Ijok.Seolah-olah mereka beraksi dipilihanraya umum.Selain kerlibatan menteri-menteri,isteri-isteri menteri,putera-putera dan puteri-puteri Umno termasuk media elektronik dan cetak yang kaki pengampu juga diperalatkan sewenang-wenangnya badan awam seperti SPR dan polis untuk berkhidmat kepada BN.

Dikhabarkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM36 Juta semata-mata kerana ingin memuaskan nafsunya melihat kegagalan PKR pada pilihanraya yang bakal tiba.Jika kita melihat kerajaan dengan begitu mudah mengeluarkan sejumlah wang tersebut kepada rakyat hanya apabila tiba pilihanraya sahaja.Ketika itulah usaha-usaha pembangunan untuk rakyat dipernampakkan dengan jalan raya mula diturap,sistem perparitan diselenggara dengan baik berbagai kemudahan turut diwujudkan dan diperbaharui.

Tidak malukah kerajaan menampakkan keterdesakan dan sikap yang tidak ikhlas terhadap rakyat semata-mata ingin mengaburi mata rakyat diwaktu pilihanraya.Adakah tanggungjawab mereka terhadap kebajikan rakyat hanya dilaksanakan ketika pilihanraya sahaja?Adakah sikap kemurahan wakil rakyat BN kepada rakyat dipergilapkan hanya ketika menjelang pilihanraya?Kemudian selepas pilihanraya,rakyat kembali ditekan dengan berbagai isu di antaranya kenaikan harga minyak dan tol,pengagihan bantuan tertentu kepada rakyat yang dihadkan.Hanya melepaskan batuk ditangga berdalilkan segala tindakan dan keputusan yang telah ditetapkan oleh kerajaan adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.

Setelah itu berlaku pula beberapa siri keganasan yang dilakukan oleh penyokong ekstrim BN dengan mengugut dan memukul beberapa orang penyokong PKR. Berikut adalah antara beberapa rakaman yang diperolehi oleh petugas Harakahdaily dalam kejadian ganas oleh petugas BN terhadap petugas BA

Daripada gambar-gambar tersebut jelas menunjukan penyokong-penyokong BN juga turut mengalami masalah yang sama seperti pemimpin-pemimpin mereka dalam memahami erti Demokrasi Berparlimen.Sesebuah negara yang matang yang mengamalkan system demokrasi berparlimen mengiktiraf peranan pemerintah dan parti alternatif yang mungkin atau bakal menjadi kerajaan. Parti pemerintah dan parti alternatif berhak mendapat akses kepada sistem komunikasi awam termasuk radio dan televisyen.

Pemerintah seharusnya menghormati hak-hak parti alternatif dan tidak menganggap kegiatan mereka sebagai illegal atau tidak sah. Rakyat tidak dianggap sebagai musuh dalam selimut malahan dipandang sebagai partner atau rakan dalam membangun masyarakatnya.

Kemudian berlaku pula beberapa siri kekecohan apabila delegasi perayu undi dari PKR bersama parti alternatif yang lain dihalang oleh penyokong BN sebagaimana yang berlaku disalah sebuah perkampungan di Kampung Rantau Panjang.Akhirnya piliharaya yang diharap berjalan dengan baik dan aman bertukar kepada beberapa siri pertelingkahan dan ancaman sehingga memaksa polis dan pasukan FRU bergegas ke tempat tersebut bagi meleraikan pertelingkahan tersebut.

PKR bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan gelagat penyokong-penyokong BN sahaja malahan seolah-olah terpaksa mengambil alih tugas-tugas SPR dalam mencegah pengundi hantu.Beberapa siri kekecohan berlaku apabila terdapat beberapa dakwaan berkenaan dengan kehadiran pengundi hantu.Antara siri kekecohan yang berlaku pada hari pengundian akibat dakwaan wujudnya kehadiran pengundi hantu.

4.00pm: Petugas KeADILan bertindak menahan dua bas persiaran - disyaki membawa pengundi hantu, yang menghala ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, kira-kira jam 4 petang tadi. Bas-bas persiaran tersebut, masing-masing dengan nombor pendaftaran PSX 7000 dan PGY 7000, ditahan kira-kira 200 petugas BA, 50 meter dari pusat mengundi tersebut.

Bas yang membawa lebih kurang 80 orang itu, bagaimanapun enggan berhenti, malah pemandunya memandu bas mereka secara perlahan-perlahan, sambil diperhatikan pihak polis yang tidak berbuat apa-apa.

1.00 pm: Sebelum ini petugas BA berjaya mengesan serta menahan pengundi yang disyaki sebagai pengundi hantu di pusat mengundi di SRJK (C) Ijok, dekat sini, tengah hari tadi.

Seorang warga emas, mula memasuki pusat mengundi itu kira-kira jam 1 tengah hari menggunakan kerusi roda, dengan menggunakan nama pengundi lain, Sarani Radin yang dikenal pasti telah meninggal dunia. Sarani, dengan kad pengenalannya 511108-10-6005 dipercayai telah meninggal dunia oleh beberapa penduduk tempatan, dan juga 'polling agent' bertugas.

Sehubungan itu, petugas BA bertindak menahan wanita tua itu yang dipercayai menyamar sebagai Sarani daripada mengundi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Lihatlah situasi piliharaya yang berlaku di Malaysia yang amat kita cintai berlangsung dengan penuh keaiban.Apatah lagi dengan strategi ala ganas yang diaksikan oleh petugas-petugas jentera Umno dalam memenuhi nafsu buas mereka untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa mahupun mahasiswi bijak dan mampu berfikiran rasional,janganlah sahabat-sahabat memandang artikel saya ini hanya bertujuan politik semata-mata tetapi lihatlah ia dari sudut intelektual kita sebagai seorang mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang berpendirian terbuka.

Kita semua bakal mewarisi perjuangan datuk nenek moyang kita dalam memperjuangkan keadilan dan hak kebebasan rakyat.Apakah kita mahu melihat generasi yang akan datang mewarisi segala kebobrokan dalam sistem negara yang semakin pincang akibat daripada sikap kita yang tidak mampu merubahnya pada hari ini.Fikir-fikirkanlah…..

2 comments:

Ibnu Ali said...

Anwar Joget.. membawa padah kepada kita pada saat2 akhir kempen. Akan memberikan persepsi kurang enak kepada para pengundi..terutama ahli-ahli PAS.

Begitu juga dengan insiden silap sebut oleh Tan Sri Khalid..huhuh

Anonymous said...

wow gold
wow gold
wow gold
wow gold
wow power leveling
wow power leveling
wow power leveling
wow power leveling
World of Warcraft Gold
wow gold
wow power leveling
wow gold
wow gold
wow gold
wow power leveling
wow power leveling
Rolex Replica
rolex
Rolex Replica
rolex
Rolex
租房
租房
北京租房
北京租房
changyongkuivip