Ungkapan itulah yang ingin saya ingatkan kepada salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lebih suka saya gelarkan kepada beliau Nazri.Apa yang telah dijangkakan sebelum ini terbukti berlaku apabila dengan beraninya Nazri membangkitkan kembali isu Suruhanjaya Antara Agama (IFC) di Sidang Dewan Rakyat pada hari ini.
Sidang Dewan Rakyat bersidang pada hari ini bagi menggulung perbahasan titah ucapan di raja.Walaupun isu penubuhan suruhajaya ini telah ditentang habis-habisan oleh parti pembangkang khususnya PAS mahupun Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain sebelum ini.Namun masih ada lagi puak-puak yang celaka ini berani membangkitkan isu tersebut .Ini kerana gerakan ke arah penubuhan suruhanjaya ini dilihat seolah-olah mempermain-mainkan maruah dan hak-hak orang islam sepertimana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Pas telah pun menyarankan kepada Perdana Menteri "Islam Had-Hari" di dalam Sidang Dewan Rakyat yang lepas supaya isu penubuhan suruhanjaya ini tidak perlu dibincangkan dan segala gerak kerja ke arah itu terus dihapuskan serta merta.Sikap yang tidak serius oleh PM ditunjukkan dengan hanya menyatakan isu ini perlu ditangguhkan.
Kelazimannya sesuatu perkara atau isu yang dibangkitkan dalam satu-satu perbincangan apabila ditangguhkan,maka pasti akan ada satu hari lagi yang ditentukan untuk membincangkan secara lumat terhadap perkara atau isu tersebut.Tapi tak tau lah kalau PM kita punya pandangan tentang maksud tangguh ini berlainan.Maklumlah PM kita
Adakah Nazri sengaja menzahirkan kebodohannya dalam menangani isu perpaduan kaum di negara kita?Adakah beliau sudah lupa berkenaan dengan Peristiwa 13 May dahulu atau beliau tak tau sejarah?Secara individu,saya sendiri berpandangan kebangkitan atau penubuhan suruhanjaya ini berpotensi menggugat kestabilan perpaduan antara kaum di negara kita khususnya orang melayu.Apakah ini natijah yang perlu dibanggakan oleh orang melayu hasil daripada tangan-tangan mereka terhadap sokongan ke atas Pak Lah dalam melaksanakan "Islam Had-Hari"?Adakah orang melayu sendiri merasakan inilah islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah juga dituruti oleh Islam Had-hari?
Lihatlah perkembangan masyarakat kita pada hari ini hasil lelongan "Islam Had-Hari" yang dijaja oleh pemimpin-pemimpin Umno kita selama ini.Saya boleh sebutkan di antara kebanggaan yang boleh dinyatakan hasil lelongan tersebut terhadap masyarakat kita;
1.Pecah amanah yang dilakukan oleh 2 orang pegawai tertinggi Tabung Haji melaburkan duit orang islam tanpa pengetahuan menteri-menteri yang bertanggungjawab.”Habisla duit mak ayah.pak cik makcik,atuk nenek kita yang ader dalam simpanan tu.Tapi tak
2.BPR diharap mampu membasmi segala kegiatan rasuah yang berlaku di dalam masyarakat kita.Tapi orang tertinggi dia pulak dikatakan terlibat dengan masalah rasuah.”Pembasmian kegiatan rasuah ke atas masyarakat tak termasuk menteri-menteri Umno,dikecualikan hihihihi.Yer laaa PM sayang ooooooo,saper nk jajer Islam Had-Hari lepas ni kalau mereka kener tangkap.Kesian Pak Lah syok sendiri”
3.JAIS tangkap orang buat maksiat,tapi JAIS plak yang dipersalahkan.”Tak heran pun….dulu zaman rejim Mahathir mufti kata ratu cantik haram,mufti pulak yang kener pecat.samerla… ntah-ntah lagi teruk kut”
4.SPR syok sendiri dengan slogan dia “Undi Anda Adalah Rahsia”tapi masalah pengundi hantu tak selesai sampai sekarang.”Ingat!!!! SPR jangan sampai rakyat bangkit kerana mempertikaikan ketelusan kamu.Hentikanlah rasuah antara kamu dengan menteri-menteri kesayangan kamu tu.Kalau tak cukup duit nak bagi anak bini makan sekalipun janganlah sampai menzalimi rakyat sendiri.Ingatlah Allah Maha melihat lagi Maha Mendengar”
5.Kes zina bukan sahaja berleluasa kat orang tua yang nak mampus jer sekarang ni,pelajar-pelajar pun samer hebat.”Bila UKM buat kajian pelajar-pelajar perempuan ramai yang dah takder dara dan ramai yang mengandungkan anak luar nikah sekarang ni,ader plak sorang menteri tu menyampuk kajian ini tidak tepat.Mungkin menteri tu dia ader kasyaf kut.Maklumlah lebih alim dari ulama”.
6.Kes murtad biler mufti kata dah jejak 250 000 orang,der plak pihak yang menyampuk kata mufti tu syok sendirilaa, tak kajilah,nak glamour la macam-macam ader.Kalau dah orang kata borang-borang permohonan untuk murtad bertimbun-timbun kat pejabat agama siasatlah!betul ker tidak.
7.Biler sorang bapak nak dakwa orang yang memurtadkan anak dia,bapak plak yang kene dakwa atas alasan ingin mengancam keselamatan anak dia.”bile tanyer kat polis kenapa awak tangkap bapak dia?ini hak kebebasan beragama termaktub dalam undang-undang,anak dia sudah lebih 18 tahun.Awak sebagai bapak mana boleh pakse-pakse anak nak ikut agama awak.Per macam hebat tak undang-undang kiter kat
8.Kata nak bantu rakyat tapi harga minyak tetap naik,tol apetah lagi tiap-tiap tahun naik.Zaman Pak Lah lagi hebat harga minyak tiga kali dalam setahun naik,bagusla PakLah.”Orang-orang kayer macam menteri-menteri mana fikir susah tak susah kalau minyak naik,mereka ader elaun tersendiri untuk duit minyak mercedess diaorang,bebas nak gi maner-maner.Ni rakyat kat kampung ni terberak-berak cari duit untuk bagi makan anak bini,nak beli baju anak sekolah lagi,barang dapur lagi,bil elektrik bil air lagi,dapat duit hasil sawit dengan getah kener bayar hutang tertunda kat felda lagi.Yer la projek tanam semula yang dulu tu ayah-ayah dan atuk kita pinjam keener bayar ooooo”.Kalau dulu atuk gi kebun naik motor pagi petang boleh ulang alik.Sekarang minyak naik sekali jer gi kebun.Tak per nanti ader la pihak-pihak yang mencadangkan agar naik basikal jer gi kebun save duit,bole senaman,lagi satu tak mencemarkan alam sekitar kat kebun kiter ni kalau asap motor dah tak der.HIhihihihi”
Sekali-sekala nak lepas juger geram kat Umno ni.Ceriter pasal IFC,tapi melalut sampai ke masalah tol.Geram ooooooo anak watan mana yang tak sayang masyarakat dia yang berbilang bangsa.Tu tak ceriter lagi pasal Ekonomi negara yang sibuk-sibuk “minah menteri” tu pasal FTA.Haiiii macam-macam masalah kat negara kita ni timbul.PM kita ni tertidur ker?atau berangan nak cari pasangan hidup?
Sahabat-sahabat cuba perhatikan dialog Pak Nazi dengan wartawan ketika di sentuh berkenaan dengan IFC;
Nazri dipetik sebagai berkata ketiadaan wakil umat Islam dalam IFC bukanlah satu masalah kerana suruhanjaya itu mempunyai alternatif lain bagi membincangkan isu kepentingan bersama.
"Justeru Perdana Menteri adalah saluran terbaik bagi IFC mengenengahkan isu ini. Mungkin kita boleh adakan perjumpaan rasmi dua kali setahun berbanding perjumpaan secara ad-hoc sekarang,” kata Nazri ketika menggulung perbahasan titah ucapan diraja bagi Jabatan Perdana Menteri di Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Entahlaaa kalau rakyat tak paham-paham susahla.Pangkahlah lagi menteri-menteri ni di pilihanraya umum akan datang.Kalau rasa-rasa hak-hak orang melayu dan rakyat akan terus terpelihara dibawah puak-puak ni hmmmmmm pangkahlaaaa.
No comments:
Post a Comment