Wednesday, April 25, 2007

Puak Khawarij


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Semoga sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.Alhamdulillah pada minggu ini kita akan menyambung kembali kupasan ringkas mengenai ilmu tauhid.Jika sebelum ini saya(ana) ada menerangkan serba sedikit berkenaan dengan kemunculan puak-puak yang besar dalam islam setelah berlaku peristiwa pertelingkahan antara Saidina Ali Karamallahu Wajhah dan Mu’awiyah.

Ana juga telah menimbulkan beberapa persoalan kepada sahabat-sahabat pada penerangan 2 minggu yang lepas.Antara persoalan yang telah ana keutarakan ialah apakah yang berlaku setelah terjadinya pula pembunuhan ke atas Saidina Ali Karramallahu Wajhah?Siapa pula yang memegang tampuk pemerintahan umat islam sebagai khalifah?Mungkin sahabat-sahabat pernah mendengar seorang yang bernama Ma’badul Juhani berasal dari Kota Basrah,apa pula kaitan Ma’badul Juhani dengan kemunculan fahaman baru dalam iktikad umat islam.

Insyaallah dengan sedikit pengetahuan yang ada,pada minggu ini ana akan cuba menjawab kesemua persoalan tersebut terlebih dahulu sebelum kita terus kepada tajuk khusus iaitu “Puak Khawarij”.Kupasan berkenaan dengan Puak Khawarij ini juga agak panjang.Oleh yang demikian pada minggu ini akan menerangkan sebahagian sahaja terlebih dahulu daripada kesemua kupasan berkenaan dengan Puak Khwarij.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah sekali lagi umat islam dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan khalifah islam yang keempat iaitu Saidina Ali.Diriwayatkan dari Uthman bin Al-Mughirah bahawa Saidina Ali,di dalam bulan Ramadhan sebelum berlaku peristiwa pembunuhannya,sering ia makan di rumah anaknya Saidina Hasan dan Saidina Husain serta di rumah Abu Ja’far Radhiallahu ‘anhu.Saidina Ali makan terlalu sedikit,tidak lebih daripada tiga suapan sahaja.Ketika ditanya kepada Saidina Ali mengapa ia makan terlalu sedikit lalu beliau akan memberikan jawapan yang sama dengan mengatakan “Aku terlalu rindu kepada ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sedang aku dalam kelaparan”.Tidak lama selepas itu,beliau telah dibunuh oleh Ibnu Muljam ,salah seorang pengikut Khawarij.

Setelah berlakunya pembunuhan ke atas khalifah islam yang ke empat jawatan khalifah disandang oleh Muawiyah.Ketika itu peperangan saudara antara sesama islam terus berlanjutan dan proses perluasan negara islam telah terhenti sama sekali.Kesempatan dalam situasi tersebut diambil olah puak-puak yang memegang barbagai I’tikad-I’tikad dengan menimbulkan berbagai kekeliruan dan meracuni pemikiran umat islam yang lemah.

Ketika itu juga Negeri Iraq menjadi pusat ilmu pengetahuan yang penting.Di situlah tempat bertemunya kebudayaan berbagai bangsa.Di Bandar Basrah lahir pula seorang yang bernama Ma’badul Juhani,yang mengatakan:”Manusia itu bebas melakukan apa sahaja kehendaknya”.Ini terbukti di dalam kitabnya yang termasyhur yang mengatakan tidak ada Qadha’ dan qadar sebelum satu-satu perkara itu berlaku.Seruan Ma’badul Juhani ini talah diterima oleh segolongan masyarakat islam dan dinamakan “Qadariah Pertama (قدرية الأولى ).

Di samping golongan Qadariah Pertama ini lahir pula satu golongan lain yang menentang pendapatanya dan mengatakan manusia itu melakukan sesuatu perkara itu dengan terpaksa.Manusia itu juga tidak ubah seperti sehelai bulu burung yang melayang-layang di udara.Angin sahajalah yang akan menentukan ke arah manakah bulu burung itu akan jatuh.Kumpulan ini dinamakan Al-Jabariah ( الجبرية ) di ketuai oleh Jaham bin Safuan.

Kelahiran dua fahaman yang telah ana sebutkan tadi merangsang golongan ulama’ untuk bangkit menentang fahaman yang sesat ini bagi membetulkan segala kekeliruan dalam pemikiran umat islam.Golongan ulama’ yang dimaksudkan ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Muktazilah.Namun begitu tidak beberapa lama kemudian berlaku perselisihan yang besar antara Ahli Sunnah dan Muktazilah dengan fahaman yang terpesong dan mengelirukan di bawa oleh Puak Muktazilah.Apakah perbezaan pandangan yang di bawa oleh Puak Muktazilah sehingga Puak Ahli Sunnah menolak fahaman mereka?Persoalan ini akan ana jawab pada penerangan yang akan datang.

Puak Khawarijari gani bagi membetulkan segala kekeliruan dalam pemikiran umat islam.awapan yang sama dengan mengatak

Terbunuhnya Saiyidina Uthman bin Affan Radhiallahu ‘anhu mengakibatkan berlakunya kacau bilau dan siri perpecahan antara umat islam.Akhirnya umat islam pada ketika itu terbahagi kepada dua puak.Satu puak menyebelahi Saiyidina Ali manakala satu lagi puak menyebelahi Muawiyah.Pertelingkahan berlaku berikutan keenganan Muawiyah menerima ijtihad Saiyidina Ali dalam meneyelesaikan kes pembunuhan Saiyidina Uthman bin Affan.

Ketika umat islam dalam keadaan berpecah belah tiba pula sekumpulan dari orang-orang Parsi berpura-pura menjadi orang islam dan menyokong pihak Saiyidina Ali.Kehadiran sekumpulan orang-orang Parsi ini bertujuan untuk memecahbelahkan orang-orang islam Ini kerana umat islamlah yang telah melenyapkan Kerajaan Parsi yang teragung itu.

Orang-orang Parsi ini memperolehi banyak peluang dalam menipu helah orang islam disaat umat islam pada ketika itu sedang dalam keadaan berpecah belah.Di dalam peperangan Siffin tatkala Saiyidina Ali bersama tenteranya hampir menemui kejayaan dalam menentang pasukan tentera Muawiyah,pengikut-pengikut Muawiyah menggunakan tipu helah dengan mengangkat helaian ayat-ayat suci Al-Quran di hujung pedang-pedang mereka seraya berseru kepada perdamaian dengan mematuhi apa-apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah

Walaupun mereka menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai pancingan terhadap tentera-tentera Saiyidina Ali namun begitu, terlebih dahulu Saiyidina Ali telahpun menyedari akan helah tersebut.Lantaran itu Saiyidina Ali telah mengerahkan tenteranya agar meneruskan peperangan menentang tentera-tentera Muawiyah sehingga berjaya.Tetapi beberapa orang pemimpin tentera Saiyidina Ali iaitu Asyath Bin Qais,Masrud bin Fadaki Al-Taimi, dan Zaid Bin Husain Al-Taie membantah tindakan Saiyidina Ali dalam meneruskan misi peperangan tersebut dan cuba menghasut tentera-tenteranya agar menyetujui perdamaian yang dianjurkan oleh Muawiyah itu.

Mereka berkata kepada Saiyidina Ali,”Orang ramai menyeru kami kepada ktab Allah sementara engkau menyeru kami kepada peperangan”.Lalu Saiyidina Ali menjawab,”Aku lebih mengetahui dengan apa yang terkandung dalam kitab Allah”.Walaupun begitu mereka tetap berdegil secara langsung mendesak Saiyidina Ali menerima satu majlis Tahkim(penentuan @ perjanjian) dan memerintahkan Asytar (salah seorang pimpinan angkatan perang Saiyidina Ali)menghentikan serta merta peperangan jika tidak mahu Saiyidina Ali di bunuh sebagaimana pembunuhan yang berlaku ke atas Saiyidina Uthman bin Affan dahulu.

Oleh kerana Saiyidina Ali takut jika berlakunya perpecahan yang lebih besar dikalangan tenteranya,maka iapun menyetujui desakan tersebut.Lalu Saiyidina Ali terus menghantar perutusan melalui Asytar bagi megisytiharkan satu genjatan senjata dengan segera kepada Muawiyah.Setelah itu timbul pula masalah dalam memilih wakil di dalam majlis Tahkim itu.Saiyidina telah memilih Abdullah Bin Abbas tetapi telah dibangkang keras oleh pengikut-pengikutnya sambil berteriak,”Abdullah Bin Abbas adalah dari keluarga engkau.Kemudian mereka memaksa Saiyidina Ali supaya melantik Abu Musa Al-Asy’ari sedang dipihak Muawiyah pula melantik ‘Amru Bin ‘As,seorang tokoh politik yang bijak.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Apabila berlangsungnya majlis tahkim itu berlakulah satu tipu muslihat yang telah diatur oleh orang-orang Parsi tersebut.Dengan tidak disangka-sangka orang-orang yang memaksa Saiyidina Ali supaya mengadakan Tahkim tadi telah berpaling dan menderhaka kepadanya lebih zalim lagi apabila mereka membebankan semua tanggungjawab kegagalan Tahkim itu kepada Saiyidina Ali.

Mereka-mereka yang telah berpaling inilah digelar sebagai Puak Khawarij.Setelah itu mereka telah berhimpun di satu tempat yang bernama Nahrawan.Hasil daripada perhimpunan itu meraka berpecah pula sesama sendiri kepada enam puak iaitu:Azarikah,Safariah,Ajaridah,Abadhiah, dan Thaalibah.Kemudian tiap-tiap puak tersebut terbahagi pula kepada beberapa puak yang kecil.

Pada penerangan yang akan datang ana akan menyenaraikan di antara pendapat-pendapat puak Khawarij.Juga ana akan menerangkan pula puak yang seterusnya iaitu Puak Murjiah.

Sekali lagi diingatkan ana tidak menolak jika sepanjang penerangan ana terdapat beberapa kesalahan dari sudut penerangan,ana meyakini ada dikalangan pembaca yang lebih arif dan pakar dalam bab ini.oleh itu ana mengalu-alukan sebarang tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat yang arif demi meningkatkan kefahaman ana.Wallahua a’lam bertemu kembali………….

1 comment:

vvvvv said...

salam, ada tak terbaca mengenai mimpi imam ghazali mengenai perselisihan yg berlaku diantara saidina ali dan mu'awiyah rdanhuma?

sekadar pertanyaan. kami pun tak pasti dan ingin mendapatkan kepastian.

jazakallah khair