Baginda melahirkan perasaan yang sangat sedih ketika menerangkan peristiwa yang akan berlaku setelah kewafatan Baginda nanti.
Lalu Baginda memberi peringatan kepada mereka bahana akibat daripada perpecahan tersebut serta Baginda menggesa umatNya agar tidak meninggalkan ajarannya melalui sabdaNya;
ألا إن من كان قنلكم من أهل الكتاب افترقوا على اثنين وسبعين ملة.وإن هذه الأمة ستفترق على ثلاثة وسبعين,اثنتان وسبعون فى النار وواحدة فى الجنة وهى الجماعة(رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya:”Bahawasanya Ahli kitab sebelum daripada kamu telah berpecah kepada tujuh puluh dua agama,dan umat islam ini pula berpecah kepada tujuh puluh tiga.Tujuh puluh dua daripadanya dalam neraka cuma satu sahaja dalam syurga,iaitu kumpulan yang ramai”
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian
Ramalan Nabi Muhammad S.A.W dahulu memang benar-benar terjadi.Buktinya pada hari ini umat islam telah berpecah belah kepada beberapa puak.Tiap-tiap puak pula didorong oleh syaitan supaya memperluaskan jurang perbezaan sesama mereka bagi memastikan merekalah sahaja yang benar dan mereka jugalah sebanarnya yang dimaksudkan oleh sabda Baginda sebagaimana yang telah ana sebutkan sebentar tadi.
Mereka merasakan merekalah puak yang paling layak untuk masuk kedalam syurga Allah Subhanahu Wa Ta’ala (S.W.T).
Bagi merialisasikan cita-cita untuk menjadi puak yang terbaik dan dimasukkan kedalam syurga,sanggup mereka sengaja mengada-adakan permusuhan sesama umat islam dengan memfitnah antara satu sama lain,sedangkan umat islam berpegang kepada akidah yang satu.Tidak mustahillah permusuhan mereka sehingga mencetuskan beberapa siri peperangan sesama saudara.
Tidak malukah kita perkara ini berlaku di hadapan musuh-musuh kita sendiri.Musuh-musuh islam merasa lucu melihat telatah umat islam berperang sesama sendiri.Akhirnya musuh-musuh islam ini menjadikan perkara tersebut sebagai kelemahan bagi umat islam untuk mereka mencelah bagi mencapai hasrat mereka menghapuskan kekuasaan umat islam.
Jika dilihat dari sudut sejarah sesungguhnya perpecahan umat islam ini bermula ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Khalifah islam ketiga iaitu Saiyidina Uthman Bin ‘Affan.Faktor utama penyumbang kepada berlakunya perpecahan umat islam ketika itu bertitik tolak daripada peristiwa pembunuhan Saiyidina Uthman Bin ‘Affan ialah masalah perlantikan khalifah.
Berpaksikan kepada masalah tersebut api permusuhan semakin marak menyala apabila berlakunya peperangan antara dua orang sahabat yang sangat berpengaruh di mata umat islam ketika itu.Dua orang sahabat itulah yang bernama Saiyidina “Ali Karamallahu Wajhah dan Mu’awiyyah.Pertelingkahan dua orang sahabat inilah menjadi punca kepada bermulanya kemunculan beberapa puak yang besar dan tidak lama kemudian bercabang pula kepada beberapa puak yang kecil.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian
Ana tidak menganggap Saiyidina Ali dan Mu’awiyyah yang bersalah dalam hal ini,siapalah ana untuk menyalahkan sahabat-sahabat Nabi kita apatah lagi Saiyidina Ali adalah menantu Rasulullah S.A.W.Ana merasakan pasti ada dikalangan mereka mungkin yang terdiri daripada golongan munafik pada ketika itu sengaja mengapi-apikan permusuhan ini,sehingga berlakunya peperangan sesama mereka.
Ana percaya dan yakin kedua-dua orang sahabat ini masing-masing mempunyai matlamat dan cara tersendiri pada awalnya bagi menyelesaikan kes pembunuhan Khalifah Islam ketiga kita iaitu Saiyidina Uthman Bin ‘Affan semata-mata tidak lain dan tidak bukan,demi kemaslahatan umat islam bersama.
Antara puak-puak yang besar wujud ketika itu ialah;
a)Puak Syiah
b)Puak Khawarij
c)Puak Murjiah
Puak Syiah
Puak ini berpendapat bahawa Saiyidina Ali sahaja yang berada di pihak yang benar.Puak ini jugalah yang menyatakan bahawa Ali yang berhak memegang jawatan khalifah.Mereka merasakan sesiapa sahaja yang memusuhi Saiyidina ‘Ali semata-mata ingin merebut jawatan tersebut adalah dikalangan orang-orang yang zalim.Lebih keterlaluan dan melampau mereka dengan mudah berpendapat bahawa Saiyidina Ali adalah orang yang paling layak menerima perlantikan sebagai khalifah islam terlebih dahulu berbanding Saiyidina Abu Bakar,’Umar dan Uthman selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Namun sejarah telah membuktikan perlantikan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah disepakati oleh semua para sahabat termasuk Saiyidina Ali sendiri.Kelayakan Saiyidina Abu Bakar ditabalkan sebagai khalifah yang pertama diistinbatkan atau dikiaskan para sahabat melalui amanah yang Rasulullah berikan kepada beliau untuk menjadi imam dalam menunaikan solat ketika Rasulullah keuzuran yang amat sangat(sakit tenat).Jelas kelihatan Saiyidina Ali juga turut bersetuju dan redha di atas perlantikan tersebut.Dengan pendapat puak-puak Syiah ini secara tidak langsung menyifatkan Saiyidina Ali sebagai seorang yang berpaling daripada sahabat-sahabatnya yang tiga sedangkan itu bukanlah sifat Ali yang sebenarnya.
Oleh sebab itulah puak-puak Syiah ini dianggap sebagai puak yang telah berdosa malah ada pula sesetengah pendapat yang mengatakan puak ini adalah kafir.Terdapat juga dikalangan pengikut Syiah ini yang berlebihan kasihnya kepada Saiyidina Ali sehingga mereka berani mendakwa Risalah Allah sebenarnya di bawa untuk Saiyidina Ali,tetapi Jibril ‘Alaihi Salam telah tersalah lalu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.Tidak hairanlah ada juga dikalangan puak-puak ini mengangkat Saiyidina Ali ke darjat ketuhanan.
Puak Khawarij
Ialah satu puak yang bertentangan dengan Puak Syiah.Meraka mendakwa bahawa jawatan khalifah itu tidak boleh ditentukan kepada keturunan Saiyidina Ali Semata-mata,tetapi wajib dilantik mengikut pilihan daripada seluruh umat islam itu sendiri.
Puak Murjiah
Ialah satu puak yang mengecualikan diri mereka daripada 2 puak yang bertelingkahMereka ini hanya menyeru supaya menyerahkan segala hukuman ke atas kaum-kaum yang bertelingkah itu kepada Allah.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian
Pada pendapat sahabat-sahabat apakah yang berlaku setelah terjadinya pula pembunuhan ke atas Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah?Siapa pula yang memegang tampuk pemerintahan umat islam sebagai khalifah?Mungkin sahabat-sahabat pernah mendengar seorang yang bernama Ma’badul Juhani,apa pula kaitan insan ini dengan kemunculan fahaman baru dalam iktikad umat islam.
Sama-samalah kita tunggu jawapannya pada minggu hadapan.Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment